<

Pusat Bantuan - Hotel

Ulasan Gambar

Tiada cara yang dapat menggambarkan pengalaman anda dengan lebih baik selain perkongsian gambar. Tetapi, sebelum menghantar gambar anda, pastikan anda mengikuti garis panduan ini:

  • Asli: Gambar mesti dipos oleh pemilik asalnya.
  • Tidak sensitif: Gambar tidak boleh mengandungi bahan sensitif yang mungkin menyinggung perasaan atau mengganggu tetamu lain.
  • Jelas dan terang: Gambar tidak boleh kabur. Elakkan pengeditan gambar secara berlebihan atau penggunaan kesan kanta (cth. Fisheye).
  • Hormati privasi: Gambar tidak boleh mengandungi maklumat sulit atau peribadi (cth. nombor kad kredit).
  • Bukan komersial: Gambar tidak boleh mengandungi sebarang bahan promosi atau komersial.
  • Relevan: Gambar mesti diambil di tempat penginapan yang berkaitan dan memaparkan kemudahan atau pengalaman unik yang ditawarkan.
  • Bukan gambar kolaj dan duplikasi: Setiap gambar yang dihantar adalah dalam bentuk imej tunggal dan bukannya kolaj. Elakkan daripada memuat naik gambar yang serupa berulang kali.
  • Selamat: Gambar yang dihantar harus bebas daripada virus atau malware.
  • Patuhi polisi: Semua gambar mesti dihantar dalam format .gif, .jpg, .bmp, atau .png. Gambar mesti mematuhi undang-undang tempatan, peraturan, serta terma dan syarat lain yang berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa semua ulasan dan gambar akan dipinda sebelum dipaparkan. Selain itu, dengan menghantar gambar anda, anda telah mengakui dan bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

1. Semua gambar yang anda hantar dan/atau muat naik adalah milik anda. Dengan menghantar gambar anda ke Traveloka, semua hak atas gambar anda termasuk hak cipta, hak milik dan hak ekonomi akan dipindahkan kepada Traveloka tanpa sebarang fi.

2. Anda bersetuju untuk mengetepikan dan melepaskan Traveloka daripada semua tuntutan dan/atau tuntutan mahkamah sama ada yang difailkan oleh anda dan/atau pihak lain berhubung dengan gambar tersebut. Anda akan menanggung tanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang dialami oleh Traveloka akibat daripada pelanggaran hak atas gambar yang telah anda hantar dan/atau muat naik.

3. Traveloka mempunyai hak penuh dalam menggunakan gambar yang telah anda hantar dan/atau muat naik jika sesuai. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada penyalinan, pemaparan, pengedaran, pengubahan, pentafsiran, pemformatan semula, penganalisisan, dan penghasilan sebarang ciptaan derivatif dan sebarang bentuk pengkomersialan.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

HUBUNGI KAMI
Butuh bantuan lebih lanjut? Ketuk di bawah untuk hubungi customer service kami.
Hubungi kami

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved