1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9836 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (572 Hotel)
    >
  4. Alor Setar
    (56 Hotel)

Hotel di Pusat Bandar Alor Setar

Alor Setar, Malaysia · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 13 Mei 2024
Cari Hotel
Bayar di Hotel
Alor Setar sebelum ini dipanggil sebagai Alor Star adalah ibu negeri Kedah. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1735 oleh pemerintah Kedah yang ke-19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II. Antara tarikan menarik yang terdapat disini adalah Masjid Zahir, Menara Alor Setar dan Galeri Sultan Abdul Halim. Tamatkan hari anda di beberapa hotel di Pusat Bandar Alor Setar untuk pengalaman penginapan yang selesa.

Hotel lain di Pusat Bandar Alor Setar

Hotel popular di Pusat Bandar Alor Setar

See all 0 Hotels near Pusat Bandar Alor Setar

Facts about hotel in Pusat Bandar Alor Setar

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pusat Bandar Alor Setar

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pusat Bandar Alor Setar dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pusat Bandar Alor Setar akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Hotel di kawasan popular

Soalan lazim tentang Pusat Bandar Alor Setar

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Pusat Bandar Alor Setar?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Pusat Bandar Alor Setar

Tentang

Alor Setar sebelum ini dipanggil sebagai Alor Star dari tahun 2004 hingga 2008, adalah ibu negeri Kedah di mana ianya adalah Bandar kedua terbesar di Kedah selepas Sungai Petani Kedah. Bandar ini merupakan Pusat Pentadbiran Negeri dan pusat pentadbiran Daerah Kota Setar.

Alor Setar telah ditubuhkan pada tahun 1735 oleh pemerintah Kedah yang ke-19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II. Pentadbiran awal negeri ini terletak di Kota Bukit Meriam, Kota Sungai Emas, Kota Siputeh, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang.

Kebanyakan penduduk di Kedah Ialah Melayu Islam dan kebanyakan dari mereka berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu mengikut loghat Kedah. Terdapat dua jenis pertuturan bahasa Thailand di Kedah. Pertama ianya dikenali sebagai Samsams di mana mereka adalah Melayu Muslim dan keduanya dikenali sebagai Siamese dimana kebanyakan mereka tinggal di daerah Pendang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Malaysia Airlines, Firefly, Malindo Air dan AirAsia membuat penerbangan harian ke Alor Setar dan daripada Alor Setar dan Kuala Lumpur. Anda boleh menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1&2 (KLIA) yang terletak di Sepang untuk menuju ke Sultan Abdul halim Airport di Kepala Batas di mana ianya mengambil masa 20 minit perjalanan dengan memandu ke AlorSetar.

Menggunakan Kereta/Bas

Anda boleh memandu ke Alor Setar dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar . Bas perjalananan panjang yang berhawa dingin ke Alor Setar boleh dinaiki di Hentian Jalan Duta di Kuala Lumpur dengan mengambil masa perjalanan selama 6 hingga 7 jam.

Menggunakan Kereta Api

Keretapi laju Senandung Langkawi berlepas dari Pusat Hentian Kuala Lumpur setiap hari dan berhenti di Bandar-bandar utama di Kedah seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Gurun sebelum meneruskan perjalanan ke Haadyai di Thailand.

Menggunakan Feri

Perkhidmatan penumpang feri ke Langkawi dan dari Langkawi ke Perkhidmatan Feri Kuah disediakan di Jeti Kuala Kedah, Alor Setar. Jeti ini terletak di 15 km sebelah barat dari bandar. Pelancong boleh menaiki bas atau teksi dari bandar ke jeti.

Tarikan Pelancongan

Alor Setar dilimpahi dengan pelbagai tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Antara mercu tanda Alor Setar ialah Masjid Zahir yang menampilkan kubah yang berwarna hitam. Manakala mercu tanda yang paling utama di Bandar Alor Setar ialah Menara Alor Setar. Menara ini adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan merupakan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Alor Setar anda bolehlah mengunjungi Sultan Abdul Halim Gallery dimana menampilkan lebih 2000 barang simpanan Sultan Kedah, surat-surat rasmi, pakaian istana dan kelengkapan barang-barang diraja. Selepas melawat di galeri ini anda bolehlah berjalan kaki di kawasan tarikan pelancongan yang berhampiran seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar. Sepanjang anda berada di Alor Setar jangan lupa untuk melawat Rumah Kelahiran Perdana Malaysia yang ke-empat yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama mentadbir kerajaan Malaysia, dimana telah dilahirkan di rumah kayu ini pada tahun 1925. Selain itu anda juga bole malawati Museum Padi yang terletak di kaki Gunung Keriang. Selain itu anda juga boleh meluangkan masa ke Gua Gunung Keriang untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang terletak pada jarak 8km dari Bandar Alor Setar. Alor Setar juga terkenal dengan aktiviti membeli belah di mana anda boleh membeli barang-barang hasil tangan penduduk tempatan dan makanan traditional penduduk tempatan di Alor setar.

Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah yang kaya dengan budaya masyarakat Melayu. Ia terletak bersempadan dengan negara Thailand di mana ianya mungkin terdapat unsur-unsur kebudayaan masyarakat Thailand dari segi penempatan, makanan tempatan dan tempat-tempat beribadah.

Anda boleh mencuba pelbagai makanan traditional utama Kedah seperti Laksa Kuala Kedah, gulai rebung, pekasam dan nasi ulam.Anda juga hendaklah mencuba masakan sayuran yang terdapat di restoran China. Pada sebelah malamnya anda boleh menikmati ikan bakar dan makanan laut yang segar di Tanjung dawai. Alor Setar juga terkenal dengan tradisi masakan Thailand.

Anda boleh melawati Alor Setar sepanjang tahun tetapi hendaklah mengelakkan musim tengkujuh bagi mengelakkan percutian yang tidak selesa. Anda hendaklah membaca terlebih dahulu tentang maklumat perjalanan Kedah untuk merancang percutian anda. Jangan lupa membawa duit yang cukup untuk membeli belah barangan tempatan dan memmbeli barang import di kawasan bebas cukai yang terletak di Bukit Kayu Hitam. Bawa sekali kamera untuk mengambil gambar keindahan pemandangan sawah padi di negeri Kedah.

Hotel

Holiday Villa Alor Setar City Center Kedah

Hotel yang bertaraf 4 bintang ini terletak di kawasan Bandar Alor Setar. Hotel ini terletak berhampiran Kompleks membeli belah City Plaza dan meyediakan bilik dan kemudahan yang selesa. Bilik dihiasi dengan perlatan dan suasana yang mewah dan dilengkapi dengan penghawa dingin,televisyen dan bilik air yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan. Internet percuma dan 24 jam perkhidmatan bilik turut disediakan. Diantara kemudahan lain ialah pusat kecergasan, sauna , pusat perdagangan dan arked membeli belah.

Grand Crystal Hotel Alor Setar

Grand Crystal Hotel Alor Setar merupakan hotel 3 bintang menampilkan ukiran hotel yang moden, terletak di kawasan perdagangan di Kedah, manakala 25 minit dari Bukit Kayu Hitam dan Danok. Pengunjung boleh menikmati kemudahan yang terdapat berdekatan hotel dan pusat pembelian bebas cukai yang menyediakan tawaran murah kepada barang-barang import. Hotel ini juga turut memberikan kemudahan terbaik kepada pengunjung termasuklah wifi percuma di setiap bilik dan kawasan awam, parkir percuma, kolam renang terbuka, perkhidmatan dobi, bilik keluarga dan perkhidmatan ke bilik. Hotel ini juga terletak berdekatan hentian bas,hospital,klinik,farmasi,bank dan kedai runcit.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved