Motel D’ Warung adalah tempat penginapan yang bagus bagi mereka yang ingin melancong dengan selesa bersesuaian dengan bajet. Motel ini sangat strategik di mana para tetamu dapat menjelajah tempat tarikan dengan mudah dengan perjalanan hanya mengambil masa beberapa minit dari motel. Motel ini telah menyediakan servis dan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan mereka. Para tetamu juga berpeluang untuk merasa beberapa hidangan menarik dari sebuah restoran di Motel D’ Warung. Selain itu, terdapat Wi-Fi percuma di kawasan awam dan dalam bilik yang boleh diakses oleh para tetamu.
Motel D’ Warung terletak di Simpang 3 Pelangi, Kampung Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang. Cara yang paling mudah untuk ke motel ini adalah dengan mengambil kapal terbang. Bagi mereka yang ingin mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, mereka boleh memilih untuk mengambil Air Asia, Malaysia Airlines atau Malindo Air ke Pulau Langkawi. Perjalanan ini akan mengambil masa 55 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pelancong juga boleh mengambil penerbangan dari Sultan Abdul Aziz Shah seperti Firefly dan Malindo Air.Perjalanan untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi adalah 1 jam dan 15 minit. Sebaik sahaja mereka tiba,pelancong boleh menyewa kereta atau mengambil teksi ke Motel D’ Warung Di situ, mereka akan menggunakan Laluan 115 iaitu Jalan Kuala Muda ke motel ini. Motel D’ Warung hanya mengambil masa 10 minit dari lapangan terbang.
Motel D’ Warung hanya mempunyai satu jenis bilik iaitu Bilik Standard. Bilik ini boleh memuatkan 2 tetamu sahaja. Motel ini telah menyediakan 1 Katil Queen untuk bilik ini. Selain itu, bilik ini telah dilengkapi dengan penghawa dingin dan televisyen skrin rata. Para tetamu dapat mengakses Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi. Namun, pengemasan untuk bilik ini adalah terhad. Tambahan pula, sarapan pagi tidak disediakan untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 90.41 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi mereka yang ingin mencuba makanan Indonesia, terdapat sebuah restoran di Motel D’ Warung. Semua makanannya adalah lazat dan harganya sangat berpatutan. Selain itu, terdapat sebuah kafe namanya Nest Rooftop. Ia terletak di Jalan Pantai Cenang. Tempat ini hanya mengambil masa 4 minit sahaja dengan memandu dari Motel D’ Warung. Nest Rooftop telah menawarkan menu seperti kopi, makanan ringan dan minuman. Para pelanggan berpeluang untuk menyaksikan pemandangan laut yang indah dari Nest Rooftop. Kebiasaannya, ramai pelanggan yang datang ke tempat ini hanya untuk melihat pemandangan matahari terbenam dan suasana malam di kawasan Pantai Cenang.. Kafe ini dibuka pada setiap hari. Mereka mula beroperasi dari pukul 7 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan mereka buka kembali dari jam 5 petang hingga jam 11 malam.
Terdapat beberapa kemudahan yang boleh membuatkan para tetamu berasa selesa untuk menginap di Motel D’Warung. Motel ini telah menyediakan tempat meletak kereta secara percuma yang kepada pelanggan mereka. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
You'll be asked to pay the following charges at the property. Fees may include applicable taxes:
We have included all charges provided to us by the property.
The city tax listed above may increase during popular local events such as the Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA), Le Tour De Langkawi, Ironman and Oceanman Malaysia.
There is no front desk at this property. Guests can access their accommodation through a private entrance. A virtual front desk provides assistance to guests.
Hotel only accepts guests with minimum age of 17
Kemudahan Popular | Restoran, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di D'Warung Motel | 9 |
Fasilitas lain di D'Warung Motel | Kawasan bebas rokok, WiFi percuma, Parkir |