Seperti yang anda sedia maklum, penerbangan antarabangsa menghendaki penumpang untuk memiliki pasport dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas.
Di Traveloka, anda masih boleh menempah penerbangan sekiranya pasport anda sedang dibaharui atau hampir tamat tempoh dan anda boleh mengemas kini butiran pasport anda kemudian pada e-tiket anda sebaik sahaja anda memiliki pasport baharu anda.
Harap maklum bahawa; anda hanya boleh mengubah suai butiran pasport jika nama penumpang pada e-tiket sepadan dengan nama pada pasport baharu.
Jadi, bagaimanakah cara menempah penerbangan dengan Traveloka semasa pasport anda sedang dibaharui?
Semasa anda mengisi Butiran Pengembara, sila tumpukan perhatian pada lajur ini:
Setelah anda memiliki pasport baharu, anda boleh mengikut langkah ini untuk mengemas kini butiran pasport anda dengan mudah pada e-tiket yang anda tempah:
1. Buka dan log masuk ke aplikasi Traveloka, kemudian pilih Tempahan.
2. Pilih e-tiket yang telah anda tempah.
3. Tatal ke bawah pada bahagian Urus Tempahan.
4. Di bahagian Urus Tempahan, pilih Ubah Butiran Pasport.
5. Tatal ke bawah, kemudian anda boleh melihat bahagian Butiran Pasport Baharu.
6. Di bahagian ini, anda boleh menyunting butiran pasport anda berserta maklumat pasport baharu anda.
7. Setelah anda menyunting butiran, anda perlu memuat naik pasport baharu anda dalam format PNG atau JPG.
8. Pastikan semua maklumat yang dikemas kini adalah betul. Tekan Serah untuk menyelesaikan proses ini.
9. Ejen Keprihatinan Pelanggan kami akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat terkini tentang status permintaan anda. Sila tunggu maklum balas daripada mereka.