amaran

Hotel di Parit Buntar

Kerian, Malaysia · 1 hotel yang tersedia

Cari dan tempah hotel murah dengan 3 langkah mudah di sini!

Langgan Surat Berita Traveloka

Langgan untuk diskaun sehingga 70% melalui tawaran penerbangan & hotel eksklusif yang dihantar terus ke peti masuk anda.

Jangan risau, bergembiralah!

Muat turun Aplikasi Traveloka PERCUMA untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel sekarang!

Hotel popular di Parit Buntar

K Garden Hotel

NO 1 LORONG RIA, Kerian, Malaysia, 34200

8.2 / 10

Sangat Baik

lain-lain

Tentang

Bandar utara-barat Perak, terletak kira-kira 40 kilometer dari Butterworth dan berdekatan negeri Kedah. Ia berjiran dengan Pulau Pinang dan Kedah. Nama Parit Buntar diambil dari seorang pemimpin masyarakat yang terkenal, Tok Buntar. Orang-orangnya dan dia telah membina sebuah parit, yang bermaksud longkang, dari Sungai Kerian untuk mengairi sawah padi. Parit itu sebelum ini dikenali sebagai Parit Tok Buntar (bermaksud parit kepunyaan Tok Buntar) sebelum ia akhirnya dikenali sebagai Parit Buntar.

Jam Besar, yang diterjemahkan daripada Big Watch, merupakan satu mercu tanda di bandar lama Parit Buntar dan ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, pada Ogos 1961 sebagai tanda kemakmuran dan kemajuan penduduk tempatan di sini. Kebanyakan penduduk di Parit Buntar merupakan petani yang bekerja di sawah padi, ladang getah dan industri penanaman sawit.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Pengangkutan awam di Parit Buntar terdiri daripada kereta api dan teksi. Pelancong yang datang ke bandar ini biasanya memandu dan jika mereka datang dari Kuala Lumpur, perjalanan akan mengambil kira-kira tiga setengah jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Tarikan Pelancongan

Hutan Paya Laut Matang (Mangrove Forest Laut Matang)

Hanya satu jam tempoh perjalanan ke arah selatan Perak, anda akan sampai ke hutan rekreasi yang dikenali sebagai Hutan Paya Laut Matang, atau kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Eko Hutan Paya Laut Matang. Di sini, anda boleh menikmati alam semula jadi, flora dan fauna di hutan bakau ini. Terdapat laluan kayu yang dipasang di tengah-tengah hutan tersebut, justeru menjadikannya mudah bagi orang untuk meneroka. Anda juga akan menjumpai sebuah paya di hutan tersebut. Lokasi hutan bakau ini hanya satu jam perjalanan ke bahagian selatan Perak dari bandar Parit Buntar. Terdapat bayaran yang dikenakan untuk pelancong yang ingin datang menerokai hutan bakau ini, iaitu hanya RM 5 setiap orang dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. Masa pembukaan adalah dari tujuh pagi hingga enam petang.

Bukit Merah Laketown Resort

Taman tasik rekreasi utama yang terletak di Perak ini merupakan antara taman-taman yang terkenal di negara ini. Taman ini meliputi kedua-dua taman tema air dan juga taman ekologi yang boleh dinikmati oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Taman air ini mempunyai banyak permainan berasaskan air seperti gondola, papan luncur, kolam, sungai yang mengalir dan banyak lagi, yang meliputi kawasan yang seluas 11 ekar. Untuk taman eko, ia adalah sebuah taman tema yang dibuat khusus untuk pengunjung menikmati alam semula jadi. Terdapat laluan yang disediakan dalam kawasan seluas tiga ekar ini, sebuah zoo dan juga Skycycle - sebuah tunggangan seperti kereta kabel, tetapi anda perlu mengayuh secara manual dan juga bersiar-siar di udara di seluruh kawasan hutan hujan tropika ini.

Tiket diperlukan sebelum memasuki taman ini dengan harga yang berbeza pada masa atau musim yang berbeza. Sebelum berkunjung ke sini, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak taman terlebih dahulu dan memastikan ia dibuka kepada orang ramai kerana pada masa-masa tertentu, terdapat kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan, dan ia akan ditutup untuk orang awam. Lokasi Bukit Merah Laketown Resort terletak hanya 40 kilometer dari pekan Parit Buntar, dan ia hanya kira-kira empat puluh minit pemanduan dari sana.

Arowana Farm Buit Merah

Empat puluh minit memandu dari bandar menghala ke arah bahagian tenggara Perak, anda akan menemui Arowana Farm Bukit Merah, pembiak baka yang diperakui dan pengeksport ikan Arowana. Mereka adalah pakar dalam pembiakan beberapa ikan Arowana yang terkenal, dan mahal seperti Malaysia Golden Chili Red dan Super Red. Terdapat lebih daripada 200 buah kolam Arowana yang bertempat di sekitar kawasan Bukit Merah. Kolam-kolam ini tidak tercemar dan diisi dengan air semula jadi. Terdapat juga bilik pameran di mana anda boleh melihat produk pembiakan mereka.

Hotel

K Garden Hotel (Ritz Kapitol Hotel)

K Garden Hotel merupakan sebuah hotel bajet yang terletak di bandar Parit Buntar dan hanya 12 minit memandu dari bandar. Hotel lama ini, lebih dikenali dengan nama Ritz Kapitol Hotel oleh penduduk tempatan dan telah menerima ulasan yang agak baik di laman web Traveloka. Ia terkenal dengan kebersihan dan lokasinya yang strategik. Hotel ini juga menyediakan Wifi percuma di dalam bilik dan juga di tempat awam. Terdapat juga sarapan percuma disediakan. Ia terletak berdekatan dengan kedai, ATM, dan salun rambut.

Other Popular Hotels in Parit Buntar