Total Accommodation | 36 Properties |
Popular Area | Pusat Bandar Muar |
Popular Hotel | Classic Hotel Muar, Classic Hotel Muar |
Popular Landmark | Wetex Parade, Maharani Bus Station |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Classic Hotel Muar, Classic Hotel Muar, Muo Boutique Hotels, Muar Traders Hotel, Elite Hotel Muar, Tropicana Boutique Hotel, MUO Resort, Muarar Hotel, Inn Home Hotel Muar , Townview Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 36 hotel yang boleh anda tempah di Muar Nan Hai Fei Lai Temple
Tokong Nan Hai Fei Lai Muar merupakan sebuah tokong Buddha yang terletak di Jalan Maharani bertentangan dengan Stesen Bas Pagoh. Tokong ini telag dibina pada tahun 1913 dengan himpunan sejarah yang berusia lebih dari ratusan tahun. Tarikan utama di dalam tokong ini adalah dewa yang mempunyai ribuan tangan Guan Yin (Goddess of Mercy). Tokong ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada para pengamal agama seperti kaunseling, konsultasi, tilik nasib dan lain-lain lagi. Acara utama tahunan di tokong ini adalah sambutan hari jadi Dewa Guan Yin.
Anda boleh memandu ke Muar dari Kuala Lumpur dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan yang akan mengambil masa perjalanan lebih kurang 2 jam 18 minit. Sekiranya anda memandu dari Singapura anda boleh menggunakan Tambak Johor atau Link Kedua yang menghubungkan Singapura ke Johor dan juga seluruh Semenanjung Malaysia.
Muar boleh dihubungi dengan bas. Anda boleh menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Stesen Bas Muar. Sekiranya anda memandu dari Johor Bharu anda boleh menaiki bas ekspress dari Larikin ke Muar. Tokong Nan Hai Fei Lai Muar terletak berhadapan stesen bas ini.
Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar dan menghadap ke Selat Melaka. Taman yang luas ini mempunyai suasana yang mententeramkan dan dipelihara sepenuhnya. Terdapat pelbagai aktiviti untuk anda terokai di taman ini dan juga banyak pondok rehat serta taman permainan kanak-kanak disediakan ditaman ini. Ianya merupakan tempat bersantai yang terkenal di hujung minggu serta mempunyai sebuah padang golf 9 lubang yang dikenali sebagai Kelab Golf Tanjung Emas. Sekiranya anda ingin menyusuri Sungai Muar, terdapat perkhidmatan bot yang disediakan iaitu Muar River Cruise dengan pelayaran yang akan memakan masa selama 45 minit hingga ke 1 jam yang penuh dengan maklumat mengenai sejarah Bandar Muar di sepanjang pelayaran tersebut.
Masjid Jamek Sultan Ibrahim terletak di Jalan Petri telah dibina pada tahun 1887. Ianya merupakan salah satu masjid tertua di Muar yang boleh dilihat dari Tanjung Emas dan terletak disebelah Sungai Muar. Keunikan masjid ini ialah ianya mempunyai tiang Roman Klasik, ciri-ciri tradisional Melayu dan juga gabungan senibina klasik Eropah. Masjid ini dicat dengan warna putih dan biru keseluruhannya serta mempunyai suasana yang menyegarkan.
Muar merupakan satu-satunya Bandar di Malaysia yang pernah mempunyai jaringan landasan keretapi tersendiri pada suatu ketika dahulu yang dikenai sebagai Muar State Railways (MSR). Keretapi ini beroperasi dari tahun 1889 sehingga 1925 menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai. MSR merupakan sebuah landasan yang sibuk dahulunya dan telah beroperasi selama 39 tahun sebelum ianya ditutup sepenuhnya kerana persaingan sengit dan peningkatan kos yang tinggi. Pameran gerabak MSR boleh dilihat di Taman Tanjung Emas yang merupakan satu-satunya peninggalan untuk membuktikan bahawa MSR pernah wujud pada suatu ketika dahulu.
Menara Jam Muar merupakan antara tarikan pelancongan yang terkenal di Muar. Ianya terletak di taman baru yang dipanggil Padang Nyiru berhampiran dengan Stesen Bas Muar. Keunikan menara jam ini ialah ianya mempunyai senibina Eropah. Tangga di dalam menara ini telah dikunci untuk tujuan keselamatan.
Muzium Bukit Kepong merupakan sebuah destinasi yang mesti anda kunjungi ketika berada di Muar. Ianya merupakan sebuah muzium bersejarah yang terletak di dalam sebuah pekan kecil di dalam Daerah Muar. Muzium ini mempunyai pameran sejarah mengenai kegigihan anggota polis pada ketika itu mempertahankan balai polis Bukit Kepong dari serangan tentera komunis ketika zaman darurat dahulu. Anda boleh mengunjungi muzium ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Bukit Kepong.
Penginapan di Muar Traders Hotel merupakan pilihan tepat buat anda yang berkunjung ke Tokong Nan Hai Fei Lai Muar. Hotel ini terletak di tengah Pusat Bandar Muar dan jaraknya ke tokong hanya lebih kurang 0.8km. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik penginapan yang selesa dan luas dengan perkhidmatan yang terbaik kepada para tetamunya. Dengan segala kemudahan yang ditawarkan menjadikan Hotel Muar Traders ini sebagai pilihan tepat buat anda.
Muarar Hotel merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang menjadi pilihan bijak buat anda yang berkunjung ke Muar. Ianya terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan seperti Tokong Nan Hai Fei Lai Muar hanya 0.1 km. Bagi para pengunjung yang mencari pilihan penginapan yang selesa pada harga yang murah, Hotel Muarar merupakan pilihan yang tepat buat anda.