amaran

Hotel di Kampung Kuala Muda

Padang Matsirat, Langkawi · 10 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular di Kampung Kuala Muda

Alia Residence Business Resort

Lot 954, Jalan Kuala Muda, Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia, 07100

7.9 / 10

Bagus

Ombak Villa Langkawi

Jalan Kuala Muda, Langkawi, Malaysia, 07100

8.9 / 10

Sangat Baik

Bella Vista Express

Jalan Kuala Muda, Kampung Padang Masirat, , Langkawi, Malaysia, 07100

7.9 / 10

Bagus

Langkawi Lagoon Resort by De Lagoon

Langkawi Lagoon Resort Kuala Lumpur Sales Office Lot 78, Jalan Kuala Muda, Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia, 07100

8.4 / 10

Sangat Baik

Century Langkasuka Resort

Jalan Kuala Muda, Mukim Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia, 07000

8.0 / 10

Sangat Baik

Langkawi Lagoon Resort by Delisha Suite

319, Langkawi Lagoon Resort, Delisha Suites Mukim Kedawang, Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia, 07100

Perdana Beach Resort

Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Mukim Padang Matsirat, Kampung Padang Matsirat, Langkawi, Malaysia, 07100

8.0 / 10

Sangat Baik

Kuala Melaka Inn

Lot 1922, Jalan Kuala Muda, Kampung Padang Masirat, Langkawi, Malaysia, 07100

7.6 / 10

Bagus

Kaki Bukit Roomstay

Lot 154, Kg Padang Kandang, MK Padang Matsirat, Kuala Muda, Langkawi, Malaysia, 07000

Luxury Villas at Ombak Villa Langkawi

Jalan Kuala Muda Langkawi, , Langkawi, Malaysia, 07000

lain-lain

Tentang

Kampung Kuala Muda merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di bahagian pantai barat Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Jalan utama di sini ialah Jalan Kuala Muda. Kebanyakan penduduk tempatan bekerja sebagai nelayan dan bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan loghat negeri Kedah. Antara hidangan tersohor negeri Kedah yang wajib dicuba yang boleh didapati di sekitar pekan di kawasan Kampung Kuala Muda termasuklah Laksa, sajian mi beras tebal yang dihidangkan bersama kuah ikan yang pedas bersama hiasan daun pudina, hirisan bawang, timun, telur rebus beserta nanas. Ikan untuk kuah laksa kadangkala digantikan dengan belut.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi terletak di Padang Mat Sirat. Terdapat penerbangan ke Langkawi disediakan oleh Penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Kuala Muda.

Menggunakan Bot/Feri

Terdapat perkhidmatan feri atau bot melalui empat laluan menuju ke Langkawi iaitu dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Pulau Pinang dan Satun di Thailand. Setibanya ke Pelabuhan Langkasuka di Pantai Chenang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Kuala Muda.

Tarikan Pelancongan

Pantai Chenang

Pantai awam yang terletak di tanah besar Pulau Langkawi. Pantai Chenang selalunya dipenuhi dengan peminat pantai melakukan pelbagai kegiatan pantai dan sukan air. Terdapat kawasan berenang yang bertanda bagi tujuan keselamatan aktiviti jetski agar tidak bertembung dengan para perenang dan penyelam snorkel.

UnderWater World Langkawi

Salah satu tarikan dikenali ramai di Pulau Langkawi yang terletak di bahagian hujung selatan Pantai Chenang. Ianya merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih daripada 200 jenis ikan marin dan air tawar termasuklah ikan air tawar terbesar di dunia iaitu ikan Amazonian Arapaima. Tarikan utama di sini ialah tangki gergasi terowong jalan kaki bawah laut 6 juta liter yang memaparkan kebanyakan ikan serta hidupan laut.

Muzium Laman Padi

Muzium terbuka ini adalah lokasi pelancongan-eko yang popular di Pantai Chenang di mana pengunjung dapat mempelajari tentang penanaman padi. Terdapat sawah padi seluas 8 ekar yang membenarkan pengunjung bersantai di atas batas padi dan bermain dengan orang-orang sambil melihat pesawah padi sedang bekerja.

Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun merupakan air terjun tertinggi di Pulau Langkawi menuruni kejatuhan setinggi 30 meter, yang membentuk kolam indah di bahagian dasarnya, sesuai untuk bermandi-manda. Air Terjun Temurun adalah air terjun tiga tingkat dan jumlah kumulatif titisan kejatuhannya adalah kira-kira 200 meter. Tingkat paling rendah adalah kecil, tingkat utama di tengah adalah mengkagumkan dan tingkat yang tertinggi tidak dapat ditawan.

Rancangan Membeli-belah di Pulau Langkawi

Membeli-belah di Pulau Langkawi seringkali mengasyikkan dengan pilihan kedai-kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya. Di antara tempat-tempat pilihan destinasi membeli-belah termasuklah Kompleks Bebas Cukai Jeti Langkawi, Pusat Beli-Belah Langkawi Fair, Pusat Beli-Belah Saga, kedai Cote De Parfume, Kedai Wain 16 Degree dan Pusat Beli-belah Bebas Cukai Zeno. Pengunjung semestinya boleh mendapatkan belian terbaik untuk coklat import, rokok, pewangi, perkakas memasak dan minuman keras.

Hotel

Rumah Tumpangan Idaman

Sebuah rumah tumpangan yang menarik terletak di Kampung Kuala Muda. Hotel yang agak sederhana ini dilengkapi dengan kemudahan yang berpatutan. Pilihan yang baik untuk penginap bersendirian, bersama rakan atau berkeluarga.

Resort Pantai Perdana

Resort ini mempunyai lokasi yang baik. Ia menawarkan perkhidmatan sewajarnya beserta pelbagai kemudahan. Bilik-bilik ditata dengan agak sempurna bagi memberi keselesaan sepanjang penginapan di Kampung Kuala Muda.

Casa del Mar, Langkawi

Hotel bergaya Mediterranean ini menyediakan tarikan suasana ‘home by the sea’ tradisional Sepanyol. Pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman sajian terbaik bermula daripada Restoran La Sal yang menghidangkan makanan Mediterranean, barbeku serta pembuka hidangan Asia. Terdapat juga pengalaman menikmati wain California di sudut kolam renang atau tepi pantai.

Resort Pantai Century Langkawi

Salah satu penginapan tumpuan pelancong. Untuk percutian santai keluarga, resort ini sesuai dalam menawarkan keselesaan sepanjang penginapan di Kampung Kuala Muda.

The Danna Langkawi

Hotel ini merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang menginginkan percutian mewah dan elegan. Dapatkan perkhidmatan cemerlang dan jadikan penginapan di Kampung Kuala Muda suatu kenangan pengalaman yang manis.

evtbvsrwfq