Hotel 18 adalah hotel 1 bintang yang terletak di bandar Ipoh, Perak. Ia merupakan salah satu hotel yang menjaminkan penginapan seperti berada di rumah sendiri. Hotel ini juga terkenal kerana ia telah ditubuhkan dengan hasil titik peluh para pekerja yang setia dan berdedikasi. Hotel ini sentiasa mahu membaik taraf hasil perkhidmatan mereka dengan mendengar maklum balas para tetamu dan juga melalui kritikan yang diterima.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang mereka sentiasa ingin menaik taraf adalah skil hospitality mereka, memberikan kemudahan yang lebih bagus, perkhidmatan layanan pelanggan yang lebih baik, kawalan sekuriti yang lebih ketat dan juga keperluan IT yang lebih canggih.
Selain daripada itu, hotel ini menawarkan penginapan pada harga yang sangat berpatutan tetapi masih memberikan keselesaan pada taraf yang tinggi. Dengan cara ini, para pengembara bajet rendah atau pengembara dengan tujuan perniagaan. Hotel ini juga terletak di lokasi yang strategik. Ia berada di kawasan yang membangun di Ipoh. Ia dikelilingi dengan Pusat Membeli Belah, kedai makanan dari pelbagai bangsa, pusat hiburan seperti pub dan juga bistro.
Ada beberapa cara untuk sampai ke Hotel 18. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil Lebuhraya Utara – Selatan untuk pergi ke utara. Dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa 2 jam dan 9 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jaraknya adalah hanya sejauh 200 kilometer. Memandangkan pelancong harus melalui lebuhraya oleh itu akan ada tol untuk sampai ke hotel ini.
Cara lain untuk menuju ke Hotel 18 adalah dengan mengambil bas ke Ipoh. Pengunjung boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan. Terdapat pelbagai jenis syarikat bas yang membuat perjalanan ke sana pada setiap masa. Antaranya adalah Plusliner, Transnasional dan Konsortium. Ia akan mengambil masa 3 -4 jam untuk sampai ke Ipoh. Harga tiket bas pula adalah antara RM 17 hingga RM 30 sehala. Kemudian dari terminal bas Amanjaya Ipoh pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke hotel.
Pilihan lain adalah dengan mengambil keretapi dari Sentral Kuala Lumpur. Keretapi ini adalah keretapi antara bandar. Ia akan mengambil 3 jam untuk sampai ke Ipoh kerana ia akan berhenti di beberapa bandar lain. Harga tiket pula adalah RM 35 sehala.
Hotel ini mempunyai pelbagai jenis pilihan bilik yang boleh menempatkan para tetamu mereka mengikut kesesuaian. Pilihan bilik pertama adalah Deluxe Double Room. Ia mempunyai 1 katil queen dan sesuai untuk 2 tetamu. Seterusnya adalah bilik Deluxe Single Room dan juga Superior Single Room. Ia adalah bilik untuk 1 tetamu kerana ia mempunyai 1 katil bujang sahaja. Hotel ini juga mempunyai Deluxe Twin Room. Bilik ini mempunyai 2 katil bujan oleh itu sesuai untuk 2 tetamu. Bilik Deluxe Family Room juga ada untuk disewa. Ia mempunyai 2 katil queen dan sesuai untuk 4 orang tetamu. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai Deluxe Triple Room. Bilik ini mempunyai 3 katil bujang dan boleh memuatkan 3 orang tetamu.
Seterusnya, hotel ini mempunyai Superior Family Room. Bilik ini mempunyai 1 katil bujang dan 1 katil queen. Ia boleh m memuatkan 3 orang tetamu. Pilihan bilik terakhir adalah Large Family Room. Bilik ini mempunyai 1 katil bujang dan 2 katil queen. Oleh itu mereka boleh memuatkan 5 orang tetamu di dalam bilik ini.
Setiap bilik mempunyai tandas persendirian yang dilengkapi dengan alat mandian percuma dan juga air panas. Selain daripada itu, setiap bilik mempunyai alat penghawa dingin, televisyen, cerek elektrik dan juga kopi, teh dan air muinuman percuma.
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat membuatkan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai Wi-Fi di kesemua ruang dan bilik. Hotel ini juga mempunyai tempat letak kenderaan bagi tetamu yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain daripada itu, hotel ini mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam oleh itu mereka boleh membantu para tetamu mereka pada bila – bila masa dan kerana itu mereka mempunyai kawalan sekuriti 24 jam juga. Para tetamu juga boleh meminta bantuan dari penyambut tetamu untuk mencarikan teksi untuk mereka. Hotel ini juga mempunyai tempat simpanan bagasi dan surat khabar di ruang lobi setiap hari. Di kawasan persekitaran hotel ini juga terdapat bank, kedai – kedai serbaneka, salun rambut, kedai buah tangan, supermarket dan juga kedai dobi.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 14:00 - Sebelum 12:00 |