Rahsia Motel terletak di Pantai Tengah, Langkawi. Hotel ini menawarkan sembilan bilik yang selesa yang dibahagikan antara beberapa bangunan satu tingkat. Bilik-bilik disediakan untuk dua atau tiga orang dan dilengkapi dengan keperluan untuk penginapan yang selesa. Di luar setiap bilik adalah kawasan beristirahat dan mempunyai taman yang lawa serta luas. Lokasi Rahsia Motel di Pantai Tengah bermakna tetamu berada berdekatan dengan pelbagai kedai dan restoran. Pelbagai jenis masakan memberi tetamu peluang untuk mencuba sesuatu yang baru setiap kali mereka makan. Hotel ini hanya kira-kira 10 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Selain itu, Underwater World Langkawi agak dekat dengan hotel.
Bagaimana untuk ke Rahsia Motel
Jika tetamu tiba di Langkawi melalui penerbangan, maka mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Anda boleh menyewa teksi atau perkhidmatan Grab untuk sampai ke Motel Rahsia. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menyewa kereta kerana terdapat banyak pilihan sewa kereta oleh syarikat dan individu persendirian yang tersedia di lapangan terbang. Ia akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memandu sejauh 10 kilometer ke hotel jika anda menggunakan Jalan Kuala Muda. Anda juga boleh mengambil Jalan Padang Matsirat atau Jalan Kuala Muda ke hotel. Jalan untuk sampai ke hotel ini tidak kompleks dan lagi mudah jika menggunakan GPS.
Pilihan Bilik di Rahsia Motel
Kesemua sembilan bilik yang terdapat di Rahsia Motel adalah sama ada Standard Queen Rooms atau Triple Rooms.
Bilik Standard Queen mempunyai satu katil bersaiz Queen dan bilik ini adalah untuk maksimum dua orang tetamu dewasa.
Bilik Triple mempunyai satu katil bujang dan satu katil bersaiz Queen di setiap bilik. Bilik-bilik ini boleh memuatkan tiga orang dewasa.
Restoran dan Kafe di Rahsia Motel
Oleh kerana Rahsia Motel terletak di tempat yang popular untuk pelancong dan orang bercuti, terdapat banyak restoran dan masakan untuk dipilih oleh para tetamu. Restoran-restoran ini terletak di sepanjang jalan sehala Jalan Pantai Cenang. Beberapa restoran termasuk The Cliff Restaurant, The Kasbah, Restoran Bella, Yasmin Syrian, Ref Tomato dan Lounge, Orkid Ria Seafood Restaurant, Yellow Beach Café, Restoran Spice Market dan banyak lagi. Sesetengah restoran mempunyai bar manakala sesetengahnya hanya dibuka pada waktu malam. Bagi mereka yang mahukan makanan segera yang biasa dijumpai, ada juga McDonald's, KFC dan Restoran Marrybrown.
Kemudahan dan Aktiviti di Rahsia Motel
Bilik-bilik Rahsia Motel dilengkapi dengan semua kemudahan yang asas untuk penginapan selesa. Semua katil dilengkapi dengan peralatan tempat tidur serta cadar yang bersih dan selesa. Setiap bilik berhawa dingin dan mempunyai bilik mandi peribadi dengan pemanas air. Bilik-bilik juga dilengkapi dengan peti sejuk mini dan cerek elektrik. Para tetamu boleh meminta jika mereka memerlukan pengering rambut atau peralatan menyeterika. Di luar setiap bilik terdapat kawasan beristirahat di mana para tetamu boleh berehat dan menikmati pemandangan luar. Akses Wi-Fi percuma ada di sini dan tempat letak kereta juga disediakan tanpa dikenakan bayaran.
Tempat Menarik berhampiran Rahsia Motel
Underwater World Langkawi -
Terletak di sebelah Pantai Cenang, Underwater World Langkawi dibuka pada 26 Ogos 1995. Tarikan ini meliputi kawasan lebih kurang 60,000 kaki persegi dan ia adalah salah satu daripada akuarium laut serta air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Terdapat tiga bahagian utama iaitu Hutan Hujan Tropika dan Ekosistem Sungai, Temperat dan Sub-Antartik dan Seksyen Marin. Di samping itu, terdapat tarikan lain seperti Seksyen Ikan Air Tawar, Kolam Ikan Koi, Paparan Kerang, Bahagian Reptilium, Seksyen Invertebrata, Seksyen Terumbu Karang dan Seksyen Beracun. Underwater World Langkawi menempatkan lebih daripada 4,000 makhluk laut termasuk lebih daripada 500 spesies ikan dan hidupan dalam air. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Terdapat juga jadual untuk beberapa waktu makan haiwan.
Laman Padi -
Laman Padi merupakan sebuah tarikan tentang padi. Tarikan ini merupakan kompleks terdiri daripada beberapa sawah, taman herba dan galeri yang menerangkan proses penanaman dan penuaian padi di Langkawi. Dikategorikan sebagai sebuah pelancongan ekologi, Laman Padi terletak di Pantai Cenang dan ditubuhkan pada bulan Jun 1999. Kemudahan di sini termasuk tempat letak kereta, tandas dan dua buah restoran. Terdapat beberapa rumah kampung tradisional Melayu yang ditawarkan sebagai penginapan untuk pelancong. Laman Padi juga mempunyai sebuah spa yang menggunakan bahan semula jadi segar yang dipilih dari taman herba.
Pantai Cenang -
Sebagai salah satu pantai utama di Langkawi, Pantai Cenang sememangnya adalah sebuah tempat yang popular di kalangan pelancong dan orang bercuti di pulau ini. Selain berenang di dalam air dan bermain di pasir, terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Bagaimana pula dengan lawatan ke pulau-pulau menggunakan luncur jet? Di mana pemandu pelancong akan membawa anda ke melawat pulau-pulau sambil melewati lagun, tebing batu kapur, gua dan bakau. Atau cuba beberapa sukan air seperti berperahu dayung, berkayak atau wakeboarding.