Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,417 hotel)
  3. Johor(923 hotel)
  4. Pontian(16 hotel)
  5. Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

Rumah Tumpangan
20-2, Jalan Delima 7, Pusat Perdagangan Pontian, Pontian, Johor, Malaysia, 82000
LOBBY Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment
Others Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment
Others Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment
Others Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment
Lihat semua gambar
NaN
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir

Tarikan berhampiran
Open University Malaysia@ Pontian Learning Center
(0.03 km)
Pontian Bus Terminal
(0.21 km)
Pulau Kukup Johor National Park
(17.83 km)
Tanjung Bin Power Plant
(23.25 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Belum ada ulasan dari tetamu
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kabel TV
    • Kaunter
    • Dapur kecil
    • Peti sejuk
    • Pancur mandi dan tab berasingan
    • Pancuran mandi
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik keluarga
    • Kawasan merokok
  • Kemudahan OKU
    • Parkir mudah diakses OKU
    • Akses kerusi roda
  • Kemudahan Umum
    • Parkir

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 15.00
      Daftar keluar: 12.00

      Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment adalah sebuah apartmen servis yang dihias dengan moden dan kontemporari untuk dijadikan sebuah homestay yang terletak di Pontian. Homestay ini sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang berpatutan dan selesa di sekitar kawasan Pontian. Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment adalah pilihan utama bagi pelancong dalam kumpulan dan keluarga besar yang mencari penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan di Pontian. Pemanduan yang singkat dari homestay ini akan membawa anda ke Open University Malaysia@ Pontian Learning Center (0.03 km), Pontian Bus Terminal (0.21 km), Pulau Kukup Johor National Park (17.83 km) dan Tanjung Bin Power Plant (23.25 km).

      Bagaimana untuk ke Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

      Homestay ini terletak di Jalan Delima 7, Pusat Perdagangan Pontian, Pontian. Pontian adalah sebuah daerah di barat daya Johor. Ia terletak 62 km dari Johor Bahru, Johor. Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail yang merupakan sebuah lapangan terbang yang terbaru terletak di Senai, berhampiran dengan Johor Bahru, di negeri Johor, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di dalam daerah Kulaijaya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negeri Johor, Johor Bahru dan hanya 60 minit dari Pontian. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan bas terus daripada mana-mana kawasan di Malaysia untuk ke Terminal Bas Pontian. JB Sentral adalah hab pengangkutan awam utama di Johor. JB Sentral terletak kira-kira 30 minit dari Nusajaya.

      Pilihan Bilik di Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

      Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment menawarkan 2 buah bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 4 orang. Sesuai dengan mereka yang berkunjung ke homestay ini dengan rakan atau keluarga besar. Bilik ini dilengkapi bilik mandi peribadi dengan bilik mandi berasingan, tandas, kemudahan bilik mandi dan pengering rambut. Lain-lain kemudahan di dalam unit ini termasuk penyaman udara, mesin basuh berserta pengering dan akses internet.

      Restoran dan Kafe di Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

      Tiada restoran yang boleh di dapati di Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment. Bagaimanapun, homestay ini dilengkapi dengan peralatan dapur yang lengkap (termasuk pemanas air dan pembakar roti) untuk pengalaman memasak anda semasa penginapan! Di samping itu, homestay ini juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai restoran, kedai-kedai dan kafe yang mudah

      Kemudahan dan Aktiviti di Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

      Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment merangkumi kemudahan termasuk ruang letak kereta, ruang makan dan kawasan umum yang dilengkapi dengan televisyen dan sofa. Tetamu homestay ini juga boleh mengakses dengan percuma kemudahan gim dan kolam renang yang terdapat di dalam apartmen tersebut.

      Tempat Menarik berhampiran Homestay Tawakkal @ Pontian Apartment

      Legoland - Ia adalah sebuah taman tema antarabangsa di Malaysia yang terletak di Johor Bahru, bersebelahan dengan seberang tambak Singapura. Taman hiburan LEGOLAND Malaysia Resort turut dilengkapi dengan pelbagai tarikan aktiviti yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga, bersama-sama dengan tarikan interaktif yang hebat. Selain Legoland Malaysia, tarikan lain yang bertemakan Lego turut telah dibuka di kawasan berhampiran. Taman Air Legoland yang pertama telah dibuka pada tahun 2013, adalah merupakan taman tema air bertema Lego, selain itu The Legoland Hotel, hotel bertema Lego yang terletak di dalam taman tema yang pertama di Asia Tenggara telah dibuka pada tahun 2014.

      Hello Kitty Town Malaysia - Ia adalah sebuah taman tema Sanrio Hello Kitty yang pertama dibuka di luar Jepun. Melangkah ke dunia Hello Kitty dan jelajahi rumah dan kehidupannya! Diilhami oleh dunia Hello Kitty seperti Studio Wishful di mana anda boleh membuat cenderahati Hello Kitty anda sendiri atau bermain Tea Cup Rides dan yang paling penting jangan terlepas untuk menyaksikannya secara langsung di atas pentas. Ia terletak di tingkat pertama di Puteri Harbour Family Theme Park, hanya satu perjalanan singkat dari Jambatan Kedua Singapura-Malaysia. Tingkat yang lain adalah untuk Little Big Club. Jangan lupa untuk menonton Hello Kitty dan rakan-rakan melakukan pelbagai aksi di atas pentas Purrfect dan akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk memakai pakaian seperti watak-watak Sanrio kegemaran anda di Wishful Studio dan banyak lagi! Tiket masuk boleh didapati bermula dari RM 81 untuk seorang dan anda juga boleh membeli 2 pas masuk pada harga RM118. Untuk warganegara Malaysia, anda boleh menunjukkan MyKad anda di kaunter tiket untuk menerima potongan harga tiket sehingga 20%.Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun (dengan IC / pasport sebagai bukti umur). Taman tema ini dibuka dari hari Rabu hingga Ahad dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang dan ditutup setiap hari Selasa (kecuali semasa cuti sekolah di Malaysia, hari cuti kebangsaan dan negeri Johor dan cuti gantian).

      Taman Tema Angry Birds - Ia meliputi kawasan seluas 26.000 kaki persegi, penuh dengan keriangan dan terletak di KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC). Di bahagian pintu masuk taman tema ini, anda akan di sambut dengan kartun Angry Birds yang ditayangkan di televisyen. Terdapat lima tarikan utama iaitu Danger Zone, Utopia, South Beach, Classic dan akhir sekali Kedai Angry Bird.

      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?