Austria atau lebih dikenali sebagai Republik Austria adalah negara yang mempunyai keluasan sebesar 32386 kilometer persegi. Austria juga mempunyai lebih kurang 8.8 juta manusia di Pertengahan Eropah. Ibu negara Austria adalah Vienna dan ia juga adalah negeri terbesar di Austria. Austria mempunyai 9 buah negeri secara keseluruhan. Hampir keseluruhan Austria adalah kawasan pergunungan kerana lokasinya yang terletak di pergunungan Alps. Austria juga bersempadanan dengan Republik Czech dan Jerman di bahagian utara, Hungary dan Slovakia di bahagian timur, Slovenia dan Itali di bahagian selatan manakala Switzerland dan Liechtenstein di bahagian barat.
Bahasa rasmi yang digunakan di Austria adalah Jerman Austria. Ia adalah Bahasa rasmi yang digunakan dalam pendidikan, penerbitan, pengumuman dan juga laman sesawang rasmi. Bahasa Jerman Austria adalah sangat sama dengan Bahasa Jerman yang digunakan di Jerman. Mereka Cuma mempunyai perbezaan dalam beberapa perkataan sahaja. Di kawasan-kawasan terpencil, mereka mempunyai dialek pada Bahasa itu. Mungkin bagi penduduk dari tempat berlainan mungkin akan menghadapi kesukaran untuk memahami antara satu sama lain.
Makanan Austria adalah berasal dari tradisi Royal Cuisine yang telah diturunkan sejak beberapa abad. Makanan mereka adalah keseimbangan antara daging lembu, daging babi dan juga kepelbagaian sayur-sayuran. Pencuci mulut juga terkenal di Austria. Pencuci mulut mereka kebiasaannya diisi dengan jam apricot atau kastard. Ada juga makanan seperti Strudel yang diisi dengan epal. Makanan Austria juga banyak mendapat pengaruh dari Hungary, Czech Bohemia, Itali, Balkan dan juga Perancis. Austria juga banyak menghasilkan wain merah. Selain daripada itu mereka juga menghasilkan air berkarbonat sebagai alternatif untuk alkohol.
Sukan yang banyak dimainkan di sini adalah sukan ski kerana Austria yang terletak di kawasan pergunungan Alps. Sukan lain seperti papan luncur salji dan sukan lompat ski juga adalah popular di Austria. Ramai atlet sukan salji berasal dari Austria. Austria juga pernah menjadi tuan rumah untuk beberapa sukan salji seperti Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Belia.
Cara terbaik untuk ke Austria daripada Kuala Lumpur adalah dengan menaiki kapal terbang. Harga tiket penerbangan ke Austria adalah lebih kurang dari RM 4,000 hingga RM 15,000 untuk penerbangan dua hala untuk setiap orang bergantung kepada tarikh perjalanan. Tiada penerbangan ke Austria terus dari Kuala Lumpur oleh itu pelancong dari Kuala Lumpur harus mengambil penerbangan yang transit di mana-mana bandar bergantung kepada syarikat penerbangan itu. Antara syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke Austria adalah China Southern Airlines, Qatar Airways dan juga Emirates dan Thai Airways. Ini adalah harga yang biasanya dikenakan bagi mereka yang akan terbang ke bandar utama iaitu Vienna. Sebaik sahaja pelancong sampai ke lapangan terbang, terdapat banyak pengangkutan yang tersedia seperti teksi, kereta api dan bas.
Di Austria, menggunakan keretapi adalah cara yang paling bagus untuk bergerak di sekitar Austria. Ini adalah kerana pemandangan di seluruh Austria adalah sangat menakjubkan. Keretapi di Austria diusahakan oleh Austrian Federal Railways. Mereka akan menyediakan jadual, waktu perjalanan, harga dan tiket di laman sesawang mereka. Kereta api Austria adalah cantik, berkelajuan tinggi sehingga 143 batu per jam. Ia adalah salah satu kereta api yang canggih. Mereka menawarkan Wi-Fi dan tempat duduk yang selesa. Keretapi ini membuat perjalanan di seluruh Austria dan juga menghubungkan beberapa bandar utama di negara bersebelahan seperti Zurich, Budapest dan juga Munich. Austria tidak begitu besar oleh itu masa perjalanan adalah agak pendek. Pelancong yang membeli tiket awal akan mendapat potongan harga hingga 50 peratus. Ada banyak jenis pas keretapi yang boleh dipilih mengikut kehendak pelancong dan bajet mereka.
Bas adalah salah satu jenis pengangkutan yang digunakan di Austria juga. Ia mempunyai perjalanan ke bandar-bandar yang lebih kecil yang tidak dapat pergi menggunakan keretapi seperti resort ski dan juga kawasan tinggi. Pelancong boleh membeli tiket di atas bas. Bas Austria melitupi lebih 900 kawasan dengan 40,000 perhentian bas. Bas juga menawarkan perjalanan waktu malam. Pelancong boleh menyemak jadual perjalanan menggunakan aplikasi telefon bimbit. Bas juga membuat perjalanan ke Vienna, Klagenfurt, Linz dan Graz. Perjalanan utama bas di Austria adalah untuk menawarkan perjalanan ke Prague, Munich, Berlin dan Budapest.
Vienna adalah salah satu bandar yang terkenal di Austria. Bandar ini terkenal untuk kepelbagaian budaya yang sangat banyak selain daripada seni lukis dan seni bina. Pelancong yang berminat dengan seni bina pasti akan ke sini untuk melihat pelbagai jenis seni bina yang dipengaruhi daripada pengaruh Romanesque, Baroque, Classicist dan Art Nouveau. Hasil seni bina ini boleh dilihat di seluruh bandar Vienna. Selain daripada seni bina, Vienna juga cukup terkenal dengan tradisi seni persembahan, mengadakan hampir 200 majlis tarian malam dalam setahun dan konsert muzik tradisional. Konsert ini bertujuan untuk memperingati penggubah muzik terkenal yang berasal dari Vienna termasuk Mozart, Beethoven, Brahms dan juga ramai lagi.
Bandar Salzburg terletak di sempadan negara Jerman dan juga Austria. Bandar ini terkenal dengan tradisi muzik mereka yang sudah lama terbina. Ia adalah tempat kelahiran Wolfgang Mozart. Salzburg mempunyai pemandangan yang cantik di mana ia dikelilingi oleh kawasan pergunungan. Ini membolehkan para pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan sambal menerokai kawasan Salzburg dan menikmati keindahan semula jadi. Ini adalah antara sebab lain untuk menarik pelancong untuk ke Salzburg selain daripada sejarah seni bina bandar itu dan juga tarikan seni di bandar itu.
Salzkammergut adalah salah satu tapak warisan UNESCO dunia. Ia adalah kawasan resort yang dikelilingi oleh tasik biru yang sangat tenang, bukit yang menghijau dan gunung-gunung di mana puncaknya di penuhi dengan salji. Kawasan ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong sejak satu abad yang lalu. Ia bukan sahaja tarikan pelancong yang terkenal tetapi ia adalah salah satu destinasi pelancongan utama negara itu. Pelancong yang datang ke sini akan melakukan aktiviti rekreasi luar seperti memanjat gunung, menunggang kuda, berenang dan juga menaiki basikal. Di Salzkammergut juga terkenal dengan kewujudan spa mewah dan juga resort hotel. Ia adalah destinasi yang sangat sesuai untuk pelancong yang mahu berehat dan mengembara.
Bandar Innsbruck adalah bandar yang pernah menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik sebanyak dua kali pada tahun 1964 dan juga 1976. Bandar ini juga dikenali sebagai salah satu tempat terbaik untuk mengadakan sukan musim sejuk di dunia. Bagi pelancong yang tidak berminat untuk bermain ski atau meluncur salji atau pelancong yang melawat bandar ini pada musim panas, mereka boleh mencari aktiviti lain untuk dilakukan juga. Bandar Innsbruck adalah bandar yang sangat bersejarah oleh itu antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menerokai Gereja Innsbruck, muzium membuat loceng atau mencuba restoran tempatan. Salah satu tempat terkenal di Innsbruck terletak di Pergunungan Alps. Oleh itu, pelancong boleh meluangkan masa menikmati pergunungan itu.
Bandar Zell Am See adalah bandar yang harus dilawati bagi pelancong yang mahukan kawasan pelancongan yang memaparkan keindahan semula jadi yang cantik selain daripada pengembaraan di kawasan pergunungan. Kawasan ini dikelilingi dengan pergunungan alps yang hebat, cerun ski bertaraf dunia dan juga tasik biru yang sangat tenang. Sepanjang tahun, Zell Am See akan mengadakan acara rekreasi luaran termasuk pertandingan ski dan papan luncur salji. Kebanyakan pelancong yang ke sini akan memandu kereta kerana mereka akan mengambil laluan Groddglockner Alpine Road di mana pelancong boleh melihat permandangan yang sangat cantik. Pelancong pasti akan tergamam dengan keindahan untuk pergi ke Zell Am See.
Steigenberger Hotel and Spa Krems adalah sebuah hotel yang bertaraf empat bintang setengah. Hotel ini mempunyai banyak tarikan yang boleh digunakan oleh tetamu yang tinggal di sini. Hotel ini mempunyai spa, taman, kolam renang dalaman, perpustakaan, kolam renang luaran, kawasan untuk berkelah, sauna, tab air panas, bilik stim, ruang menontan televisyen dan juga ruang atas bumbung dan juga tempat membakar di lobi hotel. Semua ini boleh digunakan oleh tetamu hotel ini. Selain daripada itu, hotel ini juga boleh menyediakan perkhidmtan perkahwinan, perkhidmatan dobi dan penyimpanan bagasi. Tetamu juga boleh menggunakan tempat letak kenderaan dan juga pusat senaman yang ada di hotel ini. Ini adalah hotel bebas zon merokok. Mereka juga menawarkan Wi-Fi percuma, sarapan pagi dan beberapa kemudahan lain di dalam bilik seperti alat mandian percuma.
Ini adalah hotel yang bertaraf 4 bintang setengah. Menurut nama hotel ini, mereka mempunyai kemudahan untuk para tetamu wanita mereka untuk dimanjakan. Hotel ini mempunyai spa di mana mereka boleh mendapatkan sesi mengurut dan pelbagai rawatan lain. Hotel ini juga mempunyai kelab kesihatan, perpustakaan, kolam renang dalaman dan juga taman. Hotel ini membenarkan tetamu mereka membawa haiwan peliharaan ke hotel ini. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai perkhidmatan dobi, penyimpanan bagasi dan penyediaan lawatan. Hotel ini juga mempunyai Wi-Fi dan kawasan atap di mana tetamu boleh beristirahat. Tetamu yang tinggal di hotel ini boleh menikmati sarapan dan kopi atau teh di hotel ini.
Ini adalah hotel empat bintang. Ia mempunyai banyak jenis bilik yang boleh dipilih. Setiap bilik mempunyai harga yang berbeza dan menawarkan kemudahan yang berlainan. Kesemua bilik di hotel ini mempunyai pemandangan yang memperlihatkan bandar Niederösterreich. Ada banyak ulasan tetamu yang memuji reka bentuk dalaman bilik hotel ini. Mereka juga memuji betapa selesa bilik-bilik hotel ini. Haiwan peliharaan dibenarkan di hotel ini dan mereka juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak bagi ibu bapa yang mempunyai rancangan lain. Tetamu yang tinggal di sini juga boleh menikmati kopi di kedai kopi yang ada di hotel ini.
Hotel ini terletak di bandar Niederösterreich, Austria. Hotel ini mempunyai banyak perkhidmatan seperti penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Selain daripada itu mereka juga menyediakan perkhidmatan dobi, proses daftar masuk dan daftar keluar dengan cepat, perkhidmatan penyimpanan bagasi dan juga perkhidmatan porter. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan untuk mengadakan perkahwinan. Tambahan lagi hotel ini mempunyai pusat bersenam, taman, kolam renang dalaman dan luaran, sauna, spa, tab air panas, bilik stim dan juga ruang untuk menikmati cahaya matahari. Di tepi kolam renang, hotel telah menyediakan bar untuk memesan minuman untuk mereka minum sambal berendam di dalam kolam renang. Tetamu juga boleh menyewa kereta dari hotel ini untuk mereka gunakan ketika berada di Austria.
Ini adalah hotel bintang 4 yang terletak di Niederösterreich, Austria. Ia terletak hanya 1.38 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Oleh itu, mereka boleh memilih hotel ini jika mereka mempunyai penerbangan awal. Ada banyak ulasan tetamu yang mengatakan hotel ini sangat selesa dan terletak berdekatan dengan banyak kemudahan di lapangan terbang. Hotel ini juga menawarkan sarapan pagi yang sangat banyak dan sedap. Tetapi hotel ini mempunyai bayaran tambahan bagi mereka yang mahukan sarapan pagi. Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan seperti Wi-Fi dan kemudahan korporat. Hotel ini juga membenarkan tetamu mereka membawa haiwan peliharaan mereka.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Vienna, Salzburg |
Popular Hotel | DAS EDELWEISS - Salzburg Mountain Resort, The Ritz-Carlton, Vienna |