Mali-Mali Beach Resort terletak di kawasan Pantai Cenang yang merupakan salah satu pantai yang paling popular di Langkawi. Hotel Mali-Mali Beach terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), yang hanya 4 km jaraknya. Hotel bertaraf 3 bintang di Langkawi ini memberikan anda pemandangan pantai dan pasir putih yang terbaik. Dikelilingi oleh suasana semula jadi, tetamu pasti berasa segar dan aman sepanjang penginapan mereka. Resort pantai di Langkawi ini juga terletak berdekatan dengan beberapa tarikan utama di Langkawi termasuk Pantai Cenang yang terkenal dan Underwater World Langkawi. Kedua-dua lokasi hanya berada dalam jarak 1 km dari hotel.
Akses mudah ke hotel adalah sama ada dari lapangan terbang atau feri dari Pulau Pinang. Jika anda terbang dari KLIA, perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi akan mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan. Sekiranya anda menunggang menggunakan feri dari Pulau Pinang, tempoh untuk sampai ke Pulau Langkawi lebih lama daripada menaiki kapal terbang, iaitu sekitar 2 jam 45 minit. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama bergantung pada masa dan musim perjalanan yang dirancang.
Hotel ini agak mudah untuk dicari kerana ia terletak sangat dekat sepanjang Pantai Cenang. Pantai Cenang adalah salah satu pantai yang paling popular di Langkawi, jadi, anda tidak akan terlepasnya. Anda juga boleh mencari Underwater World Langkawi kerana ia juga terletak berdekatan. Tempat-tempat lain yang akan membantu anda mencari hotel ini ialah Muzium Laman Padi dan Cenang Mall.
Hotel ini menawarkan keselesaan dalam kesederhanaan. Terdapat dua jenis bilik utama yang dipilih oleh para tetamu; Standard Room dan Family Room. Oleh kerana lokasi strategiknya yang terletak di tepi pantai, semua bilik mempunyai kemewahan menikmati pemandangan laut yang indah. Di setiap bilik, hotel ini menyediakan kemudahan kelas pertama untuk memastikan para tetamu dilayani dengan baik. Kemudahan ini termasuk meja, peti sejuk, bilik mandian pancuran dan televisyen.
Jika anda mejelajah bersama kumpulan yang besar, sama ada dengan rakan atau ahli keluarga, Family Room akan menjadi pilihan yang tepat untuk anda. Ia mengandungi 2 katil double dan berpatutan untuk pelancong bajet juga. Bilik ini berhawa dingin sepenuhnya dan anda akan mempunyai akses Wi-Fi percuma untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam apa-apa hal penting.
Standard Room juga menyediakan keselesaan yang sama untuk para tetamu yang melancong secara berdua. Ia sesuai untuk dua orang dan mereka menyediakan satu katil double dengan keselesaan maksima. Kemudahan dalam bilik termasuk pengering rambut, peti keselamatan dan kemudahan seterika, serta tuala turut disediakan.
Mali-Mali Beach Resort tidak mengandungi kawasan yang besar untuk makan dan sebagainya. Mereka menyediakan bar yang menarik yang menyajikan minuman dan makanan ringan untuk tetamu. Anda boleh menikmati pakej sarapan yang disediakan oleh pihak hotel juga. Berita baik untuk tetamu, tempat makan lain di kawasan ini hanya berada dalam jarak berjalan kaki saja dari hotel. Anda boleh menikmati hidangan makanan yang indah seperti La Sal di Casa Del Mar, Thirstday Bar and Restaurant, Restoran Yasmin untuk beberapa hidangan tempatan dan Orkid Ria Seafood Restaurant untuk menikmati masakan makanan laut yang lazat. Semua tempat makan ini terletak hanya dalam jarak 1 km dari hotel. Anda tidak akan kekurangan pilihan makanan sepanjang penginapan anda di Mali-Mali Beach Resort.
Mali-Mali Beach Resort menyediakan penginapan bajet dengan kemudahan yang mencukupi dan aktiviti menghiburkan untuk semua tetamu nikmati. Selain dari kemudahan bilik di atas, anda juga boleh menikmati bilik keluarga yang selesa untuk berehat selepas hari yang panjang dan bilik bebas merokok di mana anda boleh menikmati tanpa sebarang ketidakselesaan. Hotel ini juga menyediakan kolam renang untuk keseronokan bermain air dan kawasan merokok khusus untuk perokok tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada orang di sekeliling anda. Kemudahan awam lain yang disediakan sepanjang penginapan anda termasuk kawasan tempat letak kereta yang mencukupi, restoran berdekatan, perkhidmatan bilik, penyambut tetamu 24-jam dan perkhidmatan ulang-alik untuk ke lapangan terbang. Hanya diingatkan bahawa untuk pemindahan ke lapangan terbang, bayaran tambahan akan dikenakan.
Selain menikmati kemudahan yang disediakan, anda juga boleh menikmati aktiviti yang menyeronokkan dengan ahli keluarga dan / atau rakan anda. Anak-anak anda akan bersuka-ria di dalam kolam renang kanak-kanak yang disediakan dan anda boleh menikmati aktiviti-aktiviti sukan air memandangkan pantai hanya beberapa langkah dari bilik anda.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Restoran, Kolam Renang, Meja Depan 24 jam, Parkir, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |
Ketersediaan Sarapan | Ya |
Bilik tersedia di Mali-Mali Beach Resort | 38 |
Fasilitas lain di Mali-Mali Beach Resort | Kedai kopi, Pesanan bilik, Peti keselamatan, WiFi di kawasan umum, Penyaman Udara |