De Mesra Villa terletak di Medan Pulai, Kangar, Perlis. Ia terletak di lokasi yang sangat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan pusat bandar Kangar. Anda boleh pergi ke mana-mana destinasi tarikan pelancong di Kangar dengan mudah sekiranya anda menetap di De Mesra Villa. De Mesra Villa merupakan hotel yang ideal bagi anda yang mencari tempat penginapan yang murah tetapi masih mengekalkan keselesaan dan kebersihan untuk tetamunya. De Mesra Villa menjanjikan penginapan yang sangat baik untuk anda sepanjang anda berada di Perlis. Kemudahan yang disediakan di De Mesra Villa ini setanding dengan hotel-hotel besar yang ada di Perlis. Oleh itu, untuk apa jua sebab anda berada di Kangar, pilihlah untuk menetap di De Mesra Villa.
De Mesra Villa ini terletak berhampiran dengan pusat bandar Kangar. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan pengangkutan awam yang anda boleh gunakan untuk ke De Mesra Villa. Anda boleh datang ke Kangar dengan menggunakan bas, kereta api, kapal terbang atau pun memandu kenderaan anda sendiri.
Sekiranya anda ingin datang ke Perlis dengan menggunakan bas, anda boleh berbuat demikian dengan mengambil bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Terminal Bas Kangar. Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan bas dari Kuala Lumpur ke Kangar. Perjalanan dari TBS ke Terminal Bas Kangar akan mengambil masa selama 5 jam dan 27 minit. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Kangar, anda boleh mengambil teksi untuk ke De Mesra Villa. De Mesra Villa terletak hanya 4.4 km daripada Terminal Bas Kangar. Perjalanan dengan menggunakan kereta akan mengambil masa selama 9 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu.
Selain daripada menggunakan bas, anda juga boleh menggunakan Perkhidmatan Kereta api Elektrik (ETS) untuk datang ke Kangar. Dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil ETS dari Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral untuk ke Stesen Kereta api Arau. Perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau akan mengambil masa selama 5 jam. Perjalanan jarak jauh dengan menggunakan ETS adalah lebih selesa daripada menggunakan bas kerana di dalam kereta api ini terdapat kafe yang menjual makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, kereta api ETS ini mempunyai tandas yang boleh digunakan oleh anda juga.
Anda juga boleh memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke De Mesra Villa. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ikuti Lebuhraya Utara - Selatan/E1 ke Jitra. Kemudian, ambil Laluan 176 dan Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis/Laluan 194 ke destinasi anda di Kampung Padang Behor, Kangar sebelum tiba di De Mesra Villa.
De Mesra Villa menawarkan 3 jenis pilihan bilik berbeza di hotel mereka untuk tetamunya. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik yang terdapat di De Mesra Villa. Bilik-bilik yang disediakan di sini amat bersih dan selesa. Anda pastinya akan berasa sangat selesa menetap di dalam bilik mereka. Bilik-bilik yang terdapat di De Mesra Villa ini adalah bilik Deluxe, Superior Deluxe dan Suite. Bilik Deluxe mempunyai 1 katil bersaiz double manakala bilik Superior Deluxe mempunyai 1 katil bersaiz double dan 1 katil bersaiz bujang. Bilik ini dapat memuatkan 3 orang dewasa pada satu-satu masa. Bilik Suite pula mempunyai 2 katil bersaiz double. Bilik ini dapat memuatkan 4 orang dewasa pada satu-satu masa. Bilik ini sesuai bagi mereka yang datang bersama keluarga.
Tiada restoran dan kafe di De Mesra Villa ini. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan makanan dan minuman dengan sangat mudah ketika menetap di De Mesra Villa kerana terdapat banyak gerai dan restoran tempatan yang ada di sekitar De Mesra Villa. Anda boleh berkunjung ke mana-mana restoran dan gerai yang ada untuk merasakan masakan penduduk tempatan di sana. Masakan di sana pastinya ada perbezaan dari masakan di tempat lain.
De Mesra Villa menawarkan pelbagai kemudahan untuk para tetamunya yang menetap di hotel mereka. De Mesra Villa ini dilengkapi dengan kemudahan yang setanding dengan hotel-hotel besar. Setiap bilik tetamu di De Mesra Villa ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan Wi-Fi. Bukan itu sahaja, bilik tetamu di De Mesra Villa ini dilengkapi dengan meja, pancuran mandian serta televisyen. Tempat letak kenderaan juga disediakan bagi anda yang membawa kenderaan anda sendiri. De Mesra Villa juga menyediakan perkhidmatan kaunter hadapan yang beroperasi selama 24 jam. Staf di De Mesra Villa juga boleh bertutur dalam pelbagai bahasa. Untuk keselamatan anda, kamera litar tertutup beroperasi selama 24 jam di De Mesra Villa ini.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 23:59 - 01:00 - 12:00 |
Bilik tersedia di De Mesra Villa | 26 |
Bilangan tingkat di De Mesra Villa | 2 |
Fasilitas lain di De Mesra Villa | Pembolehcapaian mudah, Bilik mandi mudah diakses OKU, Parkir mudah diakses OKU, Laluan mudah diakses OKU, Kebolehcapaian dalam bilik |