Oriental Hotel

Hotel
105 Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat yang selesa, Oriental Hotel merupakan pilihan hotel yang sempurna di Pulau Pinang. Hotel ini terletak hanya 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lokasi hotel ini juga sangat baik kerana para pelancong mudah untuk pergi ke beberapa tempat yang menarik seperti muzium, pameran seni dan pusat membeli-belah yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel ini. Selain itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan ynag berguna. Semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan bersih kerana hotel ini telah menawarkan perkhidmatan pengemasan harian. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang yang bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan yang lazat di sebuah restoran di Oriental Hotel.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Restoran
Meja Depan 24 jam
Lif

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
105 Penang Road, Georgetown, Pulau Pinang, Penang, Malaysia, 10000
Lobi Oriental Hotel
Lobi 2 Oriental Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Oriental Hotel

Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat yang selesa, Oriental Hotel merupakan pilihan hotel yang sempurna di Pulau Pinang. Hotel ini terletak hanya 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Lokasi hotel ini juga sangat baik kerana para pelancong mudah untuk pergi ke beberapa tempat yang menarik seperti muzium, pameran seni dan pusat membeli-belah yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari hotel ini. Selain itu, semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan kemudahan ynag berguna. Semua bilik di hotel ini sentiasa dalam keadaan bersih kerana hotel ini telah menawarkan perkhidmatan pengemasan harian. Hotel ini juga telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang yang bagus untuk keselesaan tetamu mereka. Para tetamu juga boleh menikmati hidangan yang lazat di sebuah restoran di Oriental Hotel.

Bagaimana untuk ke Oriental Hotel

Oriental Hotel terletak di 105 Penang Road, Georgetown, 10000, Pulau Pinang. Terdapat dua cara untuk sampai ke Oriental Hotel. Cara yang pertama adalah dengan menaiki kapal terbang. Para pelancong yang datang dari Kuala Lumpur, mereka akan mengambil penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Perjalanannya akan mengambil masa selama 50 minit. Sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, para pelancong boleh mengambil kereta sewa atau teksi di pintu masuk lapangan terbang. Perjalanan untuk ke hotel akan mengambil masa selama 25 minit dengan memandu dari lapangan terbang.

Cara yang kedua adalah dengan menaiki kereta. Mereka akan menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan ke LebuhrayaTun Dr. Lim Chong Eu di Gelugor. Kemudian, mereka perlu memandu ke Jalan Penang di Georgetown. Apabila sudah sampai di Jalan Penang, mereka dapat menemui Oriental Hotel. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 3 jam dan 50 minit.

Pilihan Bilik di Oriental Hotel

Para tetamu boleh membuat pilihan dengan bilik yang ditawarkan oleh Oriental Hotel. Antaranya ialah Bilik Standard Twin dan Bilik Keluarga. Bagi Bilik Standard Twin, ia mempunyai saiz sebesar 19 meter persegi dan ia boleh menampung 1 katil queen. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan pengemasan harian yang disediakan untuk bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, telefon, meja, televisyen, peti sejuk dan air botol percuma. Selain itu, para tetamu boleh meminta kemudahan menyeterika, katil tambahan dan bilik bersambung untuk pakej bilik ini. Bagi bilik mandi pula, ia mempunyai bilik mandi peribadi, pancuran mandian, pengering rambut dan tuala. Oleh itu, jumlah harga bilik ini ialah RM105.72 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Bilik yang berikut ialah Bilik Keluarga. Saiz bilik ini adalah 23 meter persegi dan ia mempunyai 2 katil queen. Hotel ini telah menyediakan beberapa kemudahan dalam bilik seperti penghawa dingin, meja, telefon, televisyen, peti sejuk dan air botol percuma. Para tetamu boleh meminta katil tambahan dan bilik bersambung. Bagi kemudahan bilik mandi, terdapat bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian, pengering rambut dan tuala. Para tetamu boleh mendapatkan akses Wi-Fi secara percuma dan perkhidmatan pengemasan harian untuk pakej bilik ini. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM173.58 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.

Restoran dan Kafe di Oriental Hotel

Terdapat sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan untuk para tetamu di Oriental Hotel. Semua makanan di restoran ini telah memenuhi selera dan citarasa para tetamu di hotel ini. Selain itu, mereka pergi ke bar yang menawarkan makanan dan minuman ringan di hotel ini.

Kemudahan dan Aktiviti di Oriental Hotel

Oriental Hotel telah menyediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan tetamu mereka. Antaranya adalah tempat letak kereta secara percuma untuk para tetamu, perkhidmatan lawatan dan lif. Selain itu, terdapat sebuah kedai salon rambut berdekatan dengan hotel ini.

Tempat Menarik Berhampiran Oriental Hotel

Hin Bus Depot -

Hin Bus Depot adalah salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi di Pulau Pinang. Tempat ini dikenali sebagai lokasi pameran mural. Sebelum ini, terdapat seorang pelukis muda dari Lithuania yang bernama Ernest Zacharevic ingin mengadakan pameran solonya di Pulau Pinang dan beliau telah memilih tempat yang pernah dimiliki oleh Depot Bus Perusahaan Hin. Pameran beliau yang dipanggil ‘Art is Art Rubbish’ telah menarik perhatian orang ramai dan media massa. Dari tempatan dan antarabangsa. Terdapat beberapa tempat di Hin Bus Depot yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Para pelancong boleh mendapatkan t-shirt, barang kemas, cenderahati dan kraf tangan serta melihat persembahan jalanan di Pasar Minggu Pop Up yang akan diadakan dari pukul 11 ​​pagi hingga pukul 5 petang. Pasar ini merupakan sebuah platform bagi pemilik perniagaan, pembuat kraf tangan, pelukis dan pemuzik. Selain itu, para pengunjung dapat melihat lukisan mural dan pameran seni oleh karya seniman tempatan dan antarabangsa. Pada bulan Julai, mereka boleh pergi ke tempat ini untuk menonton beberapa filem antarabangsa yang hebat yang diadakan pada setiap hari Selasa. Bagi mereka yang suka meluncur, mereka boleh pergi di bahagian yang dipanggil sebagai Skate Ramp. Selain itu, para pengunjung juga bepeluang untuk mempelajari membuat barang seramik mereka yang tersendiri di Seramik Studio Pulau Pinang. Hin Bus Depot juga telah menawarkan beberapa kedai perabot, tempat untuk melakukan aktiviti berkebun, beberapa restoran dan kafe. Perjalanan untuk ke Hin Bus Depot akan mengambil masa selama 4 minit dengan memandu dari Oriental Hotel.

Ghost Museum -

Terdapat beberapa jenis muzium yang harus dikunjungi oleh para pelancong di Pulau Pinang. Muzium paling unik di Pulau Pinang ialah Ghost Museum. Lokasinya terletak di Lebuh Melayu, Georgetown. Ghost Museum adalah sebahagian daripada Bangunan Warisan Dunia UNESCO. Muzium ini telah memaparkan cerita legenda hantu di Malaysia. Di bahagian yang pertama, para pengunjung dapat melihat beberapa hantu Melayu tradisional seperti 'Orang Minyak', 'Pontianak', 'Toyol' dan lain-lain. Selepas mendapatkan beberapa maklumat dari bahagian hantu Melayu tradisional, mereka akan menuju ke bahagian Hantu Cina. Di bahagian ini, ia mengandungi Zombie Cina yang dipanggil sebagai 'Jiang Shi' dan cerita di sebalik ‘Hungry Ghost Month’. Kemudian, mereka akan menemui bahagian Mesir Purba yang mengandungi Mumia dan Anubis. Terdapat juga bilik gelap yang mempunyai ‘Dracula’ dan ‘Vampire’. Bahagian yang berikut adalah bahagian Hantu Jepun yang terdiri daripada hantu popular dari filem iaitu 'Ju-On', 'Kappa' dan lain-lain. Sepanjang lawatan di muzium ini, para pengunjung akan diiring oleh orang yang bertugas. Ghost Museum telah dibuka pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 7 malam. Para pengunjung yang datang dari Oriental Hotel akan mengambil masa selama 14 minit dengan berjalan kaki ke muzium ini.

Asia Comic Cultural Museum -

Asia Comic Cultural Museum adalah muzium yang pertama bertemakan komik di negara Asia. Ia terletak di ICT Mall, Komtar, Georgetown. Terdapat beberapa jenis komik yang berasal dari negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan China. Para pengunjung dapat melihat karya seni dari pelukis tempatan dan pelukis antarabangsa. Semua komik yang dipamerkan adalah dari era Perang Dunia hingga pada masa kini iaitu dari ilustrasi kartun 3D dan beberapa watak komik yang popular seperti Ultraman dan Monkey King. Muzium ini telah dibuka pada setiap hari. Waktu operasinya adalah dari pukul 11 ​​pagi hingga pukul 7 malam pada hari berkerja dan pada hujung minggu, ia dibuka dari pukul 11 ​​pagi hingga pukul 9 malam. Perjalanan dari Oriental Hotel ke Asia Comic Cultural Museum akan mengambil masa selama 12 minit dengan berjalan kaki.

Prangin Mall -

Bagi mereka yang minat dallam membeli-belah, Prangin Mall adalah satu destinasi yang tepat untuk dikunjungi di Pulau Pinang. Prangin Mall adalah pusat membeli-belah yang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan para pelancong asing di Georgetown. Pusat membeli-belah ini terletak di Jalan Dr.Lim Chwee Leong bersebelahan dengan kompleks Komtar dan 1st Avenue Mall. Ia telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 2001. Kini, terdapat beberapa ratus kedai yang terdiri daripada 5 tingkat. Para pengunjung boleh mendapatkan alat-alat elektronik pada harga yang berpatutan di bahagian IT dan membeli beberapa pakaian dan aksesori di beberapa kedai seperti Padini, Giordano, Body Glove dan banyak lagi. Bagi pilihan tempat makan, para pengunjung boleh makan di kedai makana segera atau kafe di Prangin Mall. Selain itu, terdapat sebuah pawagam dan tempat hiburan yang lain di tingkat yang terakhir di pusat membeli belah ini. Para pengunjung dapat sampai ke Prangin Mall dengan hanya 10 minit berjalan kaki dari Oriental Hotel.

Semua Kemudahan

Lobi Oriental Hotel
Lobi
Luar Bangunan Oriental Hotel
Luar Bangunan
Bilik Tidur Oriental Hotel
Bilik Tidur
Lain-lain Oriental Hotel
Lain-lain
Bilik Mandi dalam Bilik Oriental Hotel
Bilik Mandi dalam Bilik

Perkhidmatan Hotel

  • Penyimpanan bagasi
  • Penyambut tetamu 24 jam
  • Suratkhabar di lobi
  • Perkhidmatan dobi
  • Lawatan
  • Pekerja rencam

Kemudahan Umum

  • OTHER
  • Restoran
  • Kawasan bebas rokok
  • Peti keselamatan
  • Lif

Makanan dan Minuman

  • Bar
  • Bar snek

Umum

  • Parkir

Kemudahan Berhampiran

  • Salun rambut

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:

  • Cukai bandar raya dikenakan: MYR 2.00 setiap penginapan semalam

Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit, kad debit atau deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit; wang tunai tidak diterima

Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.

Hotel only accepts guests with minimum age of 18

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 09:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 09:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Oriental Hotel?
Berikut facilities yang ada di Oriental Hotel seperti Restoran, Meja Depan 24 jam, Lif. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Oriental Hotel?
Masa check-in di Oriental Hotel bermula dari Dari 09:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 162 ulasan tetamu yang disahkan
8.3
Mengagumkan
Hebat
54
Bagus
71
Memuaskan
10
Biasa
27
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi strategik (4)
staf mesra (3)
bilik bersih (1)
harga berpatutan (1)
Lihat Lebih 4
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Karen a. b. l.
Ini adalah profil peribadi.
6
/ 10
07 May 2023
Pintu bilik 1 tidak boleh dikunci, jadi mereka menukar bilik tetapi aircond tidak berfungsi kemudian mereka memberi bilik ke-3 yang memerlukan bantuan dari penyelenggaraan untuk memastikan aircond berfungsi. Menghabiskan 2 jam hanya menukar bilik. Daftar masuk pada pukul 330 petang hanya dapat diselesaikan di dalam bilik keadaan kerja yang betul pada pukul 645 petang. Saya membeli lebih banyak insurans untuk hotel ini dan tidak boleh membuat tuntutan dari web untuk membayar balik selepas mengadu kepada ejen dalam talian tentang kejadian ini pada hari itu sendiri ketika saya masih menunggu bilik ke-3 saya untuk menyelesaikan penyelenggaraan:(
Baca Lebih Lanjut
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Karen A. B. L.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 2 dari Karen A. B. L.

Suka ulasan ini?

Danny J.
Ini adalah profil peribadi.
Perubatan
9.7
/ 10
14 Feb 2024
Sudah ke 2x saya di hotel ini. Kamar sangat luas dan bersih, dekat juga dengan berbagai macam kuliner. Lingkungan nya area hotel semua. Dkt mall prangin. Saya kalo ke penang tidak ke hotel mana-mana lagi, hotel oriental saja sudah memuaskan
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 2 dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 3 dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 4 dari Danny J.

Suka ulasan ini?

Danny J.
Ini adalah profil peribadi.
Perubatan
9.7
/ 10
02 Feb 2024
Kamar nya besar, ada kursi duduk dan meja nyaman, ada meja dan kursi duduk bisa untuk kerja, banyak makanan di depan hotel, samping nya ada supermerket gama. Ok banget lah, harga juga murah.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 2 dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 3 dari Danny J.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 4 dari Danny J.

Suka ulasan ini?

MF
MOHD F. B. A. T. M. B.
Percutian
9.7
/ 10
21 May 2022
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Mohd F. B. A.

2 menyukai ulasan ini

CD
Chutima D.
8.5
/ 10
09 Jan 2024
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Chutima D.
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel 2 dari Chutima D.

1 menyukai ulasan ini

Tina A.
Perubatan
8.5
/ 10
11 Oct 2023
Imej Ulasan untuk Oriental Hotel dari Tina A.

Suka ulasan ini?

Rudi
8.5
/ 10
06 Oct 2022
Memuaskan, dekat dengan jual makanan

Suka ulasan ini?

ZS
ZAKARIA S.
8.5
/ 10
17 Aug 2022
Bilik yang luas, selesa dan parking percuma

Suka ulasan ini?

IB
IBRAHIM B. Y.
Perniagaan
8.5
/ 10
04 Jul 2022
Penginapan yang selesa dan memuaskan, bilik besar dan tandas yang telah diubahsuai.

Suka ulasan ini?

Yuliani
9.7
/ 10
29 Nov 2023
Pejabat depan sangat baik dan mesra. Lokasi di hujung jalan Culia. Sangat strategik. Berdekatan dengan makanan halal, Nasi Kandar Hameediyah, Be hwa Cafe, Soup Hameed, dan Roti Goyang dan kedai cenderahati din saya.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
5
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Oriental Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved