Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,411 hotel)
  3. Perak(738 hotel)
  4. Manjung(150 hotel)
  5. Lumut(41 hotel)
  6. Lumut Valley Resort Condominium

Lumut Valley Resort Condominium

Pangsapuri
PT 4189, Jalan Sultan Idris Shah, Lumut, Manjung, Perak, Malaysia, 32200
Bathroom Lumut Valley Resort Condominium
Bathroom Lumut Valley Resort Condominium
Bathroom Lumut Valley Resort Condominium
Guestroom Lumut Valley Resort Condominium
Guestroom Lumut Valley Resort Condominium
Lihat semua gambar
Menyenangkan
7.5/10
Merujuk kepada 8 tetamu
Berdasarkan 6 ulasan tetamu
Kemudahan Hotel
Parkir
Kolam Renang
Meja Depan 24j
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Lumut Waterfront
(0.56 km)
Quiver Dive Center
(3.54 km)
Pantai Hospital Manjung
(4.90 km)
Damai Laut Golf And Country Club
(5.12 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
8.5
Apartment selesa dan besar, cuma suasana keliling agak sunyi sedikit perlu perubahan menarik suasana.
Diterjemahkan oleh Google
8.5
Tempat ini adalah okay. Hanya pandangan tidak bagus. Saya hendak pantai-pandangan tetapi saya mendapat hutan-pandangan sebaliknya.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Perkhidmatan Hotel
    • Penyambut tetamu 24 jam
    • Perkhidmatan dobi
    • Lawatan
  • Kemudahan Umum
    • Lif
    • Parkir
  • Aktiviti
    • Kolam kanak-kanak
    • Kolam renang terbuka
  • Sukan & Rekreasi
    • Kecergasan
  • Kemudahan Perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
  • Umum
    • Bebas rokok
  • Kemudahan Internet
    • WiFi percuma

      Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

      Daftar masuk: 14.00
      Daftar keluar: 12.00

      Lumut Valley Resort Condominium menawarkan penginapan yang bersih, selamat, selesa dan fleksibel kepada pelancong, sama ada pelancong perniagaan atau percutian dan ekspatriat yang bekerja di sekitar Lumut, Sitiawan dan Daerah Manjung. Tujuh puluh lima (75) unit apartmen servis dengan penyaman udara disediakan untuk disewa sama ada secara harian, mingguan atau bulanan bergantung kepada keperluan anda. Lumut Valley Resort Condominium terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Jeti Lumut, yang merupakan portal ke Pulau Pangkor. Berada di antara 10 hingga 50 meter di atas paras laut, tetamu boleh menikmati pemandangan panorama Selat Melaka selain kehijauan Hutan Simpan Bukit Engku Busu. Pemanduan singkat dari apartmen akan membawa anda ke Lumut Waterfront (0.56 km), Quiver Dive Centre (3.54 km), Pantai Hospital Manjung (4.90 km) dan Kelab Golf Dan Desa Damai Laut (5.12 km).

      Bagaimana untuk ke Lumut Valley Resort Condominium

      Lumut Valley Resort Condominium terletak di Jalan Sultan Idris Shah, Lumut, Perak. Sekiranya anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Alternatif lain, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan juga KLIA2 hanya terletak kira-kira 1 jam 45 minit daripada pangsapuri ini. Sangat mudah untuk ke Lumut dengan menggunakan kereta. Lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah sebuah lebuh raya moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu. Plaza Tol Changkat Jering merupakan susur keluar yang terdekat dengan Lumut. Anda boleh mengambil kereta api laju ETS untuk ke Taiping. Dari stesen kereta api anda boleh mengambil teksi bermeter atau Grab untuk ke pangsapuri.

      Pilihan Bilik di Lumut Valley Resort Condominium

      Lumut Valley Resort Condominium menawarkan 62 unit bilik berhawa dingin yang terdiri daripada Studio Apartments, Studio Deluxe Apartments, Pangsapuri Standard 3 Bilik Tidur dan Pangsapuri Deluxe 3 Bilik Tidur. Semua pangsapuri dilengkapi dengan dapur, set sofa, meja makan, peti sejuk, pemanas air, kemudahan membuat kopi. Direka untuk membuat anda merasa segar dan selesa sepanjang penginapan anda dengan Lumut Valley Resort Condominium, semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi yang bersambung dengan bilik mandi yang berasingan dan tandas serta dilengkapi dengan kemudahan bilik mandi dan pengering rambut. Kekal berhubung dengan kemudahan internet jalur lebar dalam bilik. Studio Deluxe & Bilik tidur 3-Bilik Tidur dilengkapi dengan televisyen dan program ASTRO. Bilik tidur ke-3 di semua Pangsapuri 3 Bilik Tidur tidak mempunyai penyaman udara.

      Restoran dan Kafe di Lumut Valley Resort Condominium

      Terdapat restoran di Lumut Valley Resort Condominium yang menyediakan masakan tempatan dan juga barat untuk pilihan santapan anda.

      Kemudahan dan Aktiviti di Lumut Valley Resort Condominium

      Tetamu yang menginap di Lumut Valley Resort Condominium boleh menikmati perkhidmatan pengemasan bilik. Di samping itu, terdapat juga tempat meletak kenderaan peribadi yang tertakluk kepada ketersediaan. Jika anda sedang mencari beberapa aktiviti yang menyeronokkan yang boleh anda nikmati dengan keluarga dan rakan anda, anda boleh mencuba kolam renang luaran yang bukan sahaja menyediakan keseronokan di dalamnya tetapi juga pemandangan Selat Melaka selain kehijauan Hutan Simpan Bukit Engku Busu. Di samping itu, apartmen juga menyediakan gimnasium yang luas dan lengkap dengan kemudahan latihan moden untuk rutin gimnasium harian anda.

      Tempat Menarik berhampiran Lumut Valley Resort Condominium

      Pulau Pangkor - Ia berasal dari perkataan Thailand 'Pang Ko', yang bermaksud Pulau Indah. Pulau ini sebenarnya merangkumi sekumpulan pulau-pulau kecil dengan Pulau Pangkor sebagai pulau utamanya. Di sebelahnya tedapat tiga pulau kecil, iaitu Pangkor Laut, Pulau Mentagor dan Pulau Giam. Pangkor Laut adalah kawasan yang paling terkenal di sini, kerana terdapat resort indah di pulau kecil ini (Pangkor Laut Resort). Pangkor adalah sebuah pulau dengan pergunungan titik tertingginya ialah 1216 meter (Bukit Pangkor). Oleh kerana itu pulau utama ini terdiri daripada gunung-gunung, jalan-jalan yang terbentang di sekeliling pulau. Pulau ini mempunyai sejumlah hotel dan resort bertaraf antarabangsa. Pulau ini boleh menjadi agak sibuk dan padat dengan pengunjung semasa sekolah dan cuti umum. Tidak ada masa terbaik untuk melawat Pangkor kerana pulau ini dilindungi oleh Sumatra, oleh itu cuaca adalah hampir sama sepanjang tahun.

      Pantai Teluk Batik - Ia terletak berhampiran dengan bandar Lumut dan juga Sitiawan dan menghadap ke arah Pulau Pangkor, destinasi pantai yang popular di Perak. Pantai ini terletak di kawasan teluk yang indah dengan dikelilingi oleh tanjung di setiap hujung, di juga hutan yang menghijau. Pantai ini dipenuhi dengan pohon kelapa yang merimbun dan pokok-pokok lain yang memberikan suasana tropika yang redup dan menyamankan. Air laut adalah bersih dan biru dengan pasir putih yang lembut. Terdapat sebuah jeti besar yang masih beroperasi namun seakan merosakkan pemandangan indah pantai, namun pemandangan yang pantai yang indah masih lagi dapat di nikmati oleh pengunjung yang sibuk pada cuti umum. Terdapat tempat letak kereta yang besar disediakan. Selain itu, terdapat juga muzium siput yang terletak berhampiran kawasan pantai. Sepanjang pantai, anda juga boleh mendapati berpuluh-puluh gerai menjual cenderamata, pakaian pantai seperti pakaian renang, topi dan baju-T, tikar pantai, bola tiup dan relung getah serta makanan ringan, minuman dan aiskrim.

      Anda mesti menunjukkan ID bergambar semasa mendaftar masuk. Kad kredit anda akan dicaj semasa anda membuat tempahan. Pilihan merokok/jenis katil tidak dijamin. Tempahan anda dibayar dahulu dan dijamin untuk ketibaan lewat. Caj keseluruhan adalah termasuk semua caj bilik dan cukai, serta bayaran tempahan. Sebarang caj sampingan seperti bayaran tempat letak kenderaan, panggilan telefon dan perkhidmatan bilik akan diuruskan terus antara diri anda dan hartanah tersebut.
      Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
      Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
      Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
      Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
      24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
      Perlu Bantuan?