Terkenal dengan pelbagai kompleks membeli-belah bebas cukai, Kuah terletak di sudut tenggara Pulau Langkawi. Pekan ini menawarkan pelbagai kedai bebas cukai yang menjual hampir segala-galanya dari gula-gula, coklat, tembikar, minyak wangi, bagasi dan barangan dapur. Walaupun ia merupakan ibu kota Pulau Langkawi, Kuah sememangnya sibuk menerima ketibaan sebahagian besar feri-feri yang tiba di pulau ini. Sehubungan itu, jadikanlah Peach Blossom Village yang terletak hanya 5 minit dari bandar sebagai destinasi pelancongan anda. Hotel bajet ini merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin bersantai dan meneroka tempat-tempat pelancongan yang menarik.
Walaupun Pulau Langkawi adalah sebuah pulau terpencil di barat laut Semenanjung Malaysia, ia masih dihubungkan melalui pengangkutan udara dan air. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menerima beberapa laluan syarikat penerbangan seperti dari negara Singapura, Phuket (Thailand), Seoul (Korea Selatan), Australia, China, Jepun dan sebagainya.
Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Peach Blossom Village akan mengambil masa kira-kira 25 minit. Dari sana, para tetamu boleh mendapatkan akses ke perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang menyediakan teksi, van dan kereta eksklusif. Pratempahan boleh dilakukan terlebih dahulu dari laman web mereka. Selain itu, lapangan terbang ini turut menyediakan beberapa perkhidmatan sewa kereta dari kedua-dua syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Anda juga dapat membandingkan harga dan menempah sewa kereta secara langsung. Tambahan pula, terokai pulau ini dengan motosikal, skuter atau basikal dengan harga yang lebih murah.
Jika anda memandu dari Semenanjung Malaysia melalui Lebuhraya Utara Selatan, anda boleh memilih untuk ke terminal feri di Kuala Kedah atau di Kuala Perlis. Ia mengambil masa kira-kira 6 jam pemanduan untuk sampai ke Kuala Kedah, manakala tambahan satu jam lagi ke Kuala Perlis. Bas ekspres juga boleh didapati dari Pudu Sentral atau Hentian Duta di Kuala Lumpur, yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam ke terminal feri. Feri-feri dari kedua-dua jeti ini akan membuat persinggahan di Jeti Kuah Pulau Langkawi yang akan memakan masa selama 1 jam dan 30 minit dari Kuala Kedah dan 1 jam dan 15 minit dari Kuala Perlis.
Para tetamu boleh memilih sama ada untuk meninggalkan kenderaan mereka di tempat letak kereta berbayar yang terletak di perkarangan jeti dengan bayaran minimum tempat letak kereta sebanyak RM 15 sehari atau mengambil perkhidmatan Ro Ro untuk mengangkut kenderaan anda bersama ke Tanjung Lembong Pulau Langkawi. Tambang feri adalah kira-kira RM 100 hingga RM 200 setiap kereta bergantung pada saiznya. Jika tidak, nikmatilah perjalanan anda dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur ke jeti.
Dengan jumlah keseluruhan 50 buah unit, Peach Blossom Village menawarkan 4 jenis bilik iaitu 1) Superior, 2) Triple, 3) Deluxe dan 4) Bilik Suite. Dengan 1 katil queen, bilik Superior hanyalah berharga RM95 untuk satu malam. Sementara itu, bilik Triple mempunyai 1 katil queen dan 1 katil bujang dengan hanya RM 133 sahaja. Dan dengan hampir harga yang sama, anda boleh mempunyai bilik Deluxe yang mempunyai 2 katil queen setiap satu. Terakhir, bilik Suite yang mempunyai 3 katil queen pasti akan mengagumkan kerana ia boleh menampung sehingga 6 orang tetamu sekaligus pada satu masa dengan harga serendah RM 210 sahaja. Sila ambil perhatian bahawa pakej ini tidak termasuk dengan sarapan percuma.
Semua bilik adalah bebas rokok dan berhawa dingin yang menyediakan pelbagai kemudahan asas dalam bilik seperti televisyen kabel, televisyen plasma dan meja. Dengan bilik mandi peribadi, ia dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti mandian air panas, tuala dan pengering rambut. Kemudahan tambahan lain yang turut disediakan oleh hotel ialah dispenser air yang terletak berhampiran pintu masuk. Akses internet Wi-Fi boleh dinikmati sepenuhnya di dalam bilik mahupun di seluruh kawasan hotel.
Peach Blossom Village tidak mempunyai restoran atau kafe sendiri. Namun begitu, anda boleh menikmati masakan dari beberapa restoran tempatan yang berdekatan di sekitar awasan hotel ini. Penuhi cita rasa dan selera anda dengan makanan laut yang baru segar di Pulau Langkawi ini atau dengan masakan antarabangsa yang lain seperti Cina, Thailand, Arab dan Pakistan. Mereka yang lebih gemar makanan yang ringkas dan cepat, anda boleh membeli makanan di francais makanan segera terdekat, seperti Mc Donald dan Kentucky Fried Chicken (KFC).
Peach Blossom Village mempunyai kemudahan asas hotel seperti tempat letak kenderaan percuma di perkarangan hotel, pengemasan bilik secara harian, perkhidmatan dobi dan meja penyambut tetamu 24 jam beserta dengan kakitangan yang ramah.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 17
Kemudahan Popular | Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | Dari 13:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di Peach Blossom Village | 50 |
Fasilitas lain di Peach Blossom Village | WiFi percuma, Parkir, Kawasan bebas rokok, Penyambut tetamu 24 jam |