Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel
Pekerja hotel telah menerima vaksinasi untuk COVID-19.
8.0
Menyenangkan
Daripada 1,496 ulasan tetamu yang disahkan

Apa yang Dikatakan Tetamu Mengenai Penginapan Mereka

Bilik Bagus (1)
Staf Mesra (6)
Perkhidmatan Yang Baik (2)
Lokasi Bagus (5)
Ramadan A. R.
9.4
/ 10
Bilik memuaskan berpatutan dengan harga. Suasana hotel memuaskan. Tempat parking yang selesa. Lobi yang menarik..
Laila Z.
9.4
/ 10
Murah dan selesa, sesuai untuk penginapan bajet tengah bandar.
Norazlinda B. M. N. L.
8.5
/ 10
Perkhidmatan yang baik dan layanan amat mesra.
Di Kawasan
Lihat Peta
No.177, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Restoran
Meja Depan 24 jam
Parkir
Lif
WiFi
Hotel Sentral Riverview Melaka adalah hotel 3 bintang yang terletak di bandar Melaka. Ia juga adalah sebuah hotel yang mempunyai banyak sejarah sama dengan bandaraya Melaka juga. Hotel ini menjanjikan tempat yang selesa untuk menunggu para tetamu mereka untuk kembali selepas seharian menerokai bandaraya Melaka. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Melaka yang berupaya untuk membuatkan para tetamu untuk merasa lebih segar dan tenang sesuai untuk pengembaraan yang baru.Ia Cuma 2.9 kilometer dari pusat bandar membuatkan para tetamu berupaya untuk melawat pelbagai tarikan pelancong yang berdekatan. Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan untuk para tetamu mereka. Tambahan lagi, hotel ini mempunyai restoran dan kafe yang boleh menawarkan makanan tempatan untuk para tetamu mereka bila diperlukan.Pelbagai ulasan tetamu telah memuji rekaan dalaman hotel ini selain daripada makanan yang lazat serta perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.
Lihat Lebih

Persekitaran Hotel Sentral Riverview Melaka

Temui Lebih Banyak Tempat
No.177, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, Pusat Bandar Melaka, Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia, 75300
Lobi Hotel Sentral Riverview Melaka
Lobi 2 Hotel Sentral Riverview Melaka

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel Sentral Riverview Melaka adalah hotel 3 bintang yang terletak di bandar Melaka. Ia juga adalah sebuah hotel yang mempunyai banyak sejarah sama dengan bandaraya Melaka juga. Hotel ini menjanjikan tempat yang selesa untuk menunggu para tetamu mereka untuk kembali selepas seharian menerokai bandaraya Melaka. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Melaka yang berupaya untuk membuatkan para tetamu untuk merasa lebih segar dan tenang sesuai untuk pengembaraan yang baru.

Ia Cuma 2.9 kilometer dari pusat bandar membuatkan para tetamu berupaya untuk melawat pelbagai tarikan pelancong yang berdekatan. Hotel ini juga mempunyai banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan untuk para tetamu mereka. Tambahan lagi, hotel ini mempunyai restoran dan kafe yang boleh menawarkan makanan tempatan untuk para tetamu mereka bila diperlukan.

Pelbagai ulasan tetamu telah memuji rekaan dalaman hotel ini selain daripada makanan yang lazat serta perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.

Bagaimana untuk ke Hotel Sentral Riverview Melaka

Ada beberapa cara untuk sampai ke Hotel Sentral Riverview Melaka. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke Lebuhraya Ayer Keroh dan meneruskan perjalanan ke bandar Melaka. Ia akan mengambil masa 2 jam dan 2 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak antara kedua bandar ini adalah sejauh 155 kilometer. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini. Ada tol untuk sampai ke hotel ini dari Kuala Lumpur.

Bagi pelancong yang tidak mempunyai kereta sendiri, mereka juga boleh mengambil bas untuk ke Melaka. Pelancong boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan dan mengambil bas untuk ke Melaka. Ada banyak jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Sani Ekspress. Harga tiket sehala untuk ke sana berharga antara RM 11 hingga ke RM 18. Kemudian mereka akan diturunkan di Terminal Bas Melaka dan pelancong boleh mengambil teksi untuk ke hotel itu.

Pilihan Bilik di Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel Sentral Riverview Melaka mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang ingin tinggal di sini. Jenis bilik yang pertama adalah bilik Superior Twin. Ia adalah bilik untuk 2 tetamu. Ia mempunyai 2 katil bujang. Kemudian terdapat bilik Deluxe Twin. Ia juga mempunyai 2 katil bujan untuk 2 orang tetamu tetapi bilik ini adalah lebih besar. Bilik seterusnya adalah bilik Family. Ia mempunyai 1 katil king dan 1 katil bujang. Ia boleh memuatkan 3 orang tetamu pada satu masa. Kemudian terdapat bilik Junior Suite. Bilik ini mempunyai 1 katil king untuk 2 tetamu. Ia juga mempunyai ruang tamu dengan sofa. Pilihan bilik terakhir adalah Executive Suite. Ia mempunyai 1 katil king untuk 2 orang tetamu. Bilik ini mempunyai ruang yang lebih besar.

Setiap bilik mempunyai tandas mereka tersendiri termasuk dengan alat mandian percuma, tempat mandian dan tandas yang berbeza. Selain daripada itu, setiap bilik mempunyai peti sejuk kecil, alat pengering rambut, peti simpanan, televisyen dan saluran rancangan, Wi-Fi, seterika, meja bekerja dan juga bar mini bersama dengan kopi, teh dan juga air minuman.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai kafe yang boleh menawarkan makanan pada para tetamu mereka. Mereka berupaya untuk memberi makanan tradisional dan moden. Mereka juga berupaya untuk menyediakan makanan untuk mereka yang tidak makan daging. Kafe dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 1 pagi. Perkhidmatan bilik juga ada hingga jam 10.30 malam. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat dan dewan bankuet.

Selain daripada itu, hotel ini mempunyai perkhidmatan dobi, sekuriti 24 jam, tempat letak kenderaan, katil bayi, Wi-Fi dan juga penyambut tetamu 24 jam. Mereka juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan bagasi dan juga sekuriti pada setiap masa.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Sentral Riverview Melaka

The Shore Oceanarium -

The Shore Oceanarium adalah sebuah aquarium buatan manuasia di Melaka. Ia dibuka di bawah Jabatan Perikanan Melaka. Di aquarium ini terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut. Pengunjung boleh mempelajari lebih lanjut mengenai hidupan laut ini kerana nama saintifik juga di tulis bersebelahan dengan hidupan itu. Aktiviti juga banyak diadakan di sini untuk mengenali hidupan laut selain dengan mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya. Antara hidupan yang ada di sini adalah piranha, penyu, ikan yu dan pelbagai lagi. Bagi pengunjung yang mahu ke sini, The Shore dibuka pada jam 10.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Harga tiket kemasukan adalah RM25 untuk kanak-kanak dan RM 35 untuk dewasa. Harga tiket ini juga termasuk dengan cermin mata 3D dan juga cendera mata. Ia juga terletak 0.72 kilometer dari Hotel Sentral Riverview Melaka.

Semua kemudahan dari Hotel Sentral Riverview Melaka

Dewan Majlis Hotel Sentral Riverview Melaka
Dewan Majlis
Ruang Umum Hotel Sentral Riverview Melaka
Ruang Umum
Lobi Hotel Sentral Riverview Melaka
Lobi
Luar Bangunan Hotel Sentral Riverview Melaka
Luar Bangunan
Bilik Tidur Hotel Sentral Riverview Melaka
Bilik Tidur

Kemudahan Umum

  • Parkir
  • Kedai kopi
  • Lif
  • Pesanan bilik 24 jam
  • Restoran
  • Pesanan bilik
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum

Perkhidmatan Hotel

  • Tukang angkut barang
  • Pekerja rencam
  • Meja depan
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Keselamatan 24 jam
  • Penyimpanan bagasi
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Perkhidmatan perkahwinan

Umum

  • Penyaman Udara
  • Dewan besar
  • Bankuet
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Bebas rokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Peti besi dalam bilik
  • Bar mini
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Kedai
  • Pasar raya

Makanan dan Minuman

  • Sarapan
  • Kafe
  • Hidangan vegetarian

Kemudahan Perniagaan

  • Bilik persidangan
  • Kemudahan mesyuarat

Pengangkutan

  • Parkir yang selamat

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Hotel Sentral Riverview Melaka

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

14:00 - Check In 12:00 - Check Out *Effective from 01st April 2012, Melaka Heritage Fee @ MYR2.00nett per room per night will be imposed which to be paid directly at hotel (not included in the room rate and taxes stated herein)*

Dasar Tambahan

14:00 - Check In
12:00 - Check Out

*Effective from 01st April 2012, Melaka Heritage Fee @ MYR2.00nett per room per night will be imposed which to be paid directly at hotel (not included in the room rate and taxes stated herein)*

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00
Ketersediaan Sarapan
Ya

Soalan lazim tentang Hotel Sentral Riverview Melaka

Apa facilities yang tersedia di Hotel Sentral Riverview Melaka?
Berikut facilities yang ada di Hotel Sentral Riverview Melaka seperti AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Hotel Sentral Riverview Melaka?
Masa check-in di Hotel Sentral Riverview Melaka bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00
Adakah Hotel Sentral Riverview Melaka menyediakan sarapan pagi?
Ya, Hotel Sentral Riverview Melaka menyediakan sarapan pagi. Walau bagaimanapun, anda perlu memilih bilik dengan sarapan pagi atau membayar caj tambahan jika anda menempah bilik tanpa sarapan.

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Hotel Sentral Riverview Melaka

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada NaN ulasan tetamu yang disahkan
8.0
Menyenangkan
Hebat
259
Bagus
823
Memuaskan
88
Biasa
326
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
bilik bagus (1)
staf mesra (6)
perkhidmatan yang baik (2)
lokasi bagus (5)
bilik luas (11)
bilik bersih (3)
Lihat Lebih 6
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Wawan S.
9.1
/ 10
29 Dec 2023
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka dari Wawan S.

1 menyukai ulasan ini

NB
Norizan B. M.
10
/ 10
09 Jul 2023
Amat selesa dan berpuashati, family yang besar dan selesa

Suka ulasan ini?

RB
RASHIDA B. S.
Percutian pendek
10
/ 10
24 Jan 2023
Staff hotel ramah, makanan pun sedap, next month nak datang ke hotelnya sama juga. Hotel terbaik. Thank you so much.

Suka ulasan ini?

NB
Noraini B. A.
Percutian
9.1
/ 10
14 Sep 2022
Walaupun hotel yang agak lama, perkhidmatan yang disediakan sangat baik. Dari daftar masuk lagi saya dah suka dengan staff di kaunter. Beliau bukan sahaja memberi pilihan kepada saya, malah menyelasaikan masalah saya. Terima kasih Hotel Sentral Riverview Melaka. Saya sangat suka menginap di hotel ini. Jika datang ke Melaka semestinya saya akan menginap di hotel ini.
Baca Lebih Lanjut

Suka ulasan ini?

IN
Intan N. B. I.
Percutian pendek
7
/ 10
21 Aug 2022
Aircond bila pasang 16-20, air menitik, dah tukar 25 tutup kipas baru ok. Lepas tu bunyi apa tah bila bukak pili air kemain kuat bilik atas kitorang ni kot, tengah-tengah malam bunyi terkejut tengah tidur. So far bilik ok je kemas bersih selesa.

Suka ulasan ini?

WW
Waffa W.
Percutian pendek
5.2
/ 10
09 Jun 2022
Bilik bersepah dengan sisa makanan bawah katil, bilik air yang kotor, TV yang rosak, perkhidmatan service tidak memuaskan

Suka ulasan ini?

ZB
Zulkifli B. S.
Percutian
8.5
/ 10
06 Feb 2022
Bilik standard room 2 twin bed 2 malam. Ruang lobi hotel luas, parking dekat belakang hotel tiada masalah. Parking waktu weekend full. Dalam hotel ok kemas, bilik mandi fit sikit tapi still ok untuk 3 bintang. Dalam bilik aicond sejuk centralised,siaran TV ok. Lokasi dekat dengan aeon mall. Nak ke tempat-tempat pelancongan boleh guna Google map/waze. Hotel ini ada makan, kalau nak turun beli makan memang jauh order pakai grab/food panda. Overall nice hotel good for budget holidays 👌.
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka dari Zulkifli B. S.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 2 dari Zulkifli B. S.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 3 dari Zulkifli B. S.

Suka ulasan ini?

UA
Uktech A.
Percutian
6
/ 10
03 Feb 2022
Harga rm200++ tidak sesuai. Mohon ambil maklum. Gambar iklan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Terima kasih.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka dari Mohd A. A. R.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 2 dari Mohd A. A. R.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 3 dari Mohd A. A. R.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 4 dari Mohd A. A. R.
Imej Ulasan untuk Hotel Sentral Riverview Melaka 5 dari Mohd A. A. R.

Suka ulasan ini?

MB
Mohd B. B. I.
Percutian
8.5
/ 10
26 Jan 2022
Penginapan yang selesa, sarapan pun sedap

Suka ulasan ini?

Mrjamil m.
6.3
/ 10
02 Jan 2022
air mineral pun takde. Kalo nak beli kat bawah

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
45
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Bilik Tidur 4 Hotel Sentral Riverview Melaka

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved