<

Pusat Bantuan - Umum

Pengesahan Pembayaran

Pembayaran anda sah selepas anda menerima e-tiket melalui emel.

Jika anda tidak menerima e-tiket dalam tempoh 60 minit selepas pembayaran anda diselesaikan, sila muat naik bukti pembayaran mengikut langkah-langkah berikut:

1. Sila pergi ke akaun anda di halaman utama Traveloka pada bahagian atas kanan dan klik Senarai Pembelian.

2. Pilih tempahan yang anda baru sahaja bayar dan klik Teruskan ke Pembayaran. Tatal ke bahagian Anda Sudah Membayar? dan klik Saya Sudah Bayar.

3. Klik Muat Naik Bukti Pembayaran. Pilih fail yang anda ingin muat naik, dan klik Buka. Anda akan lihat status pembayaran anda di Tempahan Saya.

Pembayaran anda akan disahkan dalam tempoh 15 minit selepas anda memuat naik bukti pembayaran. Jika anda membayar menggunakan kad kredit, sila pastikan anda mengisi kata laluan sekali (OTP) yang betul. Jika anda menggunakan pindahan bank, sila pastikan anda mengisi nombor akaun dan jumlah yang betul.

Jika bukti pembayaran anda hilang, sila rujuk artikel ini.

Jika pembayaran anda masih tidak disahkan selepas 60 minit bukti pembayaran anda dimuat naik, anda membayar jumlah yang tidak betul, atau anda membuat pembayaran selepas had masa luput, sila semak emel anda termasuk emel spam. Jika anda mempunyai masalah lanjut, sila Hubungi Kami.

Artikel Berkaitan:

Transaksi Kad Kredit Tidak Berjaya

Kehilangan Bukti Pembayaran

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

PERLUKAN BANTUAN LANJUT?
Hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lanjut dengan mengimbas kod QR di bawah.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved