Panvill Resort terletak di salah satu pulau peranginan yang terkemuka di Malaysia iaitu Pulau Pangkor. Panvill Resort menawarkan banyak kemudahan dan servis untuk tetamunya yang menginap di resort mereka. Panvill Resort menjanjikan penginapan yang sangat selesa sekiranya anda menetap dengan mereka. Panvill Resort ini ideal bagi anda yang ingin berehat daripada kesibukan kerja bersama keluarga atau pun yang tersayang. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Pangkor ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetap di Panvill Resort sekiranya anda datang ke Pulau Pangkor atas urusan kerja. Oleh itu, pilihlah untuk menetap di Panvill Resort sekiranya anda datang ke Pulau Pangkor.
Panvill Resort terletak di Pulau Pangkor. Oleh itu terdapat beberapa jenis pengangkutan yang anda boleh gunakan untuk datang ke Panvill Resort ini. Anda boleh menggunakan bas, kapal terbang, kereta api, feri atau pun memandu kenderaan anda sendiri.
Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas, anda boleh mengambil bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Stesen Bas Lumut. Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perjalanan dari TBS ke Lumut. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut akan mengambil masa selama 3 jam dan 30 minit bergantung kepada keadaan trafik pada waktu itu.
Anda juga boleh menggunakan kereta api untuk datang ke Lumut. Anda boleh mengambil Perkhidmatan Kereta api Elektrik (ETS) untuk ke Lumut. Sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh mengambil ETS dari Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral untuk ke Stesen Batu Gajah. Tambang ETS adalah dari RM 25 hingga RM 35 bergantung kepada kelas koc yang anda pilih. Apabila anda sudah tiba di Stesen Batu Gajah, anda boleh mengambil teksi untuk ke Terminal Feri Lumut.
Sekiranya anda datang dari Johor Bahru pula, anda boleh menggunakan kapal terbang untuk datang ke Perak. Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah seperti Malindo Air dan AirAsia. Penerbangan dari Johor ke Perak akan mengambil masa selama 55 minit. Apabila anda sudah tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, anda boleh mengambil teksi untuk ke Terminal Feri Lumut.
Dari Terminal Feri Lumut, anda perlu mengambil feri di terminal itu untuk ke Pulau Pangkor. Dari Terminal Feri Lumut, perjalanan ke Pulau Pangkor akan mengambil masa selama 45 minit. Apabila anda sudah tiba di Terminal Feri Pulau Pangkor, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Panvill Resort.
Panvill Resort menawarkan 2 jenis bilik untuk pilihan tetamunya. Anda boleh memilih untuk menetap di mana-mana bilik yang terdapat di Panvill Resort ini mengikut kesesuaian bajet dan keperluan anda. Bilik-bilik yang disediakan di sini amat selesa dan luas. Bilik-bilik yang terdapat di Panvill Resort ini adalah bilik standard dan bilik asrama bercampur. Bilik standard mempunyai 1 katil bersaiz double manakala bilik asrama bercampur mempunyai 2 katil bersaiz bujang dan 2 katil bertingkat. Bilik standard dapat memuatkan 2 orang dewasa pada satu-satu masa. Bilik bercampur pula boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa pada satu-satu masa. Bilik bercampur ini sangat ideal bagi anda yang ingin berkunjung ke Pulau Pangkor dengan kumpulan yang besar.
Terdapat satu restoran di Panvill Resort ini. Anda boleh berkunjung ke restoran yang terdapat di Panvill Resort ini untuk menikmati makanan dan minuman di sepanjang penginapan anda di Pulau Pangkor. Selain daripada itu, anda boleh mencari makanan dan minuman dengan sangat mudah ketika anda menetap di Panvill Resort. Di sekitar kawasan Panvill Resort ini, terdapat banyak gerai-gerai tempatan yang menjual makanan dan minuman. Anda boleh berkunjung ke gerai-gerai itu untuk merasai kelazatan dan keunikan masakan penduduk di Pulau Pangkor itu. Anda pastinya akan dapat merasai perbezaan masakan di sana dengan tempat yang lain.
Panvill Resort menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk semua tetamunya. Panvill Resort menyediakan perkhidmatan Wi-Fi dan penghawa dingin di dalam setiap bilik tetamunya. Bukan itu sahaja, Panvill Resort juga menawarkan aktiviti air untuk anda lakukan seperti selam skuba, snorkel dan bermacam-macam lagi. Anda pastinya akan berasa sangat gembira dengan menetap di Panvill Resort. Perkhidmatan kaunter hadapan juga beroperasi selama 24 jam di Panvill Resort. Anda juga boleh membuat aktiviti barbeku bersama kumpulan atau keluarga sepanjang anda menetap di Panvill Resort.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Kemudahan Popular | AC, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 14:00 - 23:00 - 07:00 - 12:00 |
Bilik tersedia di OYO 89646 Panvill Resort | 10 |
Bilangan tingkat di OYO 89646 Panvill Resort | 1 |
Fasilitas lain di OYO 89646 Panvill Resort | Kabel TV, Pancuran mandi, TV, Daftar Masuk Awal, Daftar masuk ekspres |