Mymutiara Homestay Bentong

Inap Desa
No, 62 Taman Mutiara Height, Kangar, Perlis, Malaysia, 28700
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Mymutiara Homestay Bentong adalah salah satu inap desa terbaik di bandar Bentong. Mymutiara Homestay Bentong adalah tempat yang sangat sesuai untuk tinggal ketika bercuti di Bentong kerana rumah inap desa ini dapat menampung lebih dari sepuluh tetamu. Lokasi inap desa ini menjadikannya lebih menarik bagi para tetamu kerana ia terletak di tengah-tengah bandar Bentong dan menjadikannya lebih mudah untuk pergi ke rumah inap desa tersebut.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Parkir
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
No, 62 Taman Mutiara Height, Kangar, Perlis, Malaysia, 28700
Lobi Mymutiara Homestay Bentong
Luar Bangunan 2 Mymutiara Homestay Bentong

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Mymutiara Homestay Bentong

Mymutiara Homestay Bentong adalah salah satu inap desa terbaik di bandar Bentong. Mymutiara Homestay Bentong adalah tempat yang sangat sesuai untuk tinggal ketika bercuti di Bentong kerana rumah inap desa ini dapat menampung lebih dari sepuluh tetamu. Lokasi inap desa ini menjadikannya lebih menarik bagi para tetamu kerana ia terletak di tengah-tengah bandar Bentong dan menjadikannya lebih mudah untuk pergi ke rumah inap desa tersebut.

Bagaimana untuk ke Mymutiara Homestay Bentong

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Mymutiara Homestay Bentong terletak di tengah-tengah bandar Bentong. Jika memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil masa hanya sejam untuk sampai ke bandar Bentong, yang hanya berjarak tujuh puluh kilometer jauhnya. Bagi mereka yang tidak berminat memandu, terdapat bas harian dari Terminal Perkeliling di Kuala Lumpur yang pergi Stesen Bas Bentong. Perjalanan bas ini akan mengambil masa kira-kira satu jam setengah dengan harga tiket bermula dari serendah RM 6 seorang. Kekerapan bas ke Bentong ini adalah setiap jam dari pukul 7 pagi dan bas yang terakhir meninggalkan terminal bas Taman Pekeliling pada pukul 7.30 malam. Terdapat juga pilihan untuk mengambil teksi dari Kuala Lumpur ke Bentong dan dianggarkan akan berharga sekurang-kurangnya RM 100 setiap perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bentong.

Pilihan Bilik di Mymutiara Homestay Bentong

Mymutiara Homestay Bentong adalah sebuah rumah teres dua tingkat di bandar Bentong. Inap desa ini merupakan sebuah rumah di kawasan perumahan Mutiara Heights. Oleh kerana ia adalah sebuah inap desa, bilik-bilik di dalam rumah tidak boleh disewa secara individu. Bagi mana-mana tetamu yang ingin menyewa di Mymutiara Homestay Bentong, mereka perlu menyewa seluruh rumah, tanpa mengira jumlah penghuni.

Mymutiara Homestay Bentong mempunyai empat buah bilik tidur dan tiga buah bilik mandi. Dua buah bilik tidur di inap desa mempunyai dua buah katil berukuran Double di setiap bilik. Satu bilik lainnya mempunyai sebuah katil Double sahaja manakala bilik yang terakhir mempunyai sebuah katil Double dan juga katil bersaiz Single. Secara keseluruhan, kesemua bilik tidur di inap desa ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 13 orang dewasa dengan selesa di katil. Semua bilik tidur di inap desa dipasang dengan berpendingin hawa sepenuhnya dan terdapat juga kipas siling. Salah satu bilik mandi terletak di dalam bilik tidur, sementara dua lagi bilik mandi terletak di luar di mana ia dikongsi bersama seluruh isi rumah. Ketiga-tiga bilik mandi ini dilengkapi dengan tandas dan pancuran mandian air panas. Inap desa juga telah menyediakan beberapa keperluan untuk kegunaan bilik mandi seperti tuala, syampu dan sabun.

Ruang tamu di inap desa ini mempunyai sebuah televisyen skrin rata dengan saluran kabel. Terdapat juga beberapa buah yang boleh diduduki tiga orang dan dua orang di ruang tamu. Ruang makan di inap desa cukup besar untuk menampung sekurang-kurangnya sepuluh orang dalam satu-satu masa, namun meja makan yang disediakan oleh tuan rumah agak kecil. Meja makan tersebut hanya boleh memuatkan enam orang pada satu-satu masa. Dapur di inap desa ini dilengkapi dengan sebiji cerek elektrik, sebuah peti sejuk bersaiz penuh dan beberapa biji pinggan mangkuk. Sebuah mesin basuh dan mesin pengering ini juga disediakan di inap desa dan kedua-duanya terletak di dapur. Terdapat kawasan duduk kecil di luar rumah; tempat yang menarik untuk berehat dan bersantai.

Sambungan Wi-Fi percuma disediakan oleh tuan rumah.

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah inap desa tanpa asap rokok. Merokok adalah di larang di dalam rumah.

Restoran dan Kafe di Mymutiara Homestay Bentong

Tidak ada restoran atau kafe yang terdapat di Mymutiara Homestay Bentong. Walau bagaimanapun, terdapat banyak tempat makan di pusat bandar Bentong.

Kemudahan di Mymutiara Homestay Bentong

Mymutiara Homestay Bentong mempunyai beberapa kemudahan untuk menjadikan penginapan yang lebih selesa untuk para tetamu. Peilik Mymutiara Homestay Bentong ini menyediakan perkhidmatan daftar masuk dan keluar ekspres untuk para tetamu. Rumah inap desa ini mempunyai tempat letak kereta yang berpagar namun ia hanya boleh memuatkan dua buah kereta. Jika tidak muat untuk memakir kereta dalam kawasan rumah, para tetamu boleh memakir di tepi jalan. Tidak perlu risau kerana rumah inap desa ini berada dalam kawasan perumahan berpagar.

Tempat Menarik berhampiran Mymutiara Homestay Bentong

Kolam Air Panas Bentong

Kolam Air Panas Bentong adalah tempat yang sangat sesaui untuk merendam kaki dan bersantai semasa bercuti di Bentong. Merendam kaki di kolam air panas ini boleh membantu untuk melegakan ketegangan otot lebih-lebih lagi setelah seharian berjalan-jalan. Di Kolam Air Panas Bentong ini, hanya orang dewasa sahaja yang dibenarkan untuk merendam kaki, manakala kanak-kanak tidak dibenarkan masuk kerana kola mini boleh membahayakan kanak-kanak. Orang dewasa juga dinasihatkan untuk hanya merendamkan kaki mereka tidak lebih daripada 15 minit pada satu-satu masa. Kolam Air Panas Bentong ini dibuka setiap hari dari seawal jam 2 pagi sehinggalah 8 malam.

Semua Kemudahan

Ruang Umum Mymutiara Homestay Bentong
Ruang Umum
Lobi Mymutiara Homestay Bentong
Lobi
Luar Bangunan Mymutiara Homestay Bentong
Luar Bangunan
Bilik Tidur Mymutiara Homestay Bentong
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Mymutiara Homestay Bentong
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Dalam Bilik

  • Tab mandi
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pengering rambut
  • Dapur kecil
  • Peti sejuk
  • Pancur mandi dan tab berasingan
  • Pancuran mandi
  • TV

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar masuk ekspres
  • Daftar keluar ekspres
  • Kakitangan berbilang bahasa

Pengangkutan

  • Parkir yang selamat

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • Parkir

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotel yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia. Cukai ini adalah sebagai tambahan kepada cukai-cukai sedia ada yang dikutip di hotel sewaktu mendaftar masuk. Sila buat semakan berkenaan cukai-cukai ini dengan pihak hotel pada hari ketibaan.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Parkir, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Mymutiara Homestay Bentong?
Berikut facilities yang ada di Mymutiara Homestay Bentong seperti AC, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Mymutiara Homestay Bentong?
Masa check-in di Mymutiara Homestay Bentong bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto

Tiada ulasan yang kelihatan sepadan dengan penapis anda

Mari cuba tukar penapis atau kosongkannya untuk melihat semua ulasan.
Tetapkan Semula Penapis

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Mymutiara Homestay Bentong

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved