Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan. Untuk butiran lanjut, sila hubungi hartanah menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru adalah sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dibina di sepanjang 12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru - City Center, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hotel ini terletak 29.6 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, manakala ia terletak 40.8 km dari Lapangan Terbang Changi di Singapura. Terdapat sejumlah empat jenis bilik bervariasi yang terdiri daripada Guest Room, Suite, Executive dan Accessible Room. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang anda akan dapati. Beralih ke perihal makanan pula, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru menawarkan lima ruang makan utama untuk memenuhi selera anda, iaitu Axis Lounge, Makan Kitchen, The Food Store dan Tosca Italian Trattoria untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari. Seperti yang dinyatakan, selain daripada tempat penginapan yang disediakan, kemudahan dan perkhidmatan hotel juga berada dalam keadaan terbaik. Memandangkan lokasi hotel ini yang sangat strategik, terdapat pelbagai tempat tarikan pelancongan berhampiran termasuk Angry Bird Theme Park, Komtar JBCC, Johor Bahru City Square dan Legoland Malaysia. Hotel ini akan menjadikan pengalaman percutian dan perjalanan perniagaan anda sukar untuk dilupakan.
Bagaimana untuk ke DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru terletak 29.6 km dari lapangan terbang terdekat, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, manakala ia terletak 40.8 km dari Lapangan Terbang Changi di Singapura. Tempoh perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke hotel dianggarkan mengambil masa sekitar 33 minit, manakala, jika anda bertolak dari Lapangan Terbang Changi di Singapura, perjalanan dianggarkan akan mengambil masa sekitar 43 minit. Walau bagaimanapun, tempoh perjalanan tersebut mungkin mengalami kelewatan tertentu bergantung kepada keadaan lalu lintas pada waktu itu.
Arah jalan mungkin sukar bagi anda untuk menavigasi jalan ke hotel ini, terutamanya, jika anda tidak biasa dengan kawasan tersebut. Terdapat beberapa tanda tempat di sekitar kawasan yang boleh membantu anda mencari hotel ini dengan mudah. Tanda tempat yang dimaksudkan termasuk Angry Bird Theme Park (0.2 km), Arulmigu Sri Rajakaliamman Glass Temple (0.3 km), Komtar JBCC (0.4 km) dan Johor Bahru City Square (0.5 km). Jangan berasa ragu-ragu untuk bertanya arah jalan daripada penduduk setempat kerana hotel ini dikenali oleh mereka.
Pilihan Bilik di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Terdapat sejumlah empat jenis bilik bervariasi yang terdiri daripada Guest Room, Suite, Executive dan Accessible Room. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas dalam bilik yang berkualiti tinggi bagi memastikan keselesaan dan keperluan anda dipenuhi dengan baik. Kemudahan asas dalam bilik yang dimaksudkan termasuk televisyen kabel, peralatan dapur, bilik mandi pancuran, peti sejuk dan meja kerja. Selain daripada kemudahan asas dalam bilik, terdapat juga kemudahan tambahan yang menenangkan sepanjang tempoh penginapan anda. Kemudahan yang anda boleh dapati di setiap bilik sedikit bervariasi, antaranya, di dalam bilik Guest termasuk televisyen LED 40 inci, di bilik Suites termasuk ruang tamu dan tab mandi, di bilik Executive termasuk ruang kerja yang luas, serta di Accessible Room termasuk ruang pintu yang lebih luas.
Restoran dan Kafe di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Beralih ke perihal makanan pula, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru menawarkan lima ruang makan utama untuk memenuhi selera anda, iaitu Axis Lounge, Makan Kitchen, The Food Store dan Tosca Italian Trattoria untuk anda nikmati pelbagai menu yang terdiri daripada hidangan tempatan dan antarabangsa serta minuman yang menakjubkan sepanjang hari. Setiap hidangan dan minuman dibuat dengan penuh ketelitian untuk memastikan selera anda dipenuhi dengan sebaiknya. Waktu operasi di Axis Lounge bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 7:00 petang setiap hari. Waktu operasi di Makan Kitchen bermula dari jam 6:30 pagi hingga 10:00 malam setiap hari. Waktu operasi di The Food Store bermula dari jam 7:00 pagi hingga 9:00 malam. Waktu operasi di Tosca Italian Trattoria bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang untuk makan tengah hari dan 6:30 petang hingga 10:30 malam untuk makan malam.
Kemudahan dan Aktiviti di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Seperti yang dinyatakan, selain daripada tempat penginapan yang disediakan, kemudahan dan perkhidmatan hotel juga berada dalam keadaan terbaik. Beberapa kemudahan hotel yang anda boleh dapati di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru termasuk perkhidmatan menyambut tetamu 24 jam, daftar masuk/keluar ekspres, penyediaan surat khabar di lobi dan perkhidmatan penyimpanan bagasi. Beberapa kemudahan awam yang anda boleh dapati di hotel ini termasuk kawasan tempat letak kereta, lif dan peti keselamatan deposit. Beberapa kemudahan perniagaan yang anda boleh dapati di hotel ini termasuk bilik persidangan dan kemudahan mesyuarat. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang berdekatan termasuk ATM, kemudahan untuk tetamu yang mempunyai keperluan khas dan pasar raya. Kemudahan pengangkutan yang disediakan termasuk perkhidmatan kereta sewa dan limosin serta tempat letak kereta secara valet.
Oleh kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk para tetamu, terdapat juga banyak aktiviti yang boleh dinikmati sepanjang tempoh penginapan mereka. Aktiviti tambahan yang dimaksudkan termasuk bersenam di pusat kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan yang berkualiti tinggi, kolam renang kanak-kanak, kolam renang luaran dan ruang istirahat.
Tempat Menarik berhampiran DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Angry Bird Theme Park - Angry Bird Theme Park terletak 0.2 km dari hotel. Jika anda peminat tegar permainan Angry Bird, anda pasti akan teruja untuk berada di sini. Taman tema seluas 26,000 hektar ini menyediakan permainan yang menarik. Anda pasti akan berseronok di Danger Zone, Utopia dan Red’s Jungle Run serta banyak lagi. Ia aktiviti yang menarik untuk dihabiskan bersama rakan-rakan dan keluarga.
Johor Bahru City Square - Johor Bahru City Square terletak 0.5 km dari hotel. Percutian anda tidak akan lengkap tanpa sedikit aktiviti membeli-belah untuk diri anda dan mereka yang berada di rumah. Di sini, terdapat pelbagai barangan berjenama daripada pelbagai pengeluar dari dalam dan luar negara. Ia sebuah pusat beli-belah yang besar dan ia semestinya akan memberikan anda satu pengalaman membeli-belah yang sangat menarik pada penghujung harinya nanti.
Kemudahan | Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif |
Jam Operasi | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Adakah mereka menghidangkan sarapan pagi? | Ya |
Berikut facilities yang ada di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru seperti Kolam Renang, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Masa check-in di DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru bermula dari Dari 15:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Ya, DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.