Samudera Hotel

Hotel
6.9
/10
Baik
35 ulasan
Di Kawasan
Lihat Peta
Jalan Masjid, Kuala Besut, Besut, Terengganu, Malaysia, 22300

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
Meja Depan 24 jam
WiFi
Besut merupakan sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di sebelah utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di sebelah timur. Besut ini selalunya menjadi bandar transit utama bagi mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Perhentian yang ketika ini diiktiraf sebagai pulau keempat tercantik di dunia. Jika anda bercadang untuk ke Besut ini, kami ingin mencadangkan sebuah hotel penginapan yang amat selesa untuk didiami iaitu Hotel Samudera Besut. Hotel ini boleh dikategorikan sebagai berpatutan dan agak selesa untuk mereka yang datang untuk melihat sendiri keunikan dan keindahan daerah ini. Ditubuhkan pada tahun 2003, hotel ini telah menjadi pilihan dari ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara. Hotel ini terletak di Kuala Besut yang merupakan pintu masuk utama untuk ke Pulau Perhentian. Tambahan lagi, hotel ini terletak berhampiran terminal bas dan hanya mengambil 3 minit berjalan untuk ke jeti. Selain itu, jarak dari Kuala Besut ke tempat menarik yang lain seperti Bandar Jerteh hanyalah kira-kira 13 kilometer dan hanya 50 kilometer dari bandar Kota Bharu yang terletak di Negeri Kelantan. Jadi tidak hairanlah hotel ini menjadi pilihan utama pelancong dan pengembara.
Lihat Lebih
Log masuk berjaya!
Sekarang anda boleh menikmati lebih banyak manfaat, termasuk pilihan untuk membuat pembayaran menjelang tarikh penginapan anda!

Persekitaran Samudera Hotel

Temui Lebih Banyak Tempat
Jalan Masjid, Kuala Besut, Besut, Terengganu, Malaysia, 22300
Lain-lain Samudera Hotel
Lain-lain 2 Samudera Hotel

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Samudera Hotel

Besut merupakan sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di sebelah utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di sebelah timur. Besut ini selalunya menjadi bandar transit utama bagi mereka yang ingin berkunjung ke Pulau Perhentian yang ketika ini diiktiraf sebagai pulau keempat tercantik di dunia. Jika anda bercadang untuk ke Besut ini, kami ingin mencadangkan sebuah hotel penginapan yang amat selesa untuk didiami iaitu Hotel Samudera Besut. Hotel ini boleh dikategorikan sebagai berpatutan dan agak selesa untuk mereka yang datang untuk melihat sendiri keunikan dan keindahan daerah ini. Ditubuhkan pada tahun 2003, hotel ini telah menjadi pilihan dari ramai pelancong dari dalam dan juga luar negara. Hotel ini terletak di Kuala Besut yang merupakan pintu masuk utama untuk ke Pulau Perhentian. Tambahan lagi, hotel ini terletak berhampiran terminal bas dan hanya mengambil 3 minit berjalan untuk ke jeti. Selain itu, jarak dari Kuala Besut ke tempat menarik yang lain seperti Bandar Jerteh hanyalah kira-kira 13 kilometer dan hanya 50 kilometer dari bandar Kota Bharu yang terletak di Negeri Kelantan. Jadi tidak hairanlah hotel ini menjadi pilihan utama pelancong dan pengembara.

Bagaimana untuk ke Hotel Samudera

Terdapat beberapa medium pengangkutan yang boleh anda pilih untuk sampai ke Hotel Samudera ini. Sekiranya anda dari Bandaraya Kuala Lumpur, medium pertama yang anda boleh pilih adalah dengan memandu sendiri ke Besut melalui Lebuhraya Pantai Timur. Perjalanan ini memakan masa 7 hingga 8 jam. Walaupun memandu sedikit memenatkan dan memakan masa, namun, anda dapat menikmati keindahan pemandangan yang memukau di sekitar Negeri Terengganu. Medium kedua pula adalah melalui penerbangan. Pastinya perjalanan menggunakan kapal terbang lebih santai dan menjimatkan masa. Sekiranya anda ingin ke sini, kami mencadangkan anda untuk mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan berbanding Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu kerana jaraknya yang lebih dekat dan memakan masa hanya satu jam dari Kuala Besut. Pilihan ketiga adalah dengan menggunakan perkhidmatan bas. Terdapat syarikat bas yang menyediakan perjalanan sehala terus dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kuala Besut. Jarak perjalanan ini biasanya memakan masa 7 jam dan tiketnya berharga sekitar RM 40 hingga ke RM 50.

Pilihan Bilik di Hotel Samudera

Terdapat sejumlah 28 buah bilik keseluruhannya di hotel ini dengan 8 jenis pilihan bilik yang berbeza bagi memenuhi keperluan para tetamu. Antara pilihan bilik yang ditawarkan adalah Deluxe Double, Deluxe Single, Executive Suite, Family Deluxe, Family Executive Suite, Samudera Executive Suite, Samudera Suite dan Superior Room. Jadi, pastikan anda memilih bilik yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel di dalam bilik antaranya televisyen, pemanas air, pancuran air panas dan banyak lagi. Yang paling penting, hotel ini menyediakan perkhidmatan Wi-Fi bagi memastikan anda tetap dapat berhubung dan menjalankan urusan harian dengan tenang walaupun ketika sedang bercuti. Apa yang menariknya, pihak hotel ini menyediakan perkhidmatan pelancongan kepada para tetamu dengan menaiki van yang disediakan oleh pihak hotel. Tetamu boleh memilih untuk ke tempat tarikan utama pelancong antaranya Air Terjun Lata Tembakah, Kolam Air Panas LA ataupun melawat ke pusat kraftangan dan cenderamata di Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu. Tambahan lagi, ketika anda berada di sini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan tradisional dan unik seperti otak-otak, satar nasi kerabu dan banyak lagi. Anda pastinya terpegun dengan kesedapan rasa makanan di sini. Selain itu, anda boleh melakukan tempahan dengan pihak hotel untuk melakukan aktiviti menunggang kuda dan menaiki beca.

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Samudera

Terdapat banyak fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel bagi menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antaranya ialah kemudahan tempat letak kenderaan. Hotel ini menyediakan bilangan tempat letak kenderaan yang agak banyak di kawasan perkarangan hotel ini. Terdapat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam untuk memastikan kereta anda kekal dalam keadaan selamat. Selain itu, terdapat juga kemudahan klinik yang terletak di bangunan yang sama dengan hotel. Jadi, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan semasa bercuti, anda tidak perlu bimbang lagi. Tambahan lagi, hotel ini turut menyediakan pusat informasi. Pusat informasi ini menyediakan pelbagai informasi setempat seperti tempat yang sesuai untuk dilawati, jadual perjalanan teksi, bas dan banyak lagi. Pusat ini juga turut menyediakan pelbagai maklumat tentang Pulau Perhentian dan lebih menarik lagi, anda boleh membuat tempahan bot serta hotel ke Pulau Perhentian di sini.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Samudera

Pulau Perhentian Kecil -

Yuran kemasukan ke pulau taman marin ini adalah RM5 setiap seorang. Dari pulau ini, anda boleh menaiki bot ke pulau-pulau kecil yang airnya sangat jernih, karangnya yang berwarna-warni yang pasti akan memikat hati. Perhentian dikatakan sebagai syurga bagi penyelam di mana mereka dapat menemui penyu yang sudah beratusan umur dan kehidupan dalam air yang indah. Perhentian Kecil terkenal dengan Nightlife dan Parti yang meriah, di mana terdapat pertunjukan api, muzik dan beberapa lagi. Walau bagaimanapun, Kepulauan Perhentian mengalami musim monsun antara Oktober dan Mac dan kebanyakan pulau-pulau ini akan ditutup untuk aktiviti pelancongan. Perkhidmatan resort dan feri pada masa ini ditutup kerana monsun ini.

Semua kemudahan dari Samudera Hotel

Lain-lain Samudera Hotel
Lain-lain

Perkhidmatan Hotel

  • Lawatan
  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Umum

  • Parkir

Polisi Penginapan & Maklumat Umum di Samudera Hotel

Nota Penting
Ingin daftar masuk di luar waktu penerimaan tetamu (waktu awal pagi atau lewat malam)? Sila hubungi pihak penginapan secara terus untuk pengaturan daftar masuk.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan bermula 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan penduduk tetap Malaysia. Sila maklum bahawa hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.



  • Yuran katil tambahan: MYR 20.0 setiap penginapan

Senarai di atas mungkin tidak lengkap. Yuran dan deposit mungkin tidak termasuk cukai dan tertakluk kepada perubahan.

Anda akan diminta untuk membayar caj berikut di hartanah. Yuran mungkin termasuk cukai yang berkenaan:

  • Deposit tunai: MYR 50 setiap penginapan

Kami telah memasukkan semua caj yang diberikan kepada kami oleh hartanah.

  • Caj tambahan bagi orang tambahan mungkin dikenakan dan berbeza-beza bergantung pada dasar hartanah
  • Pengenalan foto yang dikeluarkan oleh kerajaan dan kad kredit, kad debit, atau deposit tunai mungkin diperlukan semasa daftar masuk untuk caj tambahan
  • Permintaan khas tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan mungkin dikenakan caj tambahan; permintaan khas tidak dapat dijamin
  • Hartanah ini menerima kad kredit

Kakitangan kaunter hadapan akan menyambut tetamu semasa ketibaan di hartanah.

Hotel hanya menerima tetamu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
14:00 - 21:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00
Polisi hotel belum tersedia.

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
14:00 - 21:00 - Sebelum 12:00
Bilik tersedia di Samudera Hotel
28
Fasilitas lain di Samudera Hotel
Lawatan, Penyambut tetamu 24 jam, WiFi percuma, Parkir

Soalan lazim tentang Samudera Hotel

Apa facilities yang tersedia di Samudera Hotel?
Berikut facilities yang ada di Samudera Hotel seperti Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di Samudera Hotel?
Masa check-in di Samudera Hotel bermula dari 14:00 - 21:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan Daripada Tetamu Lain di Samudera Hotel

6.9
Baik
Daripada 35 ulasan
Disediakan oleh pengembara di
Kebersihan

5.9

Keselesaan Bilik

6.0

Makanan

6.0

Lokasi

7.7

Perkhidmatan dan Kemudahan

6.0

Isih mengikut
Paling Terkini
Format
Dengan Teks
Pilihan
Semua Rating, Bahasa Aplikasi Semasa, Semua

Ulasan Pelancong Samudera Hotel

Bilangan ulasan setiap halaman
20
40
Ulasan pelanggan
Mohd h. M. S.
icon-origin-TRAVELOKA
6.0
/10
Diulas 241 minggu yang lalu
The picture' price and physical at room is bad.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Profile Picture
Zulaidil
icon-origin-TRAVELOKA
5.9
/10
Diulas 252 minggu yang lalu
Sekiranya anda merancang untuk pergi ke Pulau Perhentian dan mencari hotel / bilik transit ini tidak begitu sesuai. Harga dan keadaan bilik sama sekali tidak bernilai. Mandi yang sangat perlahan, tandas kotor, dan tempat tidur dan bantal yang sangat nipis. Harga bilik yang sama boleh anda dapatkan dengan mudah di bandar besar Kuala Lumpur / JB dengan keadaan yang jauh lebih baik dan lebih memuaskan.
Read More
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
SHARIFAH S. B. T. A. R.
icon-origin-TRAVELOKA
8.4
/10
Diulas 275 minggu yang lalu
Bukan yang terbaik. Boleh memperbaikinya. Ok untuk penginapan yang sangat pendek contohnya. Menunggu perjalanan ke pulau dan lain-lain
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Profile Picture
SYAZANA B. I.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
5.2
/10
Diulas 348 minggu yang lalu
Harga tak berbaloi dengan servis bilik, cadar dan sarung bantal dalam keadaan lama, buruk, kotor dan berbau. TV kotak lama xde chanel pun, hotel terletak di kawasan ramai dengan bunyi kenderaan dan suara orang bercakap, tidur sangat terganggu, sangat tak puas hati, terima kasih.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Ahmad Z. M.
icon-origin-TRAVELOKA
5.1
/10
Diulas 349 minggu yang lalu
Toilet teruk dan kotor, tuala sabun tak disediakan, tingkap tiada ada safety dan tidak boleh kunci.
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Vo Thuy Q. T.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
5.2
/10
Diulas 353 minggu yang lalu
Hotel ini sangat lama & tidak bersih. Harga adalah lebih tinggi daripada nilai yang kami dapat.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
ONG J. A.
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
5.2
/10
Diulas 361 minggu yang lalu
dahsyat. bilik itu berdebu. katilnya berdebu. bahkan menemui sebuah pucuk rokok dan rambut di bilik mandi setelah mendaftar masuk. katil membuatkan kita gatal. katil yang ditemui dengan kotoran cicak. bantal sangat menjijikkan. orang yang bertanggungjawab juga tidak begitu ramah.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Rony Uddin
icon-Backpacking
Backpacking
icon-origin-TRAVELOKA
8.2
/10
Diulas 400 minggu yang lalu
Tidak baik untuk mendapatkan feri awal.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Low Y. Y.
icon-Percutian Keluarga
Percutian Keluarga
icon-origin-TRAVELOKA
8.6
/10
Diulas 411 minggu yang lalu
Bilik hotel sudah lama. Bukti bunyi adalah miskin, boleh mendengar orang bercakap dan membuka pintu di tengah malam! Secara keseluruhannya boleh diterima untuk satu malam sebelum pergi ke Pulau Perhentian.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Hasnul B.
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
4.9
/10
Diulas 419 minggu yang lalu
tidak mempunyai penyelenggaraan yang betul. Tandas tidak berfungsi.
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Mohd J. B. B.
icon-Perjalanan Perniagaan
Perjalanan Perniagaan
icon-origin-TRAVELOKA
5.1
/10
Diulas 421 minggu yang lalu
motel murah adalah lebih sesuai
Translated by Google Icon
Lihat asal
Berpendapat bahawa ulasan ini membantu?
Bilangan ulasan setiap halaman
20
40

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lain-lain 4 Samudera Hotel

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved