Kapal Terbang Guest House adalah salah satu dari banyak tempat penginapan yang terdapat di Pulau Langkawi, Kedah. Walaupun nama tempat ini terdapat ‘kapal terbang,’ rumah-rumah dan vila di Kapal Terbang Guest House tidaklah berbentuk seperti sebuah kapal terbang. Rumah-rumah dan vila-vila masih berbentuk seperti sebuah rumah biasa. Nama 'Kapal Terbang' mungkin di ambil kerana jarak antara rumah tamu ini terletak dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, hanya tiga kilometer jauhnya. Kapal Terbang Guest House adalah tempat yang sangat sesuai untuk tinggal semasa bercuti di Langkawi kerana tempatnya yang luas dan selesa.
Pulau Langkawi ini terletak agak jauh dari tanah besar Semenanjung Malaysia. Seperti kebanyakan pulau di Malaysia, untuk pergi ke Pulau Langkawi, seseorang perlu menaiki bot atau pun feri. Terdapat hanya dua buah jeti dari tanah besar Malaysia yang mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi; jeti Kuala Kedah dan jeti Kuala Perlis. Bagi mereka yang datang dari selatan Malaysia, seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, jeti Kuala Kuah terletak lebih dekat berbanding dengan jeti Kuala Perlis. Feri daripada kedua-dua buah jeti membawa kedua-dua penumpang dan kenderaan ringan mereka seperti motosikal dan kereta untuk menyeberangi Selat Melaka sehinggalah ke Pulau Langkawi. Penumpang dan kenderaan mereka akan diturunkan di Jeti Kuah, kira-kira empat belas kilometre dari Kapal Terbang Guest House. Pemanduan ke rumah tamu ini adalah mudah kerana jalan yang menuju ke sana adalah jalan berturap dan hanya akan mengambil masa kira-kira dua puluh minit. Cara paling mudah untuk melancong ke Langkawi adalah dengan menaiki pesawat. Pulau Langkawi mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang menerima penerbangan dari kebanyakan bandar di Malaysia dan beberapa buah penerbangan antarabangsa dari bandar yang berdekatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi hanya sepuluh minit perjalanan dengan memandu.
Kapal Terbang Guest House mempunyai tiga buah jenis rumah yang boleh disewa. Perbezaan antara ketiga-tiga ini adalah bilangan bilik tidur dan berapa banyak orang yang boleh dimuatkan dengan selesa. Jenis rumah yang pertama adalah sebuah rumah satu bilik dan harganya bermula dari RM 138 untuk setiap malam. Rumah ini mempunyai ruang sebesar hampir 30 meter persegi dengan pemandangan taman yang cantik. Sebuah katil bersaiz Queen terdapat di dalam rumah ini dan ia sesuai untuk pasangan tinggal di sana. Terdapat sebuah lagi rumah satu bilik tidur di Kapal Terbang Guest House dan yang ini berharga RM 228 satu malam kerana ia mempunyai dua buah katil bersaiz Queen. Rumah kedua ini adalah lebih sesuai untuk sebuah keluarga kecil ataupun kira-kira empat orang untuk tinggal dengan selesa. Rumah tamu terbesar di Kapal Terbang Guest House adalah sebuah vila. Vila ini dilengkapi dengan tiga buah bilik tidur dan ia mempunyai empat buah katil bersaiz Queen. Vila ini berharga RM 500 untuk satu malam dan ia boleh memuat sehingga sepuluh orang dengan sangat selesa. Semua bilik tidur di rumah-rumah tamu mempunyai pendingin hawa dengan sebuah kipas siling. Terdapat juga pancuran mandi dan tandas di bilik mandi. Rumah tamu dilengkapi dengan perabot dan kemudahankan bagi memberikan satu penginapan yang selesa dan menyenangkan bagi para tetamu mereka. Ruang tamu di rumah-rumah tamu ini mempunyai sebuah televisyen berskrin rata dengan saluran kabel. Ruang makan disiapkan dengan sebuah meja makan dengan pinggan mangkuk dan juga perkakas lainnya. Dapur setiap rumah mempunyai sebuah peti sejuk, sebuah dapur, sebuah oven pembakar bersama dengan sebuah dispenser air. Rumah tamu juga mempunyai sebuah mesin basuh yang boleh digunakan oleh para tetamu secara percuma.
Walaupun tidak ada restoran atau kafe di Kapal Terbang Guest House, tuan rumah akan menyediakan sarapan pagi apabila diminta pada harga yang berpatutan.
Terdapat sebuah kolam renang yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Walaupun ia tidaklah besar, kolam renang ini cukup untuk kanak-kanak menghiburkan diri dan orang dewasa untuk berehat sambil menikmati pemandangan indah yang mengelilingi Kapal Terbang Guest House.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah. Fi mungkin termasuk cukai yang berkenaan:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Tidak ada meja depan (tempat menyambut tetamu) di hartanah ini.Untuk membuat pengaturan daftar masuk, sila hubungi hartanah sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan, menggunakan maklumat pada pengesahan tempahan.Tetamu mesti menghubungi hartanah untuk mendapatkan arahan daftar masuk.
Kemudahan Popular | Kolam Renang, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Kapal Terbang Guest House | 1 |
Fasilitas lain di Kapal Terbang Guest House | Kolam renang terbuka, Barbeku, Taman, Parkir, Teres |