Hotel Continental Penang merupakan tempat penginapan yang selesa ketika bercuti di Pulau Pinang. Lokasi hotel ini sangat baik. Para tetamu boleh meneroka banyak tempat tarikan pelancong yang jaraknya terletak hanya beberapa minit dari hotel. Selain itu, hotel ini telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sangat bagus untuk membuatkan tetamu mereka berasa lebih selesa semasa penginapan mereka di hotel ini. Hotel ini telah menawarkan beberapa jenis bilik pada harga yang berpatutan. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan banyak kemudahan yang berguna. Para tetamu boleh menikmati pelbagai jenis hidangan di sebuah restoran yang terletak di dalam hotel ini.
Terdapat dua cara untuk sampai ke Hotel Continental Penang. Cara yang terpantas adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan di lapangan terbang yang terdekat iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak di Sepang, Selangor. Para pengunjung boleh memilih untuk mengambil AirAsia, Malindo Air atau Malaysia Airlines yang akan membuat laluan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanan di dalam penerbangan akan mengambil masa selama 50 minit. Apabila sudah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, para pengunjung boleh mengambil teksi atau menyewa kereta dan menuju terus ke hotel.
Cara yang kedua adalah dengan menaiki kereta. Dari Kuala Lumpur, para pengunjung perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang terletak di laluan 3113 di Gelugor. Kemudian, para pengunjung perlu menggunakan laluan Pengkalan Weld ke Jalan Penang di Georgetown. Apabila para pengunjung telah memasuki Jalan Pulau Pinang, para pengunjung dapat menemui Hotel Continental Penang. Keseluruh perjalanan di atas jalan raya akan mengambil masa selama 4 jam dan 3 minit. Para pengunjung akan menemui beberapa tol di sepanjang perjalanan.
Hotel Continental Penang telah menyediakan empat jenis bilik untuk dipilih oleh pelanggan mereka. Antaranya ialah Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Super Deluxe dan Suite Eksekutif. Bagi Bilik Superior, ia mempunyai keluasan 25 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 orang tetamu. Para tetamu boleh memilih untuk mempunyai 1 katil king atau 2 katil single. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara, filem dalaman, peti sejuk mini, meja, almari, kemudahan menyeterika, air botol percuma, pembuat kopi atau teh, televisyen skrin rata dan langsir gelap. Bilik mandi pula dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, tab mandi, peralatan mandian dan pengering rambut. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan mereka boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Seterusnya ialah Bilik Deluxe. Saiz bilik ini adalah 26 meter persegi dan ia boleh diduduki oleh 2 orang tetamu. Jenis katilnya ialah 2 katil single. Bilik ini mempunyai kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik sebelumnya. Para tetamu boleh mendapat akses Wi-Fi secara percuma dan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bilik yang berikutnya ialah Bilik Super Deluxe. Saiz bilik ini adalah 27 meter persegi dan ia boleh memuatkan seramai 4 orang tetamu. Jenis katilnya ialah 2 katil queen. Hotel ini telah menyediakan kemudahan yang sama seperti bilik-bilik sebelumnya. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan sarapan pagi secara percuma untuk pakej bilik ini. Bilik yang terakhir ialah Suite Eksekutif. Bilik ini berukuran 40 meter persegi dan ia boleh memuatkan 2 orang tetamu. Jenis katilnya ialah 1 katil king. Bilik ini mempunyai penyaman udara, filem dalaman, peti sejuk mini, televisyen, langsir pemadaman, air botol percuma, ruang tamu berasingan, pembuat kopi atau teh, bar mini, meja dan kemudahan menyeterika. Bilik mandi mempunyai pancuran mandian, peralatan mandian, pengering rambut dan bilik mandi peribadi. Para tetamu boleh menikmati sarapan pagi secara percuma dan mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini.
Hotel Continental Penang mempunyai sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan. Para tetamu boleh menikmati hidangan mereka secara bufet ketika sarapan pagi dan a la carte semasa makan tengah hari dan makan malam.
Hotel Continental Penang telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah concierge, penjaga pintu, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, penjaga keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan dobi, perkhidmatan bilik, tempat simpanan bagasi, perkhidmatan pelancongan, bilik persidangan, kemudahan mesyuarat, projektor, perkhidmatan sewa kereta, perkhidmatan limo atau kereta bandar dan Wi-Fi percuma di kawasan awam. Para tetamu boleh menghabiskan masa terluang mereka di kolam renang. Selain itu, terdapat beberapa bank, kedai runcit dan kedai-kedai lain yang berdekatan dengan hotel ini.
Kuil Thean Hou adalah tempat keagamaan bagi masyarakat Hainanese Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Muntri, Georgetown. Kuil ini mula ditubuhkan pada tahun 1866. Kemudian, ia ditubuhkan sepenuhnya pada tahun 1895. Kuil Thean Hou telah dibina untuk mendedikasikan kepada Mazu dan Dewi Laut. Selain itu, seni bina kuil ini mempunyai gaya Hainanese. Para pengunjung dapat melihat beberapa ukiran batu yang cantik yang dipamerkan di dalam kuil ini. Para pengunjung juga boleh mempelajari mengenai sejarah orang yang telah membina kuil ini. Apabila para pengunjung memasuki kuil ini, mereka akan melihat beberapa hiasan dalaman seperti tanglung, bendera dan bunga. Yuran kemasukannya adalah percuma. Para pengunjung boleh sampai ke Kuil Thean Hou dengan hanya mengambil masa 4 minit dengan berjalan kaki dari Hotel Continental Penang.
Bagi peminat kamera, Camera Museum adalah satu destinasi yang harus dikunjungi oleh mereka. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 15 Januari 2014. Para pengunjung boleh melihat lebih daripada 1000 jenis kamera dan fotografi di muzium ini. Camera Museum telah mempamerkan majoriti kamera antik. Terdapat juga orang yang bertugas untuk mengiringi para pengunjung untuk melawat di dalam muzium ini. Para pengunjung juga boleh menangkap gambar menggunakan kamera antik. Selain itu, terdapat bilik gelap yang digunakan untuk membuat filem. Selaini tu, para pengunjung juga boleh berkunjung di tempat pembaikan kamera. Tempat pembaikan kamera digunakan untuk membaiki dan memulihkan kamera mekanikal. Bagi yuran kemasukan, ia akan dikenakan sebanyak RM20 untuk seorang dewasa dan RM10 untuk seorang pelajar atau warga emas. Muzium ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 6.30 petang. Para pengunjung boleh sampai ke Camera Museum dengan berjalan kaki selama 6 minit berjalan kaki dari Hotel Continental Penang.
Muzium Kenegerian Pulau Pinang adalah antara muzium yang harus dilawati di Pulau Pinang. Muzium Kenegerian Pulau Pinang atau dikenali sebagai Muzium Kenegerian Pulau Pinang dan Galeri Seni terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Sebelum ini, bangunan muzium ini telah digunakan oleh sebuah sekolah yang bernama Penang Free School dari tahun 1821 hingga 1927. Kemudian, sekolah tersebut berpindah ke Green Lane, Pulau Pinang. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 14 April 1965 oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Raja Uda Raja Muhammad. Ia telah menempatkan beberapa khazanah negara dan negeri. Terdapat dua zon di dalam muzium ini. Zon yang pertama dipanggil sebagai ‘Exhibit Tetap’. Para pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa sejarah yang berlaku di Pulau Pinang dan komuniti pada zaman dahulu. Para pengunjung juga boleh mengetahui budaya dan perayaan dan melihat rekod sejarah, peta dan koleksi foto. Di zon kedua, ia dipanggil sebagai ‘Exhibit Sementara’. Zon ini lebih kepada galeri seni. Ia telah mempamerkan banyak lukisan lama Pulau Pinang, galeri cetakan kolonial, perabot, barang kemas, pakaian dan porselen. Apabila sudah habis berkunjung di dalam muzium, pengunjung boleh membeli beberapa cenderahati iaitu syiling lama, barang kemas, pakaian tradisional di kios kecil yang terletak di luar muzium. Muzium Kenegerian Pulau Pinang dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Yuran kemasukan untuk orang dewasa adalah RM 1 dan RM 0.50 untuk seorang kanak-kanak. Para pengunjung boleh sampai ke Muzium Kenegerian Pulau Pinang dengan hanya mengambil masa 11 minit berjalan kaki dari Hotel Continental Penang.
Chulia Street Night Hawker Stalls adalah salah satu destinasi yang terkenal bagi mereka yang minat dengan makanan. Selain itu, tempat ini juga harus dilawati bagi mereka yang ingin mencuba makanan Pulau Pinang yang asli. Para pengunjung boleh melihat ramai penjaja yang menjual pelbagai hidangan seperti Penang Char Kuey Teow, Lok Lok yang dicucuk dengan kayu sate, Wan Tan Mee, Chah Kuih Kar dan lain. Para pengunjung juga boleh mendapatkan semua hidangan ini pada harga yang murah. Chulia Street Night Hawker Stalls dibuka pada setiap hari iaitu dari jam 6 petang hingga pada tengah malam. Tempat ini terletak hanya 9 minit dengan berjalan kaki dari Hotel Continental Penang.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Hotel Continental Penang | 231 |
Bilangan tingkat di Hotel Continental Penang | 19 |
Fasilitas lain di Hotel Continental Penang | Penyaman Udara, Bankuet, Bilik bercantum, Bilik keluarga, Bilik larangan merokok |