Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Kuala Lumpur(2,567 hotel)
  4. Kuala Lumpur(2,568 hotel)
  5. KL Sentral(109 hotel)
  6. Le Meridien Kuala Lumpur

Le Meridien Kuala Lumpur

Hotel
2 Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia, 50470
SWIMMING_POOL Le Meridien Kuala Lumpur
Featured Image Le Meridien Kuala Lumpur
Lobby Le Meridien Kuala Lumpur
Meeting Facility Le Meridien Kuala Lumpur
Guestroom Le Meridien Kuala Lumpur
Lihat semua gambar
Sangat Hebat
9.1/10
Merujuk kepada 104 tetamu
Berdasarkan 3,140 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Lif
Restoran
WiFi

Tarikan berhampiran
KL Sentral Station
(0.19 km)
Tun Sambanthan Monorail Station
(0.63 km)
Islamic Arts Museum Malaysia
(0.78 km)
Sri Kandaswamy Kovil Temple
(0.78 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 104 ulasan

9.1
Sangat Hebat
Hebat
57
Bagus
40
Memuaskan
4
Biasa
3
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
10
- Percutian keluarga
Semuanya memuaskan, depan KL Sentral, bersebelahan dengan Hilton.
9.4
- Percutian keluarga
The Hotel location is integrated with KL Sentral, if we arrived in KL we can use bus from KLIA2 direct to KL Sentral which cost only RM12 per person. The view & food is very good and the service exellent. It is recommended Hotel if you go to KL.
8.5
- Percutian keluarga
Worth every penny!! Awesome ambience, friendly staff and love the food. Especially the discount on food for cimb bank users.
10
- Perjalanan perniagaan
My stay was perfect. The receptionist is very kind and helpful. The process of checking in and checking out were very fast.
10
- Percutian Romantik
Pleasant stay for honeymoon and short vacay. Sunset/rise view from room was spectacular, the staff were very helpful and friendly. Definitely will come again with families or friends! Thank you Le Meridien for the fantastic stay!
9.4
Nice near sentral KL and have good staff
9.4
- Percutian keluarga
Staffs are so nice, very informative, fast check in & check out. The room is big enough & bed so comfy. Complimentary drink in room is the best, they even prepare paper cup just in case we want to take away the coffee or tea.
9.7
Everything is great, the room filled with new furniture and modern technology lighting, the bed is comfortable the room is spacious, clean, the premises is clean, the staff are friendly. Everything is at 5 star hotel standard. I would recommend you to book this hotel. The cons is only the food. The food is not delicious. It is not even at the average standard.
9.7
- Percutian Romantik
Very pleasant and comfortable stay.
Diterjemahkan oleh Google
9.7
- Membeli-belah & Pemakanan
Terletak tepat di sebelah stesen pusat. Bilik mandi di Bilik Premiere sangat menakjubkan!
1
2
3
5
Seterusnya
Akhir
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Pekerja rencam
    • Perkhidmatan dobi
    • Daftar masuk ekspres
    • Daftar keluar ekspres
    • Suratkhabar di lobi
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyimpanan bagasi
    • Kakitangan berbilang bahasa
    • Penjaga pintu
    • Lawatan
    • Perkhidmatan perkahwinan
  • Aktiviti
    • Spa
    • Kolam renang terbuka
    • Kerusi berjemur kolam renang
    • Sauna
    • Spa
    • Tab panas
    • Bilik wap
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Bilik persidangan
    • Bilik persidangan
    • Kemudahan mesyuarat
  • Kemudahan Umum
    • Kedai kopi
    • Lif
    • Peti keselamatan
  • Makanan dan Minuman
    • Bar
    • Sarapan dengan surcaj
    • Bar tepi kolam renang
  • Pengangkutan
    • Sewaan kereta
    • Parkir dengan surcaj
    • Parkir valet dengan surcaj
  • Kemudahan Berhampiran
    • Kedai cenderamata
    • Salun rambut
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma
    • Internet LAN
  • Sukan & Rekreasi
    • Kecergasan
  • Umum
    • Kawasan merokok

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 15.00
      Daftar keluar: 12.00

      Le Meridien adalah salah sebuah hotel mewah yang terkenal di Kuala Lumpur. Ia merupakan satu jenama hotel antarabangsa yang dimiliki oleh syarikat Marriott International. Di bawah syarikat yang sama, terdapat kira-kira 100 lebih banyak hotel yang telah dibangunkan di seluruh dunia. Le Meridien telah mula ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Air France dengan moto “to provide on a home away from home for its customers”, yang bermaksud untuk menyediakan keselesaan seperti di rumah untuk para pelanggannya. Selepas hampir empat dekad berkecimpung dalam urusan perhotelan, mengharungi segala turun naik perniagaannya, Le Meridien telah membuka hotel ke-100 di Coimbatore, India. Kesimpulannya, Le Meridien boleh dilihat sebagai salah satu syarikat hotel yang mempunyai berdekad-dekad pengalaman dalam industri ini.


      Beralamat di 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, 50470, Malaysia. Hotel ini terletak di tengah-tengah Lembah Klang, Kuala Lumpur Sentral (KL Sental), sejurus menjadikan ia hotel yang terkenal dan strategik untuk dilawati oleh para tetamu. Dengan adanya KL Sentral sebagai stesen pertukaran untuk kereta api dan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi juga boleh didapati di sini, ia membuatkan Le Meridien hotel mudah diakses oleh para tetamu. Terletak di tengah-tengah Lembah Klang membuatkan ia mudah diakses dan mengambil kurang daripada satu jam perjalanan dari mana-mana hujung Lembah Klang ini.


      Bagaimana untuk Pergi ke Le Meridien Kuala Lumpur


      Untuk tetamu yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, mereka boleh memilih sama ada menaiki kereta api, bas atau teksi untuk ke hotel. Yang paling cepat adalah dengan kereta api KLIA Express yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke KL Sentral. Kemudian, mereka hanya boleh berjalan dalam kira-kira 5 minit untuk ke lobi hotel. Jika tetamu yang datang dengan menggunakan pengangkutan peribadi, terdapat beberapa mercu tanda yang boleh mereka cari seperti KL Sentral, Nu Sentral, Brickfields dan Mid Valley Megamall untuk ke hotel. Mereka hanya perlu mencari bangunan pencakar langit berkembar berdekatan kerana Le Meridien bersambung terus dengan hotel Hilton. Bangunan berkembar ini membuatkan kedua-dua hotel tersebut tidak kurang hebatnya, sama ada dalam kalangan para pelancong percutian atau pelancong dalam urusan perniagaan.


      Jenis-Jenis Bilik di Le Meridien Kuala Lumpur


      Le Meridien dibina dengan sejumlah 420 bilik yang terdiri daripada enam pilihan berbeza untuk tetamu memilihnya. Antaranya ialah Bilik Superior, Bilik Premier, Bilik Le Meridien Club, Bilik Deluxe Suite Le Meridien Club dan Bilik Presidential Suite. Kawasan bilik adalah antara 30 meter hingga 36 meter. Manakala, pembinaan keluasan suite kelab adalah antara 69 meter kepada 138 meter dan yang terbesar adalah Presidential Suite yang berkeluasan antara 137 meter kepada 138 meter.


      Bilik-bilik tersebut direka dengan gabungan elemen kebudayaan dan gaya kontemporari beserta warna palet cat dinding yang sungguh menenangkan. Kesemua bilik dilengkapi peralatan moden untuk keselesaan penginap seperti lampu sisi katil untuk membaca, panel suis berdekatan katil serta selimut duvet berbulu tebal yang dapat memastikan keselesaan tetamu. Bilik mandi juga dilengkapi dengan kemudahan moden seperti alat pengering rambut, ruang mandi dan gabungan tab mandi. Kesimpulannya, penyediaan bilik-bilik dan bilik mandi pasti akan membuat tetamu berasa serba lengkap untuk penginapan mereka umpama berada di rumah sendiri.


      Dengan ini, Le Meridien telah memperoleh komen-komen positif dari para tetamu dan mencapai tahap hotel 5 bintang. Selain daripada reka bentuk dalaman bilik yang cantik, lokasi bangunan yang ada di tengah-tengah KL memberikan pemandangan bandar maju yang indah dan tetamu dapat melihatnya daripada jendela bilik masing-masing. Kadar harga biliknya bermula dari RM456 semalam. Tetamu yang menginap di Bilik Le Meridien Club mempunyai akses eksklusif untuk mengunjungi Le Méridien Club Lounge yang baru diubahsuai dan terletak di tingkat 33.


      Restoran-Restoran di Le Meridien Kuala Lumpur


      Apa yang membuatkan hotel ini menjadi lebih eksklusif adalah kerana terdapat beberapa buah restoran hebat di dalamya. Terdapat tujuh jenis restoran di hotel ini. Antaranya ialah Favola, Latest Recipe, Gastro Sentral, Latitude 03, Pool Bar, Prime and Ginza Sushimasa. Tetamu hotel hanya cuma perlu memilih cita rasa makanan yang mereka inginkan dan terus ke restoran berkenaan.


      Kemudahan yang Disediakan oleh Le Meridien Kuala Lumpur


      Setanding dengan hotel-hotel 5 bintang yang lain, Le Meridien juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan mewah untuk keseronokan tetamu sepanjang tempoh penginapan. Untuk rekreasi dan hiburan, ia menyediakan gimnasium dan spa, kemudahan spa, kelab lounge, kolam renang luar, jakuzi dan banyak lagi. Jika tetamu berminat untuk bermain golf, mereka boleh merujuk kepada kakitangan hotel dan mereka akan menghantar tetamu terus ke padang golf berhampiran dengan hotel. Yang paling menarik ialah kolam renang terbesar di bandar ini, iaitu kira-kira 120 meter lebar. Bagi tetamu yang memerlukan sesi memanjakan diri sendiri, terdapat kemudahan spa dan perkhidmatan untuk mendapatkan rawatan spa di bilik sendiri.


      Untuk tetamu yang berkunjung atas tujuan perniagaan, selain daripada bilik perbincangan perniagaan, Le Meridien juga menyediakan kemudahan penukaran mata wang asing terutama bagi tetamu asing, serta perkhidmatan setiausaha untuk membuat mereka berasa serba lengkap walaupun mereka berada jauh dari pejabat mereka. Oleh kerana ia adalah hotel jenama antarabangsa dan terkenal di serata dunia, masih terdapat kakitangan yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa untuk memudahkan tetamu asing berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat perjalanan di bandar ini. Untuk membuatkan hotel ini lebih selesa untuk semua tetamu, hotel ini menyediakan kemudahan kepada orang berkelainan upaya. Para tetamu yang berkelainan upaya amat dialu-alukan di sini oleh kakitangan yang mesra dan sedia membantu.


      Tarikan berhampiran Le Meridien Kuala Lumpur


      Brickfields atau juga dikenali sebagai Little India adalah sebuah bandar di mana majoritinya didiami oleh masyarakat India. Ia bukan sahaja sebuah bandar tetapi ia menjadi salah satu tarikan yang terkenal di Kuala Lumpur kerana sepanjang jalan berwarna-warni dengan kedai-kedai menjual aksesori kaum India. Terdapat banyak kedai-kedai emas, restoran makanan India dan butik-butik pakaian India. Untuk tetamu asing yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai budaya India di Malaysia, mereka disarankan untuk melawat bandar ini.


      Nu Sentral Shopping Mall terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari pintu masuk hotel dan ia disambungkan oleh jejantas pejalan kaki ke KL Sentral. Pusat membeli-belah ini mempunyai kedai-kedai atau butik-butik berjenama antarabangsa yang terkenal seperti Sephora, H&M dan banyak lagi.


      Lake Garden merupakan salah satu taman tasik yang popular di Kuala Lumpur dengan pembinaan taman terancang dan pemandangan kehijauan yang indah. Para tetamu hotel boleh menghabiskan masa untuk bersiar-siar petang di sekitar taman. Bukan itu sahaja, di sini juga terletaknya Taman Burung Terbesar Asia yang didiami oleh beratus-ratus spesies burung.


      Muzium Negara pula terletak di seberang jalan utama di hadapan hotel. Ia juga menjadi salah satu tarikan yang mesti dikunjungi oleh pelancong asing. Di sini, para pelancong dapat mengetahui lebih lanjut tentang asal-usul Malaysia dan rakyatnya.


      Tempahlah Le Meridien Kuala Lumpur sekarang di Traveloka untuk mendapatkan tawaran dan promosi yang menarik.

      Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
      Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
      Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
      Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?