<

Pusat Bantuan - Penerbangan

Cara Membatalkan Tempahan Penerbangan dan Mendapatkan Bayaran Balik

Sebelum membatalkan tempahan, sila semak sama ada pembayaran balik tersedia untuk tempahan anda. Hanya tekan pada e-tiket, tekan Pembayaran Balik, dan pilih Polisi.

  • Boleh Dibayar Balik bermaksud anda boleh mendapatkan bayaran balik untuk tempahan yang dibatalkan. Sila ambil perhatian bahawa pembatalan tertakluk pada fi yang dinyatakan dalam e-tiket.
  • Pembayaran Balik Separa bermaksud anda boleh mendapatkan bayaran balik salah satu penerbangan sahaja untuk tiket pergi-balik.
  • Tidak Boleh Dibayar Balik bermaksud anda tidak dapat menerima bayaran balik untuk sebarang pembatalan atau pengubahan tempahan.

Untuk membatalkan tempahan dan membuat permintaan bayaran balik, sila ikut langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Traveloka anda dan pergi ke Tempahan Saya.
  2. Pilih tempahan yang anda ingin batalkan.
  3. Tatal ke bahagian Urus Tempahan, kemudian tekan Pembayaran Balik.

Jika anda belum memiliki akaun Traveloka, sila Daftar sekarang. Pastikan anda mendaftar dengan alamat emel atau nombor telefon bimbit yang digunakan semasa membuat tempahan.

Sila ambil perhatian:

  • Jumlah bayaran balik yang anda terima mungkin berbeza mengikut polisi syarikat penerbangan, sebab permintaan, dan jarak tempoh antara tarikh permintaan bayaran balik dengan tarikh berlepas.
  • Untuk butiran lanjut mengenai polisi pembayaran balik penerbangan domestik di Indonesia, sila ikut langkah-langkah ini:
  1. Buka Prosedur Pembayaran Balik.
  2. Pergi ke tab Polisi Syarikat Penerbangan dan pilih syarikat penerbangan anda.
  3. Anda akan melihat butiran polisi pembayaran balik.

Untuk maklumat lengkap mengenai proses pembayaran balik, sila kunjungi halaman Prosedur Pembayaran Balik. Jika anda menghadapi sebarang masalah dalam menghantar pembayaran balik, sila Hubungi Kami.

Artikel Berkaitan:

Menyemak Status Pembayaran Balik

Ada isu berkaitan pembayaran balik anda?

Lihat perkara yang boleh anda lakukan.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

PERLUKAN BANTUAN LANJUT?
Hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lanjut dengan mengimbas kod QR di bawah.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved