<

Pusat Bantuan - Penerbangan

Cara Mengubah Laluan Penerbangan Saya

Sila semak dahulu jika anda boleh mengubah laluan penerbangan anda dengan langkah-langkah ini:

  1. Pergi ke Tempahan Saya, buka e-tiket dan lihat laluan penerbangan yang anda ingin ubah.
  2. Tekan Penjadualan Semula.
  3. Tekan Polisi di bahagian butiran penerbangan dan lihat jika laluan penerbangan anda boleh diubah.

Jika laluan penerbangan anda tersedia untuk diubah, anda boleh membuat pengubahan melalui ciri Easy Reschedule kami. Sila ikut langkah-langkah ini.

  1. Selepas menyemak Polisi, tekan Hantar Permintaan.
  2. Pilih penerbangan dan penumpang yang anda mahu ubah.
  3. Baca Polisi Penjadualan Semula, tandakan kotak dan teruskan. 
  4. Isi butiran penerbangan baharu dan pilih penerbangan yang sesuai untuk anda. Semak butiran tempahan baharu anda, dan hantar permintaan anda.
  5. Selepas mengesahkan harga penjadualan semula, selesaikan pembayaran anda dalam tempoh masa yang diberikan.
  6. Sila lihat e-tiket baharu anda pada Tempahan Saya dan emel anda dalam tempoh 60 minit selepas pembayaran anda diterima.

Untuk mengetahui jika penerbangan anda boleh diubah sebelum membuat sebarang pembayaran, sila ikut langkah-langkah ini:

  1. Semasa membuat tempahan, lihat Ringkasan Tempahan dan tekan Butiran.
  2. Tekan Polisi dan lihat jika pengubahan laluan penerbangan anda tersedia.

Buat masa ini, pengubahan laluan melalui Easy Reschedule hanya tertakluk bagi sesetengah penerbangan domestik di Indonesia. Untuk mengetahui polisi setiap syarikat penerbangan, sila rujuk Terma & Syarat.

Artikel Berkaitan:

Cara Menjadualkan Semula Tempahan Penerbangan

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

HUBUNGI KAMI
Butuh bantuan lebih lanjut? Ketuk di bawah untuk hubungi customer service kami.
Hubungi kami

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved