Dalam sesetengah keadaan, anda boleh meminta pembetulan nama untuk tiket penerbangan anda, bergantung pada dasar syarikat penerbangan.
Setiap syarikat penerbangan atau perjalanan tertentu mungkin mempunyai dasar yang berbeza untuk pembetulan nama, termasuk jenis pembetulan yang dibenarkan, dokumen yang diperlukan dan yuran yang dikenakan.
Tanpa mengira dasar tersebut, permintaan anda mungkin mempunyai kata putus yang berbeza:
- Dibenarkan untuk mengemukakan permintaan melalui Traveloka.
- Anda dikehendaki untuk menghubungi syarikat penerbangan secara langsung untuk membuat permintaan tersebut.
- Anda mungkin tidak perlu membuat sebarang perubahan pada nama penumpang.
- Atau, dalam sesetengah keadaan, perubahan atau pembetulan nama tidak dibenarkan sama sekali oleh syarikat penerbangan.
Sedikit nota penting
- Masa pemprosesan bergantung pada waktu operasi syarikat penerbangan (biasanya Isnin-Jumaat, 09:00-17:00).
- Sesetengah syarikat penerbangan mungkin mengenakan yuran pengendalian atau pembetulan.
- Sediakan dokumen anda sebelum membuat permintaan (kad pengenalan diri, pasport dan e-tiket penerbangan anda).