Hotel Jerman

Hotel Terbaik di Jerman

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Jerman,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 56,619Hotel di Jerman

Hotel popular di Jerman

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 Belmont Classic, Hotel Jerman
Hotel
Bonn, Kreisfreie Stadt Bonn
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 313.16
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ameron Bonn Hotel Königshof, Hotel Jerman
8.8
(601)
Sangat Baik
Hotel
Bonn, Kreisfreie Stadt Bonn
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 353.90
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 H+ Hotel Köln Brühl, Hotel Jerman
Hotel
Brühl, Rhein-Erft district
Bilik wap
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 353.60
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Sofitel Munich Bayerpost, Hotel Jerman
8.6
(1,006)
Sangat Baik
Hotel
Munich, Munich
Penjagaan anak
Anita s.
rekreasi
Akan kembali ke Munich dan tinggal di sini lagi. Lokasi adalah yang terbaik di sebelah stesen kereta api supaya mudah untuk perjalanan di seluruh Eropah. Kakitangan sangat mesra dan membantu, bilik tenang besar, secara keseluruhan saya suka 🥰.
Harga sekitar
RM 1,321.91
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Flair Hotel Landgasthof Roger, Hotel Jerman
8.2
(85)
Sangat Baik
Hotel
Löwenstein, Heilbronn district
Ladang anggur
Mandian Turki
Perpustakaan
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 501.86
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 ibis Styles Tuebingen, Hotel Jerman
Hotel
Tübingen, Tübingen district
Harga sekitar
RM 497.33
Lihat Ketersediaan
Hotel Westfalia 1, Hotel Jerman
8.8
(11)
Sangat Baik
Hotel
Halle (Saale), Halle district
Teres atas bumbung
Bar
Harga sekitar
RM 310.22
Lihat Ketersediaan
Lobby 1 THE FLAG München M., Hotel Jerman
9.4
(1)
Cemerlang
Hotel
Munich, Munich
Kelab kesihatan
Teres atas bumbung
Kawasan berkelah
Harga sekitar
RM 554.92
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Schicke Apartments in Bonn I home2share, Hotel Jerman
Apartmen
Bonn, Kreisfreie Stadt Bonn
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 476.16
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Limehome Frankfurt Gutleutstraße, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 341.01
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Mercure Hotel Berlin Wittenbergplatz, Hotel Jerman
Hotel
Schöneberg, Tempelhof-Schoneberg
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 441.99
Lihat Ketersediaan
Exterior view 1 Mercure Hotel Duesseldorf City Center, Hotel Jerman
Hotel
Düsseldorf, Dusseldorf district
Kawasan boling
Daftar keluar ekspres
Harga sekitar
RM 445.82
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Motel One Berlin - Upper West, Hotel Jerman
Hotel
Charlottenburg, Charlottenburg-Wilmersdorf
Bar
Harga sekitar
RM 415.81
Lihat Ketersediaan
Holiday Inn  the niu, Fury Aschheim Messe Concierge 1 Holiday Inn - the niu, FURY ASCHHEIM MESSE by IHG, an IHG Hotel, Hotel Jerman
Harga sekitar
RM 306.14
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Best Western Plus Welcome Hotel Frankfurt, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Bilik wap
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 318.95
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 DoubleTree by Hilton Frankfurt Niederrad, Hotel Jerman
Hotel
Frankfurt, Darmstadt district
Kelab kesihatan
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 314.30
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Mandala Berlin, a Member of Design Hotel, Hotel Jerman
Hotel
Tiergarten, Mitte
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Teres atas bumbung
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 1,087.66
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 NH Düsseldorf City-Nord, Hotel Jerman
8.2
(981)
Sangat Baik
Hotel
Düsseldorf, Dusseldorf district
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 372.68
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Pestana Berlin Tiergarten, Hotel Jerman
8.6
(1,001)
Sangat Baik
Hotel
Tiergarten, Mitte
Bilik wap
Kerusi berjemur kolam renang
Sauna
Bar
Harga sekitar
RM 410.88
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 NH Collection Berlin Mitte am Checkpoint Charlie, Hotel Jerman
Hotel
Mitte, Berlin
Kedai
Bilik wap
Sauna
Daftar keluar ekspres
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 525.80
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Temui perkara yang Anda suka

Destinasi lain untuk anda

Temui yang Anda suka & terokai penginapan di kawasan-kawasan popular ini
Penginapan di Berlin
Penginapan di Berlin
Bersejarah, Seni & Budaya, Kulinari
Penginapan di Munich
Penginapan di Munich
Bersejarah, Seni & Budaya, Bandar Lama
Penginapan di Frankfurt
Penginapan di Frankfurt
Seni & Budaya, Bandar Lama, Bersejarah
Penginapan di Hamburg
Penginapan di Hamburg
Beli-belah, Kulinari, Hiburan Malam

Lebih lanjut tentang hotel di Jerman

Jerman atau secara rasminya diiktiraf sebagai Republik Persekutuan Jerman adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di sekitar kawasan barat tengah Eropah, dengan Laut Utara dan Laut Baltik di utara-timur laut, serta berkongsi sempadan dengan Denmark di utara, Poland dan Republik Czech di timur, Austria di tenggara, Switzerland ke arah selatan-barat daya, Perancis, Luxembourg dan Belgium di barat dan Belanda di barat laut. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 357,386 meter persegi dan sama seperti negara-negara berdekatan, mempunyai iklim bermusim yang berjenis sederhana. Ia adalah salah satu daripada negara-negara Eropah yang paling berpengaruh dari segi budaya dan juga di antara kuasa ekonomi utama dunia, dikenali turun-temurun dengan kemahiran kejuruteraan yang penuh ketepatan dan juga pelbagai produk berteknologi tinggi.

Ibu negara Jerman adalah Berlin, yang merupakan kota paling padat di dalam Kesatuan Eropah setelah Brexit, di mana London memegang gelaran tersebut sebelum itu. Antara catatan sejarah terawal mengenai Berlin boleh ditemukan seawal abad ke-13 dengan Berlin dijadiakan sebagai ibukota Margraviate Brandenburg, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman, Republik Weimar, Reich Ketiga, Jerman Timur dan kini terus menjadi ibu negara Jerman moden hingga ke hari ini.

Kebudayaan dalam bahasa Jerman dipengaruhi dengan kuat sekali oleh minda para intelektual seperti penulis dan ahli falsafah yang turut mempunyai pengaruh besar di Eropah dan kawasan sekelilingnya, ini menyebabkan Jerman memperoleh nama panggilan Das Land der Dichter und Denker, secara literalnya diterjemahkan sebagai tanah penyair dan pemikir. Sebilangan besar daripada buah fikiran ilmuan-ilmuan ini terus membentuk pemikiran Barat sehingga hari ini, terutamanya dalam bidang kesusasteraan, falsafah, muzik, seni bina, seni, fesyen, reka bentuk dan juga sains. Walaupun begitu, negara ini juga meraikan keunikan serantaunya yang dapat dilihat dalam budaya minuman dan masakan mereka, serta dalam amalan agama mereka, di mana daripada 59.4% pengamal Kristian di negara ini, 30% daripadanya adalah Katolik Roman dan 29% adalah pengamal ajaran Protestantisme.

Sementara itu, bahasa rasmi Jerman adalah Jerman Standard, dengan lebih daripada 95% penduduk berbahasa Jerman Standard atau dialek tempatan sebagai bahasa pertuturan pertama mereka. Terdapat juga bahasa minoriti yang telah diiktiraf seperti Upper dan Lower Sorbian, Romani, Denmark dan Frisian. Pendatang generasi pertama dan kedua pula masih bercakap beberapa bahasa imigran seperti Turki, Tamil, Rusia, Arab dan banyak lagi. Kebanyakan orang Jerman mengakui diri mereka sebagai penutur dwibahasa, apatah lagi mereka turut belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama di sekolah, walaupun kadang-kadang bahasa Perancis dan Latin boleh diajar terlebih dahulu bergantung pada keputusan pihak sekolah.

Melalui pelbagai perubahan dan interaksi dengan wilayah dan negara lain sepanjang sejarahnya yang panjang, masakan Jerman pastinya merupakan sesuatu yang begitu unik dan tersendiri, dengan beberapa wilayah seperti Bavaria dan Swabia berkongsi ciri-ciri hidangan utama dengan negara Austria yang berdekatan. Daging adalah hasil utama yang biasanya dimakan di Jerman, dengan penggunaan daging tahunan biasanya dikira sekitar 59.7 kilogram bagi setiap orang. Daging-daging ini biasanya direbus, namun variasi pan-goreng juga boleh didapati; ini berasal dari negara Perancis dan Austria. Daging juga boleh digunakan dalam pembuatan sosej yang merupakan tradisi panjang di negara ini, yang mempunyai lebih daripada 1,500 jenis Wurst, bahasa Jerman untuk sosej yang berbeza di antara rantau. Sebahagian besar ramuannya terdiri daripada daging babi, kambing biri-biri atau kambing dan sosej biasanya dihidangkan dengan mustard yang bervariasi. Selain penggunaan mustard yang agak banyak, hidangannya jarang sekali terasa panas dan pedas.

Beberapa pencuci mulut yang unik di sini termasuk Schwarzwalder Kirschtorte - kek Black Forest variasi Jerman, donat Jerman, Rote Grutze atau puding buah merah yang popular di kawasan Jerman utara, serta kek keju, ais krim dan juga sorbet.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Frankfurt akan menelan kos sekitar RM 2,500 hingga RM 3,500 setiap kepala yang biasanya berubah berdasarkan pilihan syarikat penerbangan dan tarikh perjalanan, manakala penerbangan ke Munich dan Dusseldorf boleh dikenakan harga tiket yang lebih tinggi. Perhatikan bahawa ini hanya untuk lapangan terbang utama, terdapat juga beberapa penerbangan lain ke tempat lain di Jerman seperti Cologne, Hamburg dan Stuttgart.

Jerman juga telah menjadi ahli Perjanjian Schengen, maka tidak ada kawalan sempadan jika anda masuk ke Jerman melalui Kesatuan Europah dan negara anggota lain. Bagaimanapun, mungkin ada dan polis negeri dan persekutuan Jerman yang akan meminta ID terutamanya di sempadan Bavaria-Austria dan Bavaria-Republik Czech. Membuat profail mengikut etnik adalah dilarang, jadi jika anda merasa bahawa anda sedang berada di dalam diskriminasi sepanjang proses tersebut, anda boleh melaporkannya kepada agensi anti-diskriminasi persekutuan.

Apabila anda sampai ke lapangan terbang yang disebutkan di atas, ia mudah untuk mendapatkan pelbagai pengangkutan awam. Lapangan Terbang Frankfurt dan Dusseldorf disambungkan ke kereta api berkelajuan tinggi InterCity Express, sementara yang lain mungkin mempunyai sama ada keretapi sendiri atau sambungan ke stesen keretapi berdekatan. Mencari jalan di sekitar bandar juga dibuat lebih mudah dengan bas jarak pendek dan jarak jauh, sementara berkongsi dan sewa kereta juga dibenarkan, memandangkan lesen memandu asing diterima sehingga enam bulan di Jerman. Sekiranya anda memandu, pastikan anda mematuhi peraturan lalu lintas Jerman, terutamanya yang melibatkan lampu isyarat, telefon bimbit dan had laju.

Menaiki Bot

Perkhidmatan feri antarabangsa juga wujud untuk membawa penumpang ke Jerman dari negara-negara Scandinavia yang lain. Antara yang paling terkenal termasuk Lubeck dan Sassnitz yang dihubungkan dengan Kaliningard dan Saint Petersburg di Rusia; Kiel ke Gothenburg di Sweden, Klaipeda di Lithuania dan Oslo di Norway, Rostock ke Helsinki di Finland, Trelleborg di Sweden, Liepaja di Latvia dan Gedser di Denmark, iaitu Travemuende ke Helsinki di Finland serta Malmo dan Trelleborg di Sweden.

Menaiki Kereta Api

Seluruh negara Jerman sememangnya disambungkan antara satu sama lain dengan baik sekali melalui perkhidmatan kereta api biasa yang kebanyakannya dikendalikan oleh Deutsche Bahn dan keretapi EuroCity akan menyambungkannya ke negara-negara jiran seperti Switzerland, Poland, Denmark, Republika Czech dan Austria.

Terdapat juga keretapi untuk perjalanan serantau dan tempatan yang membolehkan akses ke beberapa kawasan berdekatan. Tiket boleh dibeli secara dalam talian atau di mesin layan diri dan jika anda bercadang untuk melakukan perjalanan dengan keretapi dalam kuantiti yang banyak, mempunyai BahnCard, tiket rangkaian atau German Rail Pass akan menjadi pilihan yang baik sekali.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Istana Linderhof

Ludwig II atau juga dikenali sebagai Swan King adalah penguasa Bavaria dari tahun 1864 hingga 1886, yang dikenali semasa hidupnya sebagai seorang peminat terhadap istana-istana yang mewah. Setelah Bavaria menjadi sebahagian daripada Empayar Jerman yang baru, Ludwig seringkali akan menghabiskan pendapatan kerajaan untuk menyelesaikan projek-projek seni dan seni bina yang melibatkan istana kediamannya. Hari ini, warisannya dapat ditelusuri dalam bentuk Istana Linderhof berhampiran Ettal Abbey, Istana Neuschwanstein berhampiran Fussen dan Istana Herrenchiemsee di Herreninsel. Ketiga-tiga istana tersebut kini menjadi tarikan pelancong utama dan masih dijaga dengan baik oleh Bavarian State-Owned Palaces, Gardens and Lakes Administration sejak dari pembukaan istana-istana tersebut hingga sekarang.

Muzium-muzium di Sekitar Berlin

Sebagai ibu negara Jerman, Berlin mempunyai 175 buah muzium untuk diterokai, yang pastinya sesuai untuk Berlin apatah lagi ia dipanggil sebagai kota budaya utama di Eropah. Terdapat pelbagai muzium yang memberi penghormatan kepada apa sahaja dari sejarah semula jadi, manusia dan karya seni. Sebahagian daripada yang paling memukau termasuk Muzium Naturkunde yang mempamerkan spesimen haiwan, dinosaur dan meteorit, Deutsches Technikmuseum Berlin merangkumi koleksi pesawat, kapal, keretapi dan pelbagai hasil kejuruteraan Jerman yang hebat, Muzium Neues yang memaparkan sejarah Mesir Kuno, Topografi Keganasan yang merekodkan kekejaman Nazi serta Pergamon yang merupakan rumah kepada koleksi seni kuno Yunani dan Rom dengan beberapa barang antik Babilonia dan Persia juga.

Taman Negara Berchtesgaden

Untuk kedua-dua jenis pencinta alam semula jadi dan pencari pengembaraan, meneroka keajaiban hijau di Taman Negara Berchtesgaden adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Menjadi tempat pemeliharaan alam semula jadi yang dilindungi sejak 1978, taman ini meliputi kawasan seluas 21,000 hektar di banjaran Alps Bavaria. Ia adalah habitat kepada banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang jarang dilihat serta tasik yang paling bersih di Jerman, iaitu Lake Konigssee. Terdapat banyak gunung juga, dengan yang tertinggi merupakan gunung Watlzmann yang tinggi 2,713 meter.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

CityMotel Soest

Terletak di tengah-tengah Soest yang berada kira-kira 1 jam dan 35 minit dari Lapangan Terbang Dusseldorf, hotel bertaraf dua bintang ini kemas dan bersih, berada di kedudukan strategik yang dekat dengan bandar, menjadikannya mudah untuk mencari jalan di Soest. Selain itu, harganya adalah ekonomi dan berpatutan, sebagai tambahan kepada pandangan ‘countryside’ yang ditawarkan, oleh itu ia adalah tempat yang tepat untuk pelancong yang sememangnya mencari penginapan yang mendamaikan.

NH Erlangen

NH Erlangen adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang eksklusif yang terletak di kawasan Erlangen, Bavaria, sejauh 20 minit dari Lapangan Terbang Nurnberg dan begitu dekat dari stesen keretapi utama, yang membolehkan akses ke seluruh Bavaria. Lebih-lebih lagi, ia berada di kedudukan yang berdekatan dengan pelbagai restoran, barangan runcit, roti, pusat membeli-belah dan tarikan pelancong yang lain, menjadikannya mudah untuk menerokai Erlangen.

Hotel Ulmer Stuben

Mudah dijumpai di pusat kota Ulm, ia terletak berhampiran dengan Katedral Ulm atau Ulmer Munter yang terkenal, menjadikannya mudah untuk ke sana untuk lawatan sepanjang hari. Terdapat juga beberapa tarikan lain yang terletak dalam radius 30 kilometer seperti Roggenburg Abbey dan Gua Charlotte. Hotel ini mesra keluarga dan diiktiraf atas kualiti penginapan dan keramahannya.

Baca lagi

Facts about hotel in Jerman

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Berlin, Munich
Popular Hotel
Sofitel Munich Bayerpost, The Mandala Berlin, a Member of Design Hotel

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Jerman?
Jika anda berada di Jerman, anda juga boleh melawati Niedersachsen, Mecklenburg-Vorpommern, Hessen, Hamburg, Bremen, Brandenburg, Berlin, Bavaria, Baden-Württemberg, Thuringia
Berapa banyak hotel disenaraikan di Jerman?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Jerman

Guest reviews in hotel near Jerman

8.5
Mengagumkan
2,188,100 reviews from hotels in Jerman with aggregated rating of 8.5/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Jerman will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?