Grand Alora Hotel

Hotel
888, Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia, 05150
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Hotel Grand Alora sudah semestinya merupakan salah satu hotel yang menjadi pilihan ramai sama ada untuk tujuan percutian keluarga, pusat transit ahli perniagaan yang sering menjelajah atau menganjurkan pelbagai acara seperti perjumpaan semula, mesyuarat perniagaan, latihan serta seminar mahupun majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Hotel yang tersergam indah dan berstruktur dengan reka cipta moden ini menyambut ketibaan para tetamu dengan rendah diri sejak permulaan penginapan lagi. Kakitangan hotel yang mesra juga dapat memastikan hampir kesemua permintaan tetamu yang ada akan dipenuhi.Kelebihan Hotel Grand Alora yang membezakannya dengan hotel-hotel lain ialah ia terletak di lokasi yang terbaik dan strategik, iaitu di tengah ibu negeri Kedah, Bandar Alor Setar. Dengan itu, pastinya amat berbaloi untuk menginap di sini dan mengalami sendiri keselesaan penginapan yang tidak akan disesalkan selamanya.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Kolam Renang
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Lihat Semua Ulasan
Staf Mesra (15)
Kemudahan Bagus (2)
Makanan Sedap (1)
Perkhidmatan Yang Baik (1)
9.7
/ 10
Shulaiha S.
Selesa, senang nak cari makan, staff yang friendly.

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
888, Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia, 05150
Lobi Grand Alora Hotel
Lobi 2 Grand Alora Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Grand Alora Hotel

Hotel Grand Alora sudah semestinya merupakan salah satu hotel yang menjadi pilihan ramai sama ada untuk tujuan percutian keluarga, pusat transit ahli perniagaan yang sering menjelajah atau menganjurkan pelbagai acara seperti perjumpaan semula, mesyuarat perniagaan, latihan serta seminar mahupun majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Hotel yang tersergam indah dan berstruktur dengan reka cipta moden ini menyambut ketibaan para tetamu dengan rendah diri sejak permulaan penginapan lagi. Kakitangan hotel yang mesra juga dapat memastikan hampir kesemua permintaan tetamu yang ada akan dipenuhi.


Kelebihan Hotel Grand Alora yang membezakannya dengan hotel-hotel lain ialah ia terletak di lokasi yang terbaik dan strategik, iaitu di tengah ibu negeri Kedah, Bandar Alor Setar. Dengan itu, pastinya amat berbaloi untuk menginap di sini dan mengalami sendiri keselesaan penginapan yang tidak akan disesalkan selamanya.


Cara untuk ke Hotel Grand Alora


Hotel Grand Alora terletak secara ideal di ibu negeri Kedah iaitu Bandar Alor Setar, bertentangan dengan Pasar Raya TESCO Mergong. Hotel ini senang diakses melalui kereta dari Stesen Bas Shahab Perdana yang mengambil masa perjalanan selama 10 minit. Jika anda datang dari Lapangan Terbang Sutan Abdul Halim, perjalanan ke hotel ini mengambil masa kira-kira 20 minit. Anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan pengambilan di lapangan terbang yang disediakan oleh pihak hotel. Perkhidmatan ini boleh diatur dengan membuat tempahan melalui wakil pengurusan hotel.


Bandar Alor Setar merupakan bandar sibuk yang mana menjadi pusat perdagangan penting bagi pertumbuhan ekonomi Kedah. Pembangunan yang progresif mula menarik minat orang ramai ke Alor Setar termasuklah para pelabur. Lantaran itu, fenomena ini menjadi faktor kewujudan Hotel Grand Alora di sini sebagai tempat persinggahan yang sangat cantik ketika mengunjungi Alor Setar bagi apa-apa tujuan.


Walaupun lokasi hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, kemudahan tempat letak kereta sangat dititikberatkan. Para tetamu tidak perlu risau dan mereka akan mendapati bahawa keselamatan kenderaan mereka terjamin.


Hotel Grand Alora terletak di No. 888, Persiaran Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05150 Alor Setar, Kedah. Koordinat sistem penentududukan sejagat hotel ini pula ialah 6.110776241543183 (Latitud) dan 100.35076797008514 (Longitud). Para tetamu boleh menggunakan aplikasi Google Maps dan Waze untuk tiba ke hotel dengan lebih mudah.


Pilihan Jenis Bilik Tetamu di Hotel Grand Alora


Hotel Grand Alora dilengkapi dengan 235 buah bilik tetamu termasuk 19 buah bilik suite. Bilik tetamu yang ada menawarkan pilihan sama ada Bilik Superior ataupun Bilik Deluxe yang lengkap dengan kemudahan termasuklah perkhidmatan bilik 24 jam, Wi-Fi untuk mengakses Internet, sebuah televisyen LED 32’ inci dengan siaran filem daripada pihak hotel, satelit dan TV Kabel, telefon yang boleh menghubungi luar negara (IDD), peti deposit keselamatan, bar mini dan kemudahan membuat teh atau kopi. Bagi tetamu yang menginginkan masa berehat yang lebih mewah, terdepat Suite Executive Club, Suite Executive Family dan Suite Grand Alora. Tetamu suite tersebut akan mendapat akses eksklusif ke Ruang Istirahat Executive Club. Faedah ruang istirahat ini termasuk pelbagai pilihan makanan ringan percuma untuk dinikmati semasa berbual-bual pada bila-bila masa di persekitaran yang cerah dan menyamankan.


Restoran dan Kafe di Hotel Grand Alora


Hotel Grand Alora juga menawarkan tiga tempat menjamu selera untuk tetamunya. Restoran Dao Sheng memberikan tetamu kesempatan untuk menikmati pemandangan keseluruhan pintu masuk utama hotel sambil menikmati hidangan juadah Kantonis dan Szechuan yang mempunyai jaminan sijil halal. Restoran ini terkenal dengan hidangan dim sumnya setiap hari. Tetamu juga boleh meminta bilik makan persendirian untuk acara istimewa.


Pengalaman menikmati juadah sepanjang hari dengan pilihan buffet ataupun a la carte boleh ditemui di Restoran Lengkuas yang selesa. Restoran ini merupakan tempat utama bagi Hidangan Asia dan Antarabangsa yang menawarkan pelbagai menu enak yang disediakan oleh cef tempatan.


Tetamu yang mencari persekitaran yang relaks boleh mengunjungi Ruang Istirahat Lobi yang menyediakan suasana ringkas bagi aktiviti pembacaan ringan dan perbualan dengan rakan-rakan. Di sini, anda mungkin berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung oleh kumpulan muzik yang ada sambil menghirup koktel istimewa yang dihidangkan bersama makanan ringan.


Kemudahan Perkhidmatan dan Aktiviti oleh Hotel Grand Alora


Hotel Grand Alora merupakan hotel yang terletak di bandar dan menyediakan banyak kemudahan kepada tetamunya. Kolam renang luaran berbumbungkan langit dan pusat kecergasan merupakan pilihan rekreasi yang terbaik. Kanak-kanak perlu ditemani oleh penjaga semasa berenang bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Pusat kecergasan ini boleh memuatkan peralatan gimnasium yang membantu tetamu yang ingin mengekalkan keseronokan gaya hidup sihat sementara menginap di hotel ini.


Hotel ini juga mempunyai ruang sauna yang mengandungi mandian sejuk dan panas. Aktiviti masa lapang yang sememangnya sempurna untuk semua. Selain itu, para tetamu juga boleh memanjakan diri dengan mana-mana pakej spa seperti urutan traisional Bali atau Melayu yang menyegarkan oleh tukang urut profesional yang terdapat di situ.


Tetamu korporat yang ingin mengadakan mesyuarat perniagaan pula boleh menyewa bilik acara yang sesuai berdasarkan bilangan peserta yang diingini. Peralatan mesyuarat yang mencukupi juga disediakan bagi pakej menarik sepanjang tahun.


Hotel Grand Alora juga berupaya memenuhi permintaan bagi mengadakan apa-apa jenis majlis perkahwinan. Harga promosi dan diskaun istimewa boleh diperolehi semasa perbincangan tempahan.


Destinasi Menarik di sekitar Hotel Grand Alora


Memandangkan Hotel Grand Alora terletak di ibu negeri Kedah iaitu Bandar Alor Setar, anda dapat mengakses kebanyakan tarikan tempatan dengan mudah. Tempat pelancongan yang boleh dilawati termasuklah Masjid Negeri Zahid, Wat Nikrodharam, Galeri Seni Negeri, Galeri Nobat, Dewan Diraja, Menara Alor Setar dan Kubu Kuala Kedah. Tempat bersejarah juga boleh dilawati berdekatan antaranya Muzium Padi yang menjadi mercu tanda bagi Kedah yang dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.


Anda juga boleh mengunjungi Rumah Tunku Abdul Rahman iaitu perdana menteri pertama Malaysia atau dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana menteri keempat Malaysia yang disegani). Tetamu yang suka aktiviti lasak pula boleh melakukan aktiviti mendaki di Gunung Jerai.


Membeli-belah makanan tempatan dan juga kraf tangan sambil menjelajah budaya tempatan boleh dilakukan di Pekan Rabu yang terkenal. Sementara Pekan Rabu masih mengekalkan ketulenan dan keunikannnya, Pekan Rabu versi moden juga boleh didapati di Souq Al-Bukhary. Pusat beli-belah yang dilengkapi dengan kemudahan hiburan seperti panggung wayang dan pusat boling boleh dikunjungi sekitar Hotel Grand Alora seperti Plaza City, Star Parade dan Pusat Beli-belah Alor Setar. Walau bagaimanapun, jika anda ingin membeli gajet dan peralatan teknologi, Plaza Putra merupakan tempat yang terbaik untuknya.


Jadi, apakah yang anda tunggu lagi? Ayuh buat tempahan di Hotel Grand Alora di traveloka.com hari ini bagi mendapatkan tawaran terbaik dan promosi istimewa!

Semua Kemudahan

Bar, Kafe dan Lounge Grand Alora Hotel
Bar, Kafe dan Lounge
Kolam Renang Grand Alora Hotel
Kolam Renang
Ruang Umum Grand Alora Hotel
Ruang Umum
Lobi Grand Alora Hotel
Lobi
Luar Bangunan Grand Alora Hotel
Luar Bangunan

Kemudahan Dalam Bilik

  • Jubah mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Dapur kecil
  • Bar mini
  • Peti sejuk
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Pekerja rencam
  • Penjaga pintu
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Mudah alih
  • Kakitangan berbilang bahasa

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik bercantum
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Kolam renang
  • Kawasan merokok

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Lif
  • Restoran sarapan pagi
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Makanan dan Minuman

  • Restoran dengan penyaman udara
  • Makan tengah hari a la carte
  • Sarapan
  • Sarapan bufet

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat
  • Mesin fotokopi
  • Projektor

Kemudahan OKU

  • Bilik mandi mudah diakses OKU
  • Pembolehcapaian mudah
  • Akses kerusi roda

Kemudahan Internet

  • Sudut internet
  • WiFi percuma

Aktiviti

  • Pusat kecergasan

Sukan & Rekreasi

  • Kecergasan

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 10.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Grand Alora Hotel?
Berikut facilities yang ada di Grand Alora Hotel seperti AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Grand Alora Hotel?
Masa check-in di Grand Alora Hotel bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Grand Alora Hotel menyediakan sarapan pagi?
Ya, Grand Alora Hotel menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 708 ulasan tetamu yang disahkan
8.6
Mengagumkan
Hebat
241
Bagus
378
Memuaskan
31
Biasa
58
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
staf mesra (15)
kemudahan bagus (2)
makanan sedap (1)
perkhidmatan yang baik (1)
lokasi bagus (5)
bilik bersih (9)
bilik luas (1)
Lihat Lebih 7
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
FB
FARHANA B. Y.
Percutian pendek
9.7
/ 10
30 Sep 2023
Imej Ulasan untuk Grand Alora Hotel dari Farhana B. Y.
Imej Ulasan untuk Grand Alora Hotel 2 dari Farhana B. Y.

Suka ulasan ini?

fa
fatin a.
4.8
/ 10
26 Jun 2022
Sangat kotor! Staf tidak membantu malah sinis bila customer complain. Tiada housekeeping malam, customer kena terima saja katil kotor. Kesan kotor dan bulu banyak di katil

Suka ulasan ini?

FM
Faridah M.
Percutian
9.7
/ 10
12 Dec 2023
Suka lokasi. Bilik yang luas dengan kemudahan yang sesuai. Kakitangan yang mesra. Sarapan OK. Parking luas. Daftar masuk dan daftar keluar lancar. Mudah untuk mencari makanan di sekitar hotel.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

Lintang L. S.
Ini adalah profil peribadi.
Percutian
9.7
/ 10
30 Jun 2023
Perkhidmatan yang baik, bilik yang bersih dan kemas serta sentiasa berbau harum. Saya berasal dari Indonesia, mereka masih memberi respons yang baik dan mesra. Lokasinya juga strategik dan berdekatan dengan kedai.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MH
MUHAMMAD H. F. B. M. R.
Transit
9.4
/ 10
02 Jan 2023
Lokasi yang sangat strategik, bilik kemas dan bersih. Mengesyorkan.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MA
Mohd A. B. B.
Perniagaan
8.5
/ 10
18 Dec 2022
Hotel yang sangat bagus dan selesa untuk menginap.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MM
Mohd M.
Perniagaan
8.5
/ 10
05 Dec 2022
Nilai untuk wang dan sangat selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

MM
Mohd M.
Perniagaan
8.5
/ 10
17 May 2022
Nilai untuk wang dan selesa.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

NA
Nurul A. b. A. G.
Percutian pendek
8.4
/ 10
25 Sep 2023
Proses daftar masuk yang mudah. Saya diberi bilik tanpa kunci rantai & cangkuk tuala dan karpetnya sangat berdebu, kemudian meminta pertukaran bilik. Bilik ke-2 jauh lebih baik. Bilik air sedikit berkulat di sudut, jika tidak semuanya baik. Sarapan pagi sedap.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

A
AZRINA
Percutian pendek
6.5
/ 10
28 Mar 2023
Bilik berbau seperti asap rokok semasa ketibaan. Mandi tidak cukup panas walaupun anda mengubahnya ke tahap maksimum. Saliran air tidak cekap dalam membersihkan air semasa mandi. Pengering rambut yang rosak. Mungkin tidak akan kembali ke hotel ini.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Grand Alora Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved