Peach Blossom Village

Hotel
382, Kampung Padang Lalang, Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Terkenal dengan pelbagai kompleks membeli-belah bebas cukai, Kuah terletak di sudut tenggara Pulau Langkawi. Pekan ini menawarkan pelbagai kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya dari gula-gula, coklat, tembikar, minyak wangi, bagasi dan barangan dapur. Walaupun ia merupakan ibu kota Pulau Langkawi, Kuah sememangnya sibuk menerima ketibaan sebahagian besar feri-feri yang tiba di pulau ini. Sehubungan itu, jadikanlah Peach Blossom Village yang terletak hanya 5 minit dari bandar sebagai destinasi pelancongan anda. Hotel bajet ini merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin bersantai dan meneroka tempat-tempat pelancongan yang menarik.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Meja Depan 24 jam
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
382, Kampung Padang Lalang, Kuah, Langkawi, Kedah, Malaysia, 07000
Lobi Peach Blossom Village
Lobi 2 Peach Blossom Village

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Peach Blossom Village

Terkenal dengan pelbagai kompleks membeli-belah bebas cukai, Kuah terletak di sudut tenggara Pulau Langkawi. Pekan ini menawarkan pelbagai kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya dari gula-gula, coklat, tembikar, minyak wangi, bagasi dan barangan dapur. Walaupun ia merupakan ibu kota Pulau Langkawi, Kuah sememangnya sibuk menerima ketibaan sebahagian besar feri-feri yang tiba di pulau ini. Sehubungan itu, jadikanlah Peach Blossom Village yang terletak hanya 5 minit dari bandar sebagai destinasi pelancongan anda. Hotel bajet ini merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin bersantai dan meneroka tempat-tempat pelancongan yang menarik.

Bagaimana untuk ke Peach Blossom Village

Walaupun Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil di barat laut Semenanjung Malaysia, ia masih dihubungkan melalui pengangkutan udara dan air. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerima beberapa laluan syarikat penerbangan seperti dari negara Singapura, Phuket (Thailand), Seoul (Korea Selatan), Australia, China, Jepun dan sebagainya.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Peach Blossom Village akan mengambil masa kira-kira 25 minit. Dari sana, para tetamu boleh mendapatkan akses ke perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang menyediakan teksi, van dan kereta eksklusif. Pratempahan boleh dilakukan terlebih dahulu dari laman web mereka. Selain itu, lapangan terbang ini turut menyediakan beberapa perkhidmatan sewa kereta dari kedua-dua syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Anda juga dapat membandingkan harga dan menempah sewa kereta secara langsung. Tambahan pula, terokai pulau ini dengan motosikal, skuter atau basikal dengan harga yang lebih murah.

Jika anda memandu dari Semenanjung Malaysia melalui Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh memilih untuk ke terminal feri di Kuala Kedah atau di Kuala Perlis. Ia mengambil masa kira-kira 6 jam pemanduan untuk sampai ke Kuala Kedah, manakala tambahan satu jam lagi ke Kuala Perlis. Bas ekspres juga boleh didapati dari Pudu Sentral atau Hentian Duta di Kuala Lumpur, yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam ke terminal feri. Feri-feri dari kedua-dua jeti ini akan membuat persinggahan di Jeti Kuah Pulau Langkawi yang akan memakan masa selama 1 jam dan 30 minit dari Kuala Kedah dan 1 jam dan 15 minit dari Kuala Perlis.

Para tetamu boleh memilih sama ada untuk meninggalkan kenderaan mereka di tempat letak kereta berbayar yang terletak di perkarangan jeti dengan bayaran minimum tempat letak kereta sebanyak RM 15 sehari atau mengambil perkhidmatan Ro Ro untuk mengangkut kenderaan anda bersama ke Tanjung Lembong Pulau Langkawi. Tambang feri adalah kira-kira RM 100 hingga RM 200 setiap kereta bergantung pada saiznya. Jika tidak, nikmatilah perjalanan anda dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur ke jeti.

Pilihan Bilik di Peach Blossom Village

Dengan jumlah keseluruhan 50 buah unit, Peach Blossom Village menawarkan 4 jenis bilik iaitu 1) Superior, 2) Triple, 3) Deluxe dan 4) Bilik Suite. Dengan 1 katil queen, bilik Superior hanyalah berharga RM95 untuk satu malam. Sementara itu, bilik Triple mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang dengan hanya RM 133 sahaja. Dan dengan hampir harga yang sama, anda boleh mempunyai bilik Deluxe yang mempunyai 2 katil queen setiap satu. Terakhir, bilik Suite yang mempunyai 3 katil queen pasti akan mengagumkan kerana ia boleh menampung sehingga 6 orang tetamu sekaligus pada satu masa dengan harga serendah RM 210 sahaja. Sila ambil perhatian bahawa pakej ini tidak termasuk dengan sarapan percuma.

Semua bilik adalah bebas rokok dan berhawa dingin yang menyediakan pelbagai kemudahan asas dalam bilik seperti televisyen kabel, televisyen plasma dan meja. Dengan bilik mandi peribadi, ia dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti mandian air panas, tuala dan pengering rambut. Kemudahan tambahan lain yang turut disediakan oleh hotel ialah dispenser air yang terletak berhampiran pintu masuk. Akses internet Wi-Fi boleh dinikmati sepenuhnya di dalam bilik mahupun di seluruh kawasan hotel.

Restoran dan Kafe di Peach Blossom Village

Peach Blossom Village tidak mempunyai restoran atau kafe sendiri. Namun begitu, anda boleh menikmati masakan dari beberapa restoran tempatan yang berdekatan di sekitar awasan hotel ini. Penuhi cita rasa dan selera anda dengan makanan laut yang baru segar di Pulau Langkawi ini atau dengan masakan antarabangsa yang lain seperti Cina, Thailand, Arab dan Pakistan. Mereka yang lebih gemar makanan yang ringkas dan cepat, anda boleh membeli makanan di francais makanan segera terdekat, seperti Mc Donald dan Kentucky Fried Chicken (KFC).

Kemudahan dan Aktiviti di Peach Blossom Village

Peach Blossom Village mempunyai kemudahan asas hotel seperti tempat letak kenderaan percuma di perkarangan hotel, pengemasan bilik secara harian, perkhidmatan dobi dan meja penyambut tetamu 24 jam beserta dengan kakitangan yang ramah.

Tempat Menarik berhampiran Peach Blossom Village

Dataran Lang -

Terkenal dengan arca helang buatan manusia yang besar, Dataran Lang adalah salah satu tarikan pelancong yang tercantik di Pulau Langkawi. Menawarkan pemandangan burung helang yang seakan-akan mengembangkan sayapnya untuk memulakan penerbangan, ia juga dikelilingi dengan air pancut, teresan dan jambatan. Ini menjadikannya tempat yang ideal untuk mengambil gambar.

Taman Lagenda Langkawi -

Berada di taman yang indah bertemakan kerakyatan, Taman Lagenda Langkawi ini terletak berhampiran dengan Jeti Kuah. Memaparkan taman-taman yang indah dengan bunga-bunga tempatan yang cantik dan fauna yang tumbuh subur menghijau, taman terbuka ini juga dikaitkan dengan patung-patung mitos yang tersergam di sekitar taman ini. Terdapat sejumlah 17 patung berwarna-warni yang menggambarkan legenda Langkawi yang terdahulu termasuk gergasi heroik, burung mitos, ogres yang jahat dan puteri yang cantik. Selain itu, empat tasik buatan manusia dan laluan berjalan kaki di tepi pantai, menjadikannya sebagai tempat yang terkenal untuk berkelah dan bersenam.

Semua Kemudahan

Ruang Umum Peach Blossom Village
Ruang Umum
Lobi Peach Blossom Village
Lobi
Luar Bangunan Peach Blossom Village
Luar Bangunan
Bilik Tidur Peach Blossom Village
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik Peach Blossom Village
Bilik Mandi dalam Bilik

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Umum

  • Parkir

Kemudahan Umum

  • Kawasan bebas rokok

Perkhidmatan Hotel

  • Penyambut tetamu 24 jam

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:

  • Cukai bandar raya dikenakan: MYR 1.00 setiap penginapan semalam
  • Cukai sebanyak RM10.00 sepenginapan, semalam dikenakan oleh negara Malaysia dan dikutip di hartanah bermula 1 Januari 2023. Penduduk tetap dan warganegara Malaysia dikecualikan daripada cukai tersebut. Untuk mendapatkan butiran lanjut, sila hubungi hartanah menggunakan maklumat dalam pengesahan tempahan yang diterima selepas membuat tempahan.

Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.

  • Bayaran tetamu tambahan mungkin dikenakan dan berbeza mengikut dasar hartanah
  • Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan
  • Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Persediaan: semak syarat perjalanan COVID-19 terkini dan langkah-langkah yang dilaksanakan di destinasi ini sebelum anda membuat perjalanan.

Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.

Hotel only accepts guests with minimum age of 17

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 13:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 13:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di Peach Blossom Village?
Berikut facilities yang ada di Peach Blossom Village seperti Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Peach Blossom Village?
Masa check-in di Peach Blossom Village bermula dari Dari 13:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
MS
Milza S.
Percutian Keluarga
6
/ 10
09 Apr 2019
Ia dikatakan 2 1/2 bintang, ternyata ia adalah homestay.
Translated by Google Icon

Suka ulasan ini?

An icon button
1
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 Peach Blossom Village

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved