By The Sea Suites – Managed By SDB HOST

Apartmen
110, Jalan Batu Feringghi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 11100
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Penginapan mewah jenis kondominium ‘by The Sea’ yang diurus dan dioperasikan oleh SDB Host merupakan salah sebuah penginapan yang patut menjadi pilihan anda sekiranya anda berpeluang ke Pulau Pinang. Kondominium ‘By The Sea’ ini terletak di Jalan Batu Feringghi dan merupakan tempat yang strategic untuk bercuti kerana ianya terletak berhampiran dengan pelbagai tempoat tumpuan pelancong. Penginapan ini terletak bersebelahan dengan pelbagai hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di sekitar kondominium ini, menjadikannya kelihatan sangat mewah dan elit. Disebabkan ini merupakan sebuah kjondominium, jadi, ianya amat sesuai dan perlu menjadi pilihan bagi sesiapa yang datang secara berkumpulan mahupun bersama keluarga. Tambahan lagi, hotel ini turut menawarkan pemandangan Selat Melaka yang dapat dilihat dari dalam bilik. Selain itu, bagi mereka yang sukakan keindahan pantai, hotel ini menawarkan penginapan yang berdekatan dengan pantai popular iaitu Pantai Batu Feringghi. Oleh itu, tidak kira lah apa alasan anda untuk datang ke Pulau Pinang, pastikan kondominium ‘By The Sea’ sentiasa menjadi pilihan utama anda.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Kolam Renang
Parkir
Lif
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
110, Jalan Batu Feringghi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 11100
Lobi By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Luar Bangunan 2 By The Sea Suites – Managed By SDB HOST

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai By The Sea Suites – Managed By SDB HOST

Penginapan mewah jenis kondominium ‘by The Sea’ yang diurus dan dioperasikan oleh SDB Host merupakan salah sebuah penginapan yang patut menjadi pilihan anda sekiranya anda berpeluang ke Pulau Pinang. Kondominium ‘By The Sea’ ini terletak di Jalan Batu Feringghi dan merupakan tempat yang strategic untuk bercuti kerana ianya terletak berhampiran dengan pelbagai tempoat tumpuan pelancong. Penginapan ini terletak bersebelahan dengan pelbagai hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di sekitar kondominium ini, menjadikannya kelihatan sangat mewah dan elit. Disebabkan ini merupakan sebuah kjondominium, jadi, ianya amat sesuai dan perlu menjadi pilihan bagi sesiapa yang datang secara berkumpulan mahupun bersama keluarga. Tambahan lagi, hotel ini turut menawarkan pemandangan Selat Melaka yang dapat dilihat dari dalam bilik. Selain itu, bagi mereka yang sukakan keindahan pantai, hotel ini menawarkan penginapan yang berdekatan dengan pantai popular iaitu Pantai Batu Feringghi. Oleh itu, tidak kira lah apa alasan anda untuk datang ke Pulau Pinang, pastikan kondominium ‘By The Sea’ sentiasa menjadi pilihan utama anda.

Bagaimana untuk ke By The Sea Suites

Terdapat beberapa cara untuk anda datang ke Kondominium ini dari Bandaraya Kuala Lumpur. Antaranya anda boleh menaiki kapal terbang, memandu sendiri, menggunakan perkhidmatan bas ataupun menaiki kereta api.

Jika anda inginkan pengangkutan yang pantas dan selesa, anda dinasihati untuk menggunakan pengangkutan udara iaitu menaiki kapal terbang. Anda boleh menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak di Bayan Lepas. Untuk pengetahuan anda, lebih dari 30 penerbangan ke dan dari Pulau Pinang dari Kuala Lumpur setiap hari. Antara syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan ke Pulau Pinang adalah Air Asia dan Firefly dan mereka menawarkan penerbangan pada harga yang kompetitif ke dan dari pulau ini. Seribanya anda di Lasangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau bas untuk sampai di By The Sea Suites.

Jika anda inginkan medium pengangkutan yang lebih santai dan tidak terburu-buru, anda boleh memandu sendiri ke Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang menghubungkan Pulau Pinang ke bandar-bandar utama di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Perjalanan melalui lebuh raya boleh mengambil masa antara 4-5 jam dengan bayaran tol di antara rm 40 sehingga RM50.Sebaik sahaja anda sampai di Butterworth, yang merupakan titik masuk utama pulau dari tanah besar, anda boleh mengambil sama ada Jambatan Pulau Pinang atau feri untuk menyeberang ke pulau ini, yang masih beroperasi dari Butterworth ke Weld Quay. Anda juga boleh membawa kereta anda ke pulau dengan menggunakan feri dengan kadar yang tidaklah terlalu mahal. Setibanya anda di pulau, anda boleh menggunakan perkhidmatan Waze ataupun melihat papan tanda kearah Batu Feringghi.

Cara pengangkutan ketiga adalah dengan menggunakan perkhidmatan bas. Untuk perjalanan yang lebih menjimatkan, anda boleh memilih cara ini. Anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ataupun Stesen Bas Jalan Duta dan tiba di Stesen Bas Butterworth ataupun Stesen Bas Komtar. Setibanya anda di sana, anda boleh menggunakan perkhidmatan awam untuk ke By The Sea Suites ini.

Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta api. Syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan kereta api ke dan dari Butterworth setiap hari. Perjalanan menggunakan kereta api selalunya memakan masa lima hingga ke enam jam.

Pilihan Bilik di By The Sea Suites

Penginapan ini merupakan sebuah kondominium dan menawarkan dua bilik di dalam sebuah kondominium. Bilik tidur utama mempunyai katil bersaiz King dengan tingkap yang menghadap ke pantai dan laut, di mana anda akan berpeluang melihat pemandangan matahari naik dan terbenam setiap hari. Bilik tidur kedua pula mempunyai katil bersaiz queen dengan pintu gelangsar yang terbuka ke pemandangan kolam renang di balkoni. Kedua-dua bilik mempunyai ruangan almari pakaian untuk kemudahan anda. Pangsapuri ini sesuai bagi menempatkan keluarga kecil dan mereka yang datang secara berkumpulan.

Kemudahan dan Aktiviti di By The Sea Suites

Terdapat pelbagai kemudahan dan fasiliti ditawarkan oleh kondominium ini. Antaranya adalah kemudahan gimnasium. Terdapat dua kawasan gymnasium yang ditawarkan oleh kondominium ini. Kawasan pertama dilengkapi mesin treadmill dan basikal senaman. Di kawasan lain, anda akan menemui peralatan mengangkat manual dan mesin Gim Multi-Station. Kedua-dua kawasan ini mempunyai panel kaca dari lantai ke siling. Selain itu, bagi yang datang bersama anak-anak kecil, anda pastinya teruja dengan kemudahan ‘monkey park’ yang disediakan. Taman monyet adalah tempat kanak-kanak bebas melepaskan tenaga mereka. Sesuai dengan namanya, disini terdapat pelbagai permainan menarik antaranya ayunan terbang, permainan memanjat dan banyak lagi. Anda juga boleh berjalan ke pantai Batu Feringghi yang terletak berhampiran ‘Monkey Park’ ini.

Tempat Menarik berhampiran By The Sea Suites

Pantai Batu Feringghi

– Terletak berhampiran dengan penginapan ini, pantai ini sememangnya sinonim dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara sebagai tempat beriadah dan pelancongan. Anda hanya perlu berjalan kaki dari kondominium ini untuk sampai ke Pantai Batu Feringghi ini.

Semua Kemudahan

Kemudahan Hiburan By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Kemudahan Hiburan
Pusat Kecergasan By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Pusat Kecergasan
Ruang Umum By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Ruang Umum
Lobi By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Lobi
Luar Bangunan By The Sea Suites – Managed By SDB HOST
Luar Bangunan

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Salun kecantikan
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Kemudahan Dalam Bilik

  • Pengering rambut
  • Dapur kecil
  • Ketuhar gelombang mikro
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Teres

Aktiviti

  • Kawasan kanak-kanak bermain
  • Kolam renang terbuka
  • Kerusi berjemur kolam renang

Perkhidmatan Hotel

  • Meja depan
  • Keselamatan 24 jam
  • Kakitangan berbilang bahasa

Pengangkutan

  • Parkir terhad
  • Parkir yang selamat

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif

Mesra Keluarga

  • Kolam renang kanak-kanak

Kanak-kanak dan Haiwan Peliharaan

  • Kerusi tinggi

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan OKU

  • Parkir mudah diakses OKU

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
15:00 - 23:00
Daftar keluar:
08:00 - 12:00

Polisi Hubungan Penginapan Sebelum Masa Daftar Masuk

Tetamu perlu menghubungi hotel 1 hari sebelum ketibaan.

Instruksi Daftar Masuk Umum

Check in is from 3.00 - 6.00 pm. Kindly contact our HOST Mr Gary at +6011-2381 7838 the day before check in date to confirm your arrival time. Early or late check in must be communicated a day ahead.
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Kolam Renang, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
15:00 - 23:00 - 08:00 - 12:00

Soalan lazim tentang {hotel}

Apa facilities yang tersedia di By The Sea Suites – Managed By SDB HOST?
Berikut facilities yang ada di By The Sea Suites – Managed By SDB HOST seperti AC, Kolam Renang, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di By The Sea Suites – Managed By SDB HOST?
Masa check-in di By The Sea Suites – Managed By SDB HOST bermula dari 15:00 - 23:00 manakala masa check-out ialah pada 08:00 - 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
TN
Thinzar N.
Percutian pendek
9.4
/ 10
26 Apr 2023
It's a perfect beach front accommodation for family. The SDB host managed it quite well.
Imej Ulasan untuk By The Sea Suites – Managed By SDB HOST dari Thinzar N.
Imej Ulasan untuk By The Sea Suites – Managed By SDB HOST 2 dari Thinzar N.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Tempat Tarikan Berdekatan 4 By The Sea Suites – Managed By SDB HOST

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved