Old Penang Hotel (Trang Road)

Hotel
18-30, Jalan Trang , Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10150
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Old Penang Hotel (Trang Road) dahulunya dikenali sebagai Trang City Lodge yang diuruskan oleh Trang City Enterprise. Ia dibuka pada Februari 2001. Seni bina Old Penang Hotel (Trang Road) ini menggunakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1910 hingga tahun 1940. Old Penang Hotel (Trang Road) sekarang telah dinaik taraf menjadi satu hotel yang berkongsi visi dengan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu selepas diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2007. Old Penang Hotel (Trang Road) menyediakan penginapan yang sangat selesa bagi pengunjungnya. Bukan itu sahaja, lokasi Old Penang Hotel (Trang Road) juga adalah sangat strategik. Ia berada betul-betul di bandar Georgetown. Oleh itu, anda boleh pergi ke mana-mana destinasi menarik di Georgetown dengan mudah. Untuk apa jua sebab anda berada di Georgetown, anda pastinya mahu menetap di Old Penang Hotel (Trang Road).

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
18-30, Jalan Trang , Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10150
Lobi Old Penang Hotel (Trang Road)
Lobi 2 Old Penang Hotel (Trang Road)

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Old Penang Hotel (Trang Road)

Old Penang Hotel (Trang Road) dahulunya dikenali sebagai Trang City Lodge yang diuruskan oleh Trang City Enterprise. Ia dibuka pada Februari 2001. Seni bina Old Penang Hotel (Trang Road) ini menggunakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1910 hingga tahun 1940. Old Penang Hotel (Trang Road) sekarang telah dinaik taraf menjadi satu hotel yang berkongsi visi dengan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu selepas diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2007. Old Penang Hotel (Trang Road) menyediakan penginapan yang sangat selesa bagi pengunjungnya. Bukan itu sahaja, lokasi Old Penang Hotel (Trang Road) juga adalah sangat strategik. Ia berada betul-betul di bandar Georgetown. Oleh itu, anda boleh pergi ke mana-mana destinasi menarik di Georgetown dengan mudah. Untuk apa jua sebab anda berada di Georgetown, anda pastinya mahu menetap di Old Penang Hotel (Trang Road).

Bagaimana untuk ke Old Penang Hotel (Trang Road)

Anda boleh berkunjung ke Old Penang Hotel (Trang Road) dengan sangat mudah kerana ia terletak betul-betul di bandar Georgetown. Terdapat beberapa kemudahan pengangkutan awam yang ada di Georgetown. Anda boleh memilih untuk menaiki bas, penerbangan atau pun memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke Old Penang Hotel (Trang Road).

Sekiranya anda ingin menggunakan bas, anda boleh menaiki bas dari tempat anda untuk ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong. Jika anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong. Terdapat beberapa pilihan bas yang anda boleh pilih untuk datang ke Georgetown. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong akan mengambil masa selama 4 jam. Apabila anda sudah tiba di Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong, anda boleh mengambil teksi untuk ke Old Penang Hotel (Trang Road) dengan hanya 15 minit sahaja. Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil bas RapidPenang bernombor 303 untuk ke Old Penang Hotel (Trang Road).

Anda juga boleh menjimatkan masa perjalanan anda ke Pulau Pinang dengan menaiki penerbangan. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Terdapat beberapa penerbangan yang anda boleh pilih seperti AirAsia, Malaysia Airlines atau pun Malindo Air. Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, anda boleh mengambil teksi ataupun bas untuk ke Old Penang Hotel (Trang Road). Jika anda ingin mengambil teksi, perjalanan akan mengambil masa selama 23 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Old Penang Hotel (Trang Road). Selain daripada itu, anda juga boleh menaiki bas RapidPenang bernombor 401E untuk ke Old Penang Hotel (Trang Road).

Anda juga boleh memandu kenderaan anda sendiri untuk datang ke Old Penang Hotel (Trang Road). Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dan melalui Plaza Tol Jalan Duta, anda boleh mengikuti cadangan laluan ini. Dari Plaza Tol Jalan Duta, ambil jalan Lebuhraya Utara - Selatan / E1 ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu / Route 3113 di Gelugor. Teruskan perjalanan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu / Laluan 3113. Pandu ke Jalan Trang di George Town sebelum tiba di Old Penang Hotel (Trang Road).

Pilihan Bilik di Old Penang Hotel (Trang Road)

Terdapat 4 jenis bilik yang ada di Old Penang Hotel (Trang Road) ini. Bilik-bilik yang ada di Old Penang Hotel (Trang Road) di sini adalah bilik bujang, bilik Double, bilik Double dengan bilik air dan bilik keluarga. Anda boleh memilih mana-mana bilik yang bersesuaian dengan bajet dan jumlah pengunjung bersama anda pada ketika itu. Bilik bujang mempunyai 1 katil bersaiz bujang, bilik Double pula mempunyai 1 katil bersaiz Double. Bilik Double dengan bilik air juga mempunyai 1 katil bersaiz Double, tetapi bilik ini mempunyai bilik air peribadi. Bilik keluarga juga mempunyai bilik air peribadi dan mempunyai 2 katil bersaiz Double.

Restoran dan Kafe di Old Penang Hotel (Trang Road)

Tiada restoran dan kafe di Old Penang Hotel (Trang Road). Walau bagaimanapun, Old Penang Hotel (Trang Road) mempunyai dapur dan tempat makanan di dalamnya. Anda boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di Old Penang Hotel (Trang Road). Selain daripada itu, anda juga boleh mencari makanan dan minuman di bandar Georgetown. Pulau Pinang terkenal dengan masakan yang bervariasi dan pastinya menggiurkan anda. Makanan terkenal di sana adalah seperti pasembur, nasi kandar dan bermacam-macam lagi.

Kemudahan dan Aktiviti di Old Penang Hotel (Trang Road)

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Old Penang Hotel (Trang Road) seperti kemudahan Wi-Fi secara percuma di dalam setiap bilik. Kemudahan penghawa dingin juga disediakan di dalam setiap bilik. Setiap bilik juga didatangkan bersama televisyen yang dilengkapi siaran Astro.

Tempat Menarik berhampiran Old Penang Hotel (Trang Road)

Penang Hil

l – Anda boleh berkunjung ke sini untuk ke Bukit Bendera. Anda dapat merasai angin yang sejuk dan juga menyaksikan pemandangan Pulau Pinang yang indah. Anda boleh menaiki bas RapidPenang bernombor 204 untuk ke sini.

Semua Kemudahan

Ruang Umum Old Penang Hotel (Trang Road)
Ruang Umum
Lobi Old Penang Hotel (Trang Road)
Lobi
Luar Bangunan Old Penang Hotel (Trang Road)
Luar Bangunan
Bilik Tidur Old Penang Hotel (Trang Road)
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Old Penang Hotel (Trang Road)
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Salun kecantikan
  • Kedai cenderamata
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Dobi
  • Kedai
  • Pasar raya

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Bilik larangan merokok

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Perkhidmatan Hotel

  • Perkhidmatan dobi
  • Penyimpanan bagasi
  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan akan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara atau bukan penduduk tetap Malaysia. Harap maklum bahawa pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk. Kadar Cukai Pelancongan adalah RM10 untuk setiap bilik, setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 07:00

Dokumen yang Diperlukan

Semasa daftar masuk, anda dikehendaki membawa Kad Pengenalan, Sijil Perkahwinan. Sila bawa dokumen yang diperlukan dalam salinan cetak.

Instruksi Daftar Masuk Umum

Greeting from Old Penang Hotel (Trang Road), Incase you plan to late check in after 10:00pm please proceed to do check in process at our other outlet on Jalan Kampung Jawa (Old Penang Hotel (PTS). They will help you on room registration there. Any other enquiry you may contact 04-2267611. https://goo.gl/maps/ck4UJknAUQGSJvMD8 We are sorry for any inconvenience. Best Regard, Old Penang Hotel
Baca Semua

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 07:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Old Penang Hotel (Trang Road)?
Berikut facilities yang ada di Old Penang Hotel (Trang Road) seperti AC, Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Old Penang Hotel (Trang Road)?
Masa check-in di Old Penang Hotel (Trang Road) bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 07:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 624 ulasan tetamu yang disahkan
7.6
Menyenangkan
Hebat
57
Bagus
321
Memuaskan
45
Biasa
201
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi strategik (3)
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
R
Rudi
Percutian
8.5
/ 10
06 Oct 2023
Pelayan sangat ramah, nyaman tinggal di sini, untuk ruang kamar sederhana dan versi rumah tua gitu karena masih banyak dinding yang menggunakan papan. AC kurang dingin, ditambah kipas angin, nanti yang tidak bisa tidur dengan AC jadi perlu di perhatikan ya hahahah.
Imej Ulasan untuk Old Penang Hotel (Trang Road) dari Rudi A.
Imej Ulasan untuk Old Penang Hotel (Trang Road) 2 dari Rudi A.

Suka ulasan ini?

ZA
ZULFAKHRI A.
6.5
/ 10
21 Sep 2023
Lokasi yang baik tetapi tandas di dalam bilik kotor, sila tukar tempat duduk/penutup tandas.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

Sri T. H.
5.6
/ 10
13 Nov 2023
Hotel ini sesuai dengan namanya, bangunan lama dan gaya kuno. Bilik itu berbau busuk dan bilik mandi di luar dikongsi dengan yang lain.
Translated by Google Icon

2 menyukai ulasan ini

MN
Muhammad N. N.
Percutian
5.1
/ 10
01 Jan 2023
Perkhidmatan ini sangat teruk, saya berada di sana, bilik dan penerimaan adalah berbeza.
Translated by Google Icon

1 menyukai ulasan ini

Anonymous
Ini ialah pengguna tetamu.
5.7
/ 10
07 Mar 2024
Pas masuk seprei ada seperti bercak darah lumayan banyak, saya minta diganti. Saya mabok bau cat dkt pintu kamar, saya minta diangkat, tp tidak disingkirkan semua. Kamar sampai pg bau cat yang tajam. Depan pintu kamar ada kasur jelek banget, merusak mata banget. Ihh. Engk mau lagi kesitu
Imej Ulasan untuk Old Penang Hotel (Trang Road) dari G***t
Imej Ulasan untuk Old Penang Hotel (Trang Road) 2 dari G***t

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Luar Bangunan 4 Old Penang Hotel (Trang Road)

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved