Jumlah bayaran balik yang akan anda perolehi bergantung pada polisi bayaran balik syarikat penerbangan, yang mana berbeza-beza berdasarkan alasan bayaran balik anda dan masa permintaan bayaran balik dibuat (biasanya, syarikat penerbangan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi untuk permintaan bayaran balik yang dihantar lebih hampir dengan waktu berlepas).
Sebagai tambahan, item berikut dalam jumlah pembayaran anda tidak dapat dikembalikan dan akan ditolak dari jumlah bayaran balik anda:
· Fi perkhidmatan
· Kupon diskaun
· Mata Traveloka
· Caj pindahan bank
Sila ambil maklum bahawa semua bayaran balik penerbangan dikenakan fi bayaran balik dari Traveloka dan fi pembatalan dari syarikat penerbangan. Fi tambahan lain dari syarikat penerbangan juga mungkin dikenakan.
Ada isu berkaitan pembayaran balik anda?