Heritage Sixteen terletak di tengah bandar George Town. Lokasi hotel ini sangat strategik. Ini memudahkan para pengunjung dapat meneroka ke beberapa tempat yang menarik seperti muzium, pasar malam dan masjid dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Di samping itu, hotel ini adalah pilihan yang baik untuk menginap bagi mereka yang melancong berkumpulan dan mengikut bajet. Hotel ini telah menawarkan semua bilik pada harga yang berpatutan. Bilik-bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan sentiasa dalam keadaan yang bersih kerana semua bilik mempunyai perkhidmatan pengemasan harian. Selain itu, para tetamu juga akan berasa selesa dengan kemudahan dan layanan yang sangat bagus di hotel ini.
Para pelancong boleh memilih untuk melakukan perjalanan dengan menaiki kereta atau kapal terbang untuk ke Heritage Sixteen. Bagi mereka yang datang dari Kuala Lumpur dan memilih untuk melakukan perjalanan dengan menaiki kereta, mereka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang berada di laluan 311. Kemudian, mereka perlu memandu terus ke Lebuh Carnarvon di George Town. Sebaik sahaja mereka sampai di George Town, mereka dapat menemui Heritage Sixteen. Perjalanannya akan mengambil masa selama 3 jam dan 48 minit. Para pelancong akan menemui beberapa tol dengan menggunakan laluan ini.
Cara yang lain pula adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pelancong perlu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, terdapat beberapa pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang disediakan untuk para pelancong. Mereka boleh memilih untuk mengambil teksi untuk menuju ke hotel. Jarak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Heritage Sixteen akan mengambil masa selama 23 minit.
Heritage Sixteen mempunyai 4 jenis bilik untuk ditawarkan kepada tetamu mereka. Antaranya ialah Shared Dormitory, Bilik Standard, Bilik Deluxe dan Bilik Triple. Bagi Shared Dormitory, ia mempunyai saiz sebesar 20 meter persegi dan ia boleh memuatkan 1 katil bertingkat. Selain itu, terdapat Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Bilik ini juga telah dilengkapi dengan penghawa dingin dan perkhidmatan pengemasan harian. Di samping itu, hotel ini telah menyediakan bilik mandi berkongsi untuk pakej bilik ini. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma. Oleh itu, jumlah harga bilik ini adalah RM34.63 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Bilik Standard. Saiz bilik ini adalah 10 meter persegi dan ia mempunyai 1 katil Queen. Bilik ini telah dilengkapi dengan penghawa dingin dan perkhidmatan pengemasan harian. Bagi bilik mandi pula ia adalah bilik mandi berkongsi dan pengering rambut. Mereka juga boleh meminta bilik yang bersambung. Selain itu, para tetamu dapat mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini ialah RM69.25 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bilik yang berikutnya ialah Bilik Deluxe. Bilik ini mempunyai kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik sebelumnya. Perbezaannya hanyalah jenis katilnya iaitu 1 katil double dan sarapan pagi akan dimasukkan dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini ialah RM84.08 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhir ialah Bilik Triple. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 15 meter persegi dan ia boleh memuatkan 3 katil. Bilik ini juga ditawarkan dengan kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM89.03 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi pilihan tempat makan, para tetamu Heritage Sixteen boleh singgah di restoran atau kafe yang berdekatan dengan hotel ini. Ini adalah kerana Heritage Sixteen tidak mempunyai restoran atau kafe untuk ditawarkan kepada tetamu mereka.
Para tetamu dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik yang disediakan oleh Heritage Sixteen. Antaranya adalah terdapat Wi-Fi percuma di kawasan awam, penjagaan keselamatan selama 24 jam, tempat simpanan bagasi, tempat letak kereta yang terhad dengan bayaran tambahan dan kakitanganyang boleh bertutur pelbagai bahasa. Para tetamu juga boleh singgah ke kedai, pasar raya dan mesin ATM yang berdekatan dengan hotel.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 23:00 - 08:00 - 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Heritage Sixteen | 20 |
Bilangan tingkat di Heritage Sixteen | 1 |
Fasilitas lain di Heritage Sixteen | Penyaman Udara, Bilik keluarga, Pemanas, Bilik larangan merokok, Bebas rokok |