De Hotel Ipoh

Hotel
8.5
/10
Sangat Baik
60 ulasan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Masirah M.
9.7
/ 10
Hotel bersih dan cantik. Bilik selesa. Harga yang sesuai.
Di Kawasan
Lihat Peta
86, Jalan Dato' Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31400

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
Jika anda ingin mencari tempat penginapan yang ideal di Ipoh, maka De Hotel Ipoh adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap. Hotel ini telah menawarkan layanan yang sangat baik kepada tetamu mereka. Hotel ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan para tetamu. Di samping itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Para tetamu dapat berpeluang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Selain itu, lokasi resort ini sangat strategik. Ini adalah kerana para tetamu dapat melawat ke beberapa tempat yang menarik dan tempat kemudahan dengan mudah yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran De Hotel Ipoh

Temui Lebih Banyak Tempat
86, Jalan Dato' Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, Ipoh, Kinta, Perak, Malaysia, 31400
Lobi De Hotel Ipoh
Lobi 2 De Hotel Ipoh

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai De Hotel Ipoh

Jika anda ingin mencari tempat penginapan yang ideal di Ipoh, maka De Hotel Ipoh adalah pilihan yang tepat untuk anda menginap. Hotel ini telah menawarkan layanan yang sangat baik kepada tetamu mereka. Hotel ini juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan para tetamu. Di samping itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang berguna. Para tetamu dapat berpeluang untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka dan di kawasan awam. Selain itu, lokasi resort ini sangat strategik. Ini adalah kerana para tetamu dapat melawat ke beberapa tempat yang menarik dan tempat kemudahan dengan mudah yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel.

Bagaimana untuk ke De Hotel ipoh

Para pengunjung boleh memilih anatra dua cara untuk sampai ke De Hotel Ipoh. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil laluan keluar 138 dari lebuh raya. Kemudian, mereka perlu mengambil Laluan 240 di Ipoh dan memandu ke Jalan Chew Peng Loon di Taman Bandaraya. Sebaik sahaja mereka tiba di Jalan Dato Lau Pak Khuan, Taman Ipoh, mereka dapat menemui hotel tersebut. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 2 jam dan 14 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol dengan menggunakan laluan ini.

Cara yang kedua adalah pengunjung dengan menaiki kereta api. Mereka perlu menaiki kereta api ETS EG9248 Butterworth dari KL Sentral. Kemudian, mereka harus turun di Stesen Kereta Api Ipoh. Dari stesen tersebut, mereka perlu berjalan selama 1 minit ke KTMB Ipoh. Selepas itu, mereka perlu menaiki kereta api menuju ke Stesen Tanjung Rambutan. Sebaik sahaja mereka tiba di Stesen Tanjung Rambutan, mereka boleh mengambil teksi dan meneruskan perjalanan mereka ke hotel. Keseluruhan perjalanannya akan mengambil masa 4 jam dan 32 minit.

Pilihan Bilik di De Hotel Ipoh

De Hotel Ipoh telah menyediakan dua jenis bilik untuk tetamu mereka. Antaranya ialah Bilik Deluxe dan Bilik Grand Deluxe. Bagi Bilik Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 340 meter persegi dan para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil double atau 2 katil bujang. Terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, cerek elektrik, meja, air botol percuma, televisyen, peti keselamatan dalam bilik dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, air panas, peralatan mandian, pancuran mandian dan pengering rambut. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Grand Deluxe. Saiz bilik ini adalah 400 meter persegi dan jenis katilnya adalah 1 katil double. Para tetamu dapat menikmati Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Antara kemudahan yang terdapat di dalam bilik ini adalah penyaman udara, meja, televisyen, peti keselamatan dalam bilik, cerek elektrik, meja dan kemudahan menyeterika. Bagi kemudahan bilik mandi pula adalah air panas, peralatan mandian, bilik mandi peribadi, pancuran mandian dan pengering rambut.

Restoran dan Kafe di De Hotel Ipoh

De Hotel Ipoh tidak mempunyai sebuah restoran atau kafe di dalam bangunannya. Walau bagaimanapun, para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berhampiran hotel ini.

Kemudahan dan Aktiviti di De Hotel Ipoh

De Hotel Ipoh telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta untuk para tetamu, servis pendaftaran keluar pada waktu lewat, perkhidmatan bilik, akses Wi-Fi secara percuma di kawasan awam dan kaunter penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam. Terdapat juga bank dan beberapa kedai berhampiran dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran De Hotel Ipoh

Hospital Fatimah -

Hospital Fatimah adalah hospital swasta dan tidak berasaskan keuntungan yang terletak di Taman Ipoh. Hospital ini telah berkhidmat untuk penduduk Ipoh sejak tahun 1974. Doktor-doktor perubatan di hospital ini telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi untuk pesakit mereka. Mereka juga menggunakan teknologi perubatan yang maju untuk rawatan pesakit mereka. Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan di hospital sentiasa dinaik taraf dari semasa ke semasa. Bagi para pengunjung yang datang untuk mendapatrawatan atau untuk melawat pesakit, mereka boleh sampai ke Hospital Fatimah dengan hanya mengambil masa selama 3 minit dengan memandu dari De Hotel Ipoh.

Hospital Pantai Ipoh -

Hospital Pantai Ipoh merupakan salah satu daripada tempat penjagaan kesihatan yang utama di Perak dan di kawasan utara. Hospital yang mempunyai 206 katil telah berkhidmat untuk penduduk Ipoh. Ia mempunyai lebih daripada 70 pakar perunding dan antaranya ialah dari anestesiologi, kardiologi, dermatologi, onkologi, bedah saraf, psikiatri, pembedahan plastik dan rekonstruktif, ubat pernafasan, rheumatologi dan banyak lagi. Mereka telah menyediakan rawatan dan penjagaan yang berkualiti tinggi kepada pesakit mereka. Para pengunjung dari De Hotel Ipoh akan mengambil masa hanya 8 minit dengan memandu ke Hospital Pantai Ipoh sekiranya berlaku kecemasan.

Ipoh Heritage Walk -

Ipoh Heritage Walk terletak di kawasan bandar Ipoh. Jarak untuk Ipoh Heritage Walk adalah kira-kira 4 batu dan di sepanjang jalan, para pengunjung boleh melihat bangunan yang bersejarah dan seni bina moden. Mereka boleh singgah di Art of Old Town untuk melihat seni mural. Tempat ini juga telah menarik perhatian orang ramai dan pihak akhbar dari beberapa negara. Kemudian, mereka dapat menemui ‘Taj Mahal of Ipoh’ yang terletak di Stesen Kereta Api Ipoh. Bangunan ini terdiri mempunyai unsur seni bina Anglo-Asia berwarna putih. Selain itu, mereka juga boleh melihat Dewan Bandaraya Ipoh dan sepanjang perjalanan, mereka boleh melawat Menara Jam Peringatan Birch untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah J.W.W. Birch yang merupakan Residen British yang pertama di Perak. Sepanjang lawatan mereka di Ipoh Heritage Walk, mereka boleh berehat dan menikmati makanan atau minuman ringan di Kedai Kopi Old Town White atau kafe-kafe yang lain di Ipoh Heritage Walk. Perjalanan untuk ke Ipoh Heritage Walk hanya mengambil masa 9 minit dengan menaiki kereta dari De Hotel Ipoh.

Hospital Raja Permaisuri Bainon -

Hospital Raja Permaisuri Bainon terletak di Jalan Raja Ashman Shah, Ipoh. Sebelum ia dikenali sebagai Hospital Raja Pemaisuri Bainon, nama hospital ini ialah Hospital Ipoh. Hospital ini merupakan hospital yang terbesar di Perak. Selain itu, hospital ini juga dinamakan sebagai hospital ketiga terbesar di Malaysia. Terdapat lebih daripada 900 katil, 16 bilik operasi, 16 katil bagi unit penjagaan rapi dewasa, 8 katil bagi unit rawatan koronari, 17 katil kanak-kanak bagi unit penjagaan rapi dan 20 unit penjagaan bayi tambahan di dalam hospital ini. Hospital Raja Permaisuri Bainon telah menawarkan beberapa rawatan seperti rawatan nefrologi, , haematologi, bedah saraf, pembedahan plastik dan pembedahan pediatrik. Sekiranya berlaku kecemasan, para pengunjung dari De Hotel Ipoh boleh sampai ke hospital ini dengan mengambil masa 6 minit memandu.

Semua kemudahan dari De Hotel Ipoh

Lobi De Hotel Ipoh
Lobi
Luar Bangunan De Hotel Ipoh
Luar Bangunan
Bilik Tidur De Hotel Ipoh
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik De Hotel Ipoh
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • WiFi di kawasan umum

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Kedai

Kemudahan Internet

  • Internet LAN
  • WiFi percuma

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik larangan merokok

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di De Hotel Ipoh

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 15:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Deposit

Deposit 0 diperlukan semasa daftar masuk. Penginapan ini menerima wang tunai dan kad debit.

Haiwan Peliharaan

Haiwan peliharaan tidak dibenarkan di dalam penginapan.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 15:00 - Sebelum 12:00
Bilik tersedia di De Hotel Ipoh
50
Bilangan tingkat di De Hotel Ipoh
1
Fasilitas lain di De Hotel Ipoh
Kabel TV, Kaunter, Pengering rambut, Peti sejuk, Pancuran mandi

Soalan lazim tentang De Hotel Ipoh

Apa facilities yang tersedia di De Hotel Ipoh?
Berikut facilities yang ada di De Hotel Ipoh seperti AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di De Hotel Ipoh?
Masa check-in di De Hotel Ipoh bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di De Hotel Ipoh

8.5
Sangat Baik
Daripada 60 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

8.9

Keselesaan Bilik

8.6

Makanan

6.8

Lokasi

8.3

Perkhidmatan dan Kemudahan

8.4

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong De Hotel Ipoh

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Hakim L.
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 138 minggu yang lalu
Bilik dengan susun atur yang baik: katil, bilik mandi, meja, kerusi membuatkan bilik berasa luas. Kebersihan bilik adalah baik. Setibanya di bandar Ipoh menaiki bas malam, tiba di hotel lebih kurang jam 2 pagi, air panas untuk mandi masih ada. Perkhidmatan yang baik, kakitangan hotel sangat membantu apabila kami bertanya tentang destinasi pelancongan di bandar Ipoh.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Cheng
icon-origin-TRAVELOKA
5.1
/10
Diulas 244 minggu yang lalu
Cadar yang kotor. Saya tidak fikir mereka menukar cadar setelah tetamu mendaftar keluar. Ketika saya menarik kembali penutup tempat tidur, terdapat banyak rambut, seolah-olah seekor gorila tidur di sini sebelum tidak ada satu atau dua rambut, tetapi ia ditutup dengan rambut itu. Saya memanggil pembantu rumah untuk menukar tempat tidur. Dia menanggalkan penutup tempat tidur, ada bug mati di atasnya. Yikes. Saya tidak akan mengesyorkan sesiapa sahaja untuk tinggal di sana.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
maisarah b. m.
icon-Membeli-belah dan Kuliner
Membeli-belah dan Kuliner
icon-origin-TRAVELOKA
5.7
/10
Diulas 276 minggu yang lalu
Tiada saluran TV dan tidak mempunyai penginapan yang mencukupi
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Accommodation's Reply
08 Feb 2020
maaf atas sebarang kesulitan, pada hari kami menaik taraf program TV dan juga kerana Tahun Baru Imlek teknikalnya.
Translated by Google Icon
Lihat asal
FidNora M.
icon-Percutian Romantik
Percutian Romantik
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 334 minggu yang lalu
Bilik bersih, proses check-in cepat, kakitangan di kaunter sangat membantu dan sopan.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Kanruetai Kasee
icon-origin-TRAVELOKA
6.2
/10
Diulas 340 minggu yang lalu
Pemanas air panas tidak berfungsi, penghawa dingin tidak sejuk.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Zurita K.
icon-origin-TRAVELOKA
5.9
/10
Diulas 347 minggu yang lalu
Saya tertinggal earphone dan baru sedari apabila sampai di rumah. Memang saya teringat tertinggal di atas katil yang warnanya putih sama dengan warna cadar katil yang putih. Apabila call receptionist dia terus mengatakan tidak ada di hotel tanpa mencarinya walaupun saya merayu minta ditanyakan pada pihak housekeeping. Staff tidak menjaga kebajikan pelanggan yang mgkn akan datang lagi menginap.
Read More
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Lee Y. J.
icon-Percutian Romantik
Percutian Romantik
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 351 minggu yang lalu
Reka bentuk yang selesa dan nilai untuk wang
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Profile Picture
Arnida B. O.
icon-Percutian Romantik
Percutian Romantik
icon-origin-TRAVELOKA
9.7
/10
Diulas 355 minggu yang lalu
Hotel hebat & sangat disyorkan! Pemandangan dari bilik hotel. Bilik dalaman & bersih yang bagus. Kakitangan yang ramah. Berdekatan dengan bandar & gerai makanan di mana-mana.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Masirah M.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
9.7
/10
Diulas 357 minggu yang lalu
Hotel bersih dan cantik. Bilik selesa. Harga yang sesuai.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Miss Chanaporn Klinmahom
icon-Perjalanan Perubatan
Perjalanan Perubatan
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 357 minggu yang lalu
Bersih & selamat, mudah-mudahan boleh membuat palam untuk mengenakan apa-apa elektrik hantu dan menunjukkan wifi kata laluan automatik boleh menggunakan beberapa kertas bukan sahaja gust yang meminta.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Izzah n.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
9.7
/10
Diulas 382 minggu yang lalu
Sangat disyorkan. Harga lebih murah dan bilik bersih dan selesa.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Rae H.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 384 minggu yang lalu
Salah seorang pelanggan setia mereka. Tempat yang baik dengan harga yang berpatutan. Akan lebih baik jika mereka boleh mempunyai lebih banyak mata palam di dalam bilik
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Muhamad R. B. A. R.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.8
/10
Diulas 388 minggu yang lalu
Pandangan bulatan yang terbaik.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Mohd F. M. I.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 390 minggu yang lalu
Hotel hebat ... sangat bersih dan kemas. Kakitangan yang sangat ramah dan membantu.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
AHMAD T. B. M. D.
icon-origin-TRAVELOKA
9.3
/10
Diulas 392 minggu yang lalu
Tempat yang baik, sangat bagus. keselamatan yang disediakan dengan baik. keseluruhannya bagus, tetapi kurang plug. sukar untuk melakukan kerja dan sebagainya.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Profile Picture
Tan K. L.
icon-Membeli-belah dan Kuliner
Membeli-belah dan Kuliner
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 394 minggu yang lalu
Walaupun tidak ada sarapan pagi, hotel ini terletak di Stadium, restoran dan kedai-kedai di mana anda boleh dengan mudah mendapatkan makanan. Tempat yang bersih, kakitangan yang mesra, lokasi strategik
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Steven C.
icon-Membeli-belah dan Kuliner
Membeli-belah dan Kuliner
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 395 minggu yang lalu
Hotel yang bagus, tiada aduan. Bersih
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Steven C.
icon-Membeli-belah dan Kuliner
Membeli-belah dan Kuliner
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 395 minggu yang lalu
Adakah hotel yang selesa. Tiada aduan
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Lai C. S.
icon-origin-TRAVELOKA
10.0
/10
Diulas 398 minggu yang lalu
Bilik-bilik baik bagus dan lokasi strategik
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Lee W. W.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 405 minggu yang lalu
Sangat baik untuk harga yang saya bayar.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 De Hotel Ipoh

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved