Belum Rainforest Resort

Resort
Pulau Banding, Hulu Perak, Perak, Malaysia, 33200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Belum Rainforest Resort merupakan tempat percutian yang sesuai buat mereka yang mencari lokasi yang tenang dan damai. Resort ini merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan mewah di Malaysia. Belum Rainforest Resort juga merupakan pintu masuk ke dalam Hutan Belum Temengor yang berusia lebih dari 130 juta tahun yang merupakan salah satu dari hutan tertua di dunia. Resort ini telah disiapkan pada tahun 2008 sebagai pembangunan pertama di Pulau Banding. Resort 70 bilik ini telah menunjukkan perkembangan yang konsisten dan telah mula memasuki pembangunan fasa kedua yang telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013. Terdapat tambahan 36 Suite Deluxe dan 6 rumah kampung menjadikan keseluruhan bilik berjumlah 112 bilik. Para tetamu boleh menikmati pengalaman bermalam di sini di salah satu dari 112 bilik yang disediakan. Bilik penginapan yang luas ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang terdiri dari penyaman udara, kipas siling, peti ais dan tandas serta balkoni. Resort ini juga menawarkan perkhidmatan yang hebat dan bilik penginapan yang mewah dengan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi menjadikan resort ini sebagai sebuah destinasi percutian yang hebat. Resort serba mewah bertaraf empat bintang ini terletak di Pulau Banding yang mempunyai segala yang diimpikan oleh pencinta alam semulajadi dan lengkap dengan ketenangan yang mendamaikan, keindahan pemandangan alam semulajadi, aktiviti lasak dan peluang untuk para tetamunya mendekati alam semulajadi. Para tetamu mempunyai peluang untuk menerokai keindahan misteri alam semula jadi hutan yang belum diterokai berumur lebih dari jutaan tahun. Para tetamu juga berpeluang untuk melihat keindahan tumbuh-tumbuhan dan pemandangan indah yang tidak akan ditemui di tempat lain. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk setiap pengunjung yang ingin merasai pengalaman keindahan alam semula jadi dan melarikan diri dari kesibukan kehidupan di bandar.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
Pulau Banding, Hulu Perak, Perak, Malaysia, 33200
Lobi Belum Rainforest Resort
Lobi 2 Belum Rainforest Resort

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort merupakan tempat percutian yang sesuai buat mereka yang mencari lokasi yang tenang dan damai. Resort ini merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan mewah di Malaysia. Belum Rainforest Resort juga merupakan pintu masuk ke dalam Hutan Belum Temengor yang berusia lebih dari 130 juta tahun yang merupakan salah satu dari hutan tertua di dunia. Resort ini telah disiapkan pada tahun 2008 sebagai pembangunan pertama di Pulau Banding. Resort 70 bilik ini telah menunjukkan perkembangan yang konsisten dan telah mula memasuki pembangunan fasa kedua yang telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013. Terdapat tambahan 36 Suite Deluxe dan 6 rumah kampung menjadikan keseluruhan bilik berjumlah 112 bilik. Para tetamu boleh menikmati pengalaman bermalam di sini di salah satu dari 112 bilik yang disediakan. Bilik penginapan yang luas ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang terdiri dari penyaman udara, kipas siling, peti ais dan tandas serta balkoni. Resort ini juga menawarkan perkhidmatan yang hebat dan bilik penginapan yang mewah dengan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi menjadikan resort ini sebagai sebuah destinasi percutian yang hebat. Resort serba mewah bertaraf empat bintang ini terletak di Pulau Banding yang mempunyai segala yang diimpikan oleh pencinta alam semulajadi dan lengkap dengan ketenangan yang mendamaikan, keindahan pemandangan alam semulajadi, aktiviti lasak dan peluang untuk para tetamunya mendekati alam semulajadi. Para tetamu mempunyai peluang untuk menerokai keindahan misteri alam semula jadi hutan yang belum diterokai berumur lebih dari jutaan tahun. Para tetamu juga berpeluang untuk melihat keindahan tumbuh-tumbuhan dan pemandangan indah yang tidak akan ditemui di tempat lain. Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk setiap pengunjung yang ingin merasai pengalaman keindahan alam semula jadi dan melarikan diri dari kesibukan kehidupan di bandar.

Bagaimana untuk ke Belum Rainforest Resort

Tiada lapangan terbang yang terletak berhampiran dengan Belum Rainforest Resort kerana lokasinya yang jauh dari bandar utama. Cara terbaik untuk sampai ke sana adalah dengan memandu kenderaan sendiri. Anda boleh memandu ke Pulau Banding dari Kuala Lumpur di mana perjalanan akan mengambil masa selama empat ke lima jam. Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan menuju ke Utara Ipoh. Anda boleh keluar di persimpangan Kuala Kangsar dan menuju ke Gerik melalui Bandar Lenggong. Seterusnya anda anda boleh menuju ke Jeli, Kelantan dan lebuh raya ini akan membawa anda terus ke Pulau Banding. Anda juga boleh menaiki bas ke Pulau Banding. Buat masa ini terdapat 2 syarikat pengangkutan bas iaitu Maju Ekspress dan Transnasional yang beroperasi setiap hari lebih dari 5 perjalanan dari Hentian Duta atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur ke Bandar Gerik. Pengangkutan khas ke Belum Rainforest Resort boleh diaturkan dengan membuat tempahan awal. Selain itu, Resort ini juga boleh dihubungi dengan menaiki keretapi. Stesen keretapi yang berhampiran melalui ETS adalah di Bandar Kuala Kangsar, yang mempunyai jarak perjalanan lebih kurang 1 jam setengah dari resort. Pengangkutan khas ke resort boleh diaturkan dengan membuat tempahan awal. Anda juga boleh menaiki helikopter ke Belum Rainforest Resort. Perkhidmatan sewaan helikopter ke Pulau Banding juga boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pilihan Bilik di Belum Rainforest Resort

Belum Rainforest Resort menawarkan bilik penginapan yang selesa dan santai kepada para tetamunya dengan balkoni peribadi. Terdapat 10 jenis kategori bilik, vila dan chalet yang disediakan kepada para tetamu iaitu Azlanii, Balau, Chengal Garden View, Chengal Lake View, Tualang, Pulai, Meranti, Villa Santubong, Villa Tanjung Tuan dan Houseboat. Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan penghawa dingin, air panas, kipas siling dan tandas. Kebanyakan bilik mempunyai balkoni dengan pemandangan taman atau tasik yang berhampiran untuk dinikmati oleh para tetamunya. Setiap biliknya mempunyai katil berkembar atau katil saiz raja. Resort ini juga menyediakan kemudahan asas seperti peti keselamatan dan bar mini, peti ais serta kemudahan membancuh kopi dan teh di dalam setiap bilik. Kemudahan internet dan telefon juga turut disediakan. Setiap bilik air turut dilengkapi dengan mandian hujan, tab mandi dan pengering rambut.

Azlanii merupakan bilik Superior dengan satu katil saiz King atau dua katil berkembar. Saiz biliknya ialah 29 meter persegi. Bilik ini ditawarkan bersama pakej Family Rainforest Retreat, Belum Discovery Weekday Retreat dan Rainforest Discover & Rejuvenate dan convene package.

Balau ialah sebuah bilik Deluxe dilengkapi dengan satu katil saiz King atau dua katil berkembar. Bilik ini mempunyai keluasan 40 meter persegi dilengkapi dengan satu katil saiz King atau katil berkembar yang menjadikan ia sesuai untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak di dalam satu bilik.

Chengal Garden View merupakan sebuah bilik Executive Deluxe yang mempunyai pemandangan taman. Ianya dilengkapi dengan 1 katil saiz raja atau 2 katil berkembar dengan saiz bilik 51 meter persegi. Bilik ini mempunyai sofa, bar mini dan pengering rambut. Dengan saiz bilik 51 meter persegi ini menjadikan ianya selesa untuk empat orang tetamu didalam satu bilik.

Chengal Lake View merupakan sebuah bilik Executice Deluxe yang mempunyai pemandangan tasik. Bilik ini menyediakan cerek elektrik, tuala mandi dan bar mini. Saiz bilik ini ialah 46 meter persegi. Bilik ini turut menyediakan katil bersaiz raja atau katil berkembar untuk keluarga yang bersama dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Tualang merupakan bilik yang berbentuk tradisional chalet berserta satu katil saiz King yang juga turut disediakan kemudahan seperti bar mini, peti keselamatan dan tuala. Saiz chalet ini ialah 59 meter persegi.

Pulai merupakan dua bilik penginapan jenis tradisional chalet. Bilik ini mempunyai satu katil saiz King dan dua katil berkembar. Saiz bilik ini ialah 84 meter persegi di mana ia sangat sesuai untuk pengunjung yang mengembara bersama keluarga.

Villa Santubong merupakan 3 bilik mewah vila berserta dengan kemudahan kolam renang persendirian serta perkhidmatan pelayan peribadi. Saiz vila ini ialah 318 meter persegi di mana ianya boleh menempatkan enam orang tetamu.

Villa Tanjung Wan bercirikan tujuh buah bilik vila mewah berserta kolam renang persendirian dan perkhidmatan pelayan peribadi. Vila ini menyediakan empat katil raja dan 10 katil sendiri yang boleh memuatkan seramai 18 orang dengan keluasan bilik sebesar 603 meter persegi.

Houseboat merupakan penginapan yang boleh memberi pengalaman yang hebat kepada para pengunjung. Di sini para tetamu mempunyai peluang untuk menerokai keindahan serta suasana alam semulajadi yang segar serta menghijau di Tasik Belum Temenggor. Penginapan ini menyediakan empat kabin termasuk dua katil saiz Queen, tujuh katil bujang serta dek bumbung terbuka. Penginapan Houseboat ini memuatkan penginapan secara berkumpulan maksima 16 orang. Di Houseboat ini terdapat pelbagai aktiviti antaranya ialah perjalanan menyusuri hutan dengan mudah, perjalanan menikmati alam semula jadi, meneroka hutan, memancing, bermandi di air terjun serta melihat kehidupan liar.

​

Restoran dan Kafe di Belum Rainforest Resort

Para tetamu boleh menikmati makanan istimewa dan pengalaman menjamu selera di restoran yang serba mewah di Belum Rainforest Resort. Anda boleh menjamu selera di Hornbill All Day Dining. Restoran ini menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa. Untuk makanan yang lebih enak anda boleh mencuba The SiDai Specialty Restaurant yang menawarkan sajian ala Barat dan Mediterranean.

Kemudahan dan Aktiviti di Belum Rainforest Resort

Resort ini turut menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang baik kepada para pengunjungnya. Kemudahan yang disediakan termasuk pembantu khas, perkhidmatan dobi, suratkhabar di lobi, kaunter hadapan 24 jam, ruang simpanan, urutan, spa dan lawatan. Lain-lain kemudahan awam termasuk ruang meletak kenderaan, Wi-Fi di kawasan awam, TV dan bilik kanak-kanak, bilik komputer dan ruang simpanan. Resort ini juga menyediakan perkhidmatan pergi-balik ke lapangan terbang, sewaan basikal dan pengangkutan untuk para tetamu. Dua bilik mesyuarat turut disediakan untuk tetamu yang mempunyai urusan pekerjaan.



Tempat Menarik berhampiran Belum Rainforest Resort

Hutan Belum-Temegor -

Hutan Belum-Temegor ini menempatkan 14 hidupan liar utama dunia yang hampir pupus seperti Harimau Malayan, Harimau Beruang Matahari dan Badak Sumbu Sumatran. Ianya dikatakan sebagai satu-satunya tempat yang menempatkan 10 spesis burung enggang yang hanya dijumpai di Malaysia. Kawasan hutan simpan ini terletak hanya 0.08 km dari Belum Rainforest Resort.

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Belum Rainforest Resort
Bar, Kafe dan Lounge
Kolam Renang Belum Rainforest Resort
Kolam Renang
Pusat Kecergasan Belum Rainforest Resort
Pusat Kecergasan
Ruang Umum Belum Rainforest Resort
Ruang Umum
Lobi Belum Rainforest Resort
Lobi

Perkhidmatan Hotel

  • Pekerja rencam
  • Pengurup wang
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Lawatan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancur mandi dan tab berasingan
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Restoran
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok

Aktiviti

  • Taman
  • Urutan
  • Kolam renang terbuka
  • Spa

Makanan dan Minuman

  • Restoran dengan penyaman udara
  • Sarapan

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Kemudahan Perniagaan

  • Kemudahan perniagaan
  • Kemudahan mesyuarat

Sukan & Rekreasi

  • Sukan air

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Belum Rainforest Resort?
Berikut facilities yang ada di Belum Rainforest Resort seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Belum Rainforest Resort?
Masa check-in di Belum Rainforest Resort bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Belum Rainforest Resort menyediakan sarapan pagi?
Ya, Belum Rainforest Resort menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 38 ulasan tetamu yang disahkan
8.5
Mengagumkan
Hebat
12
Bagus
19
Memuaskan
5
Biasa
2
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi bagus (4)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
YS
Yu Seng C.
Membeli-belah & Masakan
9.1
/ 10
30 May 2019
ia adalah satu permainan yang bagus untuk berehat dan meneroka alam semulajadi
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Belum Rainforest Resort dari Yu S. C.

Suka ulasan ini?

nz
nadia z.
8.5
/ 10
30 Nov 2018
Imej Ulasan untuk Belum Rainforest Resort dari Nadia N.

Suka ulasan ini?

Lb
Latifah b. H.
Percutian Keluarga
8.8
/ 10
27 Mar 2019
Tempat percutian yang jauh dari kesibukan ibukota dan amat menyenangkan serta disambut dengan staf hotel yang sangat peramah.

Suka ulasan ini?

RA
Rod A. R.
Percutian Keluarga
10
/ 10
19 Dec 2018
Kakitangan yang ramah, semuanya sempurna termasuk makanan (restoran hornbill)
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NA
Nur A.
Percutian Keluarga
9.7
/ 10
31 Oct 2019
Kami mempunyai penginapan yang paling menyenangkan di sini. Kakitangan sangat ramah dan sopan. Persekitaran yang sangat bagus dan tenang. Hanya makanan sarapan pagi di restoran hornbill perlu diperbaiki.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NS
Nor S. S.
Percutian Keluarga
9.7
/ 10
02 May 2018
Lokasi yang hebat, selamat tinggal di sana semasa bercuti pendek saya
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AI
Azhari I.
Percutian Keluarga
9.7
/ 10
09 Jan 2018
Pengalaman luar biasa dan pemandangan Tasik Banding sangat luar biasa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

AI
Azhari I.
Percutian Keluarga
9.7
/ 10
02 Jan 2018
Pandangan yang luar biasa. Tempat yang bagus. Ini adalah tempat untuk berehat minda dan seluruh tubuh anda.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Nor S. B. M. S.
Percutian Romantik
9.1
/ 10
20 Oct 2018
tempat itu menarik .. suasana sangat tenang untuk berehat .. baik dan membantu .. kebersihan bilik dalam keadaan baik .. proposal itu harus menyediakan televisyen di setiap bilik ...
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

YA
Yulieana A. S. B. Y.
8.7
/ 10
29 Jul 2019
Secara keseluruhannya bagi pencinta alam, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Walau bagaimanapun penginapan sangat asas berbanding dengan harga.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Belum Rainforest Resort

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved