Mercury Boutique Hotel, adalah sebuah hotel yang terletak di sekitar Pusat Bandar Melaka. Dengan gabungan reka bentuk kontemporari dan moden, serta lokasi hotel ini yang terletak di tengah pusat bandar, telah menambahkan lagi nilai kepada hotel ini. Daripada tujuan perniagaan ataupun percutian bersama keluarga, Mercury Boutique Hotel adalah hotel yang sesuai untuk anda. Anda boleh menikmati penginapan mengikut citarasa anda tersendiri. Hotel ini adalah pilihan utama untuk para pelancong perniagaan ataupun keluarga yang sedang bercuti dengan siri bilik tamu yang luas dan selesa yang akan membuat anda merasa seperti di rumah. Beberapa pusat tarikan pelancong hanya dalam jarak berjalan kaki dengan hotel ini.
Jika anda dalam perjalanan melalui udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, sebuah lapangan terbang yang terletak di bandaraya Melaka, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 30 minit ke Mercury Boutique Hotel. Alternatif lain ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (IATA: KUL, ICAO: WMKK) yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Sepang, Selangor. Kedua-dua terminal, lapangan terbang KLIA dan KLIA2 terletak kira-kira 1 jam 45 minit pemanduan dari Melaka. Adalah sangat mudah untuk sampai ke Mercury Boutique Hotel dengan menggunakan kereta. Lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah jalan tol moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu. Ayer Keroh adalah salah satu susur keluar dari lebuh raya ini hanya terletak kira-kira 45 minit dari Mercury Boutique Hotel. Hotel ini terletak dalam jarak 3 minit berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Centre dan 12 minit berjalan kaki dari Jonker Street yang terkenal dengan bangunan warisannya yang menjual pelbagai jenis makanan dan barang-barang kebudayaan dari antik sehinggalah yang moden.
Terdapat 4 jenis bilik di Mercury Boutique Hotel, iaitu Standard Room, Deluxe Family, Deluxe Family 4 dan Superior Twin. Standard Room mampu menampung bukan hanya seorang tetapi dua orang. Pelanggan yang ingin berkongsi bilik dengan pasangan atau rakan pasti dapat menikmati penginapan di dalam bilik. Bilik Deluxe Family pula boleh menampung terutamanya jika anda mempunyai 3 orang ahli keluarga. Seperti namanya, Deluxe Family 4 pula mampu menampung sehingga empat orang, sama juga seperti dengan Superior Twin. Direka untuk membuat anda merasa selesa dan sentiasa segar sepanjang penginapan anda dengan Mercury Boutique Hotel, bilik-bilik penginapan adalah moden dengan sentuhan kayu untuk menyerikan suasana bilik ditambah pula dengan tona warna kain yang menenangkan. Setiap bilik dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, televisyen LED, peti keselamatan, peti sejuk mini dan bilik mandian pancuran hujan en-suite. Bilik tidur turut dilengkapi dengan tilam spring dan bantal.
Tiada restoran yang terdapat di dalam hotel ini, walau bagaimanapun hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai pilihan restoran, kedai serbaneka dan juga kafe.
Tetamu boleh menggunakan komputer yang disediakan di lobi untuk melayari internet secara percuma. Kemudahan tambahan yang terdapat termasuk kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam dan juga perkhidmatan kedai serbaneka. Hotel ini juga menyediakan tempat letak kenderaan yang selamat dengan pengawasan CCTV 24 jam di seluruh premis. Di samping itu, bilik bebas rokok juga turut disediakan. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti penyewaan basikal, bilik simpanan bagasi dan pusat perniagaan (komputer, mesin pencetakan, faks dan termasuk pusat perbincangan perniagaan).
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Bermula 1 Januari 2025, Kerajaan Negeri Melaka akan mengenakan Cukai Warisan mandatori sebanyak MYR 4.00 bagi setiap bilik yang didiami untuk satu malam di semua penginapan hotel. Cukai ini boleh berubah tanpa pemberitahuan awal. Cukai ini akan dikutip oleh pihak hotel semasa ketibaan tetamu.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, Parkir, Lif, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 15:00 - Sebelum 11:00 |
Bilik tersedia di Mercury Boutique Hotel | 48 |
Bilangan tingkat di Mercury Boutique Hotel | 4 |
Fasilitas lain di Mercury Boutique Hotel | Pekerja rencam, Pengurup wang, Keselamatan 24 jam, Perkhidmatan dobi, Penyimpanan bagasi |