Accordian Hotel

Hotel
6.5
/10
Baik
10 ulasan
Di Kawasan
Lihat Peta
114, Jalan Bendahara, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Accordian Hotel Melaka adalah sebuah hotel yang sewajarnya anda akan pertimbangkan ketika merancang untuk percutian jangka pendek di Melaka dengan keluarga dan rakan-rakan. Pada kadar yang baik dan tidak membocorkan poket anda, ia memberikan pengalaman yang memuaskan seperti tidak ada yang lain dan anda akan meninggalkan hotel hanya dengan kenangan yang baik-baik sahaja. Hotel bertaraf dua bintang ini boleh didapati di alamat 114 Jalan Bendahara, Melaka City Centre, Melaka City, Melaka dan memandangkan ia tidak jauh dari pusat bandar, anda boleh menjangkakan penginapan yang benar-benar menarik kerana kedudukan hotel itu sendiri yang memudahkan akses kepada pelbagai tarikan pelancong yang tidak asing lagi di bandar Melaka.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Accordian Hotel

Temui Lebih Banyak Tempat
114, Jalan Bendahara, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75100
Lobi Accordian Hotel
Luar Bangunan 2 Accordian Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Accordian Hotel

Accordian Hotel Melaka adalah sebuah hotel yang sewajarnya anda akan pertimbangkan ketika merancang untuk percutian jangka pendek di Melaka dengan keluarga dan rakan-rakan. Pada kadar yang baik dan tidak membocorkan poket anda, ia memberikan pengalaman yang memuaskan seperti tidak ada yang lain dan anda akan meninggalkan hotel hanya dengan kenangan yang baik-baik sahaja. Hotel bertaraf dua bintang ini boleh didapati di alamat 114 Jalan Bendahara, Melaka City Centre, Melaka City, Melaka dan memandangkan ia tidak jauh dari pusat bandar, anda boleh menjangkakan penginapan yang benar-benar menarik kerana kedudukan hotel itu sendiri yang memudahkan akses kepada pelbagai tarikan pelancong yang tidak asing lagi di bandar Melaka.

Bagaimana untuk ke Accordian Hotel Melaka

Mencari Accordian Hotel Melaka sepatutnya tidak menjadi halangan utama, apatah lagi kerana Melaka bukanlah sebuah negeri yang besar pada mulanya. Anda boleh memilih sama ada untuk memandu, mengambil bas atau menaiki kapal terbang untuk sampai ke Melaka. Jika memandu adalah sesuatu yang anda gemari dan anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Selain itu, jika anda bercadang untuk menjimatkan wang dengan mengambil bas, anda akan diturunkan di Melaka Sentral, iaitu terminal bas utama di bandar ini yang menyediakan perjalanan masuk dan keluar dari Melaka. Dari terminal bas, perjalanan ke hotel akan mengambil masa kira-kira 10 minit menggunakan teksi atau perkhidmatan perkongsian perjalanan. Katakanlah jika anda bercadang untuk menaiki kapal terbang pula, anda akan mendarat di kompleks terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Dari sana, jarak ke hotel adalah kira-kira 8 kilometer, maka ia akan mengambil kira-kira 17 minit untuk sampai ke hotel. Untuk menghindari anda daripada tersesat ketika mencari jalan ke Accordian Hotel Melaka, terdapat beberapa mercu tanda terkenal yang juga merupakan tarikan pelancongan yang anda boleh cuba untuk lihat dengan tujuan untuk membantu mencari hotel anda. Mercu tanda yang dirujuk adalah Hospital Pakar Putra, Gereja St. Peter dan Villa Sentosa.

Pilihan Bilik di Accordian Hotel Melaka

Untuk semua tetamu dengan niat untuk bermalam di Accordian Hotel Melaka, perhatikan bahawa terdapat sejumlah 6 jenis bilik utama yang disediakan untuk mereka dan jenis-jenis bilik tersebut adalah Single / Twin, Standard Double, Superior, Double Deluxe, Triple Deluxe dan Familly Suite. Semua bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik asas yang disediakan secara sama rata di semua bilik termasuk penyaman udara, bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, tab mandi, tuala, telefon, meja, televisyen dan sambungan WiFi. Single / Twin boleh diubahsuai dengan mudah untuk menampung satu hingga dua orang pada satu-satu masa dengan peruntukan satu atau dua katil single, manakala Standard Double akan memperuntukkan satu katil double, perkara yang sama juga berlaku untuk Double Deluxe. Superior membenarkan pilihan sama ada katil double atau dua katil single, Triple Deluxe pula memperuntukkan satu katil double dan satu katil single. Akhir sekali, Family Suite akan menyediakan dua katil double.

Restoran dan Kafe di Accordian Hotel Melaka

Apabila waktu makan mulai menghampiri dan tetamu perlu mengisi perut mereka, mereka tidak perlu mencari lebih jauh lagi untuk menjamu selera kerana terdapat sebuah kafe, lounge dan kedai kopi, semuanya terletak di tingkat bawah hotel. Premis ini dihiasi dengan baik dengan suasana yang bergemerlapan yang membuatkan tetamu gembira untuk datang dan menikmati hidangan yang disediakan mahupun sekadar menikmati secangkir kopi. Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan restoran-restoran terkenal seperti Huang Du Food Court, Famosa Chicken Ball Rice, Bunga Raya Ho Chien dan banyak lagi. Pendek kata, para tetamu pasti tidak akan kehabisan pelbagai makanan yang enak untuk dimakan.

Kemudahan dan Aktiviti di Accordian Hotel Melaka

Semua tetamu yang mendaftar masuk Accordian Hotel Melaka berhak menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini termasuk penyambut tetamu 24 jam, simpanan bagasi, perkhidmatan bilik, bilik keluarga, bilik bebas-rokok dan perkhidmatan dobi. Di samping itu, terdapat juga kemudahan awam yang lain seperti tempat letak kereta, sambungan WiFi dan lif. Pelancong tujuan perniagaan dibenarkan menggunakan mesin fotokopi untuk tujuan kerja mereka.

Tempat Menarik berhampiran Accordian Hotel Melaka

The Shore Oceanarium –

Terletak di Jalan Persisiran Bunga Raya yang benar-benar berada kurang daripada lima minit dari hotel dengan memandu dan sepuluh minit dengan berjalan kaki, ia boleh dijumpai di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery, yang ditubuhkan untuk mewujudkan perjalanan interaktif untuk pengunjung mempelajari ekosistem bumi dari daratan ke laut. Dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2015, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Interactive Touch Pool, Jungle Quest, Ocean Journey, Ocean Theater, River Story dan Kampung Penyu. Menggabungkan teknologi terkini seperti pengalaman tayangan 3D, akuarium ini biasanya mula beroperasi dari 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari dan tiket dikenakan pada harga tiga puluh lima ringgit satu kepala untuk orang dewasa dan diskaun sepuluh ringgit untuk kanak-kanak dan warga emas.

Semua kemudahan dari Accordian Hotel

Lobi Accordian Hotel
Lobi
Luar Bangunan Accordian Hotel
Luar Bangunan
Bilik Tidur Accordian Hotel
Bilik Tidur
Restoran Accordian Hotel
Restoran

Umum

  • Parkir
  • Penyaman Udara

Kemudahan Dalam Bilik

  • Seterika
  • TV

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Accordian Hotel

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka akan mengenakan Cukai Warisan mandatori sebanyak MYR 3.00 bagi setiap bilik yang didiami untuk satu malam di semua penginapan hotel. Cukai ini boleh berubah tanpa pemberitahuan awal. Cukai ini akan dikutip oleh pihak hotel semasa ketibaan tetamu.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Fasilitas lain di Accordian Hotel
Parkir, Penyaman Udara, Seterika, TV

Soalan lazim tentang Accordian Hotel

Apa facilities yang tersedia di Accordian Hotel?
Berikut facilities yang ada di Accordian Hotel seperti AC. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Accordian Hotel?
Masa check-in di Accordian Hotel bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Accordian Hotel

6.5
Baik
Daripada 10 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

6.0

Keselesaan Bilik

6.7

Makanan

6.4

Lokasi

6.7

Perkhidmatan dan Kemudahan

7.2

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Accordian Hotel

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Mohd Aiman Afnan Bin Mohd Yusoff
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
7.0
/10
Diulas 388 minggu yang lalu
Tidak dapat mengharapkan banyak daripada hotel bajet. Tetapi ia baik.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Sebastian W.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
8.7
/10
Diulas 398 minggu yang lalu
Hotel perlu diubahsuai. Bilik dan koridor adalah lama dan bau. Bagaimanapun kakitangannya hebat. Mereka akan cuba melakukan segala-galanya untuk menjadikan penginapan anda selesa.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Sebastian W.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
8.7
/10
Diulas 400 minggu yang lalu
Kakitangan di sini sangat ramah dan membantu. Bilik-bilik tidak baru dan perlu diubah suai. Ia adalah tempat yang baik untuk tinggal dalam tempoh yang singkat.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Azmi b. h.
icon-origin-TRAVELOKA
4.5
/10
Diulas 409 minggu yang lalu
Toiletnya sangat kotor dengan pancuran yang tidak teratur dan di mana perkhidmatan sangat buruk.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Rathai Rathai
icon-origin-TRAVELOKA
6.0
/10
Diulas 410 minggu yang lalu
Sangat buruk dikekalkan. Tidak peduli di bilik dan berjalan kaki.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Accordian Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved