Finland ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Utara. Ia terletak di antara tiga buah negara iaitu Rusia di timurnya, Norway berada di bahagian utara dan Sweden di barat lautnya. Finland ialah salah satu negara Nordik bersama dengan Norway dan Sweden, iaitu negara-negara Nordik adalah sebahagian daripada wilayah geografi yang berada di Fennoscandia. Ia adalah salah satu daripada negara-negara paling utara yang terpencil dan mempunyai ciri geografi yang mempunyai iklim yang sangat mencabar di dunia. Finland berada di zon boreal atau zon subartik dengan musim sejuk yang panjang. Suhu di sana juga sangat ekstrim dengan suhu yang sangat rendah.
Kawasan di mana Finland berada sekarang ini mempunyai sejarah yang panjang. Manusia pertama yang mula menetap di kawasan ini dianggarkan bermula-mula kira-kira 9000 Sebelum Masihi sewaktu Zaman Ais yang terakhir berakhir dan permulaan Zaman Batu. Penduduk pertama di kawasan itu telah meninggalkan artifak-artifak yang berkongsi beberapa ciri dengan artifak-artifak lain yang terdapat di negara-negara sekitarnya seperti di Rusia dan Norway. Manusia pada zaman ini merupakan pemburu-pengumpul dan menggunakan alatan-alatan batu. Semasa Zaman Gangsa dan Zaman Besi, orang ramai dianggap mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya lain di wilayah Fennoscandia dan Baltik kerana penemuan artifak tembikar dan kapak yang dijumpai pada zaman itu telah berkongsi ciri yang sama dengan wilayah di sekitarnya. Semasa Zaman Besi, kepadatan penduduk di kawasan itu meningkat terutamanya di wilayah Hame dan Savo, sekaligus menjalinkan hubungan budaya yang lebih kerap dengan Baltik dan Scandinavia.
Pada kurun ke-12, Finland menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan Sweden melalui perang salib. Penjajahan ini berlaku pada sebahagian pantainya oleh penduduk Kristian dari Sweden semasa Zaman Pertengahan. Ini telah menyebarkan agama Kristian Katolik kepada rakyat Finland. Orang kelas atasan di Finland telah kehilangan posisi dan tanah mereka kepada orang Sweden, Jerman dan Kristian Katolik disebabkan oleh pencerobohan ini. Orang Sweden menganggap Bahasa Finnish untuk sebagai satu bahasa primitif dan ia dianggap mempunyai taraf yang lebih rendah dari Bahasa Swedish. Bahasa Swedish menjadi bahasa utama dan ia digunakan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan rasmi rakyat manakala Bahasa Finnish yang dianggap sebagai bahasa berstatus rendah tidak digunakan sama sekali. Walau bagaimanapun, Bahasa Finnish masih digunakan oleh para pendeta, penulis dan di mahkamah tempatan di mana penduduknya kebanyakan masih menggunakan bahasa Finnish sebagai bahasa harian.
Pada abad ke-18, beberapa buah peperangan meletus antara Sweden dan Rusia. Perang-perang ini telah menyebabkan kemasukan tentera Rusia ke Finland dan akhirnya menawannya. Finland menjadi Grand Duchy di bawah Empayar Rusia. Maharaja Alexander I dari Rusi, telah menggabungkan wilayah Vyborg Rusia dengan Grand Duchy of Finland dan ia kekal sehingga ke hari ini, sebagai sebahagian daripada negara Finland. Kawasan tersebut kini dikenali sebagai Wilayah Viipuri. Semasa Era Rusia di berada di Finland, bahasa Finnish akhirnya mula mendapat pengiktirafannya dan akhirnya mencapai status perundangan yang sama dengan bahasa Swedish pada tahun 1892.
Pada tahun 1866 hingga 1868, terdapat tragedi kebuluran melampau yang melanda Finland. Kebuluran ini telah menyebabkan kematian 15% penduduk di Finland, menjadikannya salah satu insiden yang paling teruk dalam sejarah Eropah. Ini telah menyebabkan kerajaan Rusia melonggarkan kawalan kewangan pada Finland. Pada tahun 1906, Grand Duchy of Finland mengguna pakai konsep hak pilih sejagat (universal suffrage) di mana semua warga dewasa mempunyai hak dalam isu mengundi. Penggunaan konsep ini di Finland telah menjadikannya sebagai sebuah negara pertama yang melaksanakan konsep tersebut sepenuhnya dengan wanita boleh berdiri sebagai calon dan tidak ada pengecualian etnik. Walau bagaimanapun, hubungan antara Grand Duchy of Finland dan Empayar Rusia menjadi renggang kerana kerajaan Rusia menyekat autonomi Finland. Ini menyebabkan konsep hak pilih sejagat yang digunapakai oleh Finland sia-sia apabila Tsar (maharaja Rusia) tidak meluluskan sebarang undang-undang yang digubal oleh parlimen Finland. Ini adalah antara faktor yang mencetuskan semangat patriotisme rakyat Finland untuk menuntut hak kemerdekaan mereka.
Finland mengisytiharkan negaranya sebagai bebas dari Rusia pada tahun 1917, berikutan Revolusi Rusia. Pada tahun berikutnya, kawasan tersebut dibahagikan akibat perang saudara, dengan Rusia Soviet yang memerangi Pengawal Putih Finland dengan sokongan kerajaan Jerman. Finland menjadi negara republik berpresiden selepas percubaan ringkas dengan sistem pemerintahan monarki. Finland menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1995.
Ibu kota Finland pada hari ini adalah Helsinki, iaitu sebuah wilayah terbesar dan paling padat dengan jumlah penduduk yang ramai di negara tersebut. Ia terletak di Teluk Finland. Helsinki telah didiami oleh manusia sejak Zaman Besi. Bandar Helsinki adalah kawasan paling ramai penduduk di negara ini yang merangkumi lebih daripada 1.4 juta orang. Helsinki merupakan sebuah bandar ketiga terbesar di antara negara-negara Nordik.
Kebanyakan penduduk Finland merupakan ahli Gereja Lutheran Evangelikal yang menganut agama Kristian Protestan. Gereja Lutheran Evangelikal merupakan gereja kebangsaan di Finland dan salah satu gereja Lutheran terbesar di dunia. Hampir 71% penduduk Finland pada harini adalah adalah ahli Gereja Lutheran Evangelikal. Terdapat kira-kira 20% rakyat di Finland yang ateis iaitu seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama, manakala baki penduduk yang lainnya dibahagikan sebagai penganut agama lain seperti agama Islam, Hindu, Buddha, Yahudi dan agama kepercayaan nenek moyang mereka.
Selain Bahasa Finland, Bahasa Sweden juga masih merupakan salah satu bahasa rasmi di negara tersebut. Terdapat sebilangan kecil bahasa lain yang digunakan oleh segelintir masyarakat di Finland seperti bahasa-bahasa Sami yang mempunyai hubungan jauh dengan Bahasa Finland.
Harga untuk satu tiket penerbangan pergi dan pulang dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Helsinki, Finland bermula dari serendah RM 2,500. Tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke mana-mana lapangan terbang di Finland, termasuklah Helsinki. Semua penerbangan ke negara tersebut akan transit di negara-negara sekitarnya seperti Turki dan United Kingdom dan lain-lain sebelum meneruskan penerbangan ke Helsinki. Jumlah masa penerbangan yang direkodkan, tanpa mengira waktu singgah, adalah sekitar enam belas jam dan tiga puluh minit.
Pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa pelancong untuk melancong ke Finland, atau mana-mana negara Eropah lain di kawasan Schengen bagi tujuan pelancongan dan perniagaan. Walau bagaimanapun, tidak boleh berada di mana-mana negeri di kawasan Schengen melebihi 90 hari dalam tempoh 6 bulan. Selain daripada itu, para pelawat Malaysia mungkin perlu memberikan bukti mempunyai dana yang mencukupi dan juga tiket pulang dengan pasport apabila tiba di mana-mana pintu masuk di negara-negara Schengen, termasuklah Finland.
Memandangkan Finland adalah salah satu daripada negara-negara paling utara di dunia, ia adalah tempat yang tepat untuk memburu Cahaya Utara, atau lebih dikenali dengan nama Northern Lights atau Aurora Borealis, yang indah dan memukau. Melihat fenomena alam semula jadi yang unik berada di atas kepala adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan semasa berjalan-jalan ke Finland, khususnya di Lapland utara. Cahaya-cahaya yang bersinar hampir setiap malam, dengan syarat cuaca yang bagus dan waktu malamnya terang, antara bulan September dan Mac. Jika perjalanan ke Finland pada bulan-bulan lain, mungkin lebih sukar untuk melihat, walaupun secara sekilas, cahaya utara ini kerana ia hanya muncul sekitar 10-20 malam setahun. Lapland terletak hampir seribu kilometer jauhnya dari Helsinki.
Jika sudah berada di kawasan Lapland untuk melihat cahaya utara, ini akan menjadi tambahan hebat dengan melawat Siida, sebuah muzium yang terletak di Laki Inari. Siida ini terletak di perkampung Inari, Inari, Finland. Siida berada dalam berjarak dua jam dari pusat bandar Lapland. Siida ini menjadi rumah kepada sebuah muzium iaitu Muzium Sami dan juga sebuah Pusat Alam Lapland Utara. Siida adalah tempat yang sempurna bagi mereka yang ingin mengetahui lebih banyak mengenai budaya Sami dan budaya Lapland Utara. Siida mempunyai tanah seluas tujuh hektar yang mengagumkan di mana muzium itu dibina, dengan hampir 50 tapak yang berkaitan dengan keindahan alam Lapland dan juga tentang Sami dan kebudayaan. Siida adalah salah satu tempat terawal di mana peneroka pertama telah menetap dengan temuan arkeologi dalam 9,000 tahun!
Bagi mereka yang ingin mempunyai bajet yang ketat, CheapSleep adalah tempat yang sempurna untuk tinggal sementara berada di Finland. CheapSleep adalah sebuah asrama, hanya lima belas minit dari pusat bandar dan kira-kira dua puluh minit dari Lapangan Terbang Helsinki. Asrama ini menawarkan tiga jenis asrama, bermula dari RM 126 hingga RM 741 untuk satu malam. Asrama yang paling asas dan paling murah, tetamu akan menginap di asrama dengan katil dua tingkat. Asrama juga dibahagikan kepada campuran atau yang dibahagikan kepada lelaki atau wanita sahaja. Jenis bilik yang lain adalah dengan katil bersaiz Double atau Twin dengan bilik mandi berkongsi dan walaupun jenis ini jauh lebih mahal, ia sangat sesuai untuk mereka yang memilih privasi mereka. Terdapat banyak bilik mandian pancuran dan tandas di bilik mandi. Mereka menawarkan perkhidmatan sarapan pagi walaupun akan dikenakan bayaran tambahan. Asrama ini menyediakan sambungan Wi-Fi percuma kepada tetamu mereka. Sila ambil perhatian bahawa semua kawasan di asrama, termasuklah bilik-biliknya adalah bebas asap.
Ini adalah sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Lapland. Ini juga merupakan tempat tinggal jika para pelanggannya mempunyai bajet yang terhad. Santa’s Hotel Rudolf ini menawarkan hanya dua jenis bilik, Bilik Berkembar dan Bilik Triple. Nama bilik adalah berdasarkan jenis bilik yang ditawarkan. Bilik Berkembar adalah sebuah bilik dengan dua buah katil saiz berkembar manakala kalau Bilik Triple mempunyai tiga buah katil. Mereka bermula dari RM 232 sehingga RM 375 untuk satu malam. Bilik-bilik di Santa Hotel Rudolf adalah bilik yang sangat asas, sesuai untuk mereka yang hanya ingin menginap selama dua malam. Hotel ini mempunyai sambungan Wi-Fi percuma.
Total Accommodation | 20 Properties |
Popular Region | Helsinki, Lapland |
Popular Hotel | NH Collection Helsinki Grand Hansa, Hotel Lilla Roberts |