Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Hotel
9.0
/10
Cemerlang
823 ulasan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Kemesraan Kakitangan (19)
Bilik Air (17)
Bilik Tidur (16)
Jarak Ke Pusat Bandar (15)
Afifatul H.
8.8
/ 10
Ada free antar-jemput penginapan ke melaka central dan sangat helpful.
Di Kawasan
Lihat Peta
7B, Jalan Masjid, Kampung Dua, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Parkir
WiFi
Bagi mereka yang ingin melancong dengan selesa bersesuaian dengan bajet di bandar Melaka, mereka boleh menginap di Hotel Hong. Selain itu, sebab utama yang menarik para pelancong untuk menginap di hotel ini adalah lokasinya. Hotel ini terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti monumen bersejarah, muzium dan pasar malam. Para pelancong dapat ke tempat-tempat ini dengan mudah kerana ianya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel. Di samping itu, hotel ini telah menyediakan beberapa bilik dengan kemudahan yang bagus. Tambahan pula, semua kemudahan dan perkhidmatan di hotel ini sangat berguna untuk para tetamu dan ia membuatkan para tetamu berasa lebih selesa sepanjang penginapan mereka di hotel ini. Selain itu, hotel ini menawarkan layanan yang bagus dan kakitangannya sangat prihatin dan peramah terhadap tetamu mereka.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Temui Lebih Banyak Tempat
7B, Jalan Masjid, Kampung Dua, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Lobi Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Lobi 2 Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Bagi mereka yang ingin melancong dengan selesa bersesuaian dengan bajet di bandar Melaka, mereka boleh menginap di Hotel Hong. Selain itu, sebab utama yang menarik para pelancong untuk menginap di hotel ini adalah lokasinya. Hotel ini terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancong seperti monumen bersejarah, muzium dan pasar malam. Para pelancong dapat ke tempat-tempat ini dengan mudah kerana ianya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel. Di samping itu, hotel ini telah menyediakan beberapa bilik dengan kemudahan yang bagus. Tambahan pula, semua kemudahan dan perkhidmatan di hotel ini sangat berguna untuk para tetamu dan ia membuatkan para tetamu berasa lebih selesa sepanjang penginapan mereka di hotel ini. Selain itu, hotel ini menawarkan layanan yang bagus dan kakitangannya sangat prihatin dan peramah terhadap tetamu mereka.

Bagaimana untuk ke Hotel Hong

Terdapat beberapa cara untuk sampai ke Hotel Hong. Cara yang pertama adalah dengan memandu. Bagi mereka yang datang dari bandar Kuala Lumpur, mereka perlu mengambil Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil jalan keluar 231 Ayer Keroh. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi di Lebuh Ayer Keroh yang berada pada Laluan 143. Kemudian, mereka perlu memandu ke Jalan Masjid di Kampung Dua, Melaka. Setelah sampai di Jalan Masjid, mereka dapat menemui Hotel Hong. Perjalanannya mengambil masa selama 1 jam dan 48 minit. Jarak antara Kuala Lumpur dan Hotel Hong adalah 144 km. Para pengunjung perlu sedar bahawa dengan mengambil laluan ini, mereka akan menemui tol di lebuh raya.

Cara alternatif untuk sampai ke hotel adalah dengan menaiki bas. Walau bagaimanapun, mereka perlu mengambil keretapi yang dipanggil sebagai KLIA Ekspress ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dari sana, mereka boleh menaiki bas bernama Starmart Express. Perjalanan itu berterusan sehingga bas tiba di Pusat Perubatan Melaka, Melaka. Di sana, mereka boleh mengambil teksi ke Hotel Hong yang akan mengambil masa selama 9 minit dengan menggunakan Jalan Syed Abdul Aziz atau mereka juga boleh menggunakan laluan Jalan Munshi Abdullah yang mengambil masa selama 11 minit untuk ke hotel.

Pilihan Bilik di Hotel Hong

Para tetamu boleh memilih 4 jenis bilik yang ditawarkan oleh Hotel Hong. Antaranya ialahh Bilik Twin, Bilik Double, Bilik Triple dan Bilik Deluxe Quad. Untuk Bilik Twin, bilik ini mempunyai keluasan sebesar 10 meter persegi dan boleh memuatkan 2 katil bujang untuk 2 tetamu sahaja. Bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, kipas siling, televisyen dan langsir. Di bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi bersama air pancuran dan air panas. Hotel ini juga telah menyediakan peralatan mandian percuma untuk para tetamu. Selain itu, para tetamu dapat menikmati Wi-Fi secara percuma di bilik mereka. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 61.69 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Bilik seterusnya ialah Bilik Double. Saiz bilik ini hanya 1 meter persegi lebih besar berbanding dengan bilik sebelum ini iaitu 11 meter persegi. Bilik ini mempunyai 1 katil Double yang boleh memuatkan untuk 2 tetamu sahaja. Terdapat beberapa kemudahan asas di bilik ini seperti kipas siling, penghawa dingin, langsir dan televisyen. Di bilik mandi pula, para tetamu boleh menikmati mandian mereka dengan menggunakan pancuran air panas di bilik mandi peribadi. Mereka juga akan diberikan peralatan mandian oleh hotel. Selain itu, terdapat akses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, para tetamu tidak akan diberikan sarapan pagi percuma kerana ia tidak berada dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini ialah RM 74.36 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Bilik berikut ialah Bilik Triple. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 12 meter persegi dan boleh memuatkan 1 katil Double dan 1 katil bujang untuk 3 tetamu. Bilik ini telah dilengkapi dengan kemudahan dalam bilik asas seperti penyaman udara, kipas siling, televisyen dan langsir. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi dan air pancuran. Terdapat juga air panas dan peralatan mandian yang turut disediakan oleh hotel. Para tetamu boleh menggunakan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik mereka. Walau bagaimanapun, sarapan pagi tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM 82.81 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Belik terakhir ialah bilik Deluxe Quad. Bilik ini lebih luas berbanding 3 bilik lain. Mereka mempunyai saiz sebesar 17.5 meter persegi yang boleh memuatkan 2 katil Queen. Para tetamu boleh menggunakan kemudahan asas di bilik mereka seperti penghawa dingin, televisyen, langsir, kipas siling dan meja. Di bilik mandi, ia telah dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dan air pancuran serta air panas. Hotel ini juga telah menyediakan peralatan mandian untuk para tetamu. Para tetamu boleh melayari internet dengan menggunakan Wi-Fi percuma di dalam bilik ini. Walau bagaimanapun, pakej bilik ini tidak termasuk dengan sarapan pagi. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM 109.85 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe berhampiran Hotel Hong

Terdapat sebuah kafe berdekatan Hotel Hong yang dipanggil sebagai The Baboon House. Kafe ini menghidangkan burger buatan sendiri dan kopi yang segar untuk para pelanggan. Mereka juga terkenal dengan Vietnam drip-kopi. Selain kopi,terdapat beberapa jus buah segar dan minuman beralkohol di menu mereka. Kafe ini juga telah menyediakan kemudahan seperti para pelanggan boleh mendapat akses Wi-Fi secara percuma. The Baboon House telah menawarkan semua makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. Tambahan pula, kafe ini telah memberi suasana yang aman dan kafe ini adalah tempat yang selesa bagi mereka yang ingin bersembang dengan rakan-rakan. Perjalanan ke kafe ini hanya mengambil masa selama 7 minit dengan berjalan kaki dari Hotel Hong.

Bagi restoran pula, terdapat restoran bistro vegetarian yang bernama Seeds Garden. Restoran ini terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO yang juga terletak di pusat bandar Melaka. Seeds Garden menawarkan makanan dari Asia Tenggara dan semua hidangannya mempunyai keseimbangan pemakanan, prinsip penyembuhan dan cara memasak yang sihat. Selain itu, restoran ini dikelilingi dengan struktur warisan. Mereka juga telah mempamerkan beberapa karya seni dan tumbuhan perubatan. Terdapat juga sebuah perpustakaan yang disediakan untuk para pelanggan. Seed Garden berdekatan dengan Hotel Hong yang hanya mengambil masa 3 minit dengan berjalan kaki.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Hong

Hotel Hong telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang baik untuk tetamu mereka. Di hotel ini, mereka akan mempunyai kaunter penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam untuk mengendalikan proses daftar masuk dan keluar. Selain itu, hotel ini telah mengambil kakitangan yang boleh bertutur pelbagai bahasa. Ini kerana mereka bukan sahaja akan menerima pelanggan dari penduduk di Malaysia malah mereka juga akan bertemu dengan pelancong asing. Ini juga telah membuatkan pelanggan mereka akan berasa lebih selesa untuk menanyakan beberapa soalan kepada kakitangan dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Terdapat juga stor bagasi yang disediakn untuk para tetamu sekiranya mereka perlu menggunakannya. Di samping itu, hotel ini telah menyediakan minuman seperti kopi dan teh di kawasan lobi. Tambahan pula, para tetamu boleh berhubung dengan keluarga dan rakan mereka pada setaip masa kerana terdapat akses Wi-Fi secara percuma di kawasan awam. Mereka juga boleh singgah di beberapa kedai, pasar raya atau mesin ATM yang berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Hong

Kuil Cheng Hong -

Kuil Cheng Hong terletak di Jalan Tokong, Kampung Dua, 75200 Melaka. Kuil ini dikenali sebagai kuil tradisional Cina yang tertua di Malaysia. Ia adalah yang kuil yang terbaik daripada kuil Cina yang lain di Malaysia. Kui Cheng Hong merupakan monumen bersejarah yang terselamat daripada zaman perang dahulu Selain itu, kuil ini berada di dalam kedudukan antara kuil yang paling istimewa di Asia Tenggara. Senibina bangunan ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada pihak UNESCO. Tempat ini adalah untuk orang yang mempunyai kepercayaan Taoisme, Buddha dan Confucianisme. Bagi para pelancong yang melawat ke kuil ini, mereka dapat menyaksikan beberapa upacara Cina dan budaya masyarakat Cina Melaka. Di samping itu, kuil ini merupakan tempat sembahyang bagi mereka yang sudah mati dan juga untuk mengabulkan keperluan. Para pelancong yang datang dari Hotel Hong, mereka dapat sampai di Kuil Cheng Hong dengan hanya mengambil masa selama 4 minit dengan berjalan kaki.

Masjid Kampung Keling -

Perjalanan untuk ke Masjid Kampung Keling hanya 1 minit sahaja dari Kuil Cheng Hong. Masjid ini terletak di Harmony Street. Ia telah dibina pada tahun 1748 dan bangunan ini mempunyai gabungan bahasa Jawa dan Oriental dalam seni bina pada ketika itu. Walau bagaimanapun, masjid ini telah berubah menjadi struktur konkrit dengan menggantikan struktur kayu pada asalnya. Masjid Kampung Keling telah diisytiharkan sebagai monumen bersejarah pada tahun 1999.Kini, para pelancong dapat melihat bahawa untuk bahagian dalam masjid itu mempunyai campuran Hindu, Cina dan Melayu dan Jubin lantanya mempunyai unsur British dan Portugis. Masjid ini telah menarik ramai pelancong dan ia telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Melaka. Masjid ini telah menyediakan khidmat lawatan yang diiring oleh orang yang bertugas kepada para pelancong. Bagi para pelancong bukan Islam, mereka akan diberi jubah untuk menutup aurat mereka bagi menghormati tempat agama ini. Mereka juga boleh membeli beberapa cenderahati di kedai cenderamata dalam masjid ini. Perjalanan dari Hotel Hong ke Masjid Kampung Keling hanya mengambil masa selama 4 minit dengan berjalan kaki.

Pasar Malam Jonker Street -

Pasar Malam Jonker Street terletak di Jalan Hang Jebat, Melaka. Pasar malam ini merupakan tempat yang harus dikunjungi di bandar Melaka. Para pengunjung dapat melihat pelbagai jenis makanan, pakaian dan cenderahati di pasar malam ini. Mereka juga boleh mendapatkan pakaian dan makanan pada harga yang berpatutan. Terdapat beberapa makanan yang terkenal di kalangan para pengunjung yang datang di pasar malam ini. Antaranya ialah Telur Puyuh Jonker Walk, makanan ringan Korea nitrogen cecair, ais krim goreng atau ais krim kelapa dan True-blue Peranakan Popiah. Selain itu, terdapat juga persembahan karaoke Cina yang akan diadakan di pasar malam ini. Para pelancong tidak perlu bimbang dengan masa tutup di pasar malam ini kerana kebanyakan kedai akan dibuka sehingga lewat pagi. Jonker Street Night Pasar Malam Jonker Street sangat dekat dengan hotel dengan hanya mengambil masa kira-kira 4 minit berjalan kaki.

Straits Chinese Jewellery Museum Melaka -

“Straits Chinese” atau dipanggil sebagai Peranakan adalah orang yang dilahirkan dari warisan Cina dan Melayu yang ramainya berada di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Pada zaman dahulu, mereka berasal dari keluarga yang kaya-raya. Mereka telah mengamalkan cara-cara Melayu dan Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Para pelancong dapat melihat ribuan koleksi seni dan antik yang telah dipamerkan oleh muzium ini. Mereka juga dapat melihat reka bentuk seni bina rumah Baba-Nyonya pada abad ke-19. Selain itu, mereka boleh mempelajari tentang gaya hidup, adat- adat serta tradisi Baba-Nyonya. Muzium ini telah dijadikan sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di Melaka. Bagi kemasukan muzium ini, para pelancong perlu membayar RM 15 untuk seorang dewasa, untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun dikenakan sebanyak RM 10 dan untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah percuma. Di samping itu, jarak antara muzium dan hotel ini hanya 0.36 km dan perjalanannya hanya mengambil masa selama 7 minit dengan berjalan kaki.

Semua kemudahan dari Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Ruang Umum Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Ruang Umum
Lobi Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Lobi
Perkhidmatan Hotel Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Perkhidmatan Hotel
Luar Bangunan Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Bilik Tidur

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok
  • Teres atas bumbung
  • Teres

Kemudahan Dalam Bilik

  • Jubah mandi
  • Kaunter
  • Pemain DVD
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Pengangkutan

  • Parkir terhad
  • Parkir dengan surcaj
  • Perkhidmatan limo atau kereta bandar

Kemudahan Umum

  • Kopi/teh di lobi
  • WiFi di kawasan umum

Perkhidmatan Hotel

  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa

Aktiviti

  • Ruang TV

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka akan mengenakan Cukai Warisan mandatori sebanyak MYR 3.00 bagi setiap bilik yang didiami untuk satu malam di semua penginapan hotel. Cukai ini boleh berubah tanpa pemberitahuan awal. Cukai ini akan dikutip oleh pihak hotel semasa ketibaan tetamu.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 23:00
Daftar keluar:
01:00 - 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

All bookings are subject to an additional MYR 2 Heritage Charge per room per day. This is to be paid directly at the hotel.

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 10.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
14:00 - 23:00 - 01:00 - 12:00
Bilik tersedia di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
20
Bilangan tingkat di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
3
Fasilitas lain di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Penyaman Udara, Bilik keluarga, Bilik larangan merokok, Teres atas bumbung, Teres

Soalan lazim tentang Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Apa facilities yang tersedia di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka?
Berikut facilities yang ada di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka seperti AC, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka?
Masa check-in di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka bermula dari 14:00 - 23:00 manakala masa check-out ialah pada 01:00 - 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

9.0
Cemerlang
Daripada 823 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

9.2

Keselesaan Bilik

9.1

Makanan

8.3

Lokasi

9.1

Perkhidmatan dan Kemudahan

9.3

Orang sering menyebut tentang Hotel Hong @ Jonker Street Melaka
Semua
Jarak ke Pusat Bandar (18)
Kemesraan Kakitangan (17)
Bilik air (17)
Bilik tidur (16)
Kawasan Hotel (15)
Kebolehcapaian (12)
Daftar masuk/Masa keluar (12)
Suasana (12)
Persekitaran (11)
Mesra Keluarga (11)
Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Profile Picture
Ana D.
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 6 hari yang lalu
Kembali untuk tinggal di sini apabila saya kembali ke Melaka! Malangnya Wi-Fi tidak berfungsi di bilik kami tetapi itu bukan masalah besar kerana kami mempunyai Wi-Fi poket sendiri (walaupun ia tidak berfungsi dengan baik juga 😭).
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
J***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
8.1
/10
Diulas 2 minggu yang lalu
Bilik kunci pintu no. 112 rosak, sukar dibuka, masih tidak dibaiki.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
N***i
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 3 minggu yang lalu
Lokasi yang sempurna! Ia hanya perlu berjalan kaki singkat untuk sampai ke tarikan pelancongan Melaka.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Yunita P.
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 5 minggu yang lalu
Hotel ini bersih. Dan berhampiran Jonker Street. Sangat disyorkan! Hotel yang bagus
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
m***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
10.0
/10
Diulas 5 minggu yang lalu
Walaupun hotel ini ringkas, perkhidmatan daftar masuk memuaskan, bilik selesa dan budak pejabat yang ramah, terdapat kemudahan dispenser dan kopi dan teh percuma sepanjang penginapan anda.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
C***n
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
8.4
/10
Diulas 5 minggu yang lalu
Lokasi sangat baik, sangat dekat dengan Jonker Walk, kelemahannya ialah biliknya sangat kecil, terdapat banyak nyamuk, walaupun tingkap ditutup, masih banyak nyamuk yang berterbangan. Sistem pembilasan tandas tidak begitu baik, dan kotoran akan terapung keluar secara perlahan selepas dibilas. Secara umumnya, tidak mengapa. Lagipun, ia murah dan boleh menginap untuk satu malam.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
David C.
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 5 minggu yang lalu
Pemilik hotel ramah dan membantu dengan maklumat tentang kawasan sekitar. Lokasinya berhampiran dengan Jonker Street. Bilik itu bersih dan katilnya selesa. Teh dan kopi juga disediakan berhampiran dispenser air. Walau bagaimanapun, keseluruhan bilik agak sempit, menjadikannya agak sukar untuk dimasukkan ke dalam bagasi. Untuk harga, ia sangat berbaloi (Berbaloi!).
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
w***h
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 10 minggu yang lalu
Menginap 2 malam di sini agak selesa, bilik bersih, AC sejuk, air panas berfungsi dengan baik, ada dispenser air jika anda ingin minum dan membancuh teh dan kopi, kakitangan sambilan sangat ramah dan memberi maklumat tentang tempat-tempat di sekitar hotel, hanya 10 minit berjalan kaki ke Jonker, terdapat juga masjid dan tempat makan berhampiran hotel, saya akan menginap di sini lagi, kali ini saya akan menginap di sini lagi ke Melaka.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
K***i
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.1
/10
Diulas 12 minggu yang lalu
Kelebihan: Pemilik yang mesra, berjalan kaki ke Jonker Street Market (kira-kira 650m), dispenser air minum. Kekurangan: AC perlu diservis tidak cukup sejuk. Terdapat pembinaan yang bising bekerja berhampiran hotel pada waktu pagi. Tiada lif jika anda membawa orang tua. Selain daripada itu, masih hotel yang bagus dengan harga yang berpatutan.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
s***i
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 18 minggu yang lalu
Bilik dan bilik air sangat bersih, berhampiran dengan Pasar Jongker, berjalan kaki 2 minit, disyorkan
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Inge N.
icon-origin-TRAVELOKA
10.0
/10
Diulas 21 minggu yang lalu
Entah berapa kali ke Melaka, selalu menginap di hotel ini. Bilik bersih, kakitangan yang mesra. Ke Jonker Street, jalan kaki sahaja. Berhadapan dengan hotel ialah Masjid Kampung Hulu. Hong Hotel Terbaik.
Translated by Google Icon
Lihat asal
2 orang mendapati ini membantu
S***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
10.0
/10
Diulas 25 minggu yang lalu
Lokasi yang baik, berjalan kaki ke jalan berjalan kaki, sangat dekat dengan hotel.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
R***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
8.8
/10
Diulas 25 minggu yang lalu
Hotel ini mempunyai kedudukan yang strategik berhampiran dengan Jongker Walk, Dataran Merah & kafe tepi sungai Melaka. Harga & kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian. Perkhidmatan agak baik.
Translated by Google Icon
Lihat asal
2 orang mendapati ini membantu
Po kok c.
icon-origin-TRAVELOKA
8.8
/10
Diulas 26 minggu yang lalu
Kakitangan yang sangat membantu dan mesra
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
B***H
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 26 minggu yang lalu
Saya suka menginap di hotel ini kerana lokasi yang strategik berhampiran Jonker Walk. Bilik itu bersih. Bagaimanapun tempat letak kereta Majlis Bandaraya adalah terhad. Anda perlu membayar RM8 untuk meletak kenderaan di tempat letak kereta peribadi berdekatan.
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Lester G.
icon-origin-TRAVELOKA
8.5
/10
Diulas 27 minggu yang lalu
Ini adalah tempat yang bagus untuk tinggal di melaka, sangat disyorkan.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
K***a
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
5.4
/10
Diulas 29 minggu yang lalu
Lokasi berdekatan dengan Jonker. Kebersihan adalah isu terbesar tempat ini. Tuala kotor di kawasan umum, lopak di bilik tidur, dan bau lembap semasa daftar masuk sudah cukup tanda bahawa tempat ini tidak sesuai untuk menginap. Kami membazirkan tempahan dan bukannya mengambil berat tentang apa yang mereka boleh lakukan untuk menambah baik bos wanita itu terus mendesak kami untuk membayar "yuran pelancongan".
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
M***i
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
9.4
/10
Diulas 33 minggu yang lalu
Lain kali saya ke Melaka, saya akan tinggal di sini lagi, air dalam bilik air besar, bilik kecil tetapi bilik mandi bersih juga, dan ia berhampiran dengan Jonker Street.
Translated by Google Icon
Lihat asal
3 orang mendapati ini membantu
B***y
icon-Rekreasi
Rekreasi
icon-origin-TRAVELOKA
5.7
/10
Diulas 37 minggu yang lalu
Saya kehilangan barang saya di sana, apabila daftar keluar, saya meletakkan barang saya di meja penyambut tetamu, apabila saya meninggalkan barang saya sudah hilang, tetapi hotel tidak memberikan penyelesaian seperti cek cctv atau lain-lain, dan pekerja tidak membalas anda dalam whatsapp, tidak bernilai ia, kerana barangan saya tidak murah, berhati-hati di sana, dan ada kos tambahan apabila anda datang ke sana, dan hotel freqkin agak banyak, sedikit mengerikan.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Guest
icon-origin-TRAVELOKA
6.3
/10
Diulas 37 minggu yang lalu
Paip air di bilik saya pecah pada tengah malam. Tidak dapat mencari sesiapa untuk membantu jadi saya berjaga sepanjang malam. Keesokan paginya, kakitangan bertukar bilik hanya di sebelah kaunter perkhidmatan, sekali lagi saya tidak boleh tidur kerana saya boleh mendengar orang keluar masuk bercakap. Lokasi hotel adalah hebat, berhampiran dengan Jonker Street dan banyak restoran dan kedai kopi yang menarik di sekitar. Berjalan kaki ke banyak tempat, terutamanya suka berjalan di sepanjang sungai Melaca.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
1 orang mendapati ini membantu
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Hotel Hong @ Jonker Street Melaka

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved