Hotel Bulgaria

Hotel Terbaik di Bulgaria

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Bulgaria ,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 5,878Hotel di Bulgaria

Hotel popular di Bulgaria

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Sofia Balkan Palace, Hotel Bulgaria
8.4
(997)
Sangat Baik
Hotel
Sofia, Bulgaria
Kedai
Bar
Harga sekitar
RM 599.44
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Sorbona, Hotel Bulgaria
8
(2)
Sangat Baik
Hotel
Perbandaran Varna, Varna
Perpustakaan
Sauna
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 224.08
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Grand Hotel Millennium Sofia, Hotel Bulgaria
9.2
(427)
Cemerlang
Hotel
Sofia, Bulgaria
Mandian Turki
Pakej lamaran romantik
Kedai
Teres atas bumbung
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 697.14
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 Hotel Premier Sofia Airport, Hotel Bulgaria
9
(1,002)
Cemerlang
Hotel
Sofia, Bulgaria
Pengangkutan dari lapangan terbang
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 462.40
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hyatt Regency Sofia, Hotel Bulgaria
9
(169)
Cemerlang
Hotel
Sofia, Bulgaria
Bilik wap
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 662.57
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 5 Vintage Guest House, Hotel Bulgaria
9.4
(130)
Cemerlang
Rumah Tetamu
Sofia, Bulgaria
Harga sekitar
RM 208.63
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Golden Tulip Varna, Hotel Bulgaria
8.4
(125)
Sangat Baik
Hotel
Odessos, Obshtina Varna
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 399.95
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Residence City Garden, Hotel Bulgaria
9.4
(14)
Cemerlang
Hotel
Perbandaran Plovdiv, Plovdiv
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 518.09
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Novotel Sofia, Hotel Bulgaria
9
(337)
Cemerlang
Hotel
Sofia, Bulgaria
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 489.63
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Grand Hotel Plovdiv, Hotel Bulgaria
8.6
(125)
Sangat Baik
Hotel
Severen, Obshtina Plovdiv
Kasino
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 354.42
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Earth and People Hotel & Spa, Hotel Bulgaria
Hotel
Sofia, Bulgaria
Penyimpanan ski
Bilik wap
Teres atas bumbung
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 331.11
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 Doubletree By Hilton Plovdiv Center, Hotel Bulgaria
Hotel
Severen, Obshtina Plovdiv
Pakej lamaran romantik
Bilik wap
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 401.02
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Rila Sofia, Hotel Bulgaria
7.6
(45)
Baik
Hotel
Sofia, Bulgaria
Kelab malam
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Pengangkutan dari lapangan terbang
Bar
Harga sekitar
RM 291.17
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Alabin Central, Hotel Bulgaria
Hotel
Sofia, Bulgaria
Harga sekitar
RM 179.24
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Rosslyn Central Park Hotel, Hotel Bulgaria
8.4
(178)
Sangat Baik
Hotel
Sofia, Bulgaria
Pakej lamaran romantik
Bar
Harga sekitar
RM 672.22
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Maria Luisa by INTROVERT HOTELS, Hotel Bulgaria
8.4
(137)
Sangat Baik
Hotel
Sofia, Bulgaria
Perpustakaan
Harga sekitar
RM 231.38
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Bulgaria Burgas, Hotel Bulgaria
8.6
(427)
Sangat Baik
Hotel
Obshtina Burgas, Burgas
Kelab malam
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 353.85
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Mercure Sofia City, Hotel Bulgaria
9.6
(4)
Cemerlang
Hotel
Sofia, Bulgaria
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 389.85
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 BG Hotel Sofia, Hotel Bulgaria
Hotel
Sofia, Bulgaria
Harga sekitar
RM 310.34
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Lion Sofia, Hotel Bulgaria
8
(394)
Sangat Baik
Hotel
Sofia, Bulgaria
Pengambilan dari stesen kereta api
Bar
Harga sekitar
RM 747.42
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Lebih lanjut tentang hotel di Bulgaria

Bulgaria ataupun secara rasminya adalah Republik Bulgaria. Republik Bulgaria ini terletak di Tenggara Eropah. Ia bersempadan dengan Romania di Utara, Serbia dan Macedonia di Barat, Yunani dan Turki di Selatan dan Laut Hitam di sebelah Timur. Ibu kota dan bandar terbesar adalah Sofia. Antara bandar utama yang lain adalah Plovdiv, Varna dan Burgas. Wilayah ini berkeluasan 110,994 kilometer persegi membuatkan Bulgaria adalah negara ke-16 terbesar di Eropah. Salah satu masyarakat yang paling awal berada di tanah zaman moden Bulgaria adalah budaya Neolitik Karanovo yang bermula pada tahun 6,500 sebelum masihi. Pada zaman puba di sekitar abad ke 6 hingga ke 3 sebelum masihi, rantau ini menjadi medan perang bagi orang Thracia, Persia, Celtic dan Macedonian sehingga ia ditakluk oleh Empayar Rom pada tahun 45 masihi. Empayar Timur Rom atau Byzantine kehilangan sebahagian wilayah ini kepada Bulgarian yang menyerang pada akhir abad ke 7. Bulgarian kemudiannya mengasas negara Bulgaria yang pertama pada 681 AD yang menguasai kebanyakan negara Balkan yang lain. Bulgaria juga berfungsi sebagai hab budaya untuk Slavs semasa Zaman Pertengahan.

Empayar Bulgaria pertama berlangsung hingga abad ke-11, ketika Emperor Byzantine Basil II menakluknya. Pemberontakan Bulgaria yang berjaya pada 1185 menubuhkan Empayar Bulgaria Kedua yang mencapai puncaknya di bawah Ivan Asen II pada tahun 1218-1241. Selepas perang dan persengketaan yang berlaku, Empayar Bulgaria Kedua telah hancur pada tahun 1396 dan wilayahnya jatuh di bawah pemerintahan Uthmaniyyah selama hampir lima abad. Perang Russo-Turki pada 1877-78 mengakibatkan pembentukan Negara Bulgaria Ketiga. Ramai penduduk etnik Bulgaria ditinggalkan di luar sempadannya, yang membawa kepada beberapa konflik dengan jirannya dan persekutuan dengan Jerman dalam kedua-dua peperangan dunia. Pada tahun 1946, Bulgaria menjadi satu-satunya negara sosialis dan sebahagian daripada blok Timur yang diketuai oleh Kesatuan Soviet. Parti Komunis yang memerintah meninggalkan monopoli kuasa selepas Revolusi 1989 dan membenarkan pilihan raya untuk pelbagai parti. Bulgaria kemudian beralih menjadi negara berdemokrasi dan ekonomi berasaskan pasaran.

Sejak penerapan perlembagaan demokratik pada tahun 1991, Bulgaria telah berfungsi sebagai republik parlimen yang bersatu dengan pentadbiran politik, pentadbiran dan ekonomi. Kebanyakan aktiviti komersil dan pentadbiran tertumpu di ibu kota dan bandar terbesar di Sofia. Penduduknya mempunyai lebih dari 7 juta orang menduduki bandar utama di 28 wilayah. Ekonomi pasaran Bulgaria adalah sebahagian daripada Pasar Tunggal Eropah dan sebahagian besarnya berdasarkan perkhidmatan, pertanian dan sektor perindustrian yang besar yang memberi tumpuan kepada pembinaan perlombongan dan mesin. Bulgaria adalah ahli Kesatuan Eropah, NATO dan Majlis Eropah. Ia adalah sebuah negara pengasas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) dan telah mengambil tempat duduk di Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali. Ia juga terkenal dengan biodiversiti, pencapaiannya dalam sukan dan sains dan pengaruh sejarahnya terhadap budaya Slavik melalui sekolah-sekolah sastera Medieval dan skrip Cyrillic.

Bagi anda yang ingin datang ke Bulgaria, anda perlu menyemak terlebih dahulu anda memerlukan visa atau tidak untuk memasuki Bulgaria. Ada terdapat beberapa negara yang dikecualikan visa untuk memasuki Bulgari. Bulgari merupakan salah satu negara di bawah Kesatuan Eropah (EU). Oleh itu, syarat untuk memasuki Bulgaria mengikut syarat yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah. Secara amnya, jika anda boleh memasuki negara di dalam Kesatuan Eropah, anda boleh memasuki Bulgaria juga. Kebanyakan negara tidak memerlukan visa untuk memasuki Bulgaria. Pelancong mestinya mempunyai duit yang cukup dan tiket pergi balik yang sah sebelum memasuki Bulgaria. Selain daripada itu, pelancong juga perlu mempunyai insuran kesihatan yang sah. Kesemua pelancong asing yang datang ke Bulgaria perlu mendaftarkan diri di balas polis tempatan dalam 5 hari setelah tiba di Bulgaria. Pendaftaran ini kebiasaanya dilakukan oleh pihak hotel anda. Kesemua pelancong mesti mempunyai pasport yang sah dan berbaki sekurang-kurang 6 bulan dari tarikh memasuki Bulgaria. Bagi rakyat Malaysia, anda tidak memerlukan visa untuk memasuki Bulgaria dan boleh menetap di Bulgaria selama 90 hari. Walau bagaimanapun, pasport anda mesti berbaki sekurang-kurangnya 6 bulan.

Bahasa Bulgaria adalah bahasa rasmi di negara itu. Ia dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Bulgaria dan ia digunakan oleh semua lapisan masyarakat di sana. Ia merupakan bahasa Eropah, ahli kumpulan linguistik Slavik. Bahasa yang terdekat dengan bahasa Bulgaria ini adalah bahasa Macedonia yang perbezaan di antara kedua-dua bahasa ini adalah dialek sahaja. Bahasa Bulgaria ini ditulis dengan Cyrillic. Bahasa ini juga terdapat pada bahasa-bahasa lain seperti Rusia dan Serbia.

Turki merupakan kumpulan minoriti terbesar di negara ini. Orang Turki di Bulgaria adalah keturunan peneroka Turki yang berasal dari Anatolia dan penaklukan Uthmaniyyah terhadap Balkan pada akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15. Romani merupakan kumpulan minoriti kedua terbesar di negara ini. Romani di Bulgaria adalah keturunan pendatang nomad Romani yang berasal dari India pada akhir abad ke-13. Bahasa minoriti lain yang dituturkan adalah Rusia, Ukraine, Armenia, Tatar, Yunani, Romania, Aromanian dan Megleno-Romania.

Bulgaria mempunyai iklim yang dinamik yang berpunca dari titik pertemuan di antara Mediterranean dan benua lain yang digabungkan dengan pergunungannya. Bulgaria Utara mempunyai purata suhu 1 °C lebih sejuk dari cuaca di bahagian Selatan Bulgaria. Kawasan Utara Bulgaria juga mempunyai purata hujan yang lebih banyak berbanding kawasan Selatan di pergunungan Balkan. Suhu berbeza-beza di setiap yang berbeza di Bulgaria ini. Suhu terendah yang pernah direkodkan adalah -38.3 °C manakala suhu tertinggi pernah direkodkan adalah 45.2 °C.

Terdapat pelbagai makanan yang terkenal di Bulgaria antaranya meshana skara iaitu daging campur yang dipanggang, Gyuvech iaitu makanan yang direbus yang mempunyai daging, cendawan, bawang dan bahan-bahan lain. Kiselo Mlyako juga terkenal di Bulgaria. Ia merupakan salah satu jenis yogurt yang dihidangkan bersama makanan klasik Bulgarian.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Bagi anda yang ingin datang ke Bulgaria, anda boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan. Terdapat banyak lapangan terbang yang ada di Bulgaria ini. Lapangan utama di Bulgaria adalah Lapangan Terbang Sofia yang terletak di bandar Sofia dan juga Lapangan Terbang Burgas yang terletak di bandar Burgas. Kedua-dua lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang yang tersibuk dan mempunyai aliran keluar masuk penumpang yang teramai.

Sofia merupakan ibu kota di Bulgaria. Oleh itu, lapangan terbang di kota itu merupakan lapangan terbang yang tersibuk di Bulgaria. Bagi anda yang ingin bercuti ke Sofia dari Malaysia. Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Sofia. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sofia seperti Turkish Airlines, KLM, Qatar Airways dan juga British Airways. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus ditawarkan oleh mana-mana penerbangan. Tambang penerbangan termurah ditawarkan oleh Turkish Airlines dengan berharga RM 3,720. Harga tiket penerbangan boleh berubah-ubah mengikut tarikh dan masa anda ingin membuat penerbangan.

Selain dari bandar Sofia, anda juga boleh ke bandar kedua yang tersibuk di Bulgaria iaitu Burgas. Bandar ini juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik boleh dikunjungi oleh anda. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Lapangan Terbang Burgas. Beberapa syarikat menyediakan penerbangan ke Burgas. Walau bagaimanapun, tiada penerbangan terus disediakan oleh mana-mana penerbangan. Anda perlu transit di beberapa lapangan terbang terlebih dahulu sebelum membuat perjalanan ke Burgas. Tiket penerbangan termurah ditawarkan oleh Emirates dengan berharga RM 4,679. Harga tiket penerbangan akan berubah mengikut tarikh dan waktu anda ingin membuat penerbangan.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Alexander Nevsky Cathedral, Sofia

Alexander Nevsky Cathedral yang terletak di Sofia ini merupakan salah satu tempat yang mesti anda dikunjungi ketika berada di Sofia. Cathedral ini sangat luar biasa kerana ia mempunyai seni bina yang sangat menarik. Di dalam Alexander Nevsky Cathedral ini terdapat lampu chandelier, karya seni, lukisan dan macam-macam lagi. Makam yang ada di dalamnya juga amat menarik. Ia berasal sejak tahun 1600. Lokasi katedral ini juga sangat mudah dicari kerana terletak di bandar dan terdapat banyak kafe dan restoran juga di sini.

Boyana Church

Boyana Church ini terletak di Sofia. Gereja ini merupakan salah satu gereja ortodoks di Bulgaria. Ia terletak di luar pinggiran bandar Sofia. Pada tahun 1979, gereja ini menjadi salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sea Garden

Sea Garden ini terletak berdekatan dengan pelabuhan di Burgas, Bulgaria. Taman ini merupakan taman terbesar di situ dan terletak di sepanjang Laut Hitam. Ia merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Hotel Marinela Sofia

Hotel Marinela Sofia terletak di bandar Sofia. Ia berada berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam di bandar itu seperti stesen metro. Hotel ini hanya berjarak 3 minit berjalan kaki dengan stesen metro terdekat. Hotel ini merupakan hotel bertaraf 5 bintang di bandar Sofia itu. Ia menyediakan pelbagai kemudahan bagi pengunjungnya. Hotel ini juga terletak hanya 3 km daripada Alexander Nevsky Cathedral.

Hotel Anel

Hotel Anel ini merupakan hotel yang sangat sempurna bagi anda ketika berada di Sofia. Ia terletak hanya 15 minit berjalan kaki dari Galeri Muzium di Sofia. Hotel ini juga terletak hanya 2 km dari Stesen Keretapi Sofia. Hotel ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di dalam semua biliknya dengan secara percuma. Hotel ini mempunyai restoran yang menawarkan pemandangan menarik di atas bumbung hotel ini.

Grand Hotel & SPA Primoretz

Grand Hotel & SPA Primoretz ini terletak di bandar Burgas. Hotel bertaraf 5 bintang ini sangat ideal bagi anda ketika anda berada di Burgas. Dengan menetap di hotel ini, anda dapat pergi ke pelbagai destinasi tarikan pelancong dengan mudah. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tetamunya seperti kemudahan Wi-Fi percuma dan juga kolam renang.

Baca lagi

Facts about hotel in Bulgaria

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Sofia, Varna
Popular Hotel
Sofia Balkan Palace, Grand Hotel Millennium Sofia

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Bulgaria ?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Bulgaria ?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Bulgaria

Guest reviews in hotel near Bulgaria

8.4
Mengagumkan
97,557 reviews from hotels in Bulgaria with aggregated rating of 8.4/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Bulgaria will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?