Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)

Hotel
146 Jalan Hang Tuah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
LaCrista Hotel Melaka ialah hotel 4 bintang yang berpusat di Bandar Melaka dan segala-galanya di sekeliling anda merupakan kawasan bersejarah dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Hotel di Melaka ini terletak di sepanjang Jalan Hang Tuah di Bandar Melaka. LaCrista Hotel Melaka menonjolkan tiga elemen dalam hotelnya, iaitu keseronokan, pembawa dorongan dan keselesaan. Unsur-unsur ini jelas digambarkan pada bilik, perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel. Di dalam kawasan hotel, tetamu dapat menikmati keseronokan percutian dengan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi. Tetamu yang dalam perjalanan perniagaan juga disediakan dengan kemudahan korporat seperti seperti bilik persidangan untuk memastikan produktiviti berjalan dengan lancar. Ulasan yang dibuat dari tetamu mengenai penginapan mereka menunjukkan pandangan yang agak positif terhadap penginapan yang lengkap dan kemudahan yang disediakan.
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
146 Jalan Hang Tuah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Lobi Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Luar Bangunan 2 Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)

LaCrista Hotel Melaka ialah hotel 4 bintang yang berpusat di Bandar Melaka dan segala-galanya di sekeliling anda merupakan kawasan bersejarah dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Hotel di Melaka ini terletak di sepanjang Jalan Hang Tuah di Bandar Melaka. LaCrista Hotel Melaka menonjolkan tiga elemen dalam hotelnya, iaitu keseronokan, pembawa dorongan dan keselesaan. Unsur-unsur ini jelas digambarkan pada bilik, perkhidmatan, kemudahan dan aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel. Di dalam kawasan hotel, tetamu dapat menikmati keseronokan percutian dengan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi. Tetamu yang dalam perjalanan perniagaan juga disediakan dengan kemudahan korporat seperti seperti bilik persidangan untuk memastikan produktiviti berjalan dengan lancar. Ulasan yang dibuat dari tetamu mengenai penginapan mereka menunjukkan pandangan yang agak positif terhadap penginapan yang lengkap dan kemudahan yang disediakan.

Cara untuk ke LaCrista Hotel Melaka

LaCrista Hotel Melaka terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Melaka. Lokasi strategik ini memudahkan tetamu untuk mencari arah ke hotel, sama ada dari bandar atau Lapangan Terbang Melaka di Batu Berendam. Dari lapangan terbang tersebut, perjalanan ke hotel secara kasarnya menjadi sekitar 19 minit tempoh pemanduan kerana ia hanya 8 km sahaja dari lapangan terbang. Memandangkan lokasi LaCrista Hotel Melaka terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan popular di Melaka, anda dengan mudah boleh mencari mercu tanda terkenal yang boleh membantu anda tiba ke hotel. Mercu tanda yang dimaksudkan seperti Gereja St. Theresa, Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Pusat Membeli-belah AEON. Tempat-tempat ini terletak dalam lingkungan 2 km dari hotel ini.

Mod pengangkutan utama yang disyorkan untuk tetamu di Melaka ialah dengan memandu kereta. Sama ada anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa, aplikasi pengangkutan mudah alih seperti kereta Uber / Grab atau kereta anda sendiri. Ini disebabkan bahawa ia sedikit sukar untuk mencari pengangkutan awam seperti bas dan teksi, terutamanya pada waktu puncak. Harga juga akan meningkat jika anda tidak berhati-hati apabila menaiki teksi. Dengan keadaan lalu lintas yang turut merupakan satu isu, ia sentiasa terbaik untuk bergerak menaiki kereta.

Pilihan Bilik di LaCrista Hotel Melaka

Terdapat 4 jenis bilik yang berbeza disediakan dalam keadaan mewah untuk pilihan tetamu. Setiap bilik yang disediakan akan melengkapi setiap keperluan anda. Superior Room, Studio Room, Premium Studio dan Suite mempunyai komoditi asas termasuk bilik mandian pancuran, tab mandi, TV kabel, pengering rambut, bar mini dan peti keselamatan di dalam bilik.

Jika anda melancong dalam secara dua dan / atau berempat, anda boleh memilih antara Superior Room, Studio Room atau Premium Studio Room kerana ia sangat luas dan sesuai untuk bilangan tersebut. Jika anda melancong secara beramai-ramai atau berkeluarga, Suite mempunyai kemampuan dalam memberi semua ruangan tambahan dan keselesaan yang anda perlukan. Tambahan juga sofa tambahan yang tersedia di dalam ruang tamu. Semua bilik dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma untuk memastikan tetamu kekal berhubung dengan baik. Selain daripada pemandangan bandar yang mewah, hiasan dalamannya juga turut menonjolkan suasana lembut yang menjadi tujuan utama percutian tersebut diadakan iaitu mendapatkan keselesaan dan ketenangan, sama ada dalam percutian perniagaan atau bersantai.

Restoran dan Kafe di LaCrista Hotel Melaka

Kediaman LaCrista Hotel Melaka mempunyai manfaat dari segi akses makanan yang boleh didapati bukan sahaja di luar, malah di dalam kawasan hotel itu sendiri. Terdapat dua ruang makan utama yang menyediakan hidangan lazat dan asli oleh chef profesional, iaitu Coffee House dan The Lounge.

Coffee House menyajikan hidangan Asia, Barat, dan gabungan ala carte yang terbaik dalam menunya. Ia agak besar kerana ia boleh memuatkan lebih 200 tetamu dan menyediakan sarapan bufet antarabangsa setiap hari. Walau bagaimanapun, terdapat kod pakaian yang perlu dipatuhi oleh tetamu bagi mengekalkan keselesaan semua tetamu yang hadir. Memandangankan kawasan ini sangat elegan, oleh itu, ia sangat sesuai untuk majlis korporat atau apa-apa perbincangan perniagaan.

The Lounge merupakan tempat untuk anda berehat dalam suasana yang lebih kasual. Ia lebih kecil daripada Coffee House dengan tempat duduk sehingga 20 tetamu. Di sini, mereka menyajikan menu ringan seperti snek dan minuman termasuk wain dan koktel untuk menghilangkan keletihan selepas seharian berjalan. Dinding tersebut dicat dengan lukisan unik dan meriah yang memberikan anda suasana yang santai untuk berehat.

Kemudahan dan Aktiviti di LaCrista Hotel Melaka

LaCrista Hotel Melaka menyediakan kemudahan kelas atasan untuk semua tetamu. Pengangkutan boleh menjadi sesuatu yang sukar untuk didapati, oleh itu, hotel ini menawarkan khidmat penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan dikenakan. Anda juga mempunyai akses ATM dan pasar raya berdekatan untuk mendapatkan bahan makanan tambahan sepanjang tempoh penginapan anda. Pelancong perniagaan pasti senang apabila ketahui bahawa hotel ini mempunyai kemudahan korporat yang cekap dan mencukupi seperti pusat perniagaan, bilik persidangan dan mesyuarat bilik, kemudahan mesyuarat dan projektor. Terdapat dua jenis bilik mesyuarat yang tersedia, iaitu mesyuarat kediaman korporat dan mesyuarat kediaman kerajaan. Kemudahan-kemudahan lain termasuk penjaga pintu, penyambut tetamu 24-jam dan keselamatan, perkhidmatan dobi, lawatan, layanan bilik, tempat letak kereta yang mencukupi, dan peti deposit keselamatan untuk memastikan semua barang-barang berharga anda disimpan di tempat yang selamat.

Semasa menginap di hotel, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk mengisi masa lapang anda. Anda sentiasa boleh menghabiskan masa di pusat kecergasan untuk mengeluarkan peluh selepas menikmati variasi makanan di hotel dan di sekitar bandar. Melaka melambangkan banyak perkara dan tumpuan makanan adalah salah satu daripadanya. Selepas berjalan-jalan di sekitar bandar, anda mungkin berminat untuk menetap di spa, mendapatkan rawatan urut dan refleksologi atau hanya berseronok di kolam renang di atas bumbung.

Tempat Menarik berhampiran LaCrista Hotel Melaka

Cheng Temple Hoong Teng

- Dalam rumah ini termeterai sebuah cerita sejarah yang bertarikh pada zaman Hang Tuah. Kuil ini terletak 1 km dari hotel dan adalah salah satu daripada tempat bersejarah di Melaka. Kuil ini digelar sebagai kuil Buddha tertua di negara ini. Ia juga dikenali sebagai ā€œMerciful Cloud Templeā€.

Jonker Street Night Market

- Pasar malam adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan wang anda. Mereka mempunyai pelbagai jenis barangan dan makanan yang boleh dinikmati. Dari pakaian kepada barangan dan aksesori, mereka mempunyai segala-galanya. Harganya agak murah dan berpatutan juga. Anda boleh mendapat tawaran yang sangat baik jika anda mempunyai kemahiran berunding yang baik.

Muzium

- Sebagai salah satu daripada bandar-bandar bersejarah di Malaysia, anda boleh mencari muzium di setiap selekoh termasuk Muzium Barang Kemas Cina Selat, Muzium Warisan Baba & Nyonya, Muzium Budaya Cheng Ho, Menara Stadthuys, Muzium Maritim Flora de la Mar, dan Sejarah Melaka serta Muizum Etnografi.

Melaka River Cruise dan Kampung Morten

- Lawatan ke Kampung Morten adalahaktiviti yang mesti dilakukan setiap kali anda melawat Melaka. Anda akan berpeluang menyaksikan rumah tradisional dengan gaya dan hiasan yang berbeza. Anda juga boleh menikmati pelayaran sungai di sepanjang Sungai Melaka pada waktu malam untuk menyaksikan Kampung Morten diterangi dengan lampu berwarna-warni yang indah.

Semua Kemudahan

Kolam Renang Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Kolam Renang
Lobi Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Lobi
Luar Bangunan Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Luar Bangunan
Bilik Mandi dalam Bilik Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Bilik Mandi dalam Bilik
Restoran Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)
Restoran

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kopi/teh di lobi
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Restoran sarapan pagi
  • Restoran makan malam
  • Restoran makan tengah hari
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Dalam Bilik

  • Tab mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Lawatan
  • Penyambut tetamu 24 jam

Makanan dan Minuman

  • Makan malam a la carte
  • Makan tengah hari a la carte
  • Sarapan bufet
  • Kafe
  • Bar

Pengangkutan

  • Pengangkutan dari lapangan terbang
  • Shuttle kawasan berhampiran
  • Sewaan kereta
  • Shuttle pusat membeli-belah
  • Parkir valet

Kemudahan Perniagaan

  • Pusat perniagaan
  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Projektor

Aktiviti

  • Pusat kecergasan
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Spa

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Pasar raya

Sukan & Rekreasi

  • Kecergasan
  • Golf
  • Kaunter golf

Kemudahan OKU

  • Pembolehcapaian mudah
  • Parkir mudah diakses OKU

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

Effective from 1 April 2012, the Melaka State Government imposed a mandatory RM12.00 Heritage Tax Fee per occupied room per night for all hotel accommodation. This fee may change without prior notice. This fee will be collected by hotel upon guest arrival. Extra-person charges may apply and vary depending on hotel policy. Government-issued photo identification and a credit card or cash deposit are required at check-in for incidental charges. Special requests are subject to availability upon check-in and may incur additional charges. Special requests cannot be guaranteed.

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 12.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)?
Berikut facilities yang ada di Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)?
Masa check-in di Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) menyediakan sarapan pagi?
Ya, Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 140 ulasan tetamu yang disahkan
8.5
Mengagumkan
Hebat
52
Bagus
65
Memuaskan
4
Biasa
19
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MN
MOHD N. &. P. C. D.
Percutian pendek
9.1
/ 10
29 Sep 2023
Hotel yang bagus dan elegan, baru-baru ini diubah suai. Tempat letak kereta yang luas dan sarapan pagi adalah baik. Akan datang lagi
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) dari Mohd F. B. A.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
27 Oct 2023
Yang Dihormati En Mohd Fairuz Bin Abdullah, Salam sejahtera daripada pihak Grand Swiss-Belhotel Melaka. Ia sangat menggembirakan menjadi pilihan lokasi perjalanan anda. Dan terima kasih atas masa yang diambil untuk berkongsi pengalaman indah anda dengan kami. Ia adalah ulasan yang hebat dan kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap masa. Kami berharap dapat melayani anda lagi pada masa akan datang!
Translated by Google Icon
MUHAMMAD U. F.
Percutian pendek
10
/ 10
28 Dec 2023
Center in Melaka the best location and cozy place.
Imej Ulasan untuk Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) dari Muhammad U. J. W.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
23 Jan 2024
Yang Dihormati Encik Muhammad Ulya Jafar Wijaya, Salam dari Grand Swiss-Belhotel Melaka. Ia sangat menggembirakan menjadi pilihan lokasi perjalanan anda. Dan terima kasih atas masa yang diambil untuk berkongsi pengalaman indah anda dengan kami. Ia adalah ulasan yang hebat dan kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap masa. Kami berharap dapat melayani anda lagi pada masa akan datang!
Translated by Google Icon
HH
Hioe H. H.
Percutian pendek
10
/ 10
14 Oct 2023
Ruang kamar yang bersih dan luas, bed yang nyaman, pelayanan yang ramah. Menyenangkan sekali menginap di sini. Breakfast cukup bervariasi. Terima kasih
Imej Ulasan untuk Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) dari Hioe H. H.

1 menyukai ulasan ini

Respons Penginapan
18 Oct 2023
Dear Hioe, Greetings from the Grand Swiss-Belhotel Melaka. Kami sangat berbesar hati kerana menjadi pilihan lokasi penginapan anda. Terima Kasih atas komen yang sangat baik dan kami amat bersyukur atas kegembiraan pihak tuan sepanjang penginapan disini. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.šŸ’™
PM
Pangayumi M.
9.4
/ 10
15 Dec 2023
Imej Ulasan untuk Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) dari Pangayumi M.

1 menyukai ulasan ini

Nur K.
8
/ 10
14 Jan 2024
Imej Ulasan untuk Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka) dari Nur K. M.

1 menyukai ulasan ini

Respons Penginapan
16 Jan 2024
Yang Dihormati Cik Nur Khabibah Mahmudi, Salam Sejahtera dari Grand Swiss-Belhotel Melaka. Ia adalah satu keseronokan untuk menjadi pilihan lokasi perjalanan anda. Dan terima kasih atas masa yang diambil untuk berkongsi pengalaman indah anda dengan kami. Ia adalah ulasan yang hebat dan kami berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa. Kami berharap dapat melayani anda lagi pada masa akan datang!
Translated by Google Icon
IB
Ibrahim B. A. A.
Percutian pendek
10
/ 10
01 Aug 2022
Alhamdulillah bilik bersih dan selesa, breakfast pon banyak pilihan, parking walaupun bertingkat tapi agak mudah, kawasan dikelilingi oleh semua keperluan, hotel pon cantik. TV je tak de tempat cucuk HDMI. 10/10.

Suka ulasan ini?

MM
Munirah M.
9.7
/ 10
21 Mar 2024
Ini adalah hotel pilihan saya setiap kali saya ada business trip di Melaka. Dari pekerja, kebersihan bilik, kemudahan, makanan semuanya sangat berpuas hati. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan, keep it up!

Suka ulasan ini?

Nb
Nooraini b. A. H.
Percutian
9.7
/ 10
31 Jan 2024
Bilik sangat bersih dan kemas. Staff mesra.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
05 Feb 2024
Dear Ms Nooraini Greetings from the Grand Swiss-Belhotel Melaka. Kami sangat berbesar hati kerana menjadi pilihan lokasi penginapan anda. Terima Kasih atas komen yang sangat baik dan kami amat bersyukur atas kegembiraan pihak tuan sepanjang penginapan disini. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.šŸ’™
RB
Rohayu B. M. R.
Percutian pendek
8.8
/ 10
25 Sep 2023
Hotel was okay, wangi, staff very helpfull & breakfast sedap. Just pool tak okay sebab banyak kotoran burung merpati risau incase boleh datangkan penyakit especially kanak-kanak. So harap management ambil berat mengenai pool. Thank you.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
26 Sep 2023
Dear Ms Rohayu, Greetings from the Grand Swiss-Belhotel Melaka. Kami sangat berbesar hati kerana menjadi pilihan lokasi penginapan anda. Maaf atas sebarang kesulitan sepanjang penginapan disini. Terima Kasih atas masa yang diberikan dalam memberikan komen kepada kami. Kami berusaha sebaik mungkin untuk menambah baik servis dari hari ke sehari. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.šŸ’™
JJ
Juliah J.
10
/ 10
03 Jan 2023
Saya harus mengatakan semuanya sempurna. Sangat disyorkan.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Grand Swiss-Belhotel Melaka (formerly LaCrista Hotel Melaka)

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright Ā© 2024 Traveloka. All rights reserved