Hotel Tai Ichi Bukit Bintang adalah tempat penginapan yang baik bagi mereka yang menginginkan persekitaran yang selesa pada harga yang berpatutan. Hotel ini telah menawarkan perkhidmatan bagus kepada para tetamu mereka. Bilik-bilik di hotel ini sentiasa bersih dan dijaga rapi. Selain itu, mereka juga telah menyediakan beberapa kemudahan untuk tetamu mereka. Tambahan pula, lokasi hotel ini sangat baik kerana ada pengangkutan awam yang berdekatan dengan hotel ini. Para pelancong boleh menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke beberapa tempat yang menarik di Kuala Lumpur.
Hotel Tai Ichi Bukit Bintang terletak di No.78/80, Jalan Bukit Bintang, 55100 Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bagi para pelancong yang menaiki pesawat, lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2. Sebaik sahaja mereka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat beberapa teksi disediakan untuk para pelancong. Mereka boleh mengambil teksi terus ke hotel. Laluan terpantas untuk ke hotel ini adalah dengan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya (E20). Para pengunjung akan melalui tol di lebuh raya ini. Perjalanan untuk ke Hotel Tai Ichi Bukit Bintang akan mengambil masa selama 58 minit.
Terdapat 4 jenis bilik di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang. Antaranya ialah Bilik Double Deluxe, Bilik Twin Deluxe, Bilik Triple dan Bilik Super Deluxe. Untuk Bilik Double Deluxe, ia mempunyai saiz sebesar 12 meter persegi dan mereka mempunyai katil Queen untuk 2 orang. Selain itu, hotel ini juga telah menyediakan banyak kemudahan bilik seperti meja, bar mini, air botol percuma, peti keselamatan peribadi, televisyen skrin rata, pembuat kopi atau teh dan penghawa dingin. Di bilik mandi pula, hotel ini telah menyediakan peralatan mandian untuk para tetamu dan mereka dapat menikmati bilik mandian pancuran. Para tetamu juga boleh mendapatkan Wi-Fi percuma dengan mudah di bilik ini. Walau bagaimanapun, sarapan tidak termasuk dalam pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM 166 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.
Bagi Bilik Twin Deluxe, saiz bilik ini adalah 12 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil bujang yang untuk 2 orang tetamu. Terdapat beberapa kemudahan dalam bilik yang disediakan oleh hotel ini. Antaranya adalah penyaman udara peti keselamatan peribadi, televisyen skrin rata, air botol percuma, meja dan pembuat kopi atau teh. Hotel ini juga menyediakan peralatan mandian percuma kepada para tetamu mereka. Para tetamu juga dapat menikmati pancuran mandian yang terdapat dalam bilik mandi. Selain itu, para tetamu boleh mengakses Wi-Fi secara percuma di bilik mereka dan mereka boleh menikmati sarapan yang telah disediakan oleh hotel ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk pakej bilik ini ialah RM 166 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.
Seterusnya ialah Bilik Triple. Bilik ini mempunyai saiz sebesar 15 meter persegi dan katilnya adalah 1 katil Double dan 1 katil bujang yang boleh memuatkan hingga 3 orang tetamu sahaja. Bagi kemudahan bilik, hotel ini telah menyediakan peti keselamatan peribadi, meja, penyaman udara, air botol percuma dan televisyen skrin rata. Di bilik mandi, ia telah dilengkapi dengan air pancuran dan peralatan mandian untuk para tetamu. Selain itu, para tetamu juga boleh mendapatkan Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Bagi pakej bilik ini, hotel ini telah menyediakan sarapan kepada tetamu mereka. Oleh itu, jumlah kos bilik ini adalah RM 155 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.
Akhir sekali ialah Bilik Super Deluxe. Bilik ini mempunyai 2 katil bersaiz Queen yang boleh memuatkan 4 orang tetamu sahaja. Seterusnya, saiz bilik ini adalah 12 meter persegi. Terdapat banyak kemudahan dalam bilik yang telah disediakan untuk para tetamu. Antaranya adalah air botol percuma, bar mini, meja, peti keselamatan dalam bilik, cerek elektrik, penghawa dingin dan televisyen skrin rata. Di bilik mandi, para tetamu boleh menikmati pancuran mandian dan peralatan mandian akan diberikan kepada para tetamu. Selain itu, para tetamu juga bepeluang untuk mengakses Wi-Fi secara percuma di dalam bilik ini. Tambahan pula, mereka boleh menikmati sarapan percuma yang telah disediakan oleh pihak hotel. Oleh itu, jumlah harga untuk pakej bilik ini adalah RM 244 untuk satu malam termasuk caj servis dan perkhidmatan.
Terdapat sebuah restoran yang menyediakan hidangan sarapan pagi di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang. Para tetamu dapat menikmati pelbagai jenis hidangan yang telah disediakan oleh restoran ini. Restoran dan kafe lain yang berhampiran dengan hotel termasuk The Saffron Restaurant, Express Teppanyaki, Gasoline Kafe, Reggae Bar Changkat dan BB Hailam Chicken Rice.
Hotel Tai Ichi Bukit Bintang telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk para tetamu mereka. Terdapat servis bilik 24 jam disediakan untuk para tetamu. Kakitangan hotel ini juga sentiasa bersedia untuk membantu tetamu mereka sekiranya para tetamu memerlukan bantuan daripada mereka. Selain itu, hotel ini telah menyediakan Wi-Fi secara percuma di kawasan awam supaya para tetamu dapat sentiasa berhubung dengan keluarga dan sahabat mereka. Para tetamu juga boleh menyimpan barang-barang mereka di dalam simpanan bagasi yang turut disediakan oleh hotel. Hotel ini juga mempunyai kaunter penyambut tetamu selama 24 jam bagi para tetamu yang ingin membuat daftar masuk atau keluar. Selain daripada servis bilik, para tetamu juga boleh menghubungi penyambut tetamu sekiranya mereka memerlukan bantuan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang | 61 |
Bilangan tingkat di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang | 5 |
Fasilitas lain di Hotel Tai Ichi Bukit Bintang | Pesanan bilik 24 jam, Restoran sarapan pagi, Pesanan bilik, Peti keselamatan, WiFi di kawasan umum |