Hotel Kazakhstan

Hotel Terbaik di Kazakhstan

Ciptakan perjalanan mempesona, teroka penginapan terbaik di Kazakhstan,
Bandar, destinasi, atau nama hotel
Tarikh Daftar Masuk & Daftar Keluar
Tempoh: 1 Malam
Tetamu dan Bilik
Cari
  1. /
  2. 1,256Hotel di Kazakhstan

Hotel popular di Kazakhstan

Semak hotel terpilih berikut dan ulasannya yang terkini
Primary image 1 The Ritz-Carlton, Almaty, Hotel Kazakhstan
9.6
(76)
Cemerlang
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Mandian Turki
Pakej lamaran romantik
Penyimpanan ski
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 2,254.34
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Madison Hotel, Hotel Kazakhstan
9
(28)
Cemerlang
Hotel
Daerah Zhambyl, Almaty Oblysy
Perpustakaan
Bar
Harga sekitar
RM 357.49
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Tenir Eco Hotel, Hotel Kazakhstan
9.3
(4)
Cemerlang
Hotel
Almaty, Kazakhstan
Ski
Pakej lamaran romantik
Penyimpanan ski
Harga sekitar
RM 2,108.29
Lihat Ketersediaan
Room 1 Qazaq Auyl, Hotel Kazakhstan
10
(1)
Cemerlang
Hotel
Almaty, Kazakhstan
Harga sekitar
RM 1,021.93
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Radisson Hotel, Astana, Hotel Kazakhstan
8.4
(48)
Sangat Baik
Hotel
Astana, Kazakhstan
Perkhidmatan limo atau kereta bandar
Kedai
Bar tepi kolam renang
Tab panas
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 433.97
Lihat Ketersediaan
Exterior 1 Novotel Living Almaty Jetisu, Hotel Kazakhstan
8.8
(12)
Sangat Baik
Hotel
Almaty, Kazakhstan
Harga sekitar
RM 604.17
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The St. Regis Astana, Hotel Kazakhstan
9.6
(40)
Cemerlang
Hotel
Astana, Kazakhstan
Mandian Turki
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Bilik permainan
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 786.13
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Swissôtel Wellness Resort Alatau Almaty, Hotel Kazakhstan
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Mandian Turki
Pakej lamaran romantik
Bar tepi kolam renang
Kawasan berkelah
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 914.71
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 The Ritz-Carlton, Astana, Hotel Kazakhstan
9.6
(49)
Cemerlang
Hotel
Astana, Kazakhstan
Pakej lamaran romantik
Kelab kesihatan
Bilik wap
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 957.12
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Rixos President Astana, Hotel Kazakhstan
9
(103)
Cemerlang
Hotel
Astana, Kazakhstan
Mandian Turki
Kedai
Biliard
Kawasan berkelah
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 617.29
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Grand Mildom Hotel, Hotel Kazakhstan
8
(32)
Sangat Baik
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Mandian Turki
Bilik wap
Tab panas
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 536.71
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Grand Hotel Eurasia, Hotel Kazakhstan
5.2
(28)
Lemah
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Kedai
Biliard
Sauna
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 212.86
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Ramada by Wyndham Almaty, Hotel Kazakhstan
8
(73)
Sangat Baik
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Kelab kesihatan
Bilik wap
Pengangkutan dari lapangan terbang
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 446.33
Lihat Ketersediaan
Holiday Inn ALMATY by IHG, an IHG Hotel 1, Hotel Kazakhstan
Hotel
Almaty, Kazakhstan
Pusat kecergasan
Bar
Harga sekitar
RM 391.44
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Rixos Borovoe, Hotel Kazakhstan
9.2
(50)
Cemerlang
Hotel
Daerah Shchuchinsk, Aqmola Oblysy
Gelanggang tenis tertutup
Kasino
Mandian Turki
Gelanggang tenis terbuka
Bar tepi kolam renang
Bar
Harga sekitar
RM 1,013.39
Lihat Ketersediaan
Meeting room 1 ibis Almaty Jetisu, Hotel Kazakhstan
9.1
(86)
Cemerlang
Hotel
Almaty, Kazakhstan
Harga sekitar
RM 427.97
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 ibis Astana, Hotel Kazakhstan
8
(63)
Sangat Baik
Hotel
Astana, Kazakhstan
Bar
Harga sekitar
RM 246.39
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Hotel Kazzhol Almaty, Hotel Kazakhstan
8.2
(97)
Sangat Baik
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Bilik wap
Bar tepi kolam renang
Sauna
Spa
Bar
Harga sekitar
RM 366.25
Lihat Ketersediaan
Hotel Exterior 1 Diplomat Hotel by AG Hotels Group, Hotel Kazakhstan
Hotel
Astana, Kazakhstan
Penjagaan anak
Tab panas
Sauna
Daftar keluar ekspres
Bar
Harga sekitar
RM 321.60
Lihat Ketersediaan
Primary image 1 Royal Petrol Hotel, Hotel Kazakhstan
8
(6)
Sangat Baik
Hotel
Almaty Airport Transfer, Almaty Qalasy
Bar
Harga sekitar
RM 352.55
Lihat Ketersediaan

Terokai promosi

Lebih lanjut tentang hotel di Kazakhstan

Kazakhstan adalah negara kesembilan terbesar di dunia dan merupakan antara negara yang mempunyai ekonomi paling stabil di kalangan negara-negara bekas republik Soviet. Kazakhstan berkongsi sempadan dengan Rusia, China dan negara-negara Asia Tengah Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Negara ini kebanyakannya diliputi padang rumput, gunung-ganang, hutan rimbun, tasik-tasik indah dan juga bandar-bandar moden. Kazakhstan mempunyai infrastruktur yang agak maju kerana ekonominya yang berkembang pesat dan ini telah menyebabkan pelancongan di Kazakhstan kian berkembang. Pelancong juga tidak perlu risau mengenai halangan Bahasa kerana makin ramai pelancong asing yang mula melawat negara ini dan anda pasti boleh bertemu dengan warga Kazakhstan yang boleh berbahasa Inggeris di bandar-bandar utama seperti Almaty, Astana dan Shymkent. Kazakh adalah bahasa rasmi di Kazakhstan namun kebanyakan warganya berbahasa Rusia.

Almaty adalah kota bersejarah dan bandar terbesar di Kazakhstan. Jalan-jalan di bandar ini dihias indah dengan pohon-pohon rendang, kafe-kafe moden yang anggun dan muzium-muzium indah. Astana pula adalah ibu kota yang moden, di mana kebanyakan bangunan di bandar itu direka oleh arkitek antarabangsa dan jalan rayanya terancang dan luas. Almaty dan Astana adalah bandar-bandar global, oleh itu teramat mudah untuk mencari tempat-tempat makan, penginapan dan hiburan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, daya tarikan Kazakhstan adalah lebih daripada sekadar bandarayanya sahaja. Pelancong yang menggemari pengalaman luar bandar juga pasti akan menemui pengalaman hebat, sama ada melalui kembara di Kawasan pergunungan dan lembah hijau Tian Shan, mencari hidupan liar di padang rumput, menikmati keramahan warga penduduk di rumah tamu kampung, ataupun menjelajah di padang pasir barat dan meneroka masjid yang jauh di bawah tanah.

Kazakhstan mempunyai iklim kontinental yang 'melampau', dengan musim panas yang hangat dan musim sejuk yang sangat sejuk. Pelancong boleh merasa kesemua empat musim di wilayah Kazakhstan dengan musim sejuk yang dingin, musim bunga, musim panas terik dan musim luruh. Musim sejuk bermula pada bulan November dan berterusan sehingga akhir bulan April. Kedinginan dari udara Artik menyebabkan sejuk yang melampau (sehingga -50 °C) di Kazakhstan. Astana dianggap sebagai ibu kota kedua yang paling sejuk di dunia selepas Ulanbattar. Musim bunga adalah pendek dan tidak menentu, iaitu dari pertengahan April hingga akhir bulan Mei. Hari-hari yang bersuhu panas boleh tiba-tiba menjadi sejuk. Musim panas kering bermula pada akhir bulan Mei dan berterusan sehingga pertengahan bulan September, dengan suhu yang mungkin naik sehingga +35 hingga +40 °C pada bila-bila masa. Musim gugur bercuaca lebih stabil dan malam yang sejuk bermula pada akhir bulan September dan berterusan sehingga awal bulan November. Walaupun keadaan cuaca agak melampau di Kazakhstan, ia bukan penghalang bagi warga ibu kota untuk menyambut tetamu dengan keramahan yang mesra.

Kazakhstan juga mempunyai budaya dan sejarah yang kaya, dari pemimpin rohani kepada artis dan penghibur yang menarik. Di samping dewan konsert moden dan penghibur-penghibur peringkat antarabangsa, terdapat juga pemuzik-pemuzik tradisional yang memelihara generasi lagu-lagu dan puisi-puisi tradisional. Kesenian tradisional yang diterapkan dalam kehidupan mereka masih popular dan sering digunakan untuk menghiasi rumah-rumah dan yurt, sementara muzium pula menyimpan rapi beberapa contoh terbaik hasil kerja tangan seniman Kazakh.

Alam semulajadi teramat penting untuk penduduk Kazakhstan oleh itu pemandangan alam semula jadi menjadi elemen utama dalam budaya Kazakhstan. Ini terbukti semenjak peninggalan lukisan purba di atas batu di Tamgaly sehinggalah ke zaman moden. Sama ada anda mengetuai ekspidisi trekking di kawasan pergunungan atau padang rumput ataupun semata-mata berkelah, pasti tidak akan kekurangan tempat-tempat yang indah di negara ini.

Penggemar makanan harus mencuba masakan Kazakh yang berbeza-beza, namun bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian perlu berwaspada kerana daging adalah bahan utama dalam kebanyakan hidangan. Walaupun sesetengah hidangan tidak menggunakan daging, ia mungkin dimasak menggunakan stok daging. Hidangan-hidangan yang disyorkan adalah Beshbarmak, Kazy, Laghman dan Baursaky. Beshbarmak adalah masakan tradisional negara Kazakhstan yang sering dihidangkan di majlis-majlis khas. Ia diperbuat daripada daging kuda, pasta, kentang dan bawang. Ia juga boleh diperbuat dengan daging lembu atau kambing. Kazy adalah sosej daging kuda buatan tangan, yang boleh dimasak dan disajikan bersama Beshbarmak. Ia biasanya dihidangkan sebagai hidangan pembuka selera. Laghman adalah hidangan mi yang pekat dengan daging, lobak merah dan bawang. Ia biasanya dihidangkan sebagai sup. Baursaky pula adalah sejenis roti yang menyerupai donat tanpa gula. Ia elok dihidangkan ketika ia masih panas.

Semua pelancong yang berminat untuk melawat Kazakhstan memerlukan visa untuk memasuki negara. Melainkan anda adalah warganegara negara-negara yang termasuk dalam senarai bebas visa. Secara umum, anda mungkin memerlukan satu daripada tiga visa berikut:

  • Kemasukan bebas visa
  • Visa semasa ketibaan
  • Visa di Kedutaan.

Warganegara semua negara Kesatuan Eropah, termasuk Argentina, Australia, Azerbaijan, Brazil, Kanada, Chile, Ecuador, Iceland, Israel, Jepun, Malaysia, Mexico, Monaco, New Zealand, Serbia, Singapura, Korea Selatan, Switzerland, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Uzbekistan boleh memasuki Kazakhstan tanpa visa sehingga 30 hari. Manakala rakyat Armenia, Belarus, Georgia, Kyrgyzstan, Moldova, Mongolia, Rusia dan Ukraine boleh memasuki Kazakhstan tanpa visa sehingga 90 hari. Pelancong juga diingatkan untuk membuat pendaftaran di pihak polis imigresen sebaik sahaja tiba di Kazakhstan. Namun begitu pendaftaran bergantung pada kewarganegaraan anda. Salah satu daripada tiga peraturan berikut boleh dikenakan:

  • Pendaftaran perlu diperoleh dalam tempoh 5 hari dari tarikh ketibaan
  • Setelah 30 hari berada di Kazakhstan
  • Pendaftaran tidak diperlukan sama sekali, dua setem dikenakan semasa ketibaan.

Bagaimana untuk ke Sana?

Menaiki Kapal Terbang

Air Astana adalah syarikat penerbangan utama ke Kazakhstan. Air Astana menawarkan penerbangan ke Almaty, Astana dan destinasi lain di Kazakhstan dari Abu Dhabi, Uralsk, Kyzylorda, Moscow, Delhi, Beijing, Istanbul, Bangkok, Hannover, London, Amsterdam, Baku, Kuala Lumpur, Frankfurt, Seoul, Ho Chi Minh City dan Hong Kong. Syarikat penerbangan lain seperti British Airways, KLM dan Turkish Airlines juga menawarkan penerbangan ke Almaty namun pelancong perlu membuat sekurang-kurangnya satu hentian transit dan kemudian mengambil penerbangan bersambung ke Kazakhstan.

Menaiki Kereta Api

Perjalanan menggunakan keretapi adalah pilihan terbaik di Kazakhstan dari segi harga dan kualiti perjalanan. Terdapat keretapi lberkelajuan tinggi di seluruh Kazakhstan yang menghubungkan bandar-bandar Almaty, Astana, Shymkent dan lain-lain. Keretapi di Kazakhstan perlahan tetapi selesa dan bersih. Laluan popular termasuk Almaty ke/dari Moscow (77 jam), Novosibirsk (35 jam) dan Ürümqi, China (34 jam). Semua penumpang keretapi akan berhenti di sempadan untuk menyelesaikan isu-isu imigresen. Para pelancong perlu bersedia untuk berhenti selama 3-4 jam di sempadan Rusia atau 6-8 jam di sempadan China.

Menaiki Kereta

Memandu ke Kazakhstan dari mana-mana negara jirannya boleh menjadi perjalanan yang amat panjang dan melelahkan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih ingin membuat perjalanan ini, anda boleh memasuki Kazakhstan melalui kereta melalui beberapa pusat pemeriksaan sempadan di jalan-jalan utama ke negara ini. Bagaimanapun, pemandu perlu bersiap untuk menunggu sehingga 36 jam di dalam barisan di pusat-pusat imigrasi yang kebanyakannya tidak mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang terkini.

Menaiki Bas

Agak mudah untuk membuat perjalanan dari Ürümqi ke Almaty menggunakan bas semalaman, terutamanya jika anda tidak tergesa-gesa dan tidak keberatan untuk berada di atas bas selama 24 hingga 36 jam. Tiket bas dan "yuran bagasi" adalah sekitar USD 45. Anda boleh mengambil visa Kazakhstan anda di konsulat di Urumqi namun pelancong diberi amaran bahawa tempoh menunggu untuk mendapatkan visa adalah sekurang-kurangnya seminggu. Pelancong dikehendaki membuat salinan pasport mereka sebelum mendapatkan visa mereka.

Apa yang Ingin Dilakukan di Sana?

Astana

Astana, ibu kota Kazakhstan, adalah sebuah bandar moden dengan persekitaran yang menarik bagi pelancong dan selesa untuk penduduk dan tetamu untuk menginap di ibu kota Kazakhstan itu. Astana bukan sahaja pusat pentadbiran utama negara Kazakhstan, ia juga terletak di persimpangan rangkaian pembangunan utama negara. Tempat-tempat menarik untuk dilawati di Astana termasuk Ak Orda, Atameken, monumen Baiterek, Duman, Masjid Hazrat Sultan, Khan-Shatyr, Istana Perdamaian dan Rekonsiliasi

Almaty

Almaty adalah metropolis terbesar di Kazakhstan dan juga pusat saintifik dan pendidikan, budaya dan sejarah, ekonomi dan kewangan, perbankan dan pusat perindustrian di negara ini. Ia terletak di selatan-timur Kazakhstan, di kaki utara rabung gunung Tien Shan - Zaili Alatau. Wilayah Almaty yang terkenal dengan buah epal "Almaty Aport", terdiri daripada lebih lapan ribu hektar yang diliputi taman-taman, dataran dan boulevards. Sempadan Taman Negara Ile-Alatau, yang telah menjadi rizab alam semula jadi dan tempat perlindungan hidupan liar, bermula tidak jauh dari bandar Almaty. Tempat-tempat yang menarik di Almaty termasuk Taman 28 Panfilov Guardsmen, Dataran Republik, Bazar (Hijau) Zelyony dan Katedral Zenkov.

Taman Negara Tasik Kolsai

Terletak di lereng utara Gunung Tian Shan,di tenggara Kazakhstan (10 km dari sempadan Kyrgyzstan), taman ini sering disebut sebagai "Mutiara Tien Shan". Ciri utama taman ini adalah Tasik Kolsay yang terletak di antara daerah Raiymbek dan daerah Talgar di Wilayah Almaty. Tasik Kaindy yang indah juga berada di taman ini. Batasan taman adalah 120 kilometer di tenggara Almaty. Terletak sekitar 12 km dari desa Saty, taman ini menawarkan laluan trekking yang indah, kawasan berkelah dan juga trek berbasikal dan berkuda.

Di mana Tempat Penginapan di Sana?

Renion Hills Hotel

Renion Hills Hotel adalah hotel yang ditubuhkan pada tahun 2008. Hotel 7 tingkat ini terletak di kawasan ekologi bersih dan indah di Almaty. Para tetamu boleh menikmati keindahan Kawasan pergunungsn Trans-Ili Alatau dari keselesaan bilik hotel mereka. Lokasinya strategik dan terletak hanya 5 minit dari bangunan-bangunan pendidikan, bank, restoran, muzium, taman, teater dan monumen-monumen. Ia juga terletak kira-kira 15 minit dari gelanggang luncur alpine yang terkenal "Medeo" dan 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty.

Atyrau Dastan Hotel

Atyrau Dastan Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di pusat bandar Almaty, berdekatan sungai dan pejabat-pejabat syarikat antarabangsa, muzium dan teater. Pada masa yang sama ia terletak sekitar 4-6 km dari lapangan terbang dan stesen keretapi. Hotel ini menawarkan 94 bilik dari standard ke "Presidential suite". Semua bilik adalah berhawa dingin sepenuhnya, satu keperluan di negara beriklim Mediterranean Barat ini.

Rixos Almaty Hotel

Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini terletak di pusat bandar Almaty, 1 km dari Katedral Nikolai. Rixos Almaty Hotel menawarkan bilik-bilik moden dengan internet Wi-Fi percuma dan juga servis spa dan kolam renang. Semua bilik di Rixos Almaty mempunyai penyaman udara, meja kerja dan balkoni dengan pemandangan yang mengagumkan. Semua bilik mandi dilengkapi pancuran mandian. Spa 7.2 ft² juga termasuk gimnasium, sauna, mandian Turki, taman dan 7 bilik urut. Rixos Hotel juga terletak sekitar 2 km dari Almaty Opera House dan 5 km perjalanan kereta kabel dari Gunung Köktöbe.

Baca lagi

Facts about hotel in Kazakhstan

Total Accommodation
20 Properties
Popular Region
Korday, Daerah Zhambyl
Popular Hotel
The Ritz-Carlton, Almaty, Radisson Hotel, Astana

Soalan Lazim

Apakah kawasan terbaik untuk dilawati yang berdekatan dengan Kazakhstan?
Berapa banyak hotel disenaraikan di Kazakhstan?
Currently, there are around 20 hotels that you can book in Kazakhstan

Guest reviews in hotel near Kazakhstan

8.5
Mengagumkan
15,379 reviews from hotels in Kazakhstan with aggregated rating of 8.5/10.
Review from various users that have stayed in hotel near Kazakhstan will help you to choose the perfect hotel easily!

Mengapa menempah penginapan di Traveloka?

Sedia untuk Anda dalam 24/7
Live chat, e-mel atau panggilan telefon, Khidmat Pelanggan kami boleh Anda percayai dengan satu klik sahaja.
Banyak pilihan fleksibiliti
Rancang & sesuaikan perjalanan Anda tanpa kerumitan dengan Pembatalan Percuma, Bayar di Hotel, dan banyak lagi.
Pelbagai cara pembayaran yang selamat sesuai pilihan Anda
Pilih cara pembayaran yang Anda mahukan dari pelbagai pilihan pembayaran global yang tersedia.

Kami ada pilihan lebih, tak hanya hotel

Terokai pelbagai penginapan menyesuaikan kebutuhan Anda

Apa yang menarik minat Anda?