<

Pusat Bantuan - Hotel

Ulasan yang Membantu

Memberi ulasan tentang pengalaman penginapan anda dapat membantu pelancong lain dalam membuat pilihan penginapan terbaik. Pastikan ulasan anda mengikuti garis panduan berikut:

Mudah dibaca: Gunakan gaya penulisan standard dengan ejaan, tatabahasa, huruf besar dan tanda baca yang betul. Kurangkan penggunaan slanga, huruf besar, dan singkatan.

Asli: Ulasan harus asli dan berdasarkan pengalaman peribadi anda.

Wajar: Elakkan kata-kata kesat dan bahasa yang tidak sopan. Ulasan harus sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur.

Sepadan dengan topik: Ulasan harus dibuat terhadap hotel yang berkenaan dan bukan penginapan lain atau topik selain pengalaman penginapan anda. Sertakan butiran dan saranan yang mencukupi untuk menambah baik pengalaman pelancong lain. Untuk maklum balas mengenai topik lain seperti pengalaman menempah dengan Traveloka, sila rujuk alamat emel yang tersenarai di bahagian bawah halaman ini.

Terkini: Ulasan harus memfokus pada peristiwa dan keadaan hotel terkini agar maklumat yang disampaikan adalah tepat, lengkap dan semasa.

Bukan komersial: Ulasan harus tidak mengandungi bahan promosi (termasuk pautan ke akaun media sosial, blog peribadi atau laman web lain).

Hormati privasi: Ulasan harus tidak mengandungi butiran peribadi, termasuk nombor telefon, alamat emel, atau pautan ke laman web lain.

Patuhi polisi: Ulasan mesti mematuhi undang-undang tempatan, peraturan, serta terma dan syarat lain yang berkenaan.

Sila ambil perhatian bahawa setiap ulasan tetamu akan melalui proses pengawalan sebelum disiarkan. Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda menggunakan Traveloka, sila hantar emel ke cs@traveloka.com. Kami sedia mendengar.

ADAKAH ARTIKEL INI MEMBANTU?

Ya

Tidak

PERLUKAN BANTUAN LANJUT?
Hubungi khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lanjut dengan mengimbas kod QR di bawah.
Hubungi Kami

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved