SPOT ON 90139 Hotel Galaxy

Hotel
82-84 Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50200
Lihat Peta

Perihal Penginapan

Lihat Lebih
Terletak betul-betul di tengah-tengah pusat kulinari (Jalan Alor) di kawasan Bukit Bintang, Hotel Galaxy merupakan sebuah pilihan yang ideal bagi mereka yang sedang dalam percutian dengan bajet yang agak kurang. Menginap di Galaxy Hotel adalah suatu keputusan yang baik apabila anda melawat bandar raya Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan yang hebat. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang berkelana dan inginkan penginapan yang berpatutan, dengan suasana yang selesa pada masa yang sama. Hotel ini sesuai untuk anda yang menghargai privasi semasa penginapan. Secara keseluruhannya, menginap di Galaxy Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan keramahan staf yang akan membantu anda dalam apa jua perkara dan harganya yang sangat berpatutan.

Kemudahan Utama

Lihat Lebih
AC
Meja Depan 24 jam
WiFi

Maklumat Lokasi

Temui Lebih Banyak Tempat
82-84 Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50200
Lobi SPOT ON 90139 Hotel Galaxy
Lobi 2 SPOT ON 90139 Hotel Galaxy

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai SPOT ON 90139 Hotel Galaxy

Terletak betul-betul di tengah-tengah pusat kulinari (Jalan Alor) di kawasan Bukit Bintang, Hotel Galaxy merupakan sebuah pilihan yang ideal bagi mereka yang sedang dalam percutian dengan bajet yang agak kurang. Menginap di Galaxy Hotel adalah suatu keputusan yang baik apabila anda melawat bandar raya Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan yang hebat. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang berkelana dan inginkan penginapan yang berpatutan, dengan suasana yang selesa pada masa yang sama. Hotel ini sesuai untuk anda yang menghargai privasi semasa penginapan. Secara keseluruhannya, menginap di Galaxy Hotel pasti akan memuaskan hati anda dengan keramahan staf yang akan membantu anda dalam apa jua perkara dan harganya yang sangat berpatutan.

Bagaimana untuk ke Hotel Galaxy

Jika anda mengambil penerbangan, tidak kira dari mana sahaja, pastikan anda mendarat di Kuala Lumpur atau Subang. Dari sana, naik teksi atau Grabcar untuk terus ke Hotel Galaxy. Anda boleh memulakan perjalanan dari KL Sentral atau stesen kereta api lain. Pastikan anda berhenti di mana-mana stesen pertukaran monorel. Kemudian, ambil monorel yang akan membawa anda terus ke Bukit Bintang. Hotel Galaxy hanyalah 280m dari stesen ini. Mengambil teksi/Grabcar merupakan satu cara yang paling mudah untuk sampai. Cara ini membolehkan anda untuk terus sampai ke hotel ini dari mana-mana sahaja.

Pilihan Bilik di Hotel Galaxy

Di Hotel Galaxy, terdapat enam jenis bilik untuk dipilih, bergantung kepada bajet dan bilangan kumpulan anda. Jika anda seorang yang berkelana, anda boleh memilih bilik tidur dengan katil bertingkat untuk 2 orang. Mempunyai kemudahan asas seperti penyaman udara, meja, televisyen serta bilik mandi peribadi, ia sangat berbaloi untuk membayar hanya RM 39.82! Terdapat juga bilik tidur yang boleh menampung 3 orang tetamu.

Jika anda inginkan bilik yang lebih besar, terdapat lebih banyak pilihan seperti bilik Double (standard), bilik Twin dan bilik Keluarga. Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi dengan kemudahan asas untuk menjadikan penginapan anda selesa.

Restoran dan Kafe di Hotel Galaxy

Tiada restoran atau kafe yang terdapat di hotel ini. Walau bagaimanapun, deretan gerai makanan jalanan yang terkenal di Bukit Bintang, Jalan Alor hanya dalam jarak berjalan kaki dari sini. Terdapat banyak gerai-gerai yang menyajikan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa. Apa yang menarik ialah, kesemuanya dijual pada harga yang sangat berpatutan. Sekiranya anda ingin menikmati makanan mewah, berkunjunglah ke Jalan Bukit Bintang. Jalan ini dipenuhi dengan kebanyakan restoran Timur Tengah, Barat, tempatan serta restoran makanan segera. Bersiaplah untuk dihujani dengan pilihan!

Kemudahan dan Aktiviti di Hotel Galaxy

Wi-Fi tersedia di kawasan awam di hotel ini untuk membantu anda berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Terdapat juga kawasan merokok dan kawasan bebas rokok. Ia amat berguna untuk mereka yang tidak tahan dengan asap rokok. Hotel ini menerima daftar masuk awal dan daftar keluar pada waktu yang lewat. Pemindahan ke lapangan terbang disediakan atas permintaan, tetapi ia akan dikenakan dengan bayaran tambahan. Terdapat juga pelbagai kemudahan berhampiran hotel seperti kedai serbaneka, salun rambut, bank dan pusat membeli-belah.

Tempat Menarik berhampiran Hotel Galaxy

Pavillion -

Menawarkan pilihan fesyen terbaik dan pusat untuk hiburan dan pelbagai jenis makanan, Pavillion adalah sebuah destinasi membeli-belah utama di Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 2007 dan mempunyai tiga bahagian utama, iaitu pusat membeli-belah, blok pejabat dan dua menara kediaman. Ia dibina di atas tapak bekas Sekolah Perempuan Bukit Bintang, sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. Pavilion terdiri daripada lapan kawasan membeli-belah dan pelbagai butik-butik di jalanan. Penyewa terkenal termasuklah Hackett London, Sacoor Brothers, Fred Perry, Lacoste dan Longines. Pusat membeli-belah ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari stesen MRT/Monorail Bukit Bintang dari arah selatan atau stesen Monorel Raja Chulan dari arah utara.

Plaza Low Yat -

Plaza Low Yat dikenali sebagai gedung terbesar dan terbaik untuk produk dan perkhidmatan ICT. Plaza Low Yat dinobatkan sebagai "Pusat Gaya Hidup IT Terbesar Malaysia" oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2009. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan IT dari telefon mudah alih, fotografi, dan permainan komputer, alat pengkomputeran dan kerja-kerja pembaikan, setiap tingkat di plaza ini mempunyai pengkhususkan dalam sesuatu kumpulan produk IT. Segala-galanya yang mungkin anda perlukan berkaitan dengan telefon terdapat di tingkat pertama, manakala tingkat kedua, ketiga dan keempat Plaza Low Yat adalah berkaitan dengan komputer.

Jalan Alor -

Jalan Alor adalah salah satu jalan yang paling terkenal di Kuala Lumpur dengan gerai makanannya. Terletak tepat di belakang Jalan Bukit Bintang dan dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari Changkat Bukit Bintang, keadaan berubah apabila anda menjejakkan kaki ke jalan ini. Ia menempatkan banyak gerai penjaja dan restoran makanan laut. Pelbagai makanan yang dihidangkan sangat menggiurkan dan sebahagian daripadanya adalah yang terbaik (dan paling murah) di bandar ini.

Semua Kemudahan

Lobi SPOT ON 90139 Hotel Galaxy
Lobi
Luar Bangunan SPOT ON 90139 Hotel Galaxy
Luar Bangunan
Bilik Tidur SPOT ON 90139 Hotel Galaxy
Bilik Tidur
Bilik Mandi dalam Bilik SPOT ON 90139 Hotel Galaxy
Bilik Mandi dalam Bilik

Umum

  • Penyaman Udara
  • Bilik keluarga
  • Pemanas
  • Bilik larangan merokok
  • Kawasan merokok
  • Teres

Kemudahan Berhampiran

  • ATM/Perbankan
  • Kedai runcit
  • Salun rambut
  • Kedai
  • Pasar raya

Perkhidmatan Hotel

  • Daftar Masuk Awal
  • Meja depan
  • Daftar keluar lewat
  • Penyambut tetamu 24 jam

Kemudahan Dalam Bilik

  • Kaunter
  • Pancuran mandi
  • TV

Kemudahan Internet

  • WiFi percuma

Kemudahan Umum

  • WiFi di kawasan umum

Khidmat Shuttle

  • Pengangkutan dari lapangan terbang dengan surcaj

Polisi Penginapan & Maklumat Umum

Nota Penting

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cukai Pelancongan dikenakan mulai 1 Januari 2023 untuk semua tetamu hotel yang bukan warganegara Malaysia atau bukan Penduduk tetap Malaysia. Harapkan pihak hotel akan mengutip Cukai Pelancongan daripada anda semasa daftar masuk di hotel. Kadar Cukai Pelancongan ialah 10 RM setiap bilik setiap malam.

Masa Daftar Masuk/Daftar Keluar

Daftar masuk:
Dari 14:00
Daftar keluar:
Sebelum 12:00

Instruksi Daftar Masuk Umum

The Fee for Tourism Tax will be imposed at RM10.00 per room per night for guests staying on 1st September 2017 onwards. This fee is to be paid cash at hotel and does not include payment made through Traveloka.

Cukai Pelancongan

Anda akan membayar cukai pelancongan MYR 10.00 semasa daftar masuk (setiap bilik/setiap malam).

Maklumat Umum

Kemudahan Popular
AC, Meja Depan 24 jam, WiFi
Masa Daftar Masuk / Daftar Keluar
Dari 14:00 - Sebelum 12:00

Soalan Lazim

Apa facilities yang tersedia di SPOT ON 90139 Hotel Galaxy?
Berikut facilities yang ada di SPOT ON 90139 Hotel Galaxy seperti AC, Meja Depan 24 jam, WiFi. (sesetengahnya mungkin memerlukan caj tambahan):
Kapan waktu check-in & check-out di SPOT ON 90139 Hotel Galaxy?
Masa check-in di SPOT ON 90139 Hotel Galaxy bermula dari Dari 14:00 manakala masa check-out ialah pada Sebelum 12:00

Lebih Banyak Ulasan daripada Tetamu Lain

Penilaian & Ulasan Keseluruhan

Daripada 357 ulasan tetamu yang disahkan
8.0
Menyenangkan
Hebat
76
Bagus
177
Memuaskan
24
Biasa
80
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan

Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...

All
lokasi strategik (4)
perkhidmatan yang baik (1)
staf mesra (1)
bilik bersih (3)
Lihat Lebih 4
Atur carian
Paling Membantu
Kategori
Semua
Bahasa
Bahasa Inggeris
Tunjukkan Ulasan dengan Foto
salleh b. k.
Ini adalah profil peribadi.
Backpacking
6
/ 10
18 Dec 2018
Hotel ini banyak buruk dr baiknya. Baiknya dekat dengan MRT & Monorel. Antara buruknya, mula-mula masuk dapat bilik lain dimana mempunyai masalah AC. Kemudian tukar bilik lain,masalah lain pula jadi. AC sejuk tapi xdpt diubah suhunya tak diberi remote. Lepas tu xde air panas dan tekanan air mandi kurang. TV yang tidak berfungsi langsung, lepas tu senantiasa bunyi bising dari pagi ke tengah malam. Bunyi bising datang dari dalam hotel sendiri. Pekerja kaunter sembang dengan kawan-kawan sangat bising. Kalau luar hotel saya faham la, dengan tilam rasa gatal, ada lipas dan semut. Saya pelik diberi 1 towel saja, minta 2 xnak bagi. Cukup sekali saya stay sini.
Baca Lebih Lanjut
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Salleh B. K.
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy 2 dari Salleh B. K.

Suka ulasan ini?

Zulhajri R.
Percutian Keluarga
10
/ 10
08 Apr 2019
Sangat memuaskan kerana ia sangat padat dan makanannya cukup bagus
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Zulhajri R.

Suka ulasan ini?

YF
Yosua F. R.
9.7
/ 10
02 Apr 2019
Hotel ini hebat untuk kembali dengan kawan dan keluarga lagi, terima kasih
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Yosua F. R.

Suka ulasan ini?

Margana L. A. L.
Backpacking
8.5
/ 10
18 Jan 2019
Ia adalah penginapan yang hebat di sini, walaupun tempatnya agak kotor tetapi setakat ini untuk perjalanan yang dianggarkan bernilai untuk tinggal di sini!
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Margana L. A. L.

Suka ulasan ini?

LT
Le Thuy V.
Backpacking
6.3
/ 10
31 Oct 2019
Bilik di ruangan bawah tanah, tanpa tingkap. Bau bilik jamur acuan yang sangat jahat. Tidak dapat tinggal
Translated by Google Icon
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Thuy V. L.

Suka ulasan ini?

Respons Penginapan
28 Nov 2019
Terima kasih atas komen kerjasama anda tuan / puan. Kami akan menyoal masalah kami kemudian. Selamat datang ke lawatan seterusnya ke hotel kami. Terima kasih banyak-banyak.
Translated by Google Icon
MS
Muhd S.
8.5
/ 10
10 Jan 2020
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Muhd S.

1 menyukai ulasan ini

IT
Iman T. S.
Backpacking
8.5
/ 10
17 Sep 2018
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy dari Iman T. S.
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy 2 dari Iman T. S.
Imej Ulasan untuk SPOT ON 90139 Hotel Galaxy 3 dari Iman T. S.

1 menyukai ulasan ini

DM
Daxtie M. H. J. A.
9.7
/ 10
16 Apr 2018
Tempat makan yang berbagai, baik.

Suka ulasan ini?

Bagus P.
Percutian Keluarga
8.5
/ 10
01 Dec 2018
Dekat dengan kedai makanan Halal.

Suka ulasan ini?

ry
redduan y.
Backpacking
6.2
/ 10
02 Jul 2019
Gambar dalam bilik yang di siarkan paparanya di lihat sebelum booking jauh banget rupanye bila sudah check-in dapatnya bilik bawah tanah. Open pintu ajer ada 🐀 lari out ikut lobang saluran air keluar bilik mandi 😱😰.

Suka ulasan ini?

An icon button
1
2
3
...
13
An icon button

Bersedia untuk membuat keputusan?

Tempah Penginapan Anda Sekarang
Lobi 4 SPOT ON 90139 Hotel Galaxy

Penafian

Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved