S Boutique Hotel adalah tempat penginapan yang sempurna bagi para pelancong yang ingintinggal di kawasan bandar Ipoh. Para pelancong dapat meneroka banyak tempat ang menarik dan beberapa tempat kemudahan di kawasanIpoh dengan hanya mengambil masa selama beberapa minit dengan memandu dari hotel ini. Semua bilik di hotel ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang berguna untuk para tetamu. Tambahan pula, semua bilik sentiasa dalam keadaan bersih dan dijaga rapi kerana hotel ini telah menawarkan perkhidmatan pengemasan harian. Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik yang telah disediakan di kawasan hotel ini.
Cara yang pertama untuk sampai ke S Boutique Hotel adalah dengan menaiki kereta. Para pengunjung dari Kuala Lumpur perlu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan mengambil laluan keluar 138 dari lebuh raya itu. Kemudian, mereka perlu mengambil laluan 240 di Ipoh dan memandu ke Jalan Raja Dihilir. Setelah tiba di Taman Canning, Ipoh, mereka dapat menemui hotel tersebut. Perjalanan di atas jalan raya mengambil masa selama 2 jam dan 13 minit. Mereka akan menemui beberapa tol sekiranya mengunakan laluan ini.
Cara yang kedua adalah dengan menaiki kereta api. Para pengunjung perlu pergi ke KL Sentral dan mengambil kereta api ETS, EG9236 Butterworth. Selepas itu, mereka perlu berhenti di Stesen Kereta Api Ipoh dan berjalan kaki selama 1 minit ke KTMB Ipoh. Kemudian, mereka perlu mengambil kereta api yang berhenti di stesen Tanjung Rambutan. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka boleh mengambil teksi untuk pergi ke S Boutique Hotel. Keseluruhanan perjalanannya mengambil masa selama 4 jam dan 28 minit.
Terdapat 4 jenis bilik di S Boutique Hotel. Antaranya ialah Bilik Premier Twin, Bilik Premium Queen, Bilik Deluxe Triple Premium dan Suite Keluarga. Bagi Bilik Premier Twin, ia mempunyai 2 katil bujang dan ia boleh memuatkan 2 tetamu sahaja. Terdapat Wi-Fi percuma dan perkhidmatan pengemasan harian untuk pakej bilik ini. Bilik ini telah dilengkapi dengan penyaman udara, cerek elektrik, meja, televisyen, air botol percuma dan papan seterika bergantung pada permintaan. Bagi bilik mandi, ia mempunyai bilik mandi peribadi dan pancuran mandian. Oleh itu, jumlah harga untuk bilik ini adalah RM 120.67 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Seterusnya ialah Bilik Premium Queen. Bilik ini mempunyai 1 katil queen dan ia mempunyai kemudahan yang sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu, jumlah kos untuk bilik ini ialah RM 120.67 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik berikutnya ialah Bilik Deluxe Triple Premium. Jenis katil untuk bilik ini adalah 1 katil queen dan 1 katil bujang. Bagi kemudahan dalam bilik dan bilik mandi adalah sama seperti bilik sebelumnya. Oleh itu pakej bilik ini berharga RM 145.73 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan. Bilik yang terakhir ialah Suite Keluarga. Bilik ini mempunyai 2 katil queen dan 2 katil bujang dan ia boleh memuatkan seramai 6 orang tetamu. Hotel ini telah menyediakan kemudahan dalam bilik dan bilik mandi yang sama seperti bilik-bilik yang lain. Oleh itu, jumlah bayaran untuk bilik ini adalah RM333.67 untuk satu malam termasuk caj perkhidmatan.
Bagi pilihan tempat makan, para tetamu boleh singgah di restoran atau kafe yang berdekatan dengan S Boutique Hotel. Ini adalah kerana S Boutique Hotel tidak mempunyai sebuah restoran atau kafe di dalam bangunannya.
S Boutique Hotel telah menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk tetamu mereka. Antaranya adalah peti keselamatan, kaunter penyambut tetamu selama 24 jam, tempat penyimpanan bagasi dan perkhidmatan pelancongan.
Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.
Anda akan diminta membayar caj-caj berikut di hartanah. Fi mungkin termasuk cukai yang berkenaan:
Kami telah menyertakan semua caj yang disediakan kepada kami oleh hartanah.
Hartanah ini tidak menawarkan daftar masuk selepas waktu operasi. Kakitangan meja hadapan akan menyambut tetamu ketika ketibaan.
Hotel only accepts guests with minimum age of 18
Kemudahan Popular | Meja Depan 24 jam, WiFi |
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar | 15:00 - 23:00 - Sebelum 12:00 |
Bilik tersedia di S Boutique Hotel | 24 |
Bilangan tingkat di S Boutique Hotel | 2 |
Fasilitas lain di S Boutique Hotel | Penyimpanan bagasi, Lawatan, Penyambut tetamu 24 jam, WiFi percuma, Parkir |