Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
Gambaran Penginapan
Info Kawasan
Bilik
Ulasan
Polisi Penginapan
Kemudahan
Kembali ke Atas
Ubah Carian

OYO 90508 Ummul Motel

Hotel
22-K, Jalan Seksyen, Arau, Perlis, Malaysia, 02600
EXTERIOR_BUILDING OYO 90508 Ummul Motel
LOBBY OYO 90508 Ummul Motel
EXTERIOR_BUILDING OYO 90508 Ummul Motel
LOBBY OYO 90508 Ummul Motel
LOBBY OYO 90508 Ummul Motel
Lihat Semua Gambar
Traveloka
8.2 Menyenangkan
Daripada 79 ulasan
Kemudahan
AC
Parkir
WiFi
LIHAT SEMUA KEMUDAHAN

Butiran Lokasi

22-K, Jalan Seksyen, Arau, Perlis, Malaysia, 02600
Buka Peta

Available Room Types in OYO 90508 Ummul Motel

Dapatkan carian lebih pantas dengan menggunakan tapisan
Paparan Harga
Semalam
Tidak pasti dengan carian ini? Ubah butiran penginapan di sini
Daftar masuk:
Sab, 28 Jan 2023
Tempoh:
1 malam
Tetamu dan Bilik
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 1 bilik
Berdasarkan 79 ulasan
8.2
Menyenangkan
Hebat
15
Bagus
47
Memuaskan
7
Biasa
10
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
All
bilik bersih (2)
Atur carian
Terkini
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
Abg Y.
8.5
/ 10
06 May 2022
Percutian pendek

Suka ulasan ini?

FR
Fatihah R.
6.4
/ 10
03 Feb 2022
Percutian pendek
Bilik tak bersih. Bilik air pun 😵‍💫

Suka ulasan ini?

AF
Aiman F. B. A.
9.1
/ 10
27 Feb 2019
businessTripText
Semuanya okay. Bilik dalam keadaan baik. Tuala juga ade disediakan. Berdekatan dengan pekan 💖

1 menyukai ulasan ini

NN
Nurbaiti N.
8.8
/ 10
08 Oct 2018
Layanan stafnya amat baik, kemudahan tempat tinggal so far baik, akan terus guna jika datang ke perlis lagi.

Suka ulasan ini?

AA
Abbysha A.
9.1
/ 10
06 Aug 2018
backpackingText
Dekat dengan KTM Arau jalan 5 minit dah sampai. Bilik bersih, memuaskan, toilet luas. Berdekatan kedai makan. Urusan check in n out sangat pantas. Berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Suka ulasan ini?

RA
Ritauddin A. R.
9.7
/ 10
21 May 2018
backpackingText
Kawasan yang selesa. Berhadapan dengan Masjid. Ada kedai makan. Luas. Cantik.

Suka ulasan ini?

MM
Murni M. M. T.
5.4
/ 10
20 May 2018
backpackingText
Staff tidak menbantu malah gelakkan kami, seperti mempersendakan rakan saya, (kami datang pada musim marathon) tanya pendapat kawasan makan makanan sedap atau tanya jalan, jawap endah tak endah, katil yang keras bilik yang kotor tidak sapu terdapat banyak sekali rambut serta sampah dibawah katil, terpaksa menunaikan solat di hadapan masjid, sekiranya semua bekerja dengan ikhlas harga semua nya ok kawasan makan pun senang sahaja disebelah kedai, tapi perlu diperbaiki dari segi kebersihan bilik, rasanya boleh dah kot tukar2 lapik cadar serta bantal katil yang ok sikit sejujurnya katil amat keras.

Suka ulasan ini?

NA
Nurbaiti A. R.
9.1
/ 10
08 May 2018
Untuk bermalam dalam tempoh yang singkat ok je. Bersih dan tempat memang strategik bagi yang menggunakan pengangkutan awam.

Suka ulasan ini?

NS
Nor S. b. M. A.
9.7
/ 10
06 Mar 2018
Bilik bersih dan selesa, harga yang murah, terbaik 👍

Suka ulasan ini?

NH
NUR H. B. A. G.
6.4
/ 10
18 Feb 2018
familtyTripText
Perbaiki bilik mandi, kurang bersih dan berbau.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
An icon button
Polisi Penginapan
Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar
Daftar masuk:
13:00 - 22:00
Daftar keluar:
08:00 - 12:00
Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan akan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara atau bukan penduduk tetap Malaysia. Harap maklum bahawa pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk. Kadar Cukai Pelancongan adalah RM10 untuk setiap bilik, setiap malam.
Instruksi Daftar Masuk Umum
This hotel does not have 24-hour receptionist. Guest must contact hotel directly after payment is done and advise estimated arrival time and at least do check in before 2300 . Hotel staff will standby and greet you upon check-in.
Daftar Masuk Awal
Anda dibenarkan untuk daftar masuk sebelum masa daftar masuk penginapan. Sila hubungi pihak penginapan jika anda ingin daftar masuk lebih awal.
Baca Semua
Keterangan Hotel

Ummul Badrudin Motel adalah sebuah hotel bajet dan murah yang terletak di Arau, Perlis. Bilik-bilik di motel ini cantik dan sangat selesa dengan harga yang mesra bajet. Ummul Badrudin Motel telah menerima banyak ulasan positif untuk bilik asas dan perkhidmatan hebat.

Bagaimana untuk ke Ummul Badrudin Motel

Arau adalah bandar diraja negeri Perlis dan terletak berdekatan dengan bandar Kangar, kurang dari 10 kilometer jauhnya. Kangar pula adalah ibu negeri Perlis. Memandu dari Kangar ke Ummul Badrudin Motel hanya akan mengambil masa lima belas minit dengan akses yang cukup mudah ke tempat itu kerana ia terletak berhampiran jalan utama. Memandu dari Kuala Lumpur ke Ummul Badrudin Motel pula akan mengambil masa kira-kira lima jam dan dua puluh minit, bergantung kepada keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan.

Terdapat juga pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Harga untuk satu tiket bermula dari RM 47 untuk satu perjalanan sejauh tujuh jam. Semua bas ekspres yang ke Arau akan berhenti di satu-satunya stesen bas di bandar kecil tersebut. Stesen bas ini terletak lebih kurang 450 meter dari motel, dalam jarak berjalan kaki.

Cara terbaik untuk pergi ke Arau adalah dengan menggunakan kereta api ETS KTM dari Kuala Lumpur. Sebuah keretapi ETS akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke Arau dari KL Sentral dan harga tiket adalah RM 73 untuk ETS Gold dan RM 88 untuk ETS Platinum. ETS Platinum tidak mempunyai banyak hentian berbanding dengan ETS Gold tetapi kedua-duanya masih mempunyai tempoh perjalanan yang sama. Stesen kereta api di Arau juga berada dalam jarak berjalan kaki ke Ummul Badrudin Motel.

Lapangan terbang yang paling dekat dengan Arau adalah lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar. Lapangan terbang kecil ini hanya mengendalikan beberapa penerbangan domestik, dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Ia akan mengambil masa empat puluh minit untuk sampai ke Ummul Badrudin Motel dari Sultan Abdul Halim. Terdapat banyak teksi yang terdapat di lapangan terbang.

Pilihan Bilik di Ummul Badrudin Motel

Ummul Badrudin Motel hanya mempunyai 10 buah bilik dalam bangunan satu tingkat dan dengan hanya satu jenis bilik iaitu Standard. Bilik Standard ini mempunyai pilihan sama ada dengan sebuah katil ukuran queen atau dua buah katil twin. Harga untuk satu malam bermula dari RM 78. Ummul Badrudin Motel tidak mengabaikan keselesaan dan kebersihan di setiap bilik meskipun harga biliknya amat murah. Kesemua bilik di Ummul Badrudin Motel juga luas.

Semua bilik di Ummul Badrudin Motel dilengkapi dengan sebiji pendingin hawa dan sebuah kipas siling, sesuatu yang jarang dilihat di mana-mana hotel atau tempat penginapan yang lain. Tetamu boleh menggunakan mana-mana yang mereka suka atau kedua-duanya pada masa yang sama. Bilik-bilik dilengkapi dengan seminimal mungkin dengan sebuah meja solek dan sebuah almari pakaian kecil. Bilik-bilik juga mempunyai kemudahan dalam bilik yang paling asas seperti beberapa air botol percuma dan sebuah televisyen berskrin rata dengan saluran satelit.

Bilik mandi peribadi di setiap bilik dilengkapi dengan pancuran air panas dan tandas. Pastikan untuk membawa tuala dan peralatan mandian sendiri kerana ini tidak disediakan di motel. Sambungan Wi-Fi percuma disediakan di setiap bilik.

Restoran dan Kafe di Motel Ummul Badrudin

Tidak ada restoran di Ummul Badrudin Motel tetapi terdapat banyak restoran yang terletak di luar motel.

Kemudahan dan Aktiviti di Ummul Badrudin Motel

Motel ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk membuatkan penginapan para tetamu lebih selesa. Motel ini mempunyai meja penyambut tetamu dengan petugas yang beroperasi hampir 24 jam, untuk memudahkan proses masuk dan keluar. Sebuah peti deposit keselamatan diletakkan di meja depan yang boleh diakses dengan bantuan kakitangan motel. Terdapat para pengawal keselamatan yang bertugas sepanjang masa untuk memastikan keselamatan kakitangan dan tetamu motel. Sebuah kedai serbaneka yang kecil terletak di lobi motel, menjual barangan keperluan dan makanan ringan. Terdapat tempat letak kereta terhad di motel di mana para tetamu boleh meletakkan kereta mereka secara percuma. Sambungan Wi-Fi percuma juga disediakan di lobi.

Tempat Menarik berhampiran Ummul Badrudin Motel

Istana Diraja Arau - Para peminat sejarah dan kebudayaan tidak boleh melepaskan peluang untuk melawat Istana Diraja Arau semasa bercuti-cuti di bandar tersebut. Bangunan istana tersebut dibina pada awal tahun 1900 oleh Raya Tuan Syed Alwi, raja keempat Perlis. Istana Diraja Arau ini dibina dengan senibina yang indah, menggabungkan dengan seni tradisional Melayu dengan pengaruh Islam yang kuat. Istana Diraja ini telah menjadi kediaman rasmi keluarga diraja semenjak ia siap dibina sehingga tahun 1970-an. Sekarang ini, istana ini sudah tidak menjadi kediaman rasmi namun para pelawat masih tidak boleh masuk ke dalam bangunan istana. Para pelawat boleh masuk ke Galeri Diraja yang terletak bersebelahan dengan bangunan istana di mana terdapat pelbagai pameran koleksi berharga milik keluarga diraja.

Kemudahan
AC, Parkir, WiFi
Jam Operasi
13:00 - 22:00 - 08:00 - 12:00
Kemudahan
Kemudahan Dalam Bilik
  • Kabel TV
  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV
Perkhidmatan Hotel
  • Meja depan
  • Keselamatan 24 jam
  • Kakitangan berbilang bahasa
  • Suratkhabar di lobi
Umum
  • Penyaman Udara
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
Kemudahan Umum
  • Parkir
  • Peti keselamatan
  • WiFi di kawasan umum
Kemudahan Berhampiran
  • Kedai runcit
  • Kedai
  • Pasar raya
Kemudahan OKU
  • Pembolehcapaian mudah
  • Akses kerusi roda
Pengangkutan
  • Parkir terhad
Kemudahan Internet
  • WiFi percuma
Kemudahan Perniagaan
  • Bilik persidangan
Tempah Sekarang!
Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
Lihat 10 Hotel lain di Arau

Soalan lazim tentang OYO 90508 Ummul Motel

Apa facilities yang tersedia di OYO 90508 Ummul Motel?

Berikut facilities yang ada di OYO 90508 Ummul Motel seperti AC, Parkir, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):

Kapan waktu check-in & check-out di OYO 90508 Ummul Motel?

Masa check-in di OYO 90508 Ummul Motel bermula dari 13:00 - 22:00 manakala masa check-out ialah pada 08:00 - 12:00


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka