Bayaran dan deposit yang berikut dikenakan oleh hartanah semasa perkhidmatan, daftar masuk atau daftar keluar.
Senarai di atas mungkin tidak menyeluruh. Bayaran dan deposit mungkin tidak merangkumi cukai dan tertakluk kepada perubahan.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah merangkumkan semua caj yang diberikan kepada kami oleh hartanah berkenaan. Walau bagaimanapun, caj boleh berbeza-beza, contohnya, berdasarkan tempoh penginapan atau bilik yang anda tempah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 21
Pastinya ramai ingin bercuti ke Melaka kerana terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di samping pilihan makanan tempatan yang menarik perhatian. Holiday Inn Hotel Melaka ialah sebuah hotel yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Hotel ini mula beroperasi pada Oktober 2009. Hotel ini menawarkan bilik yang selesa kepada tetamu dan mempunyai pemandangan yang cantik terhadap sekitar bandar raya Melaka serta laut yang indah.
Lokasi Holiday Inn Melaka ini terletak di Jalan Syed Abdul Aziz bersebelahan dengan Mahkota Parade iaitu tempat membeli-belah di bandar raya Melaka. Hotel ini terletak di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka, yakni dapat memudahkan pelancong untuk mencari lokasi hotel tanpa harus menggunakan aplikasi rujukan Google Maps. Selain itu, hotel ini juga berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar bandar Melaka. Selain Mahkota Parade, Menara Taming Sari juga berhampiran dengan Holiday Inn Hotel.
Cara Untuk Ke Holiday Inn Hotel Melaka
Terdapat pelbagai cara yang membolehkan anda untuk datang ke hotel ini antaranya ialah menaiki kereta sendiri, bas, teksi dan kapal terbang.
Sekiranya anda tiba dari Kuala Lumpur, masa yang diambil untuk ke Holiday Inn Hotel adalah selama satu jam setengah dengan pemanduan. Selain itu, bagi pelancong yang tinggal di utara, anda dikehendaki mengikut Lebuhraya Sungai Besi sehingga jumpa susur keluar Alor Gajah. Masa yang dianggarkan adalah selama empat jam dengan pemanduan 110km/sejam.
Selain itu, anda juga boleh menaiki kapal terbang untuk ke sini dengan jarak sejauh 85 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Batu Berendam (MKZ). Jarak yang diambil untuk ke hotel ini dari Lapangan Terbang Batu Berendam adalah sejauh 8.34 km.
Sekiranya pengunjung datang menaiki bas ke Melaka, jarak yang diambil dari stesen bas Melaka adalah sejauh 1.81 km.
Bilik Yang Ditawarkan Di Holiday Inn Hotel Melaka
Holiday Inn Hotel menyediakan bilik yang selesa kepada para tetamu yang menginap di hotel ini. Terdapat lima jenis bilik berbeza yang disediakan pada harga berpatutan di hotel ini antaranya ialah Bilik Deluxe, Bilik Suite, Bilik Kids Suite, Bilik Kelab Eksekutif dan Bilik Presidential Suite. Kepada tetamu yang menggemarkan bilik dengan pemandangan bandar Melaka yang menakbjubkan, anda boleh memilih Bilik Deluxe sebagai tempat penginapan anda. Ini kerana, bilik ini menawarkan pemandangan yang indah yang membolehkan tetamu merehatkan fikiran sepanjang tempoh penginapan.
Kepada tetamu yang mempunyai anak kecil, anda boleh memilih Bilik Kids Suite yang ditawarkan di hotel ini. Bilik ini menyediakan elemen “bilik di dalam bilik” supaya anak anda boleh bermain di kawasan mereka sendiri. Tambahan pula, bilik ini dilengkapi dengan katil dua tingkat kepada kanak-kanak dan katil bersaiz King untuk orang dewasa. Bilik ini direka khas untuk memberi keselesaan kepada anak kecil anda untuk bermain dan bergerak dengan selesa. Bilik Presidential Suite menawarkan penginapan yang mewah di samping berkonsepkan kontemporari moden yang terdiri daripada sebuah ruang tamu, ruang makan, bilik tidur yang besar dan selesa, meja tulis dan kerusi ergonomik yang selesa.
Restoran Dan Kafe Yang Terdapat Di Holiday Inn Hotel Melaka
Sirocco Restoran ialah restoran yang disediakan di hotel ini. Restoran ini berkonsepkan Itali, iaitu tetamu boleh menikmati piza yang disediakan dengan menggunakan kayu api seperti yang disajikan di Restoran Itali Sirocco, serta terdapat juga hidangan bufet yang lazat dengan hidangan antarabangsa yang ditawarkan di Es.Sence Kitchen.
Kemudahan Dan Aktiviti Yang Ditawarkan Di Holiday Inn Hotel Melaka
Selain melawati tempat-tempat menarik di sekitar bandar Melaka ini, Holiday Inn Hotel Melaka juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk memastikan tetamu yang menginap di hotel ini merasai keseronokan serta dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tersedia. Anda boleh meluangkan masa anda di hotel ini dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti merehatkan badan dan minda di Tea Tree Spa. Spa ini berkonsepkan Bali, iaitu tetamu yang menggunakan kemudahan ini akan merasai suasana seperti berada di Bali, di samping mempunyai tukang urut yang berkelayakan dan berdedikasi tinggi.
Selain itu, hotel ini juga menyediakan pusat kecergasan yang sesuai untuk sesiapa yang berminat melakukan aktiviti sukan. Gimnasium ini terletak di tingkat tiga berhampiran dengan Tea Tree Spa. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin serta peralatan kecergasan yang lengkap untuk kegunaan tetamu. Tambahan pula, Holiday Inn Hotel juga menyediakan kolam renang kepada tetamu yang menginap di hotel ini. Kolam renang ini beroperasi dari pukul 7.00 pagi sehingga 21.00 malam. Hotel ini mempunyai kolam renang yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Di samping itu, anda juga boleh menikmati pemandangan yang indah serta dapat melihat panorama lautan Selat Melaka. Selain itu, anda juga berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dari Holiday Inn Hotel Melaka.
Tempat Menarik Sekitar Holiday Inn Hotel Melaka
Holiday Inn Hotel Melaka terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah pusat bandar raya Melaka. Anda berpeluang melawati tempat-tempat menarik di sekitar hotel antaranya ialah Menara Taming Sari, Muzium Samudera, River Cruise Melaka, Kota A Famosa dan banyak lagi. Anda juga tidak perlu menggunakan kereta kerana tempat ini sangat berhampiran antara satu sama lain.
Untuk pengetahuan anda, Menara Taming Sari terletak berhampiran dengan Holiday Inn Hotel, jadi, anda boleh berjalan kaki untuk ke sini dengan jaraknya sejauh 0.28 km. Selain itu, anda juga boleh menaiki beca yang terdapat di hadapan Menara Taming Sari. Perkhidmatan beca ini akan membawa anda meneroka di sekitar kawasan yang telah ditetapkan. River Cruise Melaka juga mempunyai tarikan yang tersendiri untuk anda meneroka menaiki bot di sepanjang Sungai Melaka. Anda berpeluang melihat keindahan dan kecantikan bandar Melaka di sepanjang Sungai Melaka.
Selain itu, anda juga boleh lawati Kota A Famosa yang terletak di belakang Dataran Pahlawan. Kota A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas penaklukan Melaka pada tahun 1511. Muzium Samudera juga berada berdekatan dengan kawasan yang telah disebutkan. Muzium Samudera ini berbentuk replika kapal lama yang mempunyai muzium di dalamnya. Muzium yang menyimpan khazanah lama yang masih ada sehingga kini.
Holiday Inn Hotel Melaka ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua tetamu yang pernah menginap di sini. Selain itu, mereka juga sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh staf-staf di sini. Tambahan lagi, kualiti makanan yang disediakan juga sangat luar biasa. Ramai di antara mereka mengatakan bahawa hotel ini sangat selesa dan kemas.
Jadi, buatlah tempahan di Holiday Inn Hotel Melaka di traveloka.com sekarang untuk mendapatkan harga yang berpatutan serta promosi yang menarik!